home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Saturday 30 June 2012

Aku ada Ipad

Tajuk Entri aku macam bajet nak berlagak kan. tapi memang aku ada Ipad pun. ko ade?. Harga Ipad sekarang ni takdelah mahal sangat. Dengan hanya kurang dari Rm2000 kita dah boleh memilikinya. Aku bukan nak cerita pasal Ipad sangat lah. Benda ni pun bukannya satu keperluan. Benda ni cuma satu.. macam keinginan je. Takda pun takpa. kalau ada, alhamdulillah lah kan. Lainlah kalau barang-barang seperti makanan dan pakaian, yang tu memang barang yang perlu ada.

Mengenai Ipad ni, aku ada sikit nak kongsi...

Pada suatu hari, Ammar dan kawan-kawannya sedang berjalan-jalan di sebuah pusat membeli belah. Oleh kerana terlalu letih selepas membuat lawatan ke kedai-kedai yang ada di dalam pusat membeli belah, mereka pun berhenti di tepi tangga sambil melihat orang ramai yang sibuk turun naik tangga. Tiba-tiba, lalu sekumpulan gadis yang boleh dikatakan menawan. Mereka kelihatan sungguh anggun dan moden. Salah seorang daripada mereka sedang asyik bermain dengan Ipadnya sambil kaki menuruni tangga. Beberapa langkah kemudian.... Tum!!!... ( betul ke bunyi jatuh macam tu?) berdebuk gadis ayu tadi jatuh.


aku dan kawan-kawan aku tak dapat tahan gelak, terus belah dari situ dan gelak puas kat hujung kedai. Kadang-kadang manusia ni suka bergaya tak kena tempatnya. Sibuk sangat nak tayang kat orang "aku ada Ipad", akhirnya memakan diri sendiri. Tu nasib baik jatuh terduduk je, kalau jatuh tertonggeng kat bawah tangga, mahunya setahun tak shopping sane. Adoyai!!

kalau ye pun nak tayang Ipad tu, cubalah duduk kat mana-mana bangku yang di sediakan lepas tu main Ipad tu puas-puas. Tak pun, kalau nak tayang sangat, pergi bersila tengah-tengah shopping complex tu, lepas tu angkat tinggi-tinggi Ipad tu. Tak delah jatuh macam tu kan. Rugi je muke ayu tapi jatuh.

Apelah motif orang main Ipad sambil jalan-jalan kat shopping complex ek...???


Virus Euro 2012



Semenjak bermulanya Euro 2012 pada 9 Jun hari tu, banyaklah kes-kes penyakit yang kita aku dengar. Biasanya penyakit ni banyak di alami oleh golongan lelaki je. Ada juga dari kalangan perempuan, tapi tak ramai. Antara penyakit tersebut adalah, ponteng kerja, lewat datang pergi kerja, pertaruhan dan perjudian.

Daripada beberapa sumber juga mengatakan, lebih banyak cuti sakit telah dimohon. JobStreet.com dalam kenyataan yang dibuatnya berdasarkan satu penyelidikan memberitahu, banyak aktiviti telah dapat dikesan di pejabat sepanjang musim demam bola sepak, yang akan berakhir hujung minggu ini (Kosmo, 2012). Antaranya aktiviti tidak sihat yang berlaku pada musim ini adalah perjudian. Dah sibuk berjudi, kerja pun terabai. Baik-baik dapat gaji halal, yang haram juga yang di kejar!

Mana tak nya, kalau berjudi ni cepat masyuk. tapi cepat jua abisnye. Duit haram! mana nak berkatnya!.



Penyakit ponteng memonteng ni bukan saja dialami oleh para pekerja, tapi turut di alami oleh para pelajar. Aku tak payah tengok sekolah lain, sekolah aku pun dah alaminya. Bayangkan je lah, dalam setiap kelas tu, purata ada 25 orang, yang hadir 18-20 orang je. yang lain mane?. Aku, kalau student kelas aku yang buat hal, aku memang kenakan kaw-kaw!. bagi homework banyak-banyak. sapa tak siap, memang aku akan bagi diorang masa yang cukup untuk keliling padang. Biar puas tengok padang tu.

Aku bukan tak minat bola. minatlah juga. Tapi rasanya takde faedahnye berjaga sampai jam 4 subuh, semata-mata nak tengok sebijik bola. kalau malam sabtu dan ahad bolehlah. kalau malam lain, baik tidur. tak pun selesaikan tanggungjawab. Yang orang main bola tu, dah tentu-tentu dapat bayaran lumayan tapi yang orang tengok tu dapat ape? dapat mengantuk, lepas tu, tinggal subuh dan lewat pergi kerja. Yang budak sekolah, lewat bangun, tak dapat pergi sekolah, bila tak dapat pergi sekolah, pelajaran terabai, bila terabai, gagal exam. bila gagal exam, cikgu Ammar pun denda angkat kerusi keliling sekolah. hihi..Terbaeeekk...!!

Minggu lepas, waktu aku sedap-sedap mengajar, ada seorang budak ni tidur dalam kelas. Punya lah sedap dia tidur. Nasib baik aku takde mood nak marah orang. kalau nasib dia tak baik, aku dah hentak kepada dia pakai buku. emm... kalau hentak pun, kalau dah ngantuk, ape pun tak boleh!. sabar je lah..!.

Mungkin aku bukan fanatik dengan bola. Jadi aku tak boleh faham perasaan orang yang teruja tengok sebijik bola golek-golek kat padang. Tapi sebagai seorang lelaki, aku pun suka main bola dan aku masih teruja tengok bola pada setiap malam sabtu dan Ahad ( kalau ada game lah). Sepatutnya kita had kan keterujaan kita tu pada tempat dan waktu yang sesuai. Jangan kerana teruje tengok bola, tanggungjawab terabai! Sebab tu Allah dah pesan, antara ciri-ciri orang yang tidak berjaya adalah orang yang suka buat perkara yang sia-sia. Jadi kalau nak capai kemenangan, hindarilah perkara yang sia-sia.




Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya mendapat kemenangan orang mukmin yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menghindari perkara-perkara yang sia-sia. Dan mereka menunaikan zakat. Dan mereka yang menjaga kehormatan kecuali pada isteri mereka dan hamba sahaya milik mereka, maka mereka itu tidaklah dicela. Dan mereka yang melakukan sebaliknya itu adalah melampaui batas. Mereka yang menunaikan amanah dan janji-janji mereka, mereka yang sentiasa memelihara sembahyang mereka. Mereka itulah yang mempusakai Syurga Firdaus dan mereka akan kekal di dalamnya.” (Al Mukminun: 1-11).

Thursday 28 June 2012

Pernah bercinta tak?

Pagi tadi aku melepak bersama seorang rakan sekerja yang bertugas sebagai guru disiplin. Biar pun hari ini aku bercuti, tapi aku gatal kaki juga nak ke pejabat. Aku bosan duduk rumah sorang-sorang. Kebetulan ketika aku lalu kat bilik disiplin, aku nampak cikgu Rosli sedang sibuk baca 'kertas bunga-bunga'. emm... nampak menarik. Aku pun masuk lah ke bilik tu. Cikgu Rosli bagi aku beberapa keping surat yang pastinya bukan di tujukan buat aku. Selang beberapa minit membaca, tersembur juga gelak kitorang. Cikgu Rosli kate, ini lah surat cinta yang berjaya dikebas sewaktu Badan Disiplin Sekolah buat pemeriksaan mengejut pada hari rabu yang lepas. Ayat gempak betul. sekurang-kurangnya ter'ayat' juga budak perempuan tu oleh budak lelaki terbabit kan. Adoyai...!

