home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Monday 28 May 2012

Aku Dah Jadi Papa !


Dalam keadaan yang aku tidak sedari, aku telah menjadi seorang Papa. Dia yang aku jaga selama ini telah didapati mengandung dan beberapa hari selepas aku mendengar khabar itu, dia telah selamat melahirkan anak itu. baby itu sangat comel sehingga hari pertama dia dilahirkan, aku terlalu teruja untuk mengangkatnya.

Namun kerana aku tidak pernah menikahi ibu baby itu, maka aku tidak layak mem'bin' kan baby itu ke atas nama ku. Kadang-kadang aku tertanya-tanya siapakah ayah sebenar baby itu?. adakah aku? namun firasatku kuat mengingatkan aku yang aku tidak pernah membuat sesuatu perkara yang mampu mengamili ibu muda itu. walaupun hubungan kami terlalu intim sehingga kerap kali tidur bersama, namun batas antara kami masih terjaga.

Sayu pandangan ku melihat ibu muda yang keletihan selepas melahirkan anak. Siapakah 'jantan' tak guna yang patut bertanggungjawab ke atas anak itu!. Namun, demi rasa cintaku pada ibu muda itu, aku berasa bertanggungjawab untuk menjaga mereka. Anak itu akan ku beri kasih sayang sama seperti ibunya. Tekad ku di dalam hati, aku akan menjadi Papa yang baik pada anak itu. aku akan menjaganya sehingga dia dewasa.

Sebagai tanda kasih sayang ku kepada ibu dan anak itu, aku telah membeli stok Friskies sekotak dan susu yang berkhasiat untuk mereka. Itulah kisah kucingku yang telah menjadi mangsa kucing jiran aku. hehehe....  i single dan suci murni lagi ye... i tak perna kene sentuh tau! ( promote).



My Baby...

Name : Momot Binti Papa :)

Saturday 19 May 2012

Jururawat Cun!

 Gambar Hiasan : kebas dari Blog Miss Iza Pink

waktu ini aku sedang duduk di meja aku dalam bilik guru yang sunyi dan sepi. sesepi hatiku... yucks!! tetiba aku jadi jiwang ni kenape??? what happend to me???... oh God!. hehe... propaganda semata-mata. hari ni aku tak berape nak ade mood sangat lah. jadi aku tak join member-member yang takde kelas pergi kantin. aku duduk di meja sambil periksa buku student. tapi oleh sebab aku bosan, aku buka lah laptop. online jap. tengok komen-komen kat FB. tiba-tiba lalu dua orang cikgu perempuan. semasa lalu meja aku tu. aku dengar perbualan diorang yang lebih kurang macam ni.

cikgu 1 : eh, ko kenal tak jururawat yang cantik tu?. alah yang kerja kat klinik depan tu aahhhh...

cikgu 2 : yang putih-putih dan tinggi tu ka?.

cikgu 1 : iyalah bah.... kau tahu kah cantiknya lah dia tu, tapi dia punya laki punyalah gemuk! tidak padan betul dengan dia.

cikgu 2 : #@%$^&....


dialog seterusnya dah tak kedengaran sebab diorang dah jalan sampai ke hujung. jarak meja aku dengan meja diorang jauh sikit.


aku tersenyum dengar kata-kata cikgu tu. sambil pasang earphone kat telinga, aku pun buka blog aku. niat nak cerita pasal benda ni lah. Jururawat memang ramai yang cun. kalau tak cun, kang tambah sakit pula orang yang diorang rawat tu. hehehe. tapi persoalan nye... DAH KENAPE KALAU DIA CUN???. suka hati dia lah kalau dia nak kahwin dengan yang gemuk ke, hitam ke, pendek ke, ape pon lah. lelaki yang tak kacak ni tak layak ke kahwin dengan perempuan cun?. yang nak tatap muka lelaki tu hari-hari jururawat tu bukan diorang. so WHAT?.
ni lah manusia ni tahu nak mengumpat je. Pantang nampak benda yang lain sikit. samalah juga kalau perempuan yang tak berape ak cun dapat lelaki kacak, mahu nya orang kata perempuan tu dah bomohkan lelaki tu. dah free-free dapat 2 dosa. package kot. sambil mengumpat, memfitnah lah pula.

Nabi Muhammad ada pesan, nak cari jodoh ni kena tengok juga pada kecantikkan. Tapi cantik dalam islam ni bermaksud yang mampu menenangkan jiwa dan menyejukkan hati yang memandangnya. kalau pun pandangan orang lain terhadap suami/isteri kita tak cantik, tapi kalau dari pandangan kita dia mampu bagi kita ketenangan, itu dah cukup bagi kita kebahagiaan.

Tuesday 1 May 2012

Kecemasan

Selepas menghadap buku latihan, aku nak rehatkan otak kejap, jadi macam biasalah aku melepak kat Chatroom. Sedang asyik 'mengorat' awek-awek yang aku sendiri pun tak tahu cun ke tidak, tiba-tiba Izam kacau nak pinjam Pendrive. Aku cari-cari kat meja pendrive tu, tapi aku tak jumpa. Baru aku ingat, Pendrive aku tertinggal kat bilik Ari. Aku pun suruhlah Izam ambil kat bilik Ari. Kisahnya pendrive tu tertingal kat bilik Ari sebab nak minta Software SPSS.

