home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Saturday 10 December 2011

Simpanlah Aib itu

kamu nak tunjuk jalan kebaikan dan kebenaran itu amat di puji. Tapi kalau dalam masa yang sama, sebar keburukan orang. sebar aib orang. itu apa motifnya?. nak bagitau kamu baik dan orang lain jahat ke?. Dah-dah lah tu, biar mereka buka aib mereka sendiri. Tapi jgn kita sebarkan. Allah kan dah larang. Biarpun kita benci puak tu. Tapi dia ttap saudara kita.
pesan Allah dalam FirmaNYA yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (QS. Al maidah [5]:8)

Tapi kerana kita merasakan kebencian akibat ketidak adilan yang berlaku. kita tetap berdegil. kita tetap mahu menyebarkan keburukan mereka. Kita menganggap orang lain perlu tahu tentang itu. Walaupun kita tahu kita di larang menyebarkan perkara tidak baik. sehingga kita lupa Allah pernah berfirman, yang bermaksud :

”Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat … (QS. An-Nur: 19).

Amaran yang jelas. Tapi sering kita lupakan. Ataupun kita tidak mahu ambil tahu. Bahkan ada satu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah. Bagaimana baginda melarang kita menghina kesalahan orang lain walaupun terang nyata dia bersalah. Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, ia berkata, “Ada seorang lelaki yang minum minuman keras (khamr) dibawa di hadapan Nabi s.a.w., maka Baginda bersabda: “Kalian pukullah dia”. Abu Hurairah berkata, “Di antara kami ada yang memukul dengan tangannya, ada yang memukul dengan sandalnya, dan ada yang memukul dengan pakaiannya”. Ketika orang itu akan kembali, sebahagian orang berkata kepadanya. “Mudah-mudahan Allah menghinakanmu”. Rasulullah bersabda: “Janganlah kamu berkata yang demikian itu, jangan kamu membantu perbuatan syaitan (syaitan sangat suka jika Allah menghinakan hambanya kerana memang itu pekerjaan syaitan)”. (HR. al-Bukhari)

Jika benar kita/kamu di pihak yang benar. Cukuplah dengan kita melakukan ibadah sebaiknya, menjaga akhlak, menjaga hubungan persaudaraan, berbuat baik dengan orang lain. Dan jika kita/ kamu seorang pemimpin, cukuplah menjadi pemimpin yang bertanggungjawab, adil, bijaksana dan menjaga kekuatan agama. Kita/kamu tidak perlu memperlihatkan kejahatan/aib orang lain untuk menampakkan diri/ puak kita/kamu lebih baik daripada mereka. Ini kerana, orang yang bijak berfikir, pasti tahu mana yang baik mana yang tidak tanpa kita perlu menyebarkan keburukan pihak lain.

Marah sering membuatkan kita lupa pada batasan. Kerana marah itu adalah api. Dan syaitan itu dibuat daripada api. Maka senang lah bergabung dengan diri yang marah.

Luaskan kuasamu, mainkan perananmu. Berjuanglah kerana Islam. Berpolitiklah hanya untuk menegakkan islam. Jangan menjadikan islam hanya utk meraih kekuatan politik.

Sabda Nabi SAW, " Sesungguhnya perkara yang aku takuti ke atas umatku ialah para pemimpin yang sesat". HR Abu Daud dan al Tirmizi

Sunday 23 October 2011

Takde kredit telefon???

Masalah betul kalau takde (kedit) kredit telefon, sape yang ade makwe tu lagi problem! mesti merajuk ler gamak nye kalau kome tak dapat balas msj die. nasib baiklah aku takde makwe (promote.. hehe)..  kalau aku ni, takde kredit okey je. kadang-kadang aku pun tak tau handphone aku tu ade kredit ke tak dok. tu pun masalah jugak tu. kot nye ade kecemasan tak ke haru tu. mase ke tu lah baru kedek-kedek pi kedai cari beli top up. kalau rumah terbakar, sempat lagi api tu gelak-gelak sebelum jilat rumah. adoyai.... anok capo ni....!.
untuk menyelesaikan masalah ni, ni den nak cito sikit ni. bende ni dah lama pun. lame daaaa.. cume sesaje la gatai tangan ni nak menge'share' (salah bahasa). tapi ni untuk orang yang ade internet je lah, atau bahasa budak-budak sekarang. tenet. okey, sape-sape yang ade tenet tapi tak dok la pula kedit. miskin bebenor kate kan... aaaaahhhh.... meh sini meh!.

