home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Wednesday 16 January 2013

Fenomena "Listen". Hahaks!



Okey.. listen.. listen.. listen to me! Klass kau pah!.


Tertarik dengan isu baru-baru ni, yang berlaku kat UUM. Memang terbaik isu ni. Aku pun tertarik nak mengomen biarpun aku tak berapa faham juga isu sebenar dalam hal ni. Menariknya apabila seorang gadis berbangsa india yang bernama cik.. telah mengutarakan satu persoalan yang amat baik tentang isu perhimpunan bersih dan pendidikan percuma.  Pertama sekali yang menariknya adalah hujah beliau yang memang bernas dan para pelajar bersorak seakan menyokong apa yang beliau katakan. Tetapi yang tidak sedap di lihat adalah apabila moderator dalam program tersebut yang bernama  Sharifah Zohra  Jabeen seakan tidak memberi peluang untuk cik Bawani (maf kalau salah eja)  meneruskan hujah beliau.
Dengan muka yang agak angkuh, beliau membalas hujah cik Bawani dengan ‘nothing’. Tapi yang peliknya pelajar-pelajar yang seakan-akan menyokong cik tu tadi bersorak seakan-akan telah menyokong si sharifah tu pula. Blurr kejap... ini kah mahasiswa???. Kenapa aku cakap ‘nothing’ sebab jelas apabila beliau menjawab “ but animals have problem too”. Aku blurr lagi.. ape masalahnya sekarang??. Err.. ini isu haiwan ke?.
Si sharifah kata dia takde niat nak malukan cik Bawani tapi cara dia cakap tu sangat kerek kot.  Sangat respect lah dengan gadis tu sebab dia tak tunjukkan pun emosi yang kurang baik terhadap si moderator tu. Cuma yang salahnya waktu dia cakap tu intonasi suara kurang baik. picing lari sikit. Jadi orang yang lebih tua mcam sharifah tu idok ler bape bokonan ngan cara ei.  Itu perkara pertama yang menarik yang ada dalam video tu.

Perkara kedua yang amat menarik adalah, apabila cik Bawani membandingkan negara kita dengan negara orang lain, si sharifah tu macam tak suka. Tapi bila si sharifah tu membandingkan masalah manusia khasnya rakyat malaysia dengan binatang seperti kucing, anjing dan jerung, siapa paling suka?. Mahasiswa dan mahasiswi yang bertepuk tangan tu lah.  Sukanya mereka memikirkan masalah binatang berbanding masalah sendiri.  Hello guys! Macam mana korang boleh bertepuk tangan sedangkan kawan korang yang sedang mengutarakan masalah korang sedang di malukan oleh orang yang sedang memikirkan masalah binatang????  Sangat menarikkan?

Memanglah tak baik kita nak banding-banding negara kita dengan negara lain sebab setiap kerajaan yang mentadbir sesebuah negara sebenarnya masing-masing berusaha untuk mentadbir dengan lebih baik. Tapi apa salah benda yang boleh memberi faedah kepada rakyat kita jadikan contoh atau pun kalau kita (YOU!) tak nak jadi kan contoh, sekurang-kurang dengarlah apa kawan tu nak cakap.  Biarpun yang bercakap tu kurang pendidikan daripada yang mendengar, tapi idea yang orang nak cakap tu mungkin lebih baik dari apa yang ada dalam kepada otak kita. Ini lah salah satu contoh penyempitan idea dalam kalangan Mahasiswa.
 Perkara ketiga yang menarik apabila seorang panel nak bercakap tapi layanan macam tak betul je, kemudian terus sebut sape nak galaxy note. Budak-budak pun bersorak.. tak sesuai langsung di panggil mahasiswa. Oh! Baru ku tahu, galaxy note lah lagi penting berbanding berbahas untuk perkara yang amat penting. Galaxy Note telah berjaya menjadi umpan kepada JAWS2 dalam tu.

