home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Sunday 26 August 2012

Kenapa Tak Telefon?

Assalamualaikum..

Hari ini aku dapat soalan yang agak memang macam soalan. Soalan tersebut terbit sebab sejak akhir-akhir ni, aku kerat kerap dating dengan telefon aku. Kisahnya bermula begini....

Hari tu hampir setiap masa aku pegang telefon. Bunyi SMS masuk kerap kedengaran. Okey jujurnya aku sedang main SMS dengan beberapa orang. Beberapa orang maksud aku tu adalah dengan member-member aku, dengan adik aku, dengan er... er... seorang awek. Bukan awek aku pun tapi aku minat kat dia. Nothing special yang kami bualkan. Hanya bual-bual kosong. Silapnya berbual macam tu adalah buang masa dan membazir. Ustaz Azhar Idrus kata, tak elok SMS kalau setakat buang masa dan membazir. Tapi Hukumnya Makruh je dan tak haram selagi tak bual benda-benda yang tak sepatutnya. Alhamdulillah setakat ni, aku tak lah berbual sesuatu yang tak baik atau dengan kata yang jelas, lucah. Tak pernah.... tak pernah...

Walaupun borak-borak kosong je, tapi setiap SMS yang datang mampu buat aku senyum sorang-sorang. SERIUS senyum. Hati berbunga-bunga. Aku tak sangka pula member aku perhati aku. Then masa dalam kereta dia soal, ''Kenapa kau tak gayut je dengan budak yang buat kau senyum tu. Senang! tak penat jari. Borak dengar suara baru seronok beb!''.

"Betul juga tu kan.. boleh dengar suara orang seberang sana gelak. Mesti comel..". Dalam hati aku kata macam tu. Syaitan pun bukan main gembira lagi. Siap support lagi. Telefonlah.... telefonlah...

Okey lah, aku dah pasang niat nak telefon malamnya. Nak borak-borak.. Tapi sebelum tu aku sembahyang maghrib dulu. Semangat ni!

Waktu solat tu, aku tak kusyuk. Asyik teringat orang di sana. adei... kena cepat-cepat solat ni!.

Sampai lah ke sujud terakhir pada rakaat ke-3, tiba-tiba hatiku terusik..

Sedangkan hanya kata-kata SMS dah buat aku hanyut. Inikan pula bila aku dengar suaranya, tawanya, gurau sendanya, bahkan suara merajuk mungkin akan rasa SEDAP bila hati sudah suka.

Aku batalkan niat aku. Kemudian usir jauh-jauh niat yang tak baik tu. Tanamkan dalam diri,
 "dia bukan milik aku".

"Dia memang belum di miliki. Dia masih milik seorang ayah yang akan menjadi penjaga sementara sebelum puteranya datang menjemput. Dia terlalu istimewa buatku. Jadi aku akan pastikan, kau terjaga dari terjerumus dalam cinta yang tidak halal. Suaramu merupakan aurat yang indah dan mampu membuai rasa. Jadi, aku tidak mahu hanyut dalam buaian yang masih belum halal buatku. Jagalah dirimu buat insan yang berhak buatmu. Semoga kita sama terhindar dari hasutan syaitan".

Tak dengar suara pun tak pe... satu hari nanti kalau dah halal, tiap saat boleh dengar suaranya dalam pelbagai versi. AUMMMM!!!...




P/S : Terasa diri  sungguh jiwang saat menaip coretan ini. hehehe...

Saturday 25 August 2012

Mimpi Semalam ( 23 ogos 2012)

Aku jalan-jalan dengan mak dan adik aku di tepi pantai. Tiba-tiba air jadi surut. dah aku lihat ikan yang agak besar lompat-lompat sebab kekurangan air. Mungkin tak sempat ke tengah laut. Aku berhajat nak tangkap ikan tu. Tiba-tiba seseorang menjerit dari hujung pantai.

"Kiamat dah hampir!!"

Aku terus tak jadi ambil ikan tu. Kemudian muncul suara yang amat gerun dari langit. Seperti suatu amaran dalam bahasa Arab. Kemudian awan jadi mendung dan muncul kilat dengan bentuk kalimah Allah. Aku rasa sungguh takut saat itu. Terus aku tarik tangan ibu dan adik perempuanku masuk dalam semua rumah yang berhampiran. Rumah tu sangat besar dan ramai orang di dalamnya. Masa mula-mula nak masuk rumah tu, aku macam kenal sangat rumah tu. Macam rumah kami waktu aku kecil-kecil dulu. Tapi yang peliknya dalam rumah tu seperti suasana sebuah masjid.