Semasa 'upacara' menggelakkan pelajar berlangsung, tiba-tiba cikgu sherlin masuk. "eh pa korang gelak-gelak tu ah... join bah!". Loghat Sabah cikgu tu memang pekat. Tapi sedap di dengar. Aku pun jawab lah "boleh bah kalau kau!". Cikgu Rosli pun cerita lah. Sambil-sambil tu, cikgu Sherlin pun baca beberapa surat dalam tu. Ayat budak-budak memang lawak. Kadang-kadang tu, kami yang dah tua-tua ni pun terasa nak copy ayat budak-budak ni, kot-kot boleh buat modal mengayat. hihi...

Tiba-tiba Cikgu Sherlin tanya aku, "Am, ko pernah bercinta kah?". Aisey.. apsal lah soalan tu dia bagi kat aku. Mentag-mentanglah dia dan cikgu Rosli masing-masing dah kahwin. Aku senyum je lah. Tapi dia tanya lagi, "Pernah kah tidak?. saya tengok kau ni somboi jugak bah. tak kan endada cewek". Aku gelak je dan tanya dia balik, "saya somboi juga kah?". "somboi bah..!". Cikgu sherlin jawab sambil gelak. okey, somboi tu maksudnya kacak. Tak sangka kacak juga aku ni kan. ye ye je. Aku pun ubah topik, tanya pasal baby dalam perut cikgu tu. Aku tengok perut cikgu Sherlin dah besar sangat dah tu. Dia kata dah masuk 8 bulan. wah, lagi sebulan!. anak sulung pulak tu, mesti best. Nasib baik ada topik lain kan. Dapat juga aku mengelak dari jawab soalan tu.










Tapi dalam blog aku ni, aku nak cerita pasal topik ni. Pernah ke aku bercinta... Jawapannya, aku pun tak tahu. Bukan nak berlagak lah, zaman sekolah dulu ramai juga yang minat aku. Siap ada yang ugut aku lagi jangan rampas makwe diorang. Padahal, makwe diorang yag menggedik dengan aku. Terasa hot tak? opkos la!. hihi...  Pernah 1 hari tu, waktu aku tingkatan 2, aku dapat surat cinta dari seorang perempuan. eh, mestilah perempuan kan!. budak tu memang cun. Member aku pun minat dia jugak. Tapi aku tak pernah balas surat dia. Bukan aku tak suka, cun kot. mestilah suka.

Tapi along aku pesan, kalau masih makan beras yang bapak aku beli, jangan nak mengade kapel-kapel dengan anak dara orang!. Aku dengar cakap kan,. buktinya, sehingga aku habis ijazah, aku tak pernah kapel-kapel dengan sesiapa pun. Boleh percaya ke ni??.. hahaha

kalau bukan sebab tu pun, aku memang tak berhajat pun nak membalas surat tersebut. Single lg better kot. Sebab aku tengok ramai je member-member aku yang serabut je bila bercinta. jerawat pun naik. Pernah satu hari tu, budak perempuan tu telefon aku. Siap buat suara manja lagi, berdiri bulu roma aku. seram kot. sekali aku pas kat adik aku, terus senyap budak tu. Kalau selisih kat sekolah, pandang aku pun tak. Nak kate adik aku basuh, masa tu adik aku baru 8 tahun kot. Tapi selepas tingkatan 5, budak tu cari aku lagi. Kebetulan sama-sama dapat pindah MRSM yang sama. dia tingkatan 4 aku tingkatan 5, tapi aku tak pernah tegur budak tu. Akhir tingkatan 5 barulah kami bertegur. tu pun dia yang tegur aku. katanya takut lepas ni tak jumpa lagi. Masa tu lah dia cerita, katanya adik aku bagi telefon tu kat along, dan along dah basuh dia. tapi dia tak cerita apa yang along kata kat dia. Lawak betul. Aku ni dah macam anak dara yang dilindungi oleh alongnye.

Sambung belajar kat Universiti, hidup aku macam biasalah. Tapi, name pun kacak kan (perasan), jadi skandal memang ramai. Yang tu memang tak dapat dinafikan. Aku pergi library ada yang teman, aku pergi cafe, orang lain pula yang teman, aku pergi beli barang, yang lain pula yang  teman. Dalam ramai-ramai skandal aku tu, ada juga yang meluah suke kat aku. Tapi aku jawab cara baik lah. Selagi aku tak kata perkataan sayang-sayang, atau selama mana aku tidak menyentuh diorang, janganlah simpan perasaan kat aku. maksud aku sentuh tu bukan pegang tangan diorang, tapi maksud aku bagi harapan lah. sentuh hati mereka. Aku skandal-skandal juga, tapi aku layan diorang macam adik. bukan macam kekasih ke ape. kalau aku ajak diorang jalan-jalan pun, bukan berdua atau sesaje melepak. pergi library aku ajak ramai-ramai, beli barang pun ramai-ramai. makan pun ramai-ramai. jadi korang janganlah salah sangka bila aku kata mana aku pergi, aku pasti berteman. Aku jemaah dalam segala hal ok. hihi..

Tapi lumrah, kadang-kadang kita tak sengaja buat orang suka kat kita. jadi, kalau orang suka kita, salah kita juga ker???..

Alam Universiti memang bagi pengaruh besar kat kita. Masa tu kita berada dalam usia akhir remaja. Pengaruh kawan sangat kuat. Masa tu kan, majoriti member aku dah ade awek. giler ape kat unversiti takde awek! Cube tengok kat kelas korang, buat perbandingan lelaki dan perempuan. kalau dalam bilik kuliah tu ada 100 orang, 65-70 orang mesti perempuan. lelaki cuma 35 orang atau 30 orang. Maknanya 2:1. jadi, setiap lelaki ada 2 pilihan awek. seronok kan. ada juga kawan-kawan aku yang pasang 2-3 orang awek sekali. Kadang-kadang aku nak juga try. best ker ade awek ni. Tapi sampai ke sudah aku tak try sebab aku kenal dengan seorang member ni. Dia tak pernah ade kapel. tapi hidup dia happy je. Dia kata macam ni, "Allah dah janji, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya". Aku pegang tau kata-kata tu sampai habis belajar. Aku bukan ape, aku tak nak lah kalau aku tukar-tukar makwe, besok-besok aku dapat isteri yang dah pernah tukar-tukar pakwe. Cinta tu dah tinggal sisa lagi. tak best lah. Silap-silap, isteri aku pegang aku, tapi dia berangan bekas pakwe dia. Syok sendiri lah aku jadinya. Besarkan pengaruh seorang sahabat. Sebab tu kita kena pandai pilih sahabat. kawan biar ramai-ramai. tapi pilih sahabat biar yang terbaik je. Sahabat yang terbaik akan bimbing kita ke jalan yang terbaik. Jangan kerana 'sedap' sejam, merana seumur hidup!.

Sekarang dah masuk alam kerja. Dah makan nasi dari duit sendiri. Along pun dah bagi lesen mengorat. seronok je rase. kadang-kadang kongsi cerita pasal perempuan dengan along. perempuan yang selalu jadi mangsa kami, achik lah. hihi... bajet macam cerita perempuan mana je kan.  Achik tu kan 'makwe' kami berdua. Puteri kebahagiaan kami.

Sekarang ni aku takde makwe tapi aku dah berkenan dengan seseorang ni. Biarpun aku dah stabil, tapi orangnya belum stabil. jadi, aku kenalah adil kan. bagi dia peluang stabilkan hidup dia dulu. kejar apa yang dia nak. Sepanjang usahanya nak kejar apa yang dia nak, aku tak kan ikat dia dengan sebarang hubungan, Bukan sebab aku tak ikhlas untuk mendekatinya, tapi aku harap, dengan cara itu, langkahnya lebih luas. kalau aku ikat, kang tersadung, susah pulak. tak pasal aku kene jotosh!. hihi...

