home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Monday 30 April 2012

KEHIDUPAN DENGAN KANSER PARU-PARU

ADA ORANG BAGI ARTIKEL NI...


MAKLUMAT UNTUK PESAKIT


Doktor baru sahaja mengesahkan bahawa anda menghidapi penyakit kanser paru-paru. Sebelum ini anda telah rasa mungkin ada sesuatu yang tidak kena pada badan anda dan kenyataan doktor membuatkan anda berasa seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Anda seperti tidak mahu menerima berita buruk ini. Anda tertanya-tanya bagaimana ia boleh menimpa diri anda. Mungkin anda mengalami tanda-tanda seperti pneumonia (jangkitan pada paruparu), selalu mengambil antibiotik atau mungkin anda selalu batuk berterusan. Kadangkala, terdapat darah dalam kahak anda atau mungkin anda cepat berasa penat atau sesak nafas selepas membawa anjing kucing anda berjalan di taman. Mungkin juga anda langsung tidak mengalami apa-apa simptom. Mungkin anda selalu membuat pemeriksaan kesihatan di klinik tetapi doktor anda hanya memaklumkan bahawa keadaan paru-paru anda tidak normal. Walau bagaimana cara pun diagnosa kanser paru-paru dibuat, ia merupakan berita yang memeranjatkan dan tidak sanggup didengar oleh setiap orang.

Pendekatan Berpasukan (A Team Approach)

Apabila anda disyaki menghidap kanser paru-paru, salah satu keadaan yang anda akan alami adalah bertemu dengan ramai doktor. Setiap doktor yang anda jumpa mempunyai kepakaran yang berbeza-beza dari aspek diagnosa dan rawatan. Doktor primar yang selalu merawat anda mungkin akan merujuk kes anda ke doktor pakar paru-paru (pulmonologist) untuk membuat diagnosa. Doktor pakar paru-paru pakar dalam mendiagnosa kanser paru-paru tetapi tidak dalam rawatannya.

Anda mungkin juga diminta untuk melakukan pemeriksaan/ujian oleh radiologist (pakar X-ray), thoracic surgeon (pakar bedah paru-paru) dan pathologist (pakar patologi) untuk membuat/melengkapkan diagnosa. Sesetengah kanser paru-paru boleh dikeluarkan melalui pembedahan. Sekiranya anda adalah seorang pesakit kanser yang boleh dirawat melalui pembedahan, anda akan dirujuk ke thoracic surgeon. Lain-lain pakar yang merawat kanser ialah medical oncologist (pakar onkologi) dan radiation oncologist. Medical oncologist merawat kanser melalui ubat-ubatan kimoterapi manakala radiation oncologist merawat kanser melalui sinaran radiasi. Lazimnya, rawatan kanser paru-paru menggunakan beberapa cara ini. Doktor-doktor dalam pelbagai bidang akan bekerjasama untuk menjalankan rawatan terbaik buat anda. Walaupun penerangan sebegini membuatkan anda bingung seketika, tetapi dalam masa yang singkat, anda akan mengetahui bagaimana peranan yang dimainkan oleh barisan anggota yang membantu anda menghadapi saat-saat sukar dalam hidup anda.