Oleh sebab cuaca dan makin teruk. Awan dan gelap dan laut yang menggerunkan, ada orang tua yang berkata " Kiamat dah hampir tiba. Mari kita sembahyang supaya urusan kita dipermudahkan. Mana tahu saat ini adalah saat terakhir untuk kita membantu diri kita". Aku pun bersetuju dan semua orang seakan-akan bersetuju. Semua pun mengambil wuduk di dapur rumah itu. Bila aku masuk semula ke ruang tadi, aku melihat sejadah di susun dengan bermacam-macam arah kiblat. Kemudian mereka saling bertelingkah kerana susunan sejadah tersebut. aku cuba meleraikan pergaduhan tu, bila aku susun sejadah-sejadah tu, mereka semua diam. Tapi bila aku dah susun sampai ke depan, dan aku berpaling semula ke belakang, susunan sejadah tadi dah tunggang terbalik. Aku rasa nak nangis. Bila solat nak di mulakan. Aku tegok dari tingkap, laut dah menghitam. padahal hari masih siang. Sampailah lelaki tua yang menjadi bakal jadi imam dalam solat yang nak di buat tu bersuara. "siapa yang nak ikut aku, sembahyang ikut arah kiblat sejadah ini". Orang tua tadi tunjuk sejadahnya. Orang ramai masih bergaduh dan ada di antara mereka yang dah buka baju. ada yang bogel sebab kepanasan. Masing-masing nak tunjuk yang dia ni benar. dalam pergaduhan tu, baru aku sedar, aku dah tak tahu mana mak dan adik aku. Aku nangis dan berdiri di belakang imam dan kemudian kami solat secara berjemaah. bila solat berakhir, aku lihat barisan jemaah hanya beberapa orang sahaja. dan yang lain hilang entah kemana. Tetiba...

 aku terjaga bila Alarm berbunyi.  Aku terus takde mood pagi tu. Aku peluk batal sampai jam 10 pagi. Malas sangat nak bangun. takut kot.. 

"Mak!, angah rindu mak!. tapi mimpi tadi seram sangat. tak indah langsung biarpun jumpa mak!".

Tanda-tanda kiamat sudah banyak berlaku. Mimpi yang hanya kecil begitu sudah menggerunkan, bagaimana kita akan bersedia untuk menempuhi hari yang memang pasti akan berlaku jika kita takde bekalan dan perisai yang cukup untuk menghadapinya.. Sesungguhnya kiamat itu amat dasyat dan tidak sesiapa pun mengetahui nya melainkan Allah


Tuesday 21 August 2012

Cinta Terakhir


kau cinta pertamaku 
kau cinta terakhirku 
tiada apa yang bisa menafikan kasih kita 

kau ayu dimataku
satu antara seribu 
tiada antara di dunia 
mungkinkan terputus di tengah jalan 
mungkinkan terlerai tanpa ikatan 
usah ragu dengan takdir

kau ayu dimataku 
satu antara seribu 
tiada antara di dunia 
mungkinkan terputus di tengah jalan 
mungkinkan terlerai tanpa ikatan 
usah ragu dengan takdir

mungkin kitakan berbeza haluan 
berakhirnya cerita percintaan 
segalanya ketentuan tuhan

mungkinkan terputus di tengah jalan 
mungkinkan terlerai tanpa ikatan 
usah ragu dengan takdir 
mungkin kitakan berbeza haluan 
berakhirnya cerita percintaan 
segalanya..

mungkinkan terputus di tengah jalan 
mungkinkan terlerai tanpa ikatan 
usah ragu dengan takdir 
mungkin kitakan berbeza haluan 
berakhirnya cerita percintaan 
segalanya ketentuan tuhan

segalanya ketentuan tuhan....


Lirik kat atas tu lagu Aiman yang bertajuk cinta terakhir. Aku suka sangat lagu tu. kena lah sikit dengan hidup aku kot.. hanya berharap pada ketentuan Allah.