"Semoga kau dapat memperbaiki diri untuk menjadi makmum yang terbaik kepada bakal imammu. dan semoga aku dapat menjadi imam yang baik kepada makmumku kelak.
Cinta itu tak semestinya mesti bersama. tapi saat kita membahagiakan orang yang kita cintai tanpa berharap apapun, itu lah cinta sejati. Biar siapa pun yang bakal memilikimu, aku janji aku akan sentiasa doakan semoga kau bahagia!. Aku tak perlukan tanda kapel untuk setia denganmu, aku cuma perlukan kebahagiaanmu. Semoga kita sama-sama terhindar dari zina hati. Kuatkan cinta pada Allah lebih dari segalanya, InsyaAllah dia pasti akan berikan balasan kekuatan cinta kepada kita".

Tetiba aku jadi normal kan?.. hihi. kawan-kawan aku kata, aku ni nampak sengal sepanjang masa kecuali masa aku tengah solat je :p.

Angau

Tetiba terjaga dari tidur. Senyum sorang-sorang. hihi...

angau sebentar..

teringat bila kamu tanya "sakit hati ke?". series sakit hati dengan kata-kata kamu. tapi, sakit tu tetiba jadi "sedap" bile awak kate, "sekurang-kurangnye ape yang kite nak kate tu sampai". saya nak ucap terima kasih sebab ingatkan saya =)

awak kate, "takde mase ingatkan kamu". tapi sebenarnye saya tahu awak sedangkan mengingatkan saya dalam keadaan awak buat-buat marah. Awak memang garang, tapi manje awak tu tak boleh sorok. dan tambah saya yakin awak sedang mengingatkan saya bile awak kata, "dah besar-besar pun nak kena marah lagi". series saya gelak golek-golek masa baca mesej tu. Lawak je rase ade yang kate kat saya macam tu.

terima kasih ye. biarpun awak tak ngaku yang awak sedang 'menyampaikan' sesuatu kepada saya,  tapi saya tahu awak memang nak sampaikannya.

     ...."sekurang-kurangnye ape yang kite nak kate tu sampai"

 ...."dah besar-besar pun nak kena marah lagi"


nak bagi lagu ni khas buat awak.

 kenapa aku mencintaimu


 
Aku bertanya apakah ertinya
Suatu perjalanan yang tak ku duga
Hatiku telah terasa dimiliki
Oh indahnya cinta ini bersamamu

Dulu aku tak pernah merasakan
Indahnya hidup bagaikan hari ini
Walaupun dulu aku pernah dicintai
Tapi dirimu adalah yang terbaik untukku

Kenapakah aku mencintaimu
Walaupun esok dapat ku rasakan
Bahawa cinta ku akan menemanimu
Selamanya bersama hidupku

Apakah itu tanda cinta bermula
Ku hanya berdoa serta menyerah
Hargailah diriku sepenuh jiwa
Aku cinta aku cinta kepadamu

Kenapakah aku mencintaimu
Walaupun esok dapat ku rasakan
Bahawa cinta ku akan menemanimu
Selamanya bersama hidupku

Kenapakah aku mencintaimu
Walaupun esok dapat ku rasakan
Bahawa cinta ku akan menemanimu
Selamanya bersama hidupku

Kenapakah aku mencintaimu
Selamanya aku cinta kepadamu



saya akan cuba kongsikan semuanya dengan awak..

awak taknak kire pun takpe
sy kire kan..
awak taknak tahu pun takpe
saya bagitahu
dan.
awak taknak tanye pun takpe
saya jawabkan..



Tuesday 26 June 2012

Buat Penat-penat, lepas tu Buang!

Buka Metro nak tahu pasal Euro. Tapi dapat juga baca benda yang tak berapa nak berkenan di hati. Berita pasal buang bayi.

 Kes macam ni memang dah kerap sangat berlaku. Pelbagai usaha dan kempen kesedaran dah dibuat semata-mata nak bagi orang sedar tentang hal ini. Aku hairan betul kenapa orang sanggup buat macam tu. "Buat anak" bukan main lancar lagi. sana sini buat. kat taman, hutan, belukar bahkan tepi padang pun ada orang "buat anak" dah serupa anjing binatang gamaknye. Tapi bila hasil kerja diorang tu menjadi, diorang buang pula. Bodoh nye!!.

Bila kes buang bayi berlaku, biasanya yang lelaki akan kata perempuan ni tak reti jage diri. yang perempuan pula akan kate, lelaki ni perosak dan tak nak bertanggungjawab. Padahal dua-dua same je, takdenye jadi anak tu kalau takde yang menyemai dan takdenye juga jadi anak tu kalau takde tempat menyemai.

Allah dah bagi amaran dah, jangan dekati zina. tapi nak juga dekat-dekat. kalau dah dekat, mesti nak buat. kalau dah buat, tak payah di larang lagi lah. dah jadi macam ni, baru lah bagi alasan lelaki taknak bertanggungjawab, kemudian perempuan tu buntu jadi gagal kawal emosi, terus tak fikir panjang dan buang anak tu. Alasan biase dah tu.

Lelaki kalau sayang dengan seseorang perempuan, dia tak kan sentuh perempuan tu. barang baik beb, simpan nak buat isteri dan ibu kepada anak-anak. Tapi kalau dia dah sentuh-sentuh, tu sayang juga tapi sayang nafsu je lah. Buat main geli-geli. Dah puas menggeli, buang lah kasi makan dengan 'anjing' lain. maaf lah, aku emo sangat pula. Anjing je yang suke "main" tengah-tengah taman tu.

Kepada mujahidah islam ni, tolonglah jaga maruah korang. lelaki tak hilang apa pun kalau dia berzina. lelaki dapat kepuasan adalah. anak yang jadi dari hubungan haram tu pun bukan boleh di bin kan atas nama nya. Lelaki tak hilang dara pun. pendek kata, lelaki tak kurang sikit pun. Tolonglah jaga maruah. sedih sangat baca berita-berita macam ni. yang paling kesian budak yang tak bersalah tu. Tolonglah jangan lemah dengan pujukan lelaki macam tu. Lelaki yang sayang korang tak kan rosakkan korang. jangan lah kerana cinta hati jadi buta. Buktikan kaum hawa ni kuat!.

kepada lelaki, kalau rasa burung dah tak tahan nak tebang, kumpul duit cepat-cepat lepas tu nikah. kalau mak ayah awek korang tak setuju, pi report kat pejabat agama. selesai masalah. tak pun lari kat siam.. hahaha.... kalau tak nak juga, kasi sembelih ja sama itu burung, ganti dengan angry bird. sekian..


chop!. semalam aku target nak ade baby lagi 2 tahun 9 bulan 10 hari... so, hari ni, tinggal 2 tahun 9 bulan 9 hari.. hihi..

aku harap aku dapat anak yang ramai sebab adik beradik aku 3 orang je. tak best. tak meriah. ye ye je merancang. tak target banyak mane pun, 12 orang pun dah ok :p

Monday 25 June 2012

mood hari ini

Bangun pagi seawal jam 4.30 pagi, kemudian layan mamai selama 5 minit. Tak lama selepas itu, azan subuh pun berkumandang. Biarpun Mood mamai masih lagi tarik-tarik atas katil, tapi terpaksa juga bangun pagi untuk solat subuh. Nak bangu tu sikit punya payah. mana tak nya, selimut belai-belai badan, bantal usap-usap kepala. Bantal peluk pun sibuk buat aksi supaya peluk dia. Tapi semua tu terpaksa di tepis. dush.. dush.. dush!!..

kewajiban subuh dilaksanakan seperti biasa, tapi akibat kedinginan pagi yang menyerap sehingga ke tulang, terasa berat untuk menyentuh air. Tambahan pula water heater rosaklah pulak. Jadi sementara tunggu mood mandi tu sampai on laptop sekejap. Macam biasalah, cursor di seret ke "musang yang sedang melingkar di bumi", selepas itu, www.facebook.com di taip. Terpampanglah nama aku. Tiba-tiba... "Rindu nye kat awak!". hanya mampu diugkap didalam hati. Dapat tengok Mawar merah jambu pun dah terubat rindu tu.