"jual top up ler tu!"

jual pala hotak hang!. kalau aku jual top up, tak de lah malam-malam aku bawa tenggiling aku tu keluar beli top up!. aku nak kongsi pasal MOSTSMS??... bende lame kot. msti ramai yang tak tahu. tapi ramai juga yang tak tahu.. contohye aku lah yang baru tahu ni. haha.

bagi yang tak tahu, yang tahu boleh SKIP k..

bende ni best tau, FREE kot. bukan kot dapat free tapi perkhidmatan free. sape yang tak suka barang free kan. korang boleh gune SEPANJANG HARI. perghhhh...! limit... "eh ade limit ker??". tentulah ade limit. jangan tamak sangat. kate orang sapa TERBARUSSS!.. maksudnye rakus. LIMIT 50 SMS. yang PALING BEST.. boleh sms KE SEMUA NOMBOR. termasuklah CELCOM, MAXIS, DIGI dan lain-lain yang berkaitan tapi tidak termasuklah telefon awam.. sebab telefon awam tak boleh sms. 

 seronok tak?. seronok sangat... SERONOK.  cube tengok bibir kata bawah. dia sebut seronok tu.

 ni bukan seronok tapi seram kot!

kalau nak... SIGN UP ler kat... MOSTSMS.



Tuesday 13 September 2011

Sindrom Mahu Jadi Pakar

Copy dari Blog Dr. Ridhuan Tee
Pada: 12/09/2011

 Aku memang Suka sangat lawat Blog Dr. Ridhuan, yang ni antara artikel yang berjaya menarik minat aku.

 -SINDROM MAHU JADI PAKAR-

Kini semakin ramai yang mahu menjadi pakar walaupun bukan bidangnya. Semua mahu bercakap. Ini kerana masing-masing terlalu ghairah mengambil kesempatan, mabuk kuasa dan politik terdesak hari ini. Mereka berselindung atas nama Islam, pertubuhan Melayu, pertubuhan ibu bapa dan macam-macam badan lagi bagi merealisasikan cita-cita merekanya. Sekumpulan mahukan Pembelajaran Pengajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) diteruskan. Sekumpulan lagi mahu komunis diberikan pengiktirafan. Jika kita kaji latar belakang mereka, langsung tidak ada kaitan dengan bidang kepakaran. Tetapi mereka mahu berlagak macam hero kampung. Inilah sindrom yang menggusarkan dunia akademik hari ini. Mereka sanggup melakukan apa sahaja asal cita-cita mereka tercapai.

Sebuah pertubuhan yang kononnya mewakili ibu bapa membuat kenyataan bahawa majoriti ibu bapa menyokong PPSMI. Tertanya-tanya pula kita, siapakah ibubapa tersebut? Apakah modus operandi kajiannya? Apakah kaedah dan metodologi yang digunakan? Sejauhmanakah kesahkan dan kebolehpercayaan kajian yang digunakan? Siapakah sasaran atau respondennya? Semua ini masih menjadi tandanya, berbanding dengan kajian akademik oleh para akademia sebelum ini. Malang sekali, penemuan para academia tidak dibincangkan berbanding pertubuhan picisan ini.

Pertubuhan ini meminta untuk bertemu dengan kabinet supaya mengembalikan semula PPSMI. Mereka mendakwa mempunyai bukti dan mendapat sokongan lebih 90 peratus ibu bapa berhubung perkara ini. Satu perkara yang luar biasa. Teruja saya untuk melihat kajian mereka.

Persoalannya, bagaimana mereka boleh mendakwa mempunyai bukti dan mendapat sokongan, sedangkan rata-rata kajian yang dibuat sebelum ini, PPSMI gagal mendapat sokongan, apatah lagi untuk memajukan Bahasa Inggeris di kalangan anak-anak terutama di luar bandar bagi mendepani pendidikan Sains dan Matematik.

Seingat saya, hampir 100 NGO Melayu yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan PPSMI telah tampil secara agresif menentang. Ini tidak termasuk NGO Cina yang telah menentang sejak awal lagi. Jawatankuasa Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) itu sendiri yang terdiri daripada profesor-profesor dalam bidang, dari awal lagi telah menentang beserta bukti-bukti kajian. Tanyalah Professor Abdullah Hassan, Professor Awang Sariyan, Profesor Nik Safiah Karim dan ramai lagi.

Ini belum termasuk pandangan pakar sains yang lain seperti Professor Shahril M. Zain (Pakar Sains Matematik), Profesor Tan Sri Zulkifli Razak (Pakar Perubatan), Profesor Yusof Othman (Pakar Fizik) dan ramai lagi.

Nasihat saya, jika ingin mendapatkan pendapat dan suara pakar Melayu, sepatutnya kerajaan mendengar dan merujuk kepada cendekiawan dan NGO-NGO Melayu seperti Persatuan Akademik IPTA, Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Persatuan Ulamak Malaysia (PUM), Majlis Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) dan banyak lagi. Kenapa kita begitu terpukul dengan sebuah pertubuhan kerdil yang disebut sebagai Page. Siapakah mereka? Apa kepakarannya?
Tidak payahlah menggunakan gelaran datin untuk mencari pengaruh. Hina sangat rasanya. Gelaran datin adalah tumpangan gelaran datuk yang diperolehi oleh suami. Jika benar-benar berani mari kita berdebat dengan para akademia secara akademik.

Yang memelikkan lagi kenapa pihak berkuasa perlu merasa tergugat dengan tindakan mereka? Sedangkan pakar-pakar bahasa memberikan pandangan daripada pelbagai aspek, termasuk pedagogi, linguistik dan sebagainya. Manakala mereka yang tidak ada kepakaran langsung, dan mungkin tidak mengaji setinggi manapun, sibuk bercakap, hanya kerana dia isteri bergelar datin dan mendapat sokongan bukan Melayu?