Tiap kali aku dengar lagu ni, aku mesti teringatkan seseorang. Memang aku tak berani nak luah rasa hati kat dia, tapi rasanya itu yang lebih baik kot. Aku selalu doa agar dia dapat pasangan yang terbaik tapi dalam masa yang sama aku doa, aku lah orangnya. Tapi adakah aku yang terbaik tu?.

Jarak kita memang jauh sangat. Jauh sangat....! tapi hati selalu kata dekat. Kita mengharungi saat-saat yang berbeza. mengharungi dugaan hidup masing-masing tanpa mengaitkan hidup masing-masing. Tapi aku tetap nak tahu hari ni kau buat apa? sihat tak? dah makan ke tak? solat cukup tak?.

Kerana cinta itu fitrah, Allah letakkan benih cinta dalam hati aku.. daun-daun cinta yang menyubur tu pula tertulis namamu. Jiwang kan aku??. aahhh gelak-gelak!. tapi itu kenyataannya. Sakitnya menanggung cinta seorang diri. Aku teringin nak bina maligai yang indah untuk meletakkan cinta itu. Tapi aku tahu aku takkan mampu untuk membinanya. Bahkan pondok kecil pun belum tentu mampu ku bina.

kau cinta pertamaku 
kau cinta terakhirku 
tiada apa yang bisa menafikan kasih kita 

memang ayat sedap di dengar.. tiada apa yang bisa menafikan kasih kita.. tapi dengar air mata aku hanyutkan kasih itu. aku tidak berhak untuk memilikimu..

emmm.. dah cinta tapi tak layak pula kan. Bukan semua yang kita nak kita akan dapat.

mungkinkan terputus di tengah jalan 
mungkinkan terlerai tanpa ikatan 
usah ragu dengan takdir 
mungkin kitakan berbeza haluan 
berakhirnya cerita percintaan 
segalanya ketentuan tuhan

segalanya ketentuan tuhan....

aku sedaya upaya nak positifkan diri. tapi kenyataan tetap kenyataan. Ustaz kazim kata, "kalau kita sayang orang tu, kita buat dia bahagia"

jadi... sebab aku nak kau bahagia, aku pendamkan saja rasa itu. Aku dah janji dah.. aku datang bukan untuk buat kau kecewa. Jadi, apa gunanya kalau aku luahkan rasa itu,

Kalau pun kita dapat bersama, aku tahu aku hanya mampu bagi kau kebahagiaan yang sementara dan akhirnya dalam paksaan aku terpaksa pergi juga kan. Aku sayang sangat kat kau!! tapi aku tak mampu buat apa-apa dah. Namun sepanjang sisa hayatku, aku harap dapat terbitkan senyum pada wajahmu.



segalanya ketentuan tuhan....



Monday 20 August 2012

ok... dah hari raya!

Tadi lebih kurang jam 8.15 malam, aku dengar orang melaungkan takbir raya. Entah kenapa, laju je air mata mengalir. Sebak sangat-sangat, lebih-lebih lagi bila satu-satunya puteri dalam hidupku dah buat permintaan nak raya dengan aku. Tapi takbir semalam berlalu tanpa dia..

"Acik, angah minta maaf.."

Adik aku tunggu aku balik. Dia dah rancang macam-macam. Tapi aku tak balik pun. Aku kata kat dia, "biasa-biasakan diri beraya tanpa angah". Mengamuklah dia.

Pagi raya..

Balik je dari masjid, aku terus telefon dia. Memang pape hal, dia dulu lah yang akan aku hubungi. Baru ucap selamat hari raya, aku dah dengar suara serak dia. Acik nangis!. Aku terus diam. Kesiannya dia. Beraya tanpa kami. Nasib baik ada Mak Tok. Sekurang-kurangnya aku pasti pagi tu mesti dia merasa rendang istimewa.

Merenung nasib anak yatim.

Uh!. lepas dah puas dengar dia nangis, aku terus pujuk-pujuk. Okey.. akhirnya petang tadi aku dengar dia ketawa. Katanya Abah dah sampai ke rumah Mak Tok. Besok dapatlah dia ajak abah lawat pusara mak. Kesian Acik, umur 4 tahun dah kehilangan mak. Dia tak pernah rasa pengalaman cium tangan mak di hari raya.