Sempat lagi berangan sekejap, pagi-pagi macam ni, dalam cuaca yang sejuk, kan bagus kalau ada yang menghangatkan menggunakan milo panas.. "abang, jom minum!". Berangan je lebih. ade pulak orang nak bancuhkan aku milo panas masa-masa macam ni kan. Tu lah ustaz kat tempat kerje aku cakap "kahwin ni seronok!". Bila fikir-fikir, ini lah salah satu keseronokkan berkahwin, pagi-pagi macam ni, ade yang teman sarapan. sekurang-kurangnye ade yang akan buatkan milo panas. tak dapat makan karipap pun tak pe. Milo kosong pun dah hum!.

Mood : Aku memang suka berangan!

Sunday 24 June 2012

Nama itu....


Aku monolog sorang-sorang, "Apsal name budak tu rasa comel sangat ah?" emm.. kawan aku menyampuk, "tu lah penangan jatuh cinta. Biarpun name dia cik Kiah sekali pun, atau cik Joyah kampung pisang, name tu tetap terasa indah". Sebenarnya nama tu takde kaitan pun dengan tahap kecomelan atau tahap kekiutan, tapi nama yang kita ucap dan ingat tu adalah pengukur sejauh mana kita mencintai orangnya. Fikir-fikir logik juga kate mamat pemilik name Encik Ilham. Name pun cikgu sastera kan mamat tu, mesti ayat power.

          Kekuatan cinta tu boleh di ukur melalui frekuensi nama yang di sebut. Betul ke tu?. aku pun terus buat kira-kira. Hidup dengan matematik memang seronok kan. bezanya nilai kali ini di ukur dalam bentuk inferens. Semakin banyak kita sebut sesuatu nama, semakin tinggi tahap cinta kita. tahap cinta berkadar langsung dengan sebutan nama. sila buat graf. pening kang student aku kalau aku masukkan soalan ni dalam peperiksaan semester 2. bukan mereka je pening, aku pun keliru. eh! apa lah yang aku merepek ni!. ni lah kesannya bila cikgu matematik nak meng"ayat"

   Insaf sebentar pula bila seorang kawan bagi ceramah free kat aku. Itu lah nilai sebuah "nama" bila kita satukan dengan perasaan cinta. sebab tu kita kena selalu sebut nama Allah dan Rasul. menunjukkan kita cinta pada Allah dan Rasul. kadang-kadang manusia ni terlalu kusyuk dengan cinta sesama manusia. sehingga nama manusia yang dicintai sentiasa diucap. Tapi nama Allah pula hanya disebut bila kita dalam musibah. Cube waktu dalam musibah tu kita sebut, minah.. minah.. sambil nangis-nangis.. mesti kita tak dapat kepuasan kan? sebab ape?, sebab takde sape pun dapat mengatasi cinta Allah. biarpun kita sebut nama Dia jarang-jarang, tapi sekali kita sebut, bertapa lapangnya hati kita. Bertapa besarnya balasan Allah pada kita hanya dengan menyebut namanya. kalau dah Ustaz yang bagi ceramah, senyap je lah. memang logik. aku kata aku ingat Allah, tapi aku sebut nama manusia lebih dari aku sebut namaNya, Aku kata aku cinta Allah lebih dari segalanya, tapi aku sebut nama Allah waktu aku susah je. tapi waktu aku senang.... uh!.

Oleh itu, pada hari ini, sila ukur tahap frekuensi nama-nama yang korang sebut hari. mane lagi banyak, name manusia ke Allah.

Friday 22 June 2012

First Doodle

Tadi Am takde koje. Jadi buatlah doodle.. buruk pun takpe. first time kot..


                                     Inilah hasilnya...





Thursday 21 June 2012

Doa Merawat Kesedihan

Tidaklah seseorang ditimpa suatu kegundahan mahupun kesedihan lalu dia berdo’a:

“Ya Allah, sesungguhnya saya adalah hamba-Mu, putera hamba lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan Mu, , ubun-ubunku ada di Tangan-Mu, telah berlalu padaku hukum-Mu, adil pada ketentuan-Mu. Aku meminta kepada-Mu dengan seluruh Nama yang Engkau miliki, yang Engkau menamakannya untuk Diri-Mu atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu atau yang Engkau simpan dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu. Jadikanlah Al-Qur`an sebagai musim bunga (penyejuk) hatiku dan cahaya dadaku, pengusir kesedihanku serta penghilang kegundahanku.” melainkan akan Allah hilangkan kegundahan dan kesedihannya dan akan diganti dengan diberikan jalan keluar dan kegembiraan.” Tiba-tiba ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tidakkah kami ajarkan do’a ini (kepada orang lain)? Maka Rasulullah menjawab: “Bahkan selayaknya bagi siapa saja yang mendengarnya agar mengajarkannya (kepada yang lain).”




(HR. Ahmad no.3712 dari ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albaniy, Sheikh Syuâ’aib al-Arnaouth menyatakan Isnadnya Dhaif)

Monday 18 June 2012

Melepak sat

Duduk atas batu sambil tengok laut, tangan pegang Ipad, main game sorang-sorang sambil rasa angin laut yang bertiup. Indahnya hidup!. Muka dilukis dengan senyum sebaik mungkin. Tapi hati tak dapat ditipu. cewahhhh... terasa jiwang malam-malam buta ni.

Kadang-kadang kita perlu luang sedikit masa buat diri kita.. Seharian mengejar dunia, sehingga kita lupa pada jasad yang sentiasa di usung. Ambil port baiknya punya kat tepi laut ni, duduk pejam mata, rasa dingin malam, sambil dengar bunyi ombak. tenangnya terasa. Wahai jasad yang telah menemaniku, terima kasih kerana bersabar denganku kerana kerakusanku untuk mengejar dunia. 

layan lagu MLTR jap... (It's only love)


It's Been The Story Of My Live...
The Things I Love I Have To Sacrifice...
And Now There's Nothing Left Of Me...
Feeling Invisible...In Need Of A Miracle...
I Try To Remember...It's Only Love...
We Had To Surrender...There's No More Us...
The World Keeps On Turning...And I Carry On...
The Dream Of Another You...The Song That I Hold On To...
Another Castle In The Sky...
Another Dream I Have To Push A Side...
And Now I Knew Before The Truth...
To Face The Inthinkable...
Felling So Breakable...

Terasa speaker Ipad aku ni macam rosak. Mana tak rosaknya kalau ada suara latar yang sumbang ikut nyanyi lagu tu. hahaha... aku pun tak faham kenapa kalau gelak je mesti hahaha, tak boleh ke sasasa ke, rarara ke, atau dadada. tak kisah lah, janji gelak. kisah pulak korang kan.