Doktor primar yang merawat anda selalunya akan menjadi talian perhubungan anda. Apabila anda menjalani sesi rawatan, satu daripada pakar akan mengambil peranan sebagai ketua dalam satu jangka masa. Walau bagaimanapun, adalah amat penting bagi doktor primar anda untuk mengetahui tentang kanser anda dan rawatan yang anda jalani dari masa ke semasa. Membuat Diagnosa Ujian yang paling penting anda hadapi ialah biopsi. Ini ialah apabila doctor mengeluarkan sebahagian dari tumor (kebengkakan) yang disyaki mengandungi sel kanser. Selepas itu, pakar patologi akan membuat analisa dengan menggunakan mikroskop. Inilah cara bagaimana anda dan doktor anda mengetahui dengan pasti bahawa anda menghidap penyakit kanser. Kadangkala, imej tumor yang besar yang dilihat melalui x-ray atau CT scan kelihatan seperti kanser paru-paru. Dalam kes sebegini, anda mungkin akan dirujuk kepada pakar bedah yang mengeluarkan keseluruhan lobe (cuping paruparu) yang mengandungi tumor tanpa melakukan biopsi. Dalam kes sebegini, pakar patologi akan menyelidik tumor tersebut selepas ianya dikeluarkan daripada paru-paru pesakit untuk mengesahkan diagnosa tersebut. Apabila anda menjalani biopsi, doktor anda mungkin telah memeriksa kelenjar limpa di bahagian tengah dada anda untuk mengesan sama ada sel kanser telah merebak ke mana-mana kelenjar limpa tersebut. Apabila sel kanser bergerak dari tumor sebenar ke bahagian anggota badan yang lain, ia dikenali sebagai metastasis. Memeriksa metastasis merupakan langkah pertama yang harus dijalankan untuk mengetahui peringkat kanser anda.

Pakar patologi boleh memberitahu anda sama ada anda mempunyai ”small cell“ atau “non-small cell“ kanser paru-paru melalui tisu yang diambil dari tumor dalam paru-paru anda. Empat dari lima pesakit lazimnya mempunyai non-small cell kanser paru-paru. Sekiranya anda mempunyai sel kanser ini, pakar patologi akan menentukan sel kanser yang mana terdapat pada anda. Terdapat tiga jenis kanser paru-paru non-small cell iaitu: adenocarcinoma, squamous cell carcinoma dan large cell carcinoma. Pakar patologi juga dapat mengenal pasti perkara lain pada tumor tersebut. Mereka dapat mengetahui kepantasan sel kanser tersebut merebak. Contohnya kanser bronchioloalveolar merupakan jenis kanser adenocarcinoma. Lazimnya, sel tersebut lambat pertumbuhannya. Matlamat rawatan ialah mencari kaedah rawatan yang terbaik untuk jenis kanser yang anda hadapi. Anda dan doktor anda akan menetapkan matlamat dalam rawatan anda. Sekiranya kanser anda berada dalam peringkat yang masih awal, matlamat rawatan ialah untuk menyembuhkan penyakit dan semestinya memanjangkan jangka hayat anda berbanding tanpa rawatan. Sekiranya kanser anda berada pada peringkat lewat di mana peluang untuk sembuh tiada, maka matlamat rawatan adalah untuk memanjangkan jangka hidup semaksima mungkin dan mengawal simptom.

Menentukan Peringkat Kanser Paru-paru

Menentukan peringkat kanser paru-paru amat penting. Ia membantu doctor untuk menentukan kaedah rawatan yang sesuai untuk mengubati jenis kanser yang anda hadapi. Untuk menentukan peringkat kanser paru-paru, doctor mestilah mengenalpasti di mana kedudukan sel kanser di dalam badan anda. Kebanyakan mereka yang menghadapi kanser paru-paru menjalani x-ray dada dan CT scan. Positron Emission Tomography (PET) Scan boleh juga digunakan sebagai sebahagian dari proses penentuan peringkat kanser paru-paru.
Melalui PET Scan, imej paru-paru, tulang dan organ-organ lain dapat dilihat dengan lebih jelas. Sekiranya ada kanser bersaiz “marble“ atau lebih besar, ia dapat dilihat dalam PET Scan untuk menarik perhatian doktor.

Terdapat empat peringkat dalam kanser paru-paru jenis non-small cell. Peringkat IA ialah peringkat awal, di mana tumor masih kecil dan terletak pada satu belah paru-paru dan sel kanser tidak dijumpai pada kelenjar limpa. Tumor pada peringkat IA adalah kurang dari 3 cm. Tumor pada peringkat IB adalah besar dari 3 cm. Kebanyakan pesakit yang mempunyai tumor kurang 3 cm atau pada peringkat IA mempunyai harapan untuk sembuh.