Aku abaikan je ape persoalan cik Bawani atau jawapan sharifah, tapi aku suka nak ulas atitute mahasiswa kita yang macam lalang tu. Budak-budak sekarang sudah terlalu selesa dengan hidup sendiri tanpa perlu memikirkan masalah luar yang sebenarnya masalah kita. Perlukah kerana galaxy note tu kita membutakan mata kita untuk masalah yang jauh lebih berharga?.  Alasan yang selalu di berikan, “saya masih muda untuk memikirkan hal macam tu”. Atau.. “ah! Itu semua politik, aku tak minat”.
Sepatutnya kita yang muda ni lah patut menyuarakan apa yang kita nak. Minat atau tak, itu tak kisah lah, bukan suruh jadi pemimpin pun. Tapi cukuplah menjadi seorang yang mempunyai ‘suara’. Bila kita tiada suara untuk membela, itu lah jadinya.  Suara seorang yang benar hanya mampu terhanyut dalam tepukkan yang tidak di ketahui membantu ataupun tidak.

ape pun kisahnya, itu lah kekuatan keyakinan bila kita berbicara. dengan muka yang penuh yakin yang telah di tunjukkan oleh sharifah, siapa pun akan berpaling dan mendengar walaupun faktanya agak merapu. jadi student2 suma, kalau nak buat presentation tu, buatlah muka sehabis yakin. hehe.. ada sedikit teguran buat cik Bawani dan sharifah.. pegang je ayat ni.. "yang muda di sayangi dan yang tua di hormati". itu je sebenarnya yang korang perlukan :)

layan jap


Tuesday 8 January 2013

10,000 Tiket Air Asia Percuma 2013

assalamualaikum semua.

Ade berita menarik yang aku baca dari satu blog ni, BLOG MUMMYNEMO

Jom share ape yang menariknye..


10,000 Tiket Air Asia Percuma 'Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia’.


WOWWW!!!!!! tapi Yeke??


Sebanyak 10,000 tiket AirAsia pergi dan balik secara percuma antara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak boleh ditempah bermula Rabu ini bagi penerbangan antara 14 Januari dan 4 Februari.

Bagaimanapun, cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api dimansuhkan.

Kadar bagasi, hidangan dalam pesawat, pilihan tempat duduk dan perkhidmatan tambah nilai yang lain turut tidak termasuk dalam tempat duduk percuma.

Tempat duduk percuma hanya sah bagi penerbangan yang berlepas dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.



Dalam satu kenyataan pada Isnin, AirAsia berkata, tawaran itu merupakan sebahagian daripada Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas.

“Kami mempunyai sejumlah 417 penerbangan setiap minggu antara Semenanjung dan Malaysia Timur, dan 62 penerbangan harian yang berlepas dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke lapan destinasi di Sabah dan Sarawak.

“Ini merupakan cara kami untuk menghargai sokongan rakyat, dan ia akan menjadi yang pertama bagi lebih banyak lagi inisiatif daripada AirAsia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar.

Tempat duduk percuma itu tidak ditawarkan untuk penerbangan domestik antara Semenanjung atau antara Malaysia Timur.

Pesawat khas dengan ‘livery’ 1Malaysia telah dilancarkan pada Sabtu lepas bagi memperingati ‘Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia’.




Bagi mereka-mereka yang teringin nak bercuti di sabah sarawak dan semenanjung, try lah tengok kot-kot ye ade tiket PERCUMA, sape tak suke barang FREE kan.

Monday 7 January 2013

JOM MAKAN ( Spagetti*)

Assalamulaikum..

Semalam aku rajin sikit nak masak ikut selera aku. selalunya aku makan ayam goreng dengan nasi je. Standard orang bujang lah katakan.. hari ni, aku kongsi makan ketiga kegemaran aku. iaitu spagetti.. aahh class kau jah!. Sejak aku kecik lagi, aku memang suka makan spagetti. Tapi aku suka homemade punye... yang pastinya di masak oleh bibik kesayangan aku iaitu aunty Gloria. Thanks aunt!.