Tiba-tiba aku dengar Izam jerit panggil nama aku. Suara macam cemas. Aku pula berlenggang je jalan sebab aku tak fikir apa pun. Aku siap main, "Chak!" masa jenguk kat pintu. Tapi senyuman aku terus hilang bila aku tengok Ari sedang duduk di atas meja tulis nye, dan letak kepala atas lengan macam orang tertidur tu tapi mukanya pucat sangat. Aku kejut dia banyak kali, tapi dia tak sedar. aku dengan Izam papah Ari baringkan kat atas tilam. Aku rasa nadinya perlahan sangat. Dalam hati aku, Ari mesti takde apa-apa. Tp kenyataannya aku risau juga.

Aku panggil semua kawan-kawan yang ada dalam rumah. Kami sepakat bawa dia ke Hospital. Semua orang lari bilik masing-masing untuk tukar seluar. Biasalah lelaki, malam-malam pakai kain sarung je, tak pun seluar pendek. Sementara tunggu yang lain, sempat lagi aku taip kat Chatroom tu aku nak ke hospital, kawan aku pengsan. Lepas tu, aku bawa sekali Ipad aku. Aku fikir mana tahu kena bermalam kat hospital, takdelah aku bosan sangat.

Bila semua dah siap, Izam dan Adam papah Ari, yang lain buka pintu kereta dan pegang dari dalam kereta. Aku pula pandu kereta. Jauh Hospital tu sepatutnya setengah jam, tapi mungkin aku bawa laju sangat, tak sampai 15 minit dah sampai. Ari diperiksa sebentar dan terus dirujuk ke wad kecemasan.

Semua dengan muka cemas sandar kat kerusi. Izam pula gayut dengan tunangnya sebab nak kurangkan rasa cemas. Masa tu, aku siap kata lagi, "Ari mesti selamat punya, Ari kan sihat-sihat je". Semua tengok aku dengan senyuman tawar.


Setengah jam kemudian, Doktor keluar. Aku dengan muka seposen, tanya doktor tu, "Ari kene tahan ke malam ni?". Aku tak tanya pun ok ke tidak sebab aku yakin Ari mesti ok punya!. Doktor tu tepuk bahu aku, dia kata, "kawan encik dah takde". Semua orang muka konfius masa tu. Macam mimpi pula. Aku siap genggam lengan aku. Sakit!. Jadi aku tak mimpi. aku terus duduk, aku sebenarnya tak tahu nak buat apa. Seminit kot semua orang diam.





Lepas tu, doktor duduk tepi aku, dia tanya sejak bila lagi arwah ada sakit jantung. Aku sekali lagi konfius dengan soalan doktor ni. Aku cuma mampu kata "ah???". Aku tanya doktor balik, "Ari kena serangan jantung ke?". Doktor tu angguk sambil senyum tawar. Aku pun ceritalah yang Ari dah seminggu demam. tapi dia tak cerita dia sakit apa. Doktor tanya Ari asal mana, aku bagitahu lah Johor. Doktor terus bagi cadangan suruh urus jenazah dengan cepat. Doktor buat Pengesahan kematian, yang lain buat laporan polis untuk kematian mengejut, beli tiket kapal terbang, telefon keluarga dan sahabat, semua berkerjasama masa tu. telefon juga kawan-kawan yang kat Johor untuk bantu keluarga Ari sambut jenazah kat  Airport. Memanglah prosedur banyak tapi kerjasama dari semua orang telah membantu melancarkan urusan. Pemeriksaan Polis juga agak mudah sebab Ari bukan mati akibat kemalangan.

Sementara tunggu doktor buat pengesahan kematian, Sempat lagi aku Online guna Ipad aku, bagitahu kawan-kawan Ari, Kawan-kawan kami, sebab bukan semua orang aku ada nombor telefon kan. Sent IM je lah. Ade juga faedah 'awek' aku ni.

Petang hari berikutnya, 29.04.2012, Jenazah selamat sampai ke kampung halamannya. selepas Maghrib, jenazah selamat dikebumikan. Suasana memang agak sedih. Namun aku lihat keluarganya begitu tabah. Besok paginya, aku terus pulang ke Sabah sebab aku takde cuti. Aku serahkan tanggungjawab seorang kawan kepada Ammeer. Ammeer tu sahabat baik arwah Ari sejak kecil lagi. Orangnya pun sebaik Arwah.

Sampai kat rumah kat sabah, Suasana rasa lain sangat. Sunyi je terasa. Kawan-kawan pun semua banyak diam, takde dah gurauan-gurauan sengal. Beberapa hari jugalah macam tu. Bila semua kesedihan dah kurang. kesengalan datang semula. Cuma bezanya, takde dah yang rajin bagi tazkirah lawak subuh-subuh.