Tumor pada peringkat IIA dan IIB adalah sama besar dengan peringkat I Cuma pakar patologi telah mengenalpasti terdapat sel kanser di dalam kelenjar limpa dalam dada anda.

Pada peringkat III, tumor juga dibahagikan kepada kategori A dan B. Pada Peringkat III, tumor tersebut telah merebak ke kelenjar limpa di bahagian tengah dada dan sesetengah tisu di sekeliling paru-paru tersebut, contohnya pleura yang merupakan selaput paru-paru. Sel kanser berkemungkinan juga berada dalam diafram (otot di bawah paru-paru) yang membantu anda bernafas. Kanser berkemungkinan telah merebak ke selaput luar jantung anda (pericardium). Perkara terpenting dalam Peringkat III kanser ialah kanser masih berada hanya dalam dada anda.

Peringkat IV pula tumor telah merebak ke luar dada. Sel tumor biasanya dijumpai di hati, otak, tulang dan adrenal glands. Kanser paru-paru jenis small cell biasanya dikesan selepas ianya sudah merebak. Kebanyakan doktor hanya bercakap mengenai dua peringkat untuk kanser jenis ini. Pertama, peringkat “limited“ atau peringkat awal, ianya cuma di dalam dada. Kedua, peringkat ”extensive” bermaksud sel kanser telah merebak ke anggota lain dalam badan. Apabila doktor telah mengenalpasti jenis kanser paru-paru yang anda hadapi, anda akan dirujuk kepada pakar untuk rawatan yang lebih baik.

Rawatan

Semasa doktor anda menimbangkan rawatan terbaik untuk jenis dan peringkat kanser paru-paru anda, mereka selalunya berbincang antara satu sama lain. Doktor primar anda lebih mengetahui maklumat tentang penyakit lain yang anda hidapi dan ubat-ubatan anda. Pakar yang merawat pesakit kanser juga harus mengetahui tahap keaktifan anda sebelum didiagnosa kanser paru-paru. Mereka akan menggunakan maklumat tersebut sebagai “baseline.“ Mereka faham kualiti kehidupan penting terhadap setiap individu. Apabila doktor anda telah mengumpul semua fakta mengenai kanser anda, mereka boleh menentukan jenis rawatan yang sesuai untuk anda. Small cell lung cancer mempunyai kecenderungan untuk merebak ke bahagian badan yang lain. Ia juga sangat sensitif terhadap kimoterapi, maka inilah selalunya cara untuk merawatnya. Pembedahan dan sinaran radiasi mungkin digunakan bagi sesetengah kes.
Rawatan untuk non-small cell lung cancer adalah bergantung kepada peringkat kanser. Pada peringkat IA, lazimnya kanser dirawat dengan pembedahan kerana ianya cuma tumor. Peringkat I selalunya dirawat dengan pembedahan dan peluang untuk sembuh tinggi. Penyembuhan kanser diukur dengan hidup tanpa kanser selama 5 tahun. Satu atau lebih lobes (cuping paruparu) dikeluarkan bergantung kepada di mana tumor tersebut terletak dan saiznya. Selepas beberapa bulan pembedahan, anda akan rasakan seperti sebelum pembedahan. Jika pembedahan anda besar dan anda mempunyai penyakit paru-paru seperti emphysema, anda mungkin akan rasa cepat penat. Sekiranya anda melakukan senaman lebih kerap dan teratur, ianya membantu dalam pembinaan otot dan mengurangkan simptom keletihan dan sesak nafas. Bagi tumor di peringkat IIA dan IIB, tumor dan limpa yang terlibat biasanya dibuang melalui pembedahan. Selalunya, pesakit yang berada pada peringkat IB dan II kanser paru paru dirawat dengan pembedahan dan kimoterapi.