Aunty Glo ni dah lama keje kat rumah aku. Dia dari Filipina, so, makanan yang dia masak kat kitorang selalunya tak berapa nak melayu sangat. Okey, terus kepada point utama.. Ni resepi spagetti yang ikut selera aku lah. Mudah dan sedap bagi aku. Bagi korang entahlah kan. Kisah pula aku kalau korang tak suka kan!. hahaha..

Bahan-bahan (untuk 5orang)

-Pasta spagetti 1/2 bungkus
-1 tin tomato puri ( Jenama Prego paling best!)
-daging cincang*
*kalau takde daging cincang, ganti dengan 2 keping daging burger
-3ulas bawang putih
-2keping cheese
-Bebola daging
-setengah biji lada benggala
-1 biji Brokoli
-3 Biji Tomato segar
-Daun bawang
-Serbuk lada hitam
-sedikit bahan perisa (garam, aji takde moto, gula dan serbuk lada (kalau nak pedas))

Okey guys!, kalau dah ada bahan-bahan, jom kita masak!

Cara-cara masak

1. Didihkan air dalam setengah periuk untuk rebus Pasta. Pastikan air dah menggelegak baru masukkan Pasta. Jadi sementara tunggu air tu mendidikan, potong-potonglah sayur ( lada benggala, brokoli dan tomato) tu dulu. basuh bersih-bersih, potong bentuk dadu. Brokoli tu ambik daun dia (daun ke?) emm yang macam pokok tu. batang tak mau!. Buang kulit bawang putih dan tumbuk

2. Dah Siap potong-potong dan letak kat bekas bersih, mesti air korang didihkan tadi dah menggelegak, jadi, masukkan pasta tadi. jangan patahkan, kecuali tak muat. Setengah bungkus dah mampu kenyangkan 5 orang. biarkan je pasta tu dalam tu. masak sampai kuning cair. Biasanya aku rebus dalam 10-15minit juga la.

3. Sementara tunggu pasta tu masak,  oleh sebab hari ni aku guna daging burger je, aku kenakan cincang-cincang daging tu. sambil-sambil cincang tu panaskan kuali. letak minyak dalam 3 sudu makan je.

4. tengok kat pasta, agak-agak dah cukup masak, letak 1 sudu minyak. tujuannya, supaya pasta tak lekat-letak kalau dah tos kan.

5. Lepas tu kita buat sos spagetti, dah siap cincang daging, terus masukkan sekali dengan bawang putih dalam kuali tadi. api sederhana je. kacau2 sikit, lepas air setengah cawan. lepas tu masak sampai pekat, masukkan pula tomato puri, aku jumpa yang dalam tin je. tin sederhana besar. kacau2 lagi, masukkan 1 tin air, guna tin tadi.

6. ambil bebola daging, ikut banyak yang korang suka, lepas tu goreng dengan api perlahan. dah agak2 kuning, pindah masuk kat dalam sos yang kita tengah masak tu. tambah sikit air kalau agak-agak pekat. masak lagi dalam 10-15 minit lepas masuk bebola daging tu. dah agak-agak sederhana pekat, masukkan lada begala dan brokoli. setengah minit lepas tu,  masukkan keju (kalau suke makan keju lah).  Gaul sehingga keju cair.

7. Rasa sos korang, ape yang kurang, kalau kurang masin tambah garam, kurang perisa, tambah aji, kurang pedas tambah serbuk lada. ikut selera masing-masing. kena pandai agak-agak lah pekat sos. kalau dah ngam!, masukkan tomato yang dah di potong dadu tu. terus matikan api sos.

** Dah siap semua, masa untuk makan lah kan, member-member aku kata sedap, tambah kembang hidung aku. Cara hidangnye, dah toskan spagetti tadi, ambik pinggang, letak sikit pasta, letak sos tadi atas pasta, letak daun bawang dan tomato. lepas tu tabur serbuk lada hitam.

INI LAH HASILNYA....!!



ni lagi satu.. sodap!



Panjang kan aku membebel, padahal masak spagetti je pun. haha.. tapi suke hati aku lah, aku punya blog. hehe