Umi.. emm... mak tiri aku. Umi memang pengganti mak yang terbaik. Umi bagi kami kasih sayang yang lengkap. Tapi kasih ibu kandung, tak kan sama dengan ibu tiri. Ye dak?.

Raya pertama berlalu dengan mengisi perut. Makan dan makan... makan saje sepanjang hari. Hari ni aku merayap ke 6 buah rumah je. Besok banyak lagi jemputan rumah terbuka. Macam-macam juadah yang ada.

Tengah sedap-sedap ngap makanan, tetiba teringat mereka-mereka yang ada di semenanjung... Patah selera. Kan bagus kalau diorang ada.

Telefon Along kejap je. Dah bermaaf-maafan, dah okey dah. Tanya dia makan apa, dia kata makan gigi orang je. hari ni dia kerja. besok baru cuti. Tu pun tak dapat balik kampung... kesiaannn... dah Siap borak-borak, terus letak. Takde adegan nangis-nangis pun. Orang kate... "lelaki.. biasalah, hati keras".

Bagi aku, lelaki bukannya hati keras ke ape. Tapi lelaki ni tahan je sedih tu. Lelaki kan pelindung. Pelindung kena kuat dah kukuh. Nanti kalau pelindung pun hujan, kesianlah orang yang berlindung.

Kuat dan Kuat!

"Alah... takde pape pun tu!". Sedapkan hati sendiri...

Apa pun, selamat hari raya buat korang. Abah, Umi, Along dan my beloved sister (Acik).. Angah sayang sangat-sangat kat korang. Sayang sangat-sangat.. Kalau ini takbir terakhir buat Angah, Angah minta maaf sebab tak dapat bersama korang.

Tetiba empangan pecah!. Sobs3... sodih bona esey.

Sunday 19 August 2012

SELAMAT HARI RAYA




Warm wishes from me..

Special for

My beloved family

Friends

special 'person'

her..

and All muslims..


with full of love.. maaf zahir dan batin!

Saturday 11 August 2012

Kenapa Kau Tak Nak Syurga?


Hari ni aku agak feeling-feeling gitu. Perasaan aku dari pagi lagi memang tak berape ngam. Aku rasa takde mood nak bangun sahur.. tak terasa nak mandi untuk pergi kerja, tak terasa nak mengkacakkan diri dan macam-macam lagi lah tak terasa. Ini mungkin sebab aku mimpi tak berapa nak best semalam.

"Mak, angah rindu giler kat mak!".

Tapi biarpun aku tak terasa apa pun, aku tetap kena paksa diri untuk bangun sahur. Sebab kalau tak, nanti aku takde tenaga nak kerja. Aku juga mesti mandi, sebab nanti pelajar-pelajar aku tak senang nak belajar. Dan aku juga kena kemaskan diri, sekurang-kurangnya sikat rambut supaya takda pelajar yang histeria akibat disampuk Jin.

Rutin harian di tempat kerja bermula seperti biasa. Merujuk jadual aku, seawal jam7 pagi dah ada kelas. Jadi aku pun bersiap sedia untuk menjalankan tanggungjawab. Hari ni aku ada 4 masa je. Maksudnya jam9.30 pagi aku dah takde kelas. Biarpun kelas habis awal, macam biasa lah, pulang kenalah ikut para jemaah. Tak boleh lah sesuka hati nak balik awal. Kebetulan masa tu pengawas koperasi ada mesyuarat tahunan. Jadi takda siapa yang bantu kawan aku jaga koperasi. Biasalah, cikgu koperasi ni, waktu rehat je turun pangkat jadi pekerja koperasi. Aku yang kebosanan ni biarpun kerja berlambak ringan je kaki melangkah ke koperasi untuk bantu kawan tu. Sedapnya  tengok budak-budak tu minum. Sekolah aku majoriti pelajarnya adalah beragama bukan islam. Guru-gurunya sendiri pun separuh bukan islam.

Macam tu lah aktiviti aku hari ni. Jam 11.50 aku pulang rumah dan bersiap untuk solat jumaat.

Lebih kurang jam 1.30, selepas solat jumaat, aku terus jadi 'buaya darat' yang terdampar di ruang tamu di depan kipas. Dengan kain sarung yang di tiup angin kipas, aku menonton TV1 yang aku tak pasti rancangan ape tah, tetiba keluar slot seorang warga tua penghuni rumah orang-orang tua sedang di temuramah. Aaah... ini lah sebenarnya yang aku nak cerita. Panjang-panjang huraian aku kat atas tu, takde kaitan pun dengan tajuk kan. Sebab sebenarnya, ini lah yang aku nak cerita. Macam biasalah, Pendahuluan lain, isi-isi penting lain. Terbaiknye aku!.