Pesakit yang berada dalam Peringkat II juga boleh di rawat melalui sinar radiasi. Berbincanglah dengan doktor anda sama ada anda perlu dirujuk ke bahagian medical oncology atau radiation oncology. Jika anda mempunyai kanser paru-paru pada peringkat III dan IV, anda dinasihatkan uintuk menjalani rawatan kimoterapi dan/atau radiasi terapi.

Peringkat III dirawat melalui kimoterapi dan/atau terapi radiasi dan kadang kala pembedahan. Kombinasi ketiga-tiga jenis rawatan ini memberikan hasil rawatan terbaik dalam merawat penyakit ini. Ini bermakna anda akan diberikan lebih dari satu jenis ubat pada masa yang sama atau secara berturutan. “Multimodality Therapy Regimen“ bermaksud rawatan dengan kaedah kimoterapi dan radiasi dan kadangkala pembedahan. Pendekatan yang digunakan bergantung kepada situasi yang spesifik. Turutan rawatan diberikan adalah mengikut saiz dan lokasi kanser tersebut. Pembedahan mungkin akan dijalankan setelah saiz tumor berkurangan oleh terapi-terapi yang lain.

Sekiranya anda menghidap kanser pada peringkat IV, kemungkinan besar doctor akan mencadangkan agar anda menjalani terapi untuk memanjangkan jangka hayat anda dan memperbaiki kualiti kehidupan anda. Kimoterapi ialah rawatan terbaik kerana merangkumi kedua-dua unsur terapi di atas. Terdapat banyak juga rawatan dari segi penjagaan paliatif kepada pesakit-pesakit kanser. Ia bertujuan untuk mengawal simptom penyakit kanser paru-paru.

Penyelidikan Klinikal Kanser Paru-Paru

Apabila anda memikirkan tentang rawatan kanser paru-paru, fikirkan sama ada anda berminat untuk terlibat dalam penyelidikan klinikal kanser paru-paru. Terdapat banyak penyelidikan klinikal dalam setiap aspek rawatan kanser paruparu. Dalam penyelidikan pembedahan, kemungkinan terdapat kaedah baru dalam pembedahan dengan rawatan susulan. Penyelidikan rawatan lazimnya merupakan percubaan untuk ubat-ubatan yang
baru, lain-lain jenis terapi, kaedah baru dalam menjalankan radiasi atau memberikan kedua-dua jenis rawatan. Dalam penyelidikan kanser paru-paru sebegini, kemungkinan anda akan menerima rawatan yang standard ataupun menerima rawatan dengan kaedah/prosedur atau produk yang baru. Kebanyakan mereka mengharapkan keajaiban akan berlaku apabila mereka mengambil bahagian dalam penyelidikan klinikal tersebut. Mereka tahu bahawa mereka membantu diri sendiri dan juga orang lain. Penyelidikan klinikal menawarkan kelebihan untuk anda menjalani rawatan dengan kos percuma. Penyelidikan klinikal memerlukan rawatan susulan yang lebih lengkap terhadap pesakit. Ini bermakna perhatian yang lebih rapat diberikan kepada anda semasa dan selepas rawatan tersebut berbanding jika anda menerima rawatan yang standard.

Kehidupan dengan Kanser Paru-Paru

Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana kehidupan anda setelah mengetahui anda penghidap kanser paru-paru. Kebanyakan orang beranggapan kanser paru-paru boleh disembuhkan. Kebanyakan pesakit yang dirawat boleh hidup seperti orang normal sehingga bertahun-tahun. Ini benar jika anda mempunyai kanser pada peringkat awal. Adalah sangat penting bagi anda untuk mengikuti nasihat doktor untuk membuat pemeriksaan ulangan sekerap yang boleh. Anda mungkin dinasihati untuk membuat CT scan atau x-ray dada terutamanya pada tahun awal selepas rawatan tamat.