"There's No More Us... ".. lirik ni buat fikiran aku berat sangat. "why No more??". takpe lah...aku masih ada Allah. Dia pasti sayangkan aku. tak kira lah no more ke, more-more ke, no no ke, janji Allah tak tinggalkan aku. Dia dah cukup bagi aku kasih sayang. Not Only Love, but everyhing that i want. lagu tadi buat aku serabut je, jadi baik dengar lagu lain pula layan lagu ni, Sami Yusuf (He Is There)

Some might say this world today shows
God’s left us to our mistakes oh
He has never been so far away
Some might say
How could any father stand
To see his children across so many lands
Suffer so and give no helping hand
No helping hand
And somewhere tonight
Far away and out of sight
There’s a child that’s too weak to cry
Look deep in those eyes
Can’t you see him in disguise?
Reaching out to the heart that’s in you and I
In every tear
That is where
He is there
He’s the hand that wipes that brow
He’s the tear that trickles down
Upon the face that cries without a sound
‘We need you now’
What a simple choice to make
Between what you give and what you take
When what you give
Such precious life precious life would save
Life would save
And somewhere inside
There’s a part of you asks why
Would he leave so many so far behind
Look deep in those eyes
Can’t you see him in disguise
Reaching out to the heart that’s in you and I
In every tear
That is where
He is there
Look again don’t hide your eyes
He is there in disguise
Reaching out to you and I
He is there in every tear
Not far away he’s right here
Oh how could he be more near

Dia sentiasa ada kan...

Ubah topik sat, 
Orang kata, anak-anak yang lahir dari keluarga bermasalah selalunya tak kan berjaya, tapi adik beradik aku semua berjaya je.. Berjaya ke? apa makna berjaya?. Berjaya ni sebenarnya bila kita dapat capai apa yang kita mahu dan kita rasa puas dengan apa yang kita capai tu. maknanya, kalau korang bercita-cita nak jadi perompak, dan korang berasa puas dengan pencapaian kamu sebagai perompak tu, maknanya kamu telah berjaya dalam hidup biar pun pada tanggapan orang lain yang kamu tidak berjaya. Pedulikan orang lain, yang nak nikmati hidup itu adalah kamu!. So, adakah pada saat ini, korang dah berjaya?

Jangan lupa senyum. Bukan susah pun. 


Just like this 


 alah tomey nye die....


Nikmati Hidup ini..
.  



Anything For You

If there were a single sacred rose 
On a mountain top that grows 
Where nobody ever dares to go 
For you I’d climb that mountain high 
I would reach up to the sky 
If that rose was your desire 
Don’t you know that I 
Would do anything 
Would do anything 
For you 
I would do anything 
Would do anything 
Anything for you
 For you, 
I would sail the seven seas 
Walk the deserts in between 
Just to bring you anything you need 
Nothing could ever be too much 
Anything to show my love 
‘Cos it gives me strength enough 
Don’t you 
Don’t you 
Don’t you know that 
I Would do anything 
Would do anything 
For you 
You know that 
I Would do anything 
Would do anything 
Anything for you 
For you 
I would take on any trial 
And I would walk on through the fire 
You give me strength enough to face it all 
You make me feel invincible 
 ‘Cos I would do anything 
Anything for you 
You know that 
I Would do anything 
Would do anything 
Anything for you 
These things are nothing to 
All the things you do for me 
You are my dream come true 
A love I never knew you see 
I’d take on a mountain high 
Just to see you smile for me 
You make me want to be 
The very best that I can be 
 I would do anything 
Anything for you 
You know that I 
Would do anything 
Would do anything Anything for you 





 

Duhai Cinta

Duhai jiwa yang merindukan belahan kalbu 
 duhai hati yang mendamba cinta tulus suci 
 tlah terpatri kini rasa cinta yang sejati 
 dengan hadirmu disini 


duhai cinta kau hadir isi kekosonganku 
duhai rasa berjuta cita penuhi sukma bersua didalam ikatan kasih nan murni 
 berdua bersama 

 
kuterima segala kekurangan dirimu 
 kuserahkan hati titip cintaku padamu 
Tuhan tuntun langkah kaki tetap dijalanmu 
menapaki indah rengkuh cinta bersama 

padan muke aku

















SHE'S HATE ME!











LONELY FOREVER

Sunday 17 June 2012

Takde tajuk

Aku bukan nak bagi harapan sia-sia kat dia, aku cuba berusaha untuk menjadi sese'orang' baginya.

Membiarkan dia bebas tanpa sebarang ikatan agar dia bebas untuk memperbaiki dirinya untuk seseorang yang bakal menjadi imamnya dan membiarkan dia bebas supaya aku tidak berharap untuk dia setia kepada aku. Adil kan?.





"saya cintakan awak sampai saya mati"


Kucingku naik kapal terbang (Poyot Famili)


Hai Korang!!

Hari ini aku nak cerita pasal prosedur nak bawa kucing dari Semenanjung Malaysia ke Sabah. Entri ni wujud atas permintaan seorang hamba Allah yang banyak soalnya macam mana aku boleh bawa Poyot dan anak-anaknya ke Sabah. Poyot tu kucing kesayangan aku. Poyot tu Spesis kucing Bengal. Tapi takdelah bengap si Poyot tu. hehehe... Name-name anak si Poyot adalah Momot, Nenet dan Cokobie. Momot, Nenet dan Cokobie tu tak berbulu macam mak dia. Bulu mereka biasa-biasa je, tapi gebu lah jugak. Maklumlah, kacukan kucing kampung dengan Bengal. Sebab aku nak bawa mereka bersama aku adalah, takda siapa yang nak jaga mereka kat kampung. Adik aku dah sambung belajar kat KL. Jadi, risau lah kan, nanti takde sape nak bagi mereka makan.


Terus kepada Point utama, Prosedur nak bawa kucing-kucing ni memang agak rumit sikitlah. Tapi tak lah rumit mana pun kalau memang berhajat besar nak bawa kucing tu kan. Nak seribu daya, tak nak, duk diam-diam.
Perkara pertama korang kena tahu adalah, HANYA / ONLY Malaysia Airlines (MAS) je yang ada perkhidmatan bawa Haiwan ni. Buat masa ni, Airasia tidak menyediakan perkhidmatan untuk bawa haiwan bersama. Kat Airasia NO PET! Okey!.
Prosedur dari mula sehingga akhir adalah macam ni.

PERTAMA
Korang kena bagi beberapa jenis vaksin kat kucing korang. Vaksin tu beli kat Farmasi yang ada jual benda tu atau paling senang korang pergi kat hospital klinik haiwanlah atau jabatan haiwan. Kos untuk vaksin tu dalam seratus lebih seekor jugalah. Bergantung kepada harga yang pihak klinik atau Farmasi tetapkan. 

KEDUA
Lepas tu tanam Microchip kat haiwan korang. Benda ni boleh buat kat Jabatan haiwan. Microchip ni kecil je, lebih kurang besar macam beras. Bukan ape, nanti senanglah korang nak tahu tu kucing korang ke bukan. Microchip ni menyimpan data pasal kucing tu lah. Jadi takdelah sape-sape memandai nak ngaku tu kucingnya. Kosnya paling murah RM50 seekorlah.


KETIGA
Dah siap-siap semua tu, bolehlah urus PERMIT IMPORT. Ingat!, permit import dulu yang kena urus!. Permit ni menunjukkan jabatan haiwan kat sabah membenarkan kita bawa masuk kucing tu ke Sabah. Permit ni urus kat Jabatan Haiwan negeri masing-masing. Permit ni sah sehingga 60 hari dari tarikh ianya di keluarkan. Maknanya korang boleh guna 2 bulan permit ni. Kos dalam RM5 je atau lebih, bergantung kepada Jabatan Haiwan yang korang pergi tu lah.

KEEMPAT
Seterusnya buat pengesahaan kesihatan. Pengesahaan kesihatan ni boleh dibuat di jabatan Haiwan atau klinik Haiwan yang bertauliah. Maksudnya, jangan main hentam je pergi kat klinik haiwan tu. Surat pengesahan kesihatan tu penting untuk urus permit eksport. Kos medical Check Up tu dalam RM70 seekor.  Perlu diingat, surat pengesahaan kesihatan tu sah dalam 48 jam je. Sebab tu, korang rasa-rasa nak jalan dah baru korang urus surat tu.