Kembali kepada isi utama...


Dalam temuramah tu, pakcik tu cerita yang dia dibuang di rumah kebajikan tu selepas habis semua harta benda yang dicari waktu zaman mudanya di kebas oleh anak-anaknya. Bila dah dikebas, dia pun tak mampu lah sara diri sendiri. Sebab dia pun dah tua sangat, kudrat pun dah tak kuat. Ada juga makcik-makcik yang ditemuramah dalam slot tu dan pastinya air mata menjadi hiasan kepada temuramah terbabit.  Derasnya air mata pakcik dan makcik tu, sampai aku tak sedar lecun bantal aku. Bukan sebab air liur tau. tapi sebab air mata. Aku bukan nak cerita yang aku ni kiranya baik sangat sampai boleh tersentuh macam tu. Tapi aku nangis sebab, kenapa anak yang tak berguna macam tu sanggup buat macam tu kat ayah dan mak dia?.

Dulu, waktu aku bayi, pastinya aku tak reti buat ape pun, jadi aku yakin dan pasti, ibu bapa akulah yang membantu aku untuk aku membesar sehingga aku mampu buat apa yang sepatutnya aku buat sendiri. Aku pasti dan sangat yakin, ibu bapa aku lah yang memberikan aku makanan, minuman, basuh tahi berak dan kencing aku, mandikan aku dan semua-semualah. Aku juga pasti dan yakin, air dan makanan tu semua hasil titik peluh ayah yang membanting tulang untuk jadikan aku kanak-kanak yang gemuk dan sihat.

Jadi seyakin dan sepastinya semua orang akan dan telah melalui saat macam aku tu, kecuali anak-anak yatim lah. Tu pun, anak yatim tu, waktu kecil, ada tangan-tangan yang sungguh mulia telah membantu mereka. takdelah dia tetiba pandai urus diri sendiri. Takde bayi dalam dunia ni mampu basuh berak sendiri atau beli susu sendiri kat pasar raya. takde!. Nampak sangat nipunyer kalau kate dia reti buat macam tu.

Oleh itu, kenapa bila tiba giliran kita untuk suapkan ibu bapa kita makanan, basuhkan berak dan kencing mereka dan buat semua apa yang mereka tidak mampu tu, kita taknak buat?. Bukankah Allah menjanjikan syurga sekiranya kita berbuat baik kepada ibu bapa kita?. Bahkan, hanya menatap wajah ibu bapa kita dengan penuh kasih sayang juga merupakan suatu ibadah..

Beruntunglah mereka yang ada ibu bapa sehingga mereka dewasa. Allah nak bagi mereka syurga melalui ibu bapa mereka. Allah nak uji mereka dengan keadaan ibu bapa mereka yang begitu dan begini. Jika mereka lulus, Allah akan bagi mereka hadiah berupa syurga yang sungguh indah. Tapi kenapa meraka tak nak syurga tu??. aku tak mampu bahagiakan Ibu ku, kerana dia terlebih dahulu meninggalkan ku. Pernah waktu aku masih di sekolah rendah, Ustaz kata, Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Aku menangis sepuas hati sambil peluk Along aku..

"Along, angah nak syurga juga. Tapi kita tak boleh masuk syurga sebab mak dah takde. Ustaz kate, syurga tu kat bawah kaki ibu..". Along pujuk aku dengan berkata, "Sebab tu kita kena doa banyak-banyak kat Allah supaya mak kita masuk syurga, bagi sedekah bacaan-bacaan al-Quran buat mak, nanti mak mesti akan ajak kita ke syurga nanti".

Kalau aku jumpa anak yang buang mak bapak diorang tu, aku cuma nak soal " kenapa kau tak nak syurga tu?"

Memang lah orang yang jaga mak bapa tu tak semestinya masuk syurga terus sebab mungkin ada dosa-dosa lain yang dia lakukan. Tapi yang pastinya, orang yang buang ibu bapa dia tu, pasti dan semestinya akan jejak neraka dahulu sebelum berangan nak ke syurga!.

