home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Tuesday 19 March 2013

Permohonan Maktab Perguruan KPLSPM 2013 Dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2013

Berita baik kepada anda semua yang sudah lama menunggu iklan Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) 2013 atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2013.

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Maklumat mengenai program ini adalah seperti berikut:


KETERANGAN PROGRAM:
Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa
Klik SINI untuk iklan permohonan.



STRUKTUR PROGRAM:
  • Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester
  • Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS:
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran.   DAN
  • Sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut:Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).

  • Bahasa Melayu;
  • Sejarah;
  • Satu (1) mata pelajaran yang lain;  serta
  • lulus Bahasa Inggeris
PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN:
1.  Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
  • Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di institusi berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Calon mesti LULUS Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
CARA MEMOHON:
  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my mulai 22 Mac 2013.
  • Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang: http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.
  • Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
TARIKH TUTUP:
Tarikh tutup 31 Mac 2013 (11.59 Malam)
Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lulusan UEC & SMA/SMU Ambilan Khas Jun 2012
Adalah dimaklumkan juga bahawa Permohonan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Bagi Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) Dan Sijil Menengah Agama (SMA) Atau Sijil Menengah Ugama (SMU) Ambilan Khas Jun 2013 akan dibuka pada tarikh yang sama dengan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2013 di atas.
Nama Program: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Pilihan Ijazah:  Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Bahasa Cina Pendidikan Rendah) atau Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)
Mod Kursus: Sepenuh Masa
  • Keterangan lain berkenaan program ini boleh didapati dalam iklan yang sama.
PERTANYAAN
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan:
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(U.P: UNIT PENGURUSAN PEMGAMBILAN PELAJAR)
NO. TELEFON: 03 88841260/1280/1249/1242/1259/1230/1240

Sunday 17 March 2013

"orang tak beriman, di tangkap zina"





Tajuk kat berita hangat sangat bila USTAZAH/USTAZ sebgai pelaku penzina nya. Kenapa mesti highlight kan dia sebagai USTAZAH/USTAZ waktu dia buat benda tu?. Iman seseorg turun naik, hari ni dia beriman, besok belum tentu. jadi waktu dia buat tu, dia bukan dalam golongan USTAZAH atau USTAZ. org yang tidak beriman je buat benda tu. jadi orang tak beriman masa boleh di panggil sebagai seorang USTAZAH atau USTAZ. ce buat tajuk, "orang tak beriman, di tangkap zina" lagi klass gitu.


orang yang entah takat mana imannya pun terus mengomen :
"sedangkan yang pakai tudung pun buat macam tu, ini kan pula yang tak pakai tudung"

orang yang tak pakai tudung terus mengomen :
"aku tak pakai tudung pun, tak buat benda maksiat macam tu. jangan menilai kami dari segi pakaian"

Makcik jual tudung tak nak komen ke?

"apa salah dengan tudung-tudung makcik?" hehe..

tudung : "asal zina je, aku yang kena -_- "



"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."


(Surah Al-Isra' 17: Ayat Ke 32)



Bila kita pegang pada ayat tu, jelas sekali amaran Allah itu adalah jangan mendekati bukan jangan buat. maksudnya, dekat pun dan dosa, buat apa tah lagi. Allah larang kita supaya jgn dekati zina, sbb kalau dah buat, tak yah larang, tunggu je hasilnya lagi 9 bulan. untung-untung dapat kembar. haha

Bagaimana nak jauhi zina?

senang je, Zina itu itu berlaku antara siapa? lelaki dan perempuan. jadi yang perempuan kena jaga diri dari lelaki dan lelaki jaga diri dari perempuan. macam mana jaga?.

jaga aurat- untuk jaga pandangan
jaga pandangan- untuk kawal nafsu
kawal nafsu- untuk menjaga hati
jaga hati untuk ringan diri bersolat
jaga solat- untuk ingat Allah
ingat Allah utnk kuatkan iman.

kesimpulannya jaga lah Aurat dan iman. jaga aurat tanpa iman ibarat "hanya menyarung nangka sebab takut di makan tupai, tanpa sedar, ulat dah kenyang makan kat dalam"
(suka hati aku je buat ibarat"

Peringatan untuk diri sendiri :)

Thursday 7 March 2013

“The Land of the Long White Cloud"


“The Land of the Long White Cloud..” 4 tahun di bumi asing bagiku, membuka banyak lembaran baru dalam hidup ku. Ya! Dua tahun yang lepas aku berada di sana. Tiba-tiba aku teringat detik lalu. Mengenal makanan yang bukan sesuai dengan lidahku. Mengenal suhu yang bukan sesuai untuk kulit sawo matangku.