Sekiranya kanser anda berada pada peringkat yang lebih teruk, contohnya kanser telah merebak ke kelenjar limpa anda, anda mungkin mempunyai beberapa tahun untuk terus hidup. Ini bergantung kepada jenis kanser yang dihadapi oleh anda dan bagaimana rawatan kanser tersebut berkesan dalam menangani kanser dalam badan anda. Kaedah rawatan yang baru akan sentiasa ada hampir setiap tahun.

Doktor mungkin akan mencuba sejenis rawatan dan bertukar ke rawatan lain. Ingat bahawa anda ada pilihan dalam rawatan. Doktor anda akan sentiasa memberitahu keadaan anda dan bagaimana efektifnya rawatan ke atas diri anda. Salah satu soalan yang paling kerap ditanya oleh pesakit ialah “Berapa lama saya dapat hidup?“. Doktor anda walaupun tahu banyak mengenai penyakit anda, tetapi tiada siapa yang tahu jangka hayat seseorang kerana hanya Tuhan yang Maha Mengetahui. Sesetengah doktor cuma memberikan jarak masa yang anda ada untuk hidup. Ianya bergantung kepada usia seseorang. Mungkin berguna sekiranya anda bertanya kepada doktor bagaimana anda akan rasa unuk beberapa bulan yang akan datang. Tanya doktor apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan. Maklumat tambahan sebegini dapat membantu anda dalam merancang masa depan anda.

Kajian menunjukkan bahawa pesakit yang mendapat sokongan daripada keluarga dan rakan selalunya mempunyai kehidupan yang baik sebagai pesakit kanser. Pesakit yang sentiasa menjadikan dirinya aktif dan membuat perancangan masa depan juga dapat hidup dengan lebih baik. Amat membantu sekiranya anda berfikir anda seorang pesakit kanser yang akan dapat hidup dengan baik semasa rawatan dan anda akan mempunyai kehidupan yang produktif dan baik.

Monday 2 April 2012

Cita-Cita atau takdir?

"There were many times in the year of 2007 people keep on asking me this quite the same question " Ko amik perguruan ker? ingatkan ko amik medik? bkn dgr2 ko amik medik ker?"
And I didn't really know how to clarify the answer on why exactly i suddenly into education, not medic. I myself cannot understand why i changed my mind too abruptly ( in just three days i recall) to choose education as path of my life instead of taking those Scholarships for medic. I was afraid that i might regret my decision in the future,but my instinct lead me blindly.
I was too ambitious to be a medical Doctor back then in 2004-2005. I read Biology book for almost everyday and i can remember almost anything inside it..before the exams. I only studied Math for just few hours and have confident i can get A. And i realized i could understand Math concepts easily, but have difficulties to remember formulas, but then it was way too easy to remember it compared to recite the contents in biology book. Thinking about it, I was being unfair to myself. I love math and numbers but too occupied my mind with an aim to MUST getting A for Biology..and every subjects.
They said, those getting straight As in SPM have bigger chance to enter medical course. I pledged to myself, i must study hard not just to have opportunity to enter medical course but to grab the chance applying all scholarships available. How struggled i was to be a medical Doctor. That's the reason why I didn't really being bothered by all those questions thrown to me. They know my ambition, then they ask why i didn't go for it..fair enough.
Until 2011,i went back to hometown and i still received those similar questions. I draw smile on my face, saying ' Saya lebih suka menjadi seorang guru'
Now in 2012, i am a Teacher. And I am proud to say I love to be a teacher and glad that I choose to be one. Allah has chosen me to be in this field and this must be the best for me. Let's love this profession more and more each day and shine the future of our students:)".


Imbas kembali saat kita mula lahir dan kenal apa itu cita-cita sehingga apa yang ada pada kita hari ini. Berapa banyak cita-cita yang kita ada dan berapa ramai orang yang ada cita-cita yang sama sejak dari kecil sampai dia besar dan dia capai cita-cita itu?.


Apakah yang ada pada kita hari ini itu lah takdir kita?. Takdir tak takdir sebenarnya kita semua kena tahu apa tujuan kita dicipta dan dari itu kita akan menghargai apa yang dah jadi dengan kita.