Monday 6 August 2012

Kenapa Hati Tak Gembira

"Aku balik kerja, terus hempas badan kat tilam. Sesekali aku mengeluh. Kenapa aku tak gembira ye?. Aku ada macam-macam, aku ada kerja yang baik, aku ada kereta walaupun tak mewah, aku ada keluarga yang bahagia, emm... pendek kata macam-macam aku ada. Tapi kenapa aku tak gembira?. Aku dah solat, aku dah doa tiap hari untuk di jauhi dari musibah dan di dekatkan dengan kebaikan. Tapi aku tetap tak gembira.."




Aku selalu merungut macam tu dengan kawan aku. Kadang-kadang aku selalu salahkan diri aku sebab memilih bidang yang bukan aku minati pada awalnya. Adakah kerana faktor pekerjaan membuatkan aku macam ni?. Aku selalu positifkan diri untuk mengatakan TIDAK!! ini bukan sebabnya!. Sebab aku bahagia dengan apa pekerjaan aku. Pekerjaan yang jika dilakukan dengan hati yang ikhlas dan penuh tanggungjawab, maka, ia merupakan suatu ibadah kerana menjadi penyebar ilmu kepada golongan muda. Bukankah kerja ini sama seperti pekerjaan Doktor yang aku idam-idamkan tu? Bezanya, aku cuma pegang alat tulis, buku atau alat yang paling moden sekali, komputer riba. Doktor pula pegang alat-alat perubatan, ubat-ubatan dan kadang-kadang pen untuk tulis data pesakit. Apa pun yang mereka pegang, tugasnya sama saje, memperbaiki manusia dari segi fizikal dan mental.

Sekarang baru aku sedar, aku tak gembira kerana aku tidak bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku terlalu mengagungkan cita-cita lalu, sedangkan aku lupa, aku dah capai sesuatu yang mungkin menjadi cita-cita orang lain, tetapi dia tidak dapat kecapi. Bukankah aku sebenarnya telah terlalu hebat kerana mencapai sesuatu yang orang lain tidak mampu capai?. Ah! aku sepatutnya bersyukur dengan apa yang aku ada! Dan pastinya aku akan gembira.

"Terima kasih ya Allah kerana beri aku semua ini. Rezeki yang Engkau beri kepadaku terlalu besar dan lebih dari keperluanku. Engkau juga beri aku masa yang cukup untuk aku beribadah. Terima Kasih Ya Allah atas nikmat-Mu"


Perlahan-lahan aku imbas kembali, saat aku berdoa untuk di tenangkan hati. Tapi hati aku tetap tak tenang. Adakah Allah tak mahu memperkenankan doaku?. Aku dah minta sungguh-sungguh!. Tiap hari aku minta macam tu. Aku dah solat tiap hari.. 5 waktu sehari. 


"Tapi kenapa Engkau tidak mahu memperkenankan doaku Ya Allah?.. Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"..." Aku suka mengeluh dan mengeluh dan mengeluh..

Rupa-rupanya, bila aku ingat balik, Dia dah lama perkenankan doa tu, tapi sekali lagi, SEBAB AKU YANG TAK RETI NAK BERSYUKUR!. Aku nak di tenangkan hati, tapi aku tak pernah fikir bagaimana aku menjaga hati keluargaku, sahabatku dan orang sekelilingku. Bahkan, jiran tetangga pun belum habis aku kenali, Ikatan silaturrahim antara aku dan mereka sangat rapuh, bagaimana untuk ku berasa tenang dengan kelakuan aku sendiri?. Aku selalu berdoa sebab nak minta je, aku minta itu, aku minta ini, aku minta semualah, tapi tak pula aku reti minta ampun dari dosa-dosaku... Bagaimana untuk aku berasa tenang jika ada beban yang berat di bahu kiriku. Bahkan, habuk-habuk atau mungkin sampah besar dah banyak melekat dalam hatiku, lemaslah sang hati. Jadi, bagaimana untuk aku berasa tenang?? 


sekali lagi..  "Ya Allah... Terima kasih atas kesedaran yang Engkau berikan. Dan aku akan berusaha untuk Bersyukur dengan semua Nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku"







Sunday 5 August 2012

Bersangka Baik

"Macam mana baik pun lelaki tu, jangan percayakan dia seratus peratus (100%), sebab dia tetap lelaki".

