home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Wednesday 19 February 2014

Langkah baru...

"cinta itu datang sesuka hati, namun perginya hanya di bawa mati..."

Derasnya mendesup jauh ke hatiku..
Ibarat sebuah watak yang dicipta di dalam novel.
berlari mengejar penamat cerita..
Taksub melihat kesudahan.
Tapi jauh di sudut hati yang dicari hanya yang indah.
Biarlah sepanjang perjalanan hati berdarah,
asalkan dihujung adalah penawar luka.

Kini aku di sini..
berada di tengah ayat cerita..
dengan kaki yang masih melangkah mencari..
apa yang ku cari sebenarnya?.
adakah aku sedang mencari sesuatu yang hilang?.
atau aku menafikan sesuatu yang nyata di depan mata?

Sesuatu mengikat hatiku..
ikat rapat sehingga lubang indera lelah.
Buntu.
Kenapa harus pada waktu ini..

Nafas..
Laju hati bergetar rindu.
Entah kenapa aku mesti bermain dengan kata.
ingin menjadi romantis walaupun yang dekat hanya sarcastik.
Langsung tiada perkaitan.


Kembali macam zaman sekolah... Muka ganas tapi suka duduk sendiri, bermain dengan pen dan buku. menulis ayat yang entah mana arahnya. Kontra sungguh dengan gaya. Nampak keras tapi rapuh. Rapuh dengan kerana asakan dugaan hidup. Bahagia yang terbit sebentar di rentap kejam oleh sengsara. Sejak itu terasa cinta hanya di awangan. Tidak mampu di gapai, hanya menyapa seperti angin. berlalu seperti mempermainkan diri. Rasa bodoh menikmatinya. Sejak itu juga bagiku cinta itu kejam... susahnya untuk senyum tapi bila senyum kesedihan di ludah ke muka. Hanyir sehingga terpadam semua senyuman. Entah kenapa aku suka meratapi waktu silam.. sedangkan aku perlu berani melangkah mencari bahagia. Bukakah itu yang aku mahu?. Aku lepaskan waktu gelap itu.. aku mengejar cahaya.. tapi bila ku pandang belakang.. ia menjadi bayang-bayang.. degil untuk pergi.

Sunday 9 February 2014

Aku hanya sekadar menunggu siang...

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Lama aku tak merepek dalam blog mesti ada yang rindu aku ni.
kan... kan.. kan... ?. Lepas tu mula si Bie (Zombie) tanya,
"siapa yang rindu awak??"..
Well... lelaki kacak mesti ramai yang rindu.
Perasan!.
Sebenarnya aku jenis manusia yang suka perasan.
Entahlah kenapa, tapi aku suka perasan. Perasan tak kena bayar!.
Barang free siapa yang tak mau der!.
Secara zahirnya aku bersyukur dengan apa yang aku ada.
Secara batinnya.. hmmm... kesihatan yang total adalah impianku.
Harap semuanya akan kembali pulih.
Apa yang menarik berlaku pada aku minggu ini?.
Aku ingat-ingat... hurmmm... adalah beberapa perkara.
Pertama cerita pasal dapat anak sedara yang pertama (tumpang anak orang),
kemudian cerita tentang kerja yang berjalan lancar,
buah hati aku dah tambah berat badan. tak keding dah.
Syukur alhamdulillah, lagi... Umi dah sihat sikit..
Acik aku buat kek keju kegemaran aku...
tapi yang malangnya dia hantar gambar je kat wechat..
lagi...makcik aku yang dah menunggu 8 tahun akhirnya pregnant!!!...
Yeahhh... tambah sepupu!.
lagi...
aku berjaya ajar si Bie buat kek keju dan kuih sagu..
tengok hasilnya not bad...
dan lagi... kerja aku bertambah. yeahhhhh...... tambah kerja!!!
Adakah itu berita gembira ?. Zahirnya bukan..
Tapi alhamdulillah rezeki dari Allah..
Kadang-kadang bila kita gaji tetap tiap bulan,
kita akan rasa pertambahan kerja adalah satu bebanan.
Sebab kerja banyak atau sikit, gaji tetap sama..
Memang gaji akan sama. Tapi bayaran akan lebih bermakna,
bila tanggungjawab kita jalankan dengan cukup baik.
Allah mungkin tak bayar kita dengan duit tapi
Allah akan bayar kita dengan cara lain. Rezeki itu milik Allah.

Hari makin berlalu... tapi tiap hari aku rasa terlalu cepat.
Dan peliknya bila aku sedang duduk beribadah,
aku rasa aku dah duduk lama.
Padahal aku baru baca 1 muka surat al quran.
Apakah tanda itu???. Tandanya jelas..
Allah pinjamkan masa yang panjang untuk bersama DIA..
Lama kita duduk. DIA nak kita merasai masa indah bersamanya.
Masa pun segan untuk berlari pantas.
Tapi bila kita sedang bual-bual atau SMS dengan makwe/pakwe..
Tengok jam dah jam 1 pagi!.. Rasa baru SMS dua tiga muka.
Rupanya kredit pun dan hampir kering!
Kenapa masa cepat sangat berlalu ni???
Masa berlari cepat!. dia tidak mahu lama-lama bersama kita.
Masa itu penuh maksiat.
Aku selalu sedar tentang itu tapi sikit pun aku tidak mahu berubah.
Bukan tidak mahu. Tapi entah!.
Aku yang tidak mampu atau aku yang mahu mampus??..
Ayat kasar nampak...

Aku bukan bangun awal hari ini.
tapi aku sedang berpeluh menahan sakit perut..
Sakit sangat... aku tak dapat tidur...
Aku mamai... tapi bila nak lelap, rasa perut di tumbuk
kesihatan itu mahal. Sampai duit yang banyak tak guna pun..
Aku pun terus menaip di blog..
Sebab aku tahu ada yang sedang menunggu aku update bebelan..
kan bie kan??..
Aku hanya sekadar menunggu siang...

BIE = Zombie..  my beloved Zombie

Tuesday 4 February 2014

Kosong

.......hmmmmmmm.......

Mengeluh itu tak baik. Tapi entah!, aku terasa nak mengeluh.
Dari pagi aki tidak sabar menanti senja..
Senja masa yang indah untuk berkongsi cerita.
Kadang-kadang ada cerita yang memberi senyuman.
Ada cerita yang hanya berlalu seperti angin.
Ada cerita melekat di hati.. istimewa.
Tapi sudah berapa minggu aku terasa kosong.
Pagi menanti senja.. kosong..
Malam menanti pagi.. kosong..
Ini bukan lagu Najwa Latif.. kosong.. kosong..
Ini adalah lagu yang tiada irama.

kadangkala terasa sedang menanggung luka.
Pedih.. tapi tiada darah.
Aku sendiri tak faham apa yang aku rasa.
Ayat macam puitis gila... macam tokoh sasterawan.
Hebatnya mengatur ayat..
Nampak kemas, cantik, romantis.
Tapi siapa tahu apa yang ada di minda..
Getaran yang tidak selari dengan jiwa..
turun naik berasa nota hati.
Serabut. Jiwa kacau..
Langsung tidak sama seperti yang ditaip jemari.
Aku mesti bertahan... sikit lagi.. sikit lagi..

Apa yang aku merapu ni????...

I just need YOU.. *cry silently*