Balik semula tentang cita-cita. Hari ini aku bukan nak buat karangan pasal cita-cita macam soalan karangan sekolah rendah dulu, tapi aku nak kongsi cita-cita aku dulu sampai aku jadi apa yang aku ada sekarang ni.


Sebelum aku masuk tadika, aku ada cita-cita yang sungguh besar. aku nak jadi penyelamat dunia sebab terpengaruh dengan Tv lah katakan. aku nak jadi, Masked Rider
 siap terbawa-bawa dalam mimpi lagi =)


Masuk sekolah tadika, aku mula belajar untuk bercita-cita secara series. kononnyalah. tapi hari pertama cikgu tanya tu, aku konfius juga nak jadi ape.


standard sangatlah ramai budak-budak cita-cita ak jadi doktor walaupun masa tu doktor pun aku tak kenal siapa




Masuk Tahun4. Budak sekolah dah mula belajar subjek sains. Masa tu mulalah nak tanam cita-cita nak jadi saintis. Tapi dalam kepala otak masa tu, saintis ni yang main dengan bahan kimia tu. tambah2 bahan kimia lepas tu jadi pape ntah, boleh buat air yang boleh buat kita jadi besar dan kuat. kononnyalah.






Selepas tu, aku mulalah membesar dengan pelbagai cita-cita mengikut keadaan semasa..

                                              Jadi penyiasat lah..




















Jadi Ustaz lah...
* Sopan je kan


Jadi Perompak sebab nampak cool je. hahaha

*Cool kan?

Sampai aku masuk Form 1, aku masih tak tahu apakah cita-cita aku sebenar. semuanya aku nak jadi. Alang-alang jadi pelakon je kan senang.

Sampailah waktu aku Form4, aku belajar subjek Biologi, aku mula pasang cita nak jadi doktor. Aku ambitious sangat time tu nak jadi doktor. Mana-mana aku pergi aku mesti bawa note Biologi. kawan-kawan dah panggil aku kamus bio. Semua benda yang aku nampak aku kaitkan dengan biologi. tapi memang biologi tu kan mengenai kehidupan. Jadi, sebab cita-cita aku tu aku Study Hard


Dari tahun 1 sekolah rendah lagi aku memang minat matematik tapi sejak aku jumpa Biologi, Awek aku yang nama Math terpinggir. Aku sentuh dia pun sebulan sebelum SPM. kejam nya aku. haha
Orang kata, kalau dapat semua A dalam semua Subjek, nanti senang nak dapat kos doktor. Jadi Dalam kepala otak aku cuma satu. aku kena study sungguh-sungguh!

Dan akhirnya, aku dapat apa yang aku mahu. aku dapat sambung belajar dalam bidang kedoktoran kat Mesir. Masa tu, aku dapat 2 tawaran. Nak sambung study dalam bidang pendidikan kat New Zieland atau Bidang perubatan kat mesir. Mane aku nak pilih?. Mestilah aku teruje dengan Bidang Perubatan! Cita-cita aku tu....!. tak tidur malam peluk surat tawaran tu. dah rasa macam peluk bini kot. walaupun sebenarnya aku sendiri pun tak pernah rasa peluk bini tu macam mana. tapi, selepas 3 hari aku dapat tawaran tu, aku dah ubah fikiran, aku nak pilih bidang pendidikan. Sebenarnya aku pun tak tahu kenapa aku pergi ke arah itu.. Sampai (sebelum aku sah jadi cikgu) aku tak faham kenapa aku pilih yang itu.


dan kini, pada tahun 2011, aku dah sah jadi seorang Cikgu Matematik


 Dan..

Aku nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada Allah. Syukur alhamdulillah sebab dia dah bagi aku pilihan yang benar-benar terbaik. sekarang aku boleh kata :



I'M A TEACHER  AND I PROUD OF IT!


Berbanggalah dengan apa yang kita ada pada hari ini.