KELIMA
Kalau tahap kesihatan kucing tu dibenarkan untuk di naik kapal terbang, baru lah korang boleh urus PERMIT EKSPORT. Permit ni kena urus kat jabatan haiwan negeri korang nak eksport tu. macam aku nak eksport ke Sabah. Jadi aku hubungi kawan aku kat sabah minta dia tolong. Then, aku fax Permit eksport dan surat pengesahan kesihatan kat dia. Sebab benda tu perlu ditunjukkan semasa isi permit eksport. Dah dapat permit eksport, dia fax lah kat aku permit tu. Mudah sikit lah urusan kalau ada yang boleh tolong kan. Tapi kalau korang takde sape yang boleh diharapkan, korang boleh berbincang dengan Jabatan haiwan negeri korang. Mudah je tu.

Next....
Selesai 5 perkara dan dah ada 3 kertas penting, iaitu, PERMIT IMPORT, SURAT PENGESAHAN KESIHATAN, dan PERMIT EKSPORT, bolehlah korang berlenggang bawa kucing pergi airport. Pilihlah Travel Carrier yang cun-cun dan selesa buat kucing korang. Pilih cage yang cantik-cantik dah berkunci, takut terlepas kucing tu, naya je riuh kat airport tu. korang boleh check in macam biasa. Berat kucing tu termasuk dalam berat luggage atau kalau beg korang banyak, kenalah timbang kucing tu lain-lain, caj sekilo RM15. Kucing tu akan diletakkan ditempat yang selamat untuk haiwan. So, korang duduk sit penumpang macam biasalah. Dah selamat mendarat, macam biasa ambil beg tempat biasa, manakalah kucing-kucing tu tuntut kat Seksyen Kuarantin Haiwan. Bayar Rm30 kat sana.

Dah selesai... akhirnya Poyot Famili dah jadi rakyat negeri sabah buat sementara waktu. Jadi bolehlah mereka belajar bahasa etnik-etnik sabah ni..

ANGGARAN KOS UNTUK SEEKOR KUCING ADALAH = RM200- RM300.

FRESHMAN FATHER

Tadi aku tengok satu cerita ni. tajuknya Freshman Father. aku tak tahu apa permulaan cerita ni, tapi masa aku buka TV tu, cerita tu dah sampai kat babak majlis perkahwinan John dan Kathy.


Apa yang aku faham dari cerita ni adalah John mesti berkahwin dengan teman wanitanya yang bernama Kathy sebab, Kathy dah mengandung. Mereka berdua ni memang dua-dua bijak. John dapat tawaran belajar kat Harvard tapi sebab keluarga dia tak mampu, jadi John kena study Hard lah supaya dapat Biasiswa. Biasa lah, kos belajar kat sana bukan murah. Kat Harvard tu, John dan Kathy duduk kat rumah kelamin, maksudnya rumah untuk pelajar yang berkahwinlah. John terpaksa bekerja sambil belajar sebab nak sara keluarganya kan.

Belajar kat Harvard memang kena giler-giler pandai lah kan. tapi John ni tak dapat fokus study sebab kena kerja lagi. dia dah beberapa kali ulang exam Kalkulus. tapi apa yang aku suka dalam cerita ni adalah, bila John susah hati, isterinya sentiasa bagi semangat. comel kot.



Bila isterinya bersalin, John teman Kathy, bagi semangat sampai semuanya berjalan lancar. Biarpun keluarga diorang hidup dalam kesukaran tapi sebab diorang saling membantu. Semuanya berjalan lancar. cuma satu hari tu, isterinya merungut sebab anak diorang selalu menangis tapi bila John yang jaga, baby tu senyap lah pula. jadi Kathy selalu rasa yang dia tak reti urus keluarga. Jadi dia ambil keputusan untuk keluar dari rumah. dari tu lah bermulanya dugaan John sebagai seorang ayah tunggal nak besarkan anaknya.

kehidupan memang sukar lah. dari mula dia kena halau dari rumah kelamin Harvard tu sebab dia dah takda isteri, dengan kegagalan subjek lagi, anak dia lagi deman masa dia nak exam, sampai tak dapat nak study. memang sukarlah kehidupannya masa tu.

satu hari tu, masa dia nak exam, dia terpaksa bawa anaknya ke dewan exam, anak tu menangis tak nak tidur, nasib baik pensyarah John faham keadaan tu. dia suruh semua pelajar nyanyi ramai-ramai sampai anaknya tidur.

Tapi sebab dia tak dapat fokus study tu, exam akhir dia gagal. jadi John terpaksa lah berhenti dari Harvard. cuma mungkin nasib dia baik, dekan harvard tu bantu dia sebab dia nampak macam mana John lari dalam hujan sebab belikan anaknya ubat masa anaknya demam panas.

akhirnya selepas 3 tahun, dia berjaya dalam pelajarannya. macam tu lah lebih kurang ceritanya. best kot.





Sinopsis cerita dari : PerekaCerita

SINOPSIS FRESHMAN FATHER (TV2)
Dirinya masih remaja dan seorang pelajar namun pada usia 18 tahun, John juga telah menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa. Apatahlagi dia hanya bersendirian menjaga anaknya setelah teman wanitanya yang masih muda tertekan dan meninggalkannya.

Motivasi mahu menjadi seorang pelajar yang berjaya dalam pengajian sekaligus membesarkan anaknya penuh perhatian dan kasih sayang membuatkan John nekad dan berusaha gigih mencapai cita-cita dan matlamatnya itu.

Filem ini berdasarkan kisah benar berlaku sekitar tahun 1970 pada diri John Wand, remaja berusia 18 tahun yang baru diterima memasuki Harvard apabila satu hari dia mendapat tahu teman wanitanya sewaktu di sekolah tinggi telah mengandungkan anaknya.

Kisah sebenar ini lalu diangkat dalam versi filem yang mengetengahkan watak John dilakonkan oleh Drew Seeley) dan Kathy (Britt Irvin) yang telah dinobatkan sebagai raja dan ratu pada satu majlis. John kemudiannya mendapat biasiswa penuh melanjutkan pengajian muzik ke Harvard dan menetap di Bandar Lowa. Ibu bapa mereka tidak mempunyai wang yang banyak tetapi kedua-dua remaja itu sendiri mempunyai masa depan yang cerah.

Kemudiannya sebelum musim panas berakhir, Kathy mengumumkan bahawa dia mengandung. Tanpa mempertimbangkan keputusan yang diambil, mereka terus berkahwin. Kathy bersama John Harvard berpindah ke perumahan kelamin bagi pelajar yang menuntut di situ. John menggalas tanggungjawab sebagai pelajar dan bekerja sambilan di kedai buku untuk menanggung keluarganya. Manakala Kathy pula diterima kerja sebagai juruwang bank. Kehidupan mereka ketika itu begitu sukar.

Sementara pelajar lain berpesta, John dan Kathy pula sibuk di rumah menguruskan bayi mereka yang telah lahir yang diberi nama Adam yang setiap hari berterusan menangis. Sementara itu John mendapat gred D iaitu gred yang cukup diimpikan semua pelajar. Tetapi pensyarahnya menasihatkan John menggugurkan subjek utamanya.

Sementara itu, Kathy berdepan tekanan sebagai ibu muda yang kehidupan sehariannya terperap di rumah melayan bayinya yang menangis. Walaupun John begitu menyintai isteri dan anaknya, Kathy pula tewas pada tekanan dihadapinya dan mahu pulang ke lowa. Meninggalkan John.

Situasi itu membuatkan John tidak lagi layak tinggal di rumah kelamin yang hanya layak diduduki pelajar berkahwin. John kemudiannya menyewa bilik di rumah seorang pakar psikologi, Dorothy yang banyak memberikannya sokongan dalam menyeimbangkan antara tanggungjawab sebagai seorang bapa dan juga pelajar.