Waktu itu..

Aku menjejakkan di Bumi  Wellington, New Zealand ketika baru beberapa hari kita menyambut Syawal. Oktober 2007. Spring menyapa kedatangan ku. Sangat dingin walaupun ketika itu bukannya musim salji. Nasib baik mereka bercakap menggunakan bahasa inggeris. Jadi aku tak payah nak guna bahasa isyarat macam member aku yang pergi bercuti kat Japan. Tapi Inggeris mereka terasa janggal pada pendengaranku. Terdapat sedikit accent seperti orang australia bercakap. Tapi bahasa mereka masih jelas dan boleh di fahami.

Aku hidup disana sebagai seorang pelajar di salah sebuah universiti di bandar wellington. Bandar Wellington (Welly) ni bukan nya besar sangat. Tapi kehijauannya memang mampu menenangkan jiwa terutama bila baru lepas memeras otak di bilik kuliah. Aku tak dapat selitkan gambar sebab masa aku baru pulang ke Bumi Malaysia, laptop aku kena virus. Habis semua dalam tu. Tapi member aku yang duduk KL masih simpan gambar-gambar kenangan kami. Dah berapa kali plan nak jumpa sebab nak ambil gambar-gambar tu, tapi kesibukkan kerja buat kami kerap terbatas untuk melepas rindu ( rindu lah sangat kan!!). Tak pe lah, yang penting gambaran keindahan ciptaan Allah itu masih tersimpan kemas dalam kepala otak ku. Memori semulajadi yang dicipta oleh Yang Esa.
Apa yang paling menarik kat Wellington adalah, kat sini memag banyak sangat Muzium. Muzium kat sini serius aku cakap, cantik, besar dan mengkagumkan. Sebulan duduk sini pun belum sempat habis lawat semua sudut. Antara muzium paling popular adalah Te Papa Museum Wellington. Mula-mula tengok dari luar, dah macam shopping complex yang besar. Kalau nak tengok gambar, baik sendiri google je lah. Lagi banyak gambar.

Menemui encik Summer pada bulan disember sehingga februari, encik Autum pada bulan mac sehingga mei, encik Winter pada bulan jun sehingga ogos dan Makcik Spring pada bulan september sehingga november memang memberikan pengalaman yang pelbagai dalam hidup ku. Kenapa Spring aku panggil makcik ?. Sebab waktu tu lah bunga-bunga mekar disetiap laman rumah yang aku lalui. Indah sangat bumi ciptaan Allah.

Kat sini, kalau tak dapat balik, kami akan sambut raya beramai-ramai dengan kawan-kawan yang senasib dengan kami. Ramai yang akan berkumpul, bukan sahaja pelajar Malaysia, tapi juga pelajar dari negara jiran kita, Singapore, Indonesia dan Brunei. Waktu ni, Semangat kemelayuan di bumi Welly memang terserlah.

Ramai saudara aku tanya, orang NZ ni makan ape?. Aku kata roti. Tapi nasi pun ada, Cuma mahal sikit lah. Depa kata, kalau perut melayu memang tak puas lah makan. Tapi aku okey je. Sebab aku dari kecik memang suka makan roti je. Kat NZ bukan susah sangat cari makanan halal pun terutamanya kalau yang dekat-dekat dengan Auckland. Kalau rindu makan nasi, boleh je pergi Auckland. Kat situ ada restoran indonesia dan Arab. Jadi boleh lah pekena nasi ayam penyet dengan nasi arab. Kebab, bakso, dan soto ayam pun ada. Kat sini guna mata wang Dollar NZ, mahal sikit tapi cukai tak mahal jadi kurang lah kos-kos tersembunyi.

Banyak kenangan menarik yang berlaku disana. Tapi aku tak tahu nak cerita macam mana. Indahnya panorama bumi Wellington. Tak sesak dengan orang, udara segar, biri-biri dan kanggaro comel menghiasi ladang-ladang disana.

Aku bukan bercuti kat sana, aku belajar disana. Aku buka rajin nak jalan sehari suntuk bercuti sambil catat aktiviti. Tapi aku dan member-member aku dulu ada lah juga pusing habis NZ. Dan ternyata Wellington paling indah (pada mata aku). Itu lah yang dikatakan “The Land of the Long White Cloud..!”

Miss that moment!.