Ayat di atas tu kan memang popular di kalangan perempuan. Bukan perempuan je, lelaki sendiri pun kata macam tu kalau nasihatkan anak perempuan dia, kakak, adik perempuan, isteri atau makwe. Bukan aku tak setuju dengan ayat tu, tapi aku rasa kurang setuju je. Okey, aku nak pecahkan ayat tu kepada tiga (3) ayat.

AYAT 1 : Macam mana baik pun lelaki tu
AYAT 2 : jangan percayakan dia 100%
AYAT 3 : sebab dia tetap lelaki

Daripada tiga (3) tu, 1 je aku setuju, jangan percayakan dia 100%, JIKA 'dia' yang di tujukan dalam ayat tu tidak menjurus kepada mana-mana jantina, kaum, agama, atau apapun yang boleh membezakan seseorang dengan yang lain. Ayat satu (1) dan dua (2) aku tak berapa berkenan sebab apa, kalau bukan dengan orang yang baik untuk kita percaya, dengan siapa lagi? dan dah kenapa kalau dia lelaki? adakah lelaki ni semuanya otak tak boleh percaya?. Bila kita tidak percaya pada seseorang itu, maka, bermakna kita ada satu sangkaan yang kurang baik terhadap seseorang itu. Bukan kah Nabi kita Muhammad SAW menggalakkan kita bersangka baik?.

Rasulullah bersabda :

"Jauhilah bersangka-sangka kerana ianya satu penipuan dalam berkata-kata" ( Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud ).


Imam asy-Syafi'i berkata :

" Sesiapa yang ingin menutup hidupnya dengan kebaikan, maka jagalah selalu sangkaan baik kepada manusia"



Benar kita tak boleh percaya 100% sebab kepercayaan 100% tu hanya milik Allah (Tuhan), kerana hanya Allah yang Maha Sempurna dan kepercayaan juga kita boleh tanamkan 100% kepada Nabi Muhammad SAW kerana baginda telah diberikan sifat ma'sum (terhindar dari melakukan dosa).

Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang cerdik sungguh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia cerdik sungguh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.


Kita tak boleh lah nampak-nampak orang yang macam lain jer, terus fikir lain. Tanam je kepercayaan tu dengan sangkaan yang baik-baik. Jangan risau, kita ada Allah. jika kita berserah bulat-buat kepada Allah, nescaya Allah akan menyelamatkan kita.

Cuma harus di ingat, dalam keadaan tertentu, islam mengharuskan kita untuk bersangka lain (bukan bersangka buruk) bertujuan untuk keselamatan. Contoh bila kita duduk dalam bas, nak balik jauh, tengah-tengah malam  pula tu, kemudian ada seseorang yang kamu tidak kenali, duduk bersebelah dengan kamu, kita kena berhati-hati. Tak kisah lah yang duduk sebelah tu LELAKI atau PEREMPUAN. Sebab niat orang kita tak tahu kan. Tapi bukan nak suruh fikir niat orang tu apa, cuma fikir je keselamatan diri. Kot-kot masa tidur dia TERpeluk kita, sejuk kan dalam bas tu. atau TERambil barang kita. nama pun dalam bas tu gelap jadi tak berapa nampak barang tu sapa punya. Mungkin kita sendiri pun perna alami nya, keluar dari satu tempat, buka -buka beg, kita tak tahu barang sapa dalam beg kita tu, adakah kita niat nak mencuri?. atau pun masa turun dari bas, kita dah sampai rumah baru tersedar kangkung yang di beli kat pasar tadi takde, adakah orang sebelah kita yang curi atau kita sendiri yang cuai sebab tak reti-reti nak bawa turun barang sendiri?

Contoh lain..

Jika kita sedang memandu kereta, tiba-tiba ada sebiji kereta yang laju dan pemanduannya agak bahaya. Jika sangkaan yang buruk, mungkin kita sudah pun memaki hamun pemandu itu di dalam hati walaupun hakikatnya dia tidak dengar. Jika kita bersangka baik, mungkin dalam hati kita berkata dia ada perkara kecemasan tu, nak cepat mungkin. Hati jadi tenang bukan? Tidak menambahkn dosa lagi.