Satu hari bayinya telah demam panas. John yang tidak memiliki kenderaan segera membalut bayinya dalam selimut dan berjalan dalam hujan pergi ke kedai ubat. Mujur bayinya dapat diselamatkan. John menguruskan dan menjaga anaknya sendirian selama empat tahun hingga akhirnya dia berjaya menamatkan pengajian dengan kepujian.

Saturday 16 June 2012

Selepas Cuti

Selepas dah bercuti 2 minggu, bermula lah semester baru untuk persekolahan pada tahun ini. Banyak berita gembira yang kawan sekerja kongsikan dengan aku. Antaranya seorang member aku ni, yang baru nak masuk 2 bulan berkahwin. Hari isnin tu muka dia memang ceria semacam. Keceriaan muka dia tu mengalah muka dia masa hari dia nak nikah. Masa lepak kat kantin selepas waktu kelas, dia pun ceritalah yang isterinya dah disahkan mengandung 4 minggu.

"Pergh..... hebat kau bro!". Hebat tak hebatnya dia, itulah rezeki yang amat bernilai Allah dah turunkan kat dia. lagi 8 bulan, lengkaplah keluarga dia. Aku pun ucaplah tahniah kat dia. kembang-kembang hidung dia dengar pujian dari member-member lelaki. Mana taknya, orang kate, dah terbukti kejantanan seseorang tu kalau isteri dah mengandung. ye ye je kan. padahal, kalau lembut camne pun, kalau ade Sperma yang berkualiti baru jadi anak tu -_-"

tapi dia ade bagi soalan kat aku, boleh ke buat "ehem2". masa isteri mengandung?. terngangah mulut aku. macam je aku ni dah kahwin. saranan aku, tanya lah doktor sendiri. lain orang lain kesannya.

Friday 15 June 2012

Muhasabah Cinta






Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar

Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah

Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku

Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Miss-miss

"Miss" ni membawa maksud yang banyak. Mungkin orang akan guna Miss untuk 'cik' atau mungkin juga 'ketinggalan' atau 'nyaris'. Tapi hari ini, aku guna Miss sebagai 'rindu'.

apakah itu rindu?. hayati lirik lagu Hijjaz ni.

Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan


Sewaktu kita hangat bercinta, kata rindu senang benar melucur dari bibir. Bukan dari bibir je, tangan pun sering menari-menari di atas keypad telefon mahupun di atas komputer untuk menaip perkataan rindu atau kalau nak canggih sikit "MISS". 

Perasaan rindu memang lumrah bagi seorang manusia. kadang-kadang, orang yang ada depan mata pun dia boleh rindu. kalau aku, orang yang paling aku rindu adalah arwah mak. dia lah wanita terhebat yang aku pernah kenal. kalau rindu mak+we tu tak pernah lagi laaa... aku kan single (promote). cuma kadang-kadang tu, "rindu" juga dengan bakal isteri aku, siapalah wanita tu kan... manalah dia bersorok. 

pasal definisi rindu tu, aku tak pasti lah pula.. cuma yang pastinya, kalau korang rasa rindu dengan seseorang atau satu benda ni, korang akan terasa nak jumpa dia, nak tengok dia, nak borak dengan dia atau macam-macam 'nak' lagi lah. bak kata orang tua-tua dulu, "kalau rindu makwe, dapat tengok bumbung rumah pun dah ok".

Tetiba aku terasa nak cakap pasal rindu-rindu sebab semalam member aku kata dia rindu aku. terharu kot. hihi...:p

untuk balas kata rindu dia, aku buka satu cerita. lebih kurang macam ni.


AKU : Nak citer ni, minggu depan, Am kene ajar subjek BI, subjek Math Am kene ajar macam biasa, tapi kene tambah subjek BI sebab ada cikgu yang bersalin.

DIA: Tu ke citer nye?, Am kan teror BI...

AKU : Mane ade Teror, setakat cakap I MISS YOU Am reti laa... (niat nak memikat)

DIA : Sengal Betol!


Free-free dapat sengal seketul.. hihi. Kami Bukan kapel ke ape, kami hanya sahabat baik =). Rasa rindu itu sangat indah jika dinikmati dengan betul. Selamat merindu....

Thursday 14 June 2012

Hadiah Yang Sesuai Hari Ayah

Sekarang ni dah masuk minggu hari ayah kan? orang mula lah sibuk beli hadiah. Anak-anak sibuk beli hadiah untuk ayah diorang. Ada juga Isteri yang sibuk beli hadiah untuk Ayah kepada anak nya. Masa nak beli tu kadang-kadang pening juga kan?. yelah kan takut apa yang kita beli tu tak memenuhi piawian orang yang kita nak bagi tu. Tapi sebenarnya, tak perlulah kita pening-pening kepala fikir apa hadiah yang kita nak bagi. sebab, kita mesti kenal ayah kita kan, kita tahu apa yang dia nak. kalau nak beli hadiah untuk ayah mertua, tanyalah pasangan kita, ayah dia tu suke bende ape. kan senang tu.

Selaku lelaki, aku nak bagi pandangan sikit lah pasal macam mana pilih hadiah yang sesuai untuk bagi kat lelaki. Name pun ayah kan, mestilah lelaki.

Hadiah paling bernilai.

kalau rumah mak ayah dekat, pi balik sat. dah kalau jauh, telefon sat and say




papa/abah/ayah/walid/abi atau apapun panggilan kamu padanya...


then say

 I LOve You So Much!

Wednesday 13 June 2012

Kanser dan minda


Betul kata pensyarah aku dulu yang sakit tu sebenarnya dipengaruhi oleh minda kita. Contoh macam ni, bila seseorang pesakit kanser tu tak tahu dia ada kanser, dia akan berfikiran positif biarpun dia batuk-batuk sampai keluar darah. Sakit macam mana pun dia rasa, selagi dia tak tahu dia ada kanser, dia akan anggap tu sakit biasa je dan dia akan berkerja seperti biasa. Walaupun pada malam harinya dia tak dapat tidur sebab dada nye sakit dan nafas nye tak dapat di atur dengan baik, besoknya kalau dia dah rasa sihat sikit je, mesti dia akan bangun pergi kerja, senyum macam biasa dan buat rutin macam biasa lah.
Tapi, bila dia dapat tahu je dia menghidap kanser, terus je dia akan rasa down dan apa pun sakit yang dia rasa, dia akan kaitkan dengan kematian. Bila muntah darah je, dia akan kata... “oh, tak lama lagi aku dah nak mati”. Bahkan bila dia muntah air sirap kenduri petang tadi pun, dia akan anggap tu darah dan dia akan rasa dia akan bakal mati. Jika perkara ini telah masuk ke minda si pesakit tadi maka tahap motivasi nya untuk hidup akan menurun dan keinginannya untuk sembuh juga akan menurun.

