home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Sunday 11 January 2015

Ho to Mo

11 Januari 2015

Hari ini hari pertama awak akan bergelar MO (Medical Officer ) setelah 2 tahun berhempas pulas menjadi HO (Houseman). Tahniah sayang (hanya ucap dalam hati). Teringat masa post pertama dulu, awak begitu semangat. Walaupun kena 'mangkuk' hari-hari, awak tetap semangat. Sampai la ke babak seterusnya awak mula menangis tiap kali balik lewat. "saya penat... saya nak berhenti". Entah berapa kali awak ucap. Tapi saya akan balas, "Sabarlah.." Sampai akhir sekali saya jawab, "Okey pi lah benti keja besok". Dan besok pagi, awak balik kerja macam biasa..  Sampailah saat ini. Saya tahu bila awak penat, awak cuma ucap ayat tu untuk puaskan hati yang letih..

Dr. Zaleha,

Saya bangga berkenalan dengan awak, menjadi kekasih awak, dan menjadi raja di hati awak. Sama macam saya bangga menjadikan awak suri di hati saya. Bukan setakat suri rumah. Tapi suri segala suri (tidak termasuk lisa surihani sebab itu yusri punya). Kalau saat pertama kali kita jatuh hati awak kerja tukang kebun, saya tetap bangga untuk jadikan awak permaisuri hati. Jadi janganlah persoalkan, "jika saya bukan seorang doktor, awak tetap suka saya tak ?". Ingat, masa saya kenal awak, awak cuma seorang gadis selekeh, bawa buku tebal, tudung bawal. Bukan doktor. Cuma kebetulan haluan awak ke situ. Haluan yang sama-sama kita pilih. Cuma takdir saya bukan ke situ.. Tidak mengapa... biar awak saja teruskan.

Kerja sungguh-sungguh ye.. kalau saya dah tak ada nanti, tolonglah jadi wanita yang kuat. Janganlah kuat marah sangat, kurangkan manja. Kena kuat... Tolonglah buat diri awak bahagia :)

Semoga awak terus berjaya didunia dan diakhirat.