home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Monday 16 January 2012

Tolonglah Pindah ke Pluto






Kanser paru-paru merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian akibat kanser di Malaysia. 95% daripada pesakit kanser paru-paru meninggal dunia dalam tempoh 5 tahun selepas diagnosa dilakukan. 90% kanser paru-paru disebabkan oleh amalan menghisap rokok. Kejadian kanser paru-paru juga tinggi di kalangan orang yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok (perokok pasif). Ia merupakan pertumbuhan sel-sel abnormal di dalam paru-paru yang tidak boleh dikawal. Sel-sel ini tidak dapat mengawal pembiakannya secara teratur dan menghasilkan satu ketumbuhan yang disebut tumor. Jika tumor ini tidak merebak ke bahagian badan yang lain, ia disebut tumor benigna (bukan kanser). Sebaliknya, jika tumor tersebut merebak ke tisu-tisu dan organ yang berhampiran atau merebak melalui saluran darah atau limfa ia adalah tumor malignan (kanser). Apabila sel kanser ini merebak melalui saluran limfa, ia boleh menyebabkan kelenjar limfa membengkak. Apabila ia menyusur melalui saluran darah, ia boleh merebak ke organ lain khususnya hati, tulang, otak atau paru-paru yang sebelah lagi.



* kepada yang merokok tu, sebenarnya anda sedang membunuh dengan cara yang senyap. kesianlah pada orang yang tak nak mati lagi ni. tolonglah pindah ke Pluto kalau anda nak merokok!

Monday 9 January 2012

Melawat hospital


Wah... lame nye aku tak melawat blog aku. Aku siap terlupa lagi pasal blog. Aku bukan tak nak menulis dah. Menulis (menaip) tu tetap hobi aku sampai bila-bila. Aku tengok kat statistik pun ramai juga yang lawat blog aku. Terima kasihlah pada yang sudi baca blog aku. Cuma aku minta maaflah aku dah setting entry-entry aku sebelum ni supaya takda sapa dapat komen. Aku bukan tak nak terima komen orang. Lagi pun isu-isu dalam blog aku banyak lah yang tak penting pun. Taip mane yang berkenan nak taip je. Sape-sape nak komen, atau nak tanye ape-ape, boleh email aku. Memang ramai juga yang email aku. Terima kasih yang email aku tu okey. Tapi buka tahun baru ni, aku terase nak setting Allow untuk Reade comments.
 
Tak terlambat lagi kot aku nak ucap selamat tahun baru kepada semua orang. Wahh.. dah 2012 kot.  Lagi 8 tahun nak capai 2020, mampu ke kita capat Wawasan 2020 tu?. tak payah tengok luar, Tengok dulu kat diri sendiri tu. kita majukan diri kita supaya kita dapat bantu individu lain dan individu lain tu tolong pula individu yang lain lagi. Akhirnya semua masyarakat membangun.
Tahun ni aku mulakan dengan azam baru. Azam aku rahsia. Hehe... cerita permulaan untuk tahun ni adalah mengenai...

Berat badan aku semakin susut. Aku senyum je sebab aku memang niat nak turunkan berat badan. Aku capai berat badan yang aku nak sekejap je sampai ada kawan-kawan yang tegur. Ade juga kawan-kawan yang terutamanya perempuan minta tips camne nak kurus cepat. Aku garu-garu kepala juga fikir nak bagi tips ape, sebab aku sendiri pun tak tahu ape tips yang aku guna. Cuma satu yang aku perasan, selera makan aku kurang sejak akhir-akhir ni. Mana tak nya, aku kerap sangat batuk-batuk. Kadang-kadang tu rasa tersembur makanan kalau aku makan. Tapi keadaan ni tak lah selalu terjadi.

Pada sebelah malam, aku selalu terjaga dari tidur sebab batuk aku. Kadang-kadang tu rasa macam sesak nafas. Sebab macam ada kahak kat tekak aku. Kalau aku batuk tak henti-henti aku rasa sakit sangat kat dada aku ni. Mulanya aku takut juga kalau aku ada sakit jantung ke ape, tapi rasanya jantung aku okey kot. 

Satu hari tu aku pergi hospital nak periksa jantung. Tapi doktor kata, dari ciri-ciri yang aku ada ni, dia nak suruh aku buat pemeriksaan kat Pulmonologist. Aku tanye doktor tu, ape bende pulmonologist tu? Doktor kate bende tu adalah pemerikasaan paru-paru. Aku ikut je lah saranan doktor tu. aku pergi buat pemeriksaan paru-paru. Banyak lah pemeriksaan yang aku kene buat termasuklah kene X-ray ni kan. Lain-lain pemeriksaan tu aku tak sure lah ape namenye. Aku bukan pakar dalam bidang ni. Doktor kate, beberapa hari lagi dia akan telefon selepas semua keputusan ujian dia dah kaji.
Aku tenang je, aku tak merokok pun, buat apa nak takut. Keputusan pemeriksaan jantung aku dah dapat. Jantung aku normal je. Takde ape-ape masalah pun. Dan sebab tu kot doktor suruh aku buat pemeriksaan paru-paru. Aku selalu batuk sehingga rasa nak pecah dada ni. Sakit sangat.
Tunggu je lah keputusan nanti. Ape-ape hal redho je..