Bagi orang yang tak sakit, mudahlah dia kata, “kena kuat! Tanam semangat tu! kamu pasti sembuh!”. Kalau pesakit kanser tu masih pada tahap rendah, macam tahap 1 dan 2, kata-kata tadi bolehlah diterima pakai. Tapi bagi mereka yang dah capai tahap 3 dan tahap akhir, kata-kata tadi sudah tidak bermakna bergantung kepada siapa yang menuturkannya. Banyak kes menunjukkan, pesakit-pesakit kanser ni boleh bertahan lama jika keluarga dan sahabat yang dia sayangi sentiasa menyokongnya. Lagi satu, jika seseorang itu, mendekatkan diri kepada agama, maka rohaninya akan bertambah kuat dan bila rohani dah kuat, fizikal akan rasa ada yang membantu, jadi fizikal juga akan berusaha untuk menjadi kuat.
Tipulah kalau waktu ada orang yang mula-mula orang dapat tahu dia menghidap kanser tu, dia tak sedih. Sedih kot. Kanser ni bukan penyakit biasa-biasa je. Tahap awal kanser tu dikesan, bolehlah makan ubat dan dirawat melalui pembedahan. Tu pun, kena tunggu 5 tahun selepas pembedahan, baru boleh disahkan bebas kanser. Tapi biasanya, kanser ni selalu dikesan bila dah masuk tahap pertengahan yang dah nak masuk tahap akhir. Kadang-kadang kanser ni dia senyap-senyap je. Dia tak rasa sakit pun. Contoh kanser hati. Tup-tup lagi dan final stage. Kalau kanser hati ni, lelaki lagi berpeluang besar menghidap penyakit ni. Kanser payudara pun sama. Senyap-senyap je. Kawan aku yang kerja doktor cakap, pada peringkat awal, tak rasa apa sakit pun kat payudara. Kadang-kadang perempuan pun konfius dia okey ke tak. Sebab kadang-kadang memang ada benjolan pada payudaranya tapi tu bukan kanser. Jadi dia selalu anggap kalau wujud lagi benjolan, tu pun bukan kanser. Tup-tup dah nak masuk stage 2.
Kalau dah sampai tahap akhir, soalan wajib yang nak bagi kat doktor tu adalah, “Dok, berape lame lagi saye boleh hidup?”. Sedih je nak bagi soalan yang kita tahu jawapannya kita pasti tak kan suka. Doktor pun akan bagi berapa anggaran waktu yang mungkin sampai tu je kita mampu hidup. Kebiasaannya doktor akan menambah, “Itu cuma anggaran, yang menentukan adalah Tuhan”. Betul tu, mati hidup semua kerja Tuhan. Doktor hanya lahir sebagai pengantara untuk membantu kita merawat penyakit kita, yang memperkenankan kita sihat, sakit, hidup atau mati hanya Allah. Tapi ape pun, kita kena jadikan anggaran tu sebagai tanda ingatan kita pada kematian jadi masa yang masih ada tu gunakanlah untuk beribadah, selesaikan tanggungjawab dan menikmati hidup dengan sebaik mungkin.
Memanglah kadang-kadang akan rasa sedih juga. Kalau sedih, nangis je lah. Dah siap nangis, mesti akan jadi okey. Menangis bukan menunjukkan kita lemah, tapi menunjukkan kita ada perasaan dan kita nak buang kesedihan tu melalui air mata yang keluar dari mata kita tu. biar kesedihan tu hanyut.
Ape pun, Hargailah masa yang kita ada. Hidup itu InsyaAllah tapi mati itu pasti. Cuma lepas ni, kenalah beringat selalu pasal mati. Selalu-selalu lah minta maaf. Takut tak sempat. Yang tak sakit pun kena buat macam tu juga. Sebab sakit tu hanya salah satu sebab kematian. Banyak lagi sebab untuk kita bertemu kematian.

Chop!
Kalau aku ada salah silap kat korang, korang maafkanlah aku. Mungkin aku dah rancak berbual sampai aku ada tersakit hati ke, tertipu sikit ke, termarah atau terkutuk ke, atau apa-apa jelah. Aku minta maaf sangat-sangat. Tolong maafkan salah aku yang sengaja atau pun yang aku tidak sengajakan”.

Saturday 9 June 2012

Kedai pakaian ketat di Haramkan di Aceh


BANDA ACEH 8 Jun – Premis-premis perniagaan di wilayah Aceh, tidak lama lagi akan diharamkan menjual pakaian yang ketat. Pengumuman itu dibuat selepas polis Syariah di Banda Aceh menahan dan menegur lebih 50 wanita dan tiga lelaki kerana melanggar kod berpakaian secara Islam, termasuk memakai pakaian ketat dan pendek.

Pemeriksaan Polis : Di Banda Aceh pada 1 Disember 2009. – REUTERS

Ketua penguatkuasa agensi yang memantau pelaksanaan undang- undang Syariah di Aceh, Samsuddin berkata, pejabatnya akan mengeluarkan satu pekeliling yang akan mengharamkan premis-premis perniagaan menjual pakaian ketat.

“Gabenor Aceh yang baru dipilih juga menyokong pelaksanaan undang-undang Islam itu,” kata Samsuddin.

Polis Syariah di Aceh sering melakukan rondaan untuk menguatkuasakan undang-undang Islam dan mengharamkan kelakuan tidak wajar antara pasangan yang belum berkahwin.
Pegawai akan merekodkan butiran peribadi mereka yang ditahan melakukan kesalahan, menasihati mereka dan memaklumkan bahawa mereka mungkin akan dipenjara atau dirotan jika ditahan sekali lagi.

Menurut Samsuddin, agensinya telah menahan kira-kira 300 wanita yang melanggar kod berpakaian secara Islam dalam tempoh dua bulan lalu. – DPA

Thursday 7 June 2012

Nalub Hujut

Korang faham tak tajuk aku tu?. korang tak faham? aku lagi tak faham!.
Seminggu aku nampak budak ni asyik tulis nalub hujut kat komen-komen dalam FB. Naik pening kepala aku memikirkan apakah maksud perkataan tersebut. aku buat rujukan kamus, cari kat google, satu ape pun tak jumpa. Oh! pening-pening. aku kol telefon kawan aku, seorang pak ustaz muda terangtangtang, bujang lagi dan kacak. yang paling penting dia single lagi (promote). aku telefon dia tanya apa maksud nalub hujut, dia kata dia tak tahu. jadi bukan arab kot. france pun bukan sebab aku dah lama belajar france, tak pernah pulak aku jumpa perkataan tu. Senang cerita, aku tanya je lah 'Housemate' dia. Mulanya housemate dia kata tak tahu, jadi aku suruh lah dia tanyakan budak tu.
apa yang aku dapat dari jawapan nye?.


Nalub = Bulan
Hujut = Tujuh

ceh! wat pening palo den yo!


Saturday 2 June 2012

Percubaan pertama

Malam ini aku beranikan diri menegur laila2majnun.
Berdebar juga..
Maklumlah nak kacau bakal doktor..
Percubaan pertama menegur dia.. hihi

Friday 1 June 2012

Penyekatan Idea

Akta Keterangan (Pindaan) 2012

 amans.my melaporkan..

Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.

Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.
Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.
Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:
  • Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
  • Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.
  • Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.
  • Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.
  • Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
  • …dan pelbagai perkara yang berkaitan.
Dalam arena digital dan elektronik ini, semestinya ia boleh dikatakan perkara ini salah satu perkara yang sukar untuk direalisasikan. Apatah lagi memandangkan pada halaman Facebook dan Twitter sesiapa sahaja boleh menggunakan nama dan gambar orang lain, dan berlakon seperti mereka.
Sebagai contoh, pada hari ini, akaun Facebook Pages untuk seseorang artis mahupun ahli politik sahaja, terdapat lebih daripada satu akaun untuk mereka, yang mana dimulakan oleh peminat dan juga penyokong. Sekadar perbandingan, akaun Facebook milik Najib Razak apabila dilakukan carian, secara kasar, terdapat lebih daripada 10 akaun, sekaligus menjadikan beliau bertanggungjawab terhadap kesemua akaun tersebut sekiranya sesuatu yang tidak sepatutnya diterbitkan, sehinggalah beliau membuktikan sebaliknya.
Jadi, secara ringkasnya, jagalah peranti dan rangkaian internet anda, disamping bertanggungjawab ke atas pelbagai perkara yang dikongsikan di arena internet, supaya ia tidak menyukarkan anda di kemudian hari.


nak tahu lagi? baca di SINI