JOM BERSANGKA BAIK

Saturday 4 August 2012

Internet Blackout Day

Dari Amanz. my (1 Ogos 2012)  : Lanjutan daripada tentangan yang diterima terhadap Seksyen 114A Akta Keterangan 2012, kini CIJ Malaysia (Pusat Kewartawanan Bebas) merancang untuk melancarkanInternet Blackout Day pada 14 Ogos 2012 kelak, yang mana lebih kepada menyedarkan pengguna Internet berkenaan dengan impak negatif pindaan akta tersebut.

Bagi yang tidak mengetahui akan pindaan tersebut, Seksyen 114A, berikut merupakan penerangan ringkas yang disediakan pihak CIJ Malaysia:

Seksyen 114A menganggap individu yang memiliki laman web atau peralatan komputer yang mengandungi bahan berunsur hasutan atau fitnah bersalah walaupun bahan itu dimuat naik oleh pihak lain. Individu atau organisasi yang mengendali atau menawarkan perkhidmatan kepada forum, blog,atau laman web juga bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat pada perkhidmatan tersebut. Para pengguna internet yang akaun atau komputernya digodam (hack) juga akan dipertanggungjawabkan ke atas bahan yang dimuat naik oleh penggodam (hacker). Seksyen 114A ini mengancam kebebasan bersuara di Internet dan menggugat prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia.

Melalui Internet Blackout Day tersebut kelak, CIJ mensasarkan untuk para pembangun web memaparkan pop-up pada laman web mereka selama lebih kurang 24 jam pada 14 Ogos kelak, untuk mendidik para pengguna, dan bukannya lebih kepada menutup terus halaman web seperti yang dilakukan oleh Wikipedia baru-baru ini.

Jadi kalau Laman Web Korang tak boleh buka pada hari itu.. anda adalah salah seorang yang sedang di perhatikan. uwahahaha

Friday 3 August 2012

Mencari Lailatul Qadar


Sedar tak sedar, hari ni dah masuk hari ke 14 kita berpuasa. Jadi, bila masuk azan maghrib jer pada petang ni, maknanya kita akan menemui hari ke 15 Ramadhan. InsyaAllah.. Maknanya lagi 5 malam akan masuknya malam yang di nanti-nanti. Malam yang penuh barakah dan lebih baik dari seribu bulan. Itulah malam yang di beri nama Lailatul Qadar.

Ramai yang suka sebut malam Lailatul Qadar, sedangkan Laila itu maksudnya malam. Jadi tak perlu lah sebut Malam lagi kan. Apakah yang di maksudkan dengan Lailatul Qadar?

Menurut Hamka, Qadar membawa dua maksud, iaitu yang pertama kemuliaan dan kedua bermaksud penentuan kerana pada malam itu lah bermulanya penentuan Nabi Muhammad memulakan langkah menyampaikan penunjuk kepada umat manusia. Pada malam itu juga lah, malaikat Jibril memperlihatkan dirinya kepada Nabi Muhammad di gua Hira'. Jadi, kalau kita gabungkan maksud Laila dan Qadar ni (Lailatul Qadar), ianya membawa maksud malam kemuliaan atau pun malam penentuan.
Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)

Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar:


Jika awal ramadhan jatuh pada hari:

I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan

II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;

III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;

IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;

V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda malam qadar ialah :
# Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
# Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
# Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Subhanallah, Malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Maknanya lebih kurang 83 Tahun 4 bulan.. Berapa umur yang kita ada sekarang??. aku baru je 23 tahun 1 bulan 24 hari. belum tercapai pun 83 tahun 4 bulan tu. Dan sejujurnya bukan tiap malam dalam umur ku, aku beribadah sepanjang malam. Tapi hanya dengan 1 malam ni, iaitu Lailatul Qadar, kita akan mendapat malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Jadi, sama-samalah kita mencari Lailatul Qadar. Tapi, jangan lah beribadah malam tu je, semua malam pun kenalah beribadah, Mati tak kira malam kan.. :)

Untuk seimbang dunia akhirat, Berkerjalah seolah-olah kita nak hidup lagi seribu tahun. Kumpul harta banyak-banyak. Tapi Bila beribadah, beribadah lah bersungguh-sungguh seperti kita akan mati pada esok hari. Takut nak mati, jadi kumpul bekalan untuk akhirat banyak-banyak.