Negara kita teramat sedih kehilangan seorang pejuang bahasa, Dato’ Dr Hasan Ahmad yang kembali ke ramahtullah baru-baru ini. Ketika Allahyarham masih hidup, perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu tidak pernah luntur sehinggalah kerajaan bertindak memansuhkan PPSMI dan menggantikannya dengan Memartabatkan Bahasa Melayu dan Mengukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kita amat mengharapkan kementerian pelajaran akan bertegas dengan pendiriannya.

Kumpulan ini sedang diperalatkan oleh golongan yang mahukan bahasa kebangsaan ini lenyap, maka diberilah publisiti secara besar-besar dalam laman-laman web dan akhbar anti Melayu dan Islam. Tidak ada sesiapapun yang rasional menolak kepentingan bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris bahasa dunia, ia perlu dipelajari. Cara mempelajarinya perlulah tepat,betul dan mengikut kaedah, bukan beremosi.

Persoalan pokok, adalah isu penguasaan bahasa. Bukan isu sains dan matematik. Jika bahasa yang lemah, yang harus diperhebatkan adalah kaedah pembelajaran dan pengajaran bahasa, bukan mengubah sistem. Inilah perkara yang kurang difahami oleh mereka. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan nak diduga.

Saya amat terusik dengan pesanan akhir Dato Dr Hassan Ahmad, kerajaan akan jatuh jika tidak mendengar suara ilmuan. Siapakah ilmuan tersebut? Ilmuan tersebut adalah mereka yang pakar dalam bidang masing-masing, jujur dengan ilmu dan bertindak berpaksikan Quran dan Sunnah serta perlembagaan negara. Bukannya mereka yang bukan sahaja tidak pakar, tetapi sekadar bergantung nasib atas nama suami bergelar datuk. Kepakarannya entah ke mana. Alahai malang sungguh.

Sama juga isu yang menganggap komunis ini sebagai pejuang. Bacalah dahulu sejarah komunis dari awal hingga akhir daripada pelbagai sumber. Jangan hanya membaca satu sumber sahaja atau sebelah pihak sahaja, kerana ada kepentingan atau mahu mengambil hati rakan dan taulan. Selepas itu, barulah boleh memberikan komen dan pandangan. Barulah terserlah kepakarannya. Berkata benar, walaupun amat pahit, kerana itulah yang terbaik, kerana kebenaran pasti akan menang, walaupun kalah buat sementara waktu.

Saya sempat membaca buku berkaitan perjuangan komunis oleh Rashid Maidin, Tunku Abdul Rahman, Hanrahan, Purcell, Thompson dan sebagainya. Saya tidak menafikan sumbangan komunis memang ada, tetapi tidaklah boleh meletakkan mereka setaraf dengan pejuang kemerdekaan. Perjuangan komunis yang kononnya dikatakan menentang penjajah British amat jauh berbeza dengan perjuangan Tok Janggut dan Dato Maharaja Lela menentang penjajah British. Pejuang-pejuang Melayu hanya mahu menghalau penjajah, berbanding dengan perjuangan komunis yang mahu menguasai Malaya melalui teori dominonya.

Adalah tidak rasional menolak kebaikan seorang, hanya kerana mungkin dia musuh kita atau tidak bersefahaman dengan kita. Dalam kes Mat Indera, beliau adalah seorang pejuang, cuma platformnya salah, kerana bersama komunis. Perlu diingat, walaupun komunis telah berjaya dihapuskan, pemikiran komunis masih lagi tidak lekang dalam sanubari segelintir rakyat di negara ini. Masih ada lagi yang menyanjung Bintang Tiga (MPAJA), Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah CD, dan sebagainya. Tindakan membina tugu MPAJA menunjukkan bahawa perjuangan komunis masih lagi bertapak di negara ini.

Profesor Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Tuesday 6 September 2011

Padah Jika Terlalu Berbaik Sangka

*Copy paste dari Blog Dr. Ridhuan Tee
          5/09/2011

Siapa kata orang Islam yang menerima bantuan dan pertolongan bukan Islam itu salah? terutama bantuan gereja atau orang Kristian yang sedang hangat diperdebatkan hari ini, ekoran pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas gereja Methodist Damansara Utama (DUMC). Jika itulah faktanya, bermakna sejak Nabi Muhammad SAW lahir, kemudian menjadi anak yatim piatu semasa kecil, siapakah yang membantu Baginda?

Hatta selepas dilantik menjadi Rasulpun, ketika itu, agama Islam baharu sahaja diturunkan, siapakah orang di sekeliling Nabi? Orang Islam atau bukan Islam? Jawapannya, sudah tentu orang bukan Islam. Siapakah bukan Islam itu? Ada beberapa kategori. Pertama, yang pro dan simpati dengan Islam. Kedua, golongan yang anti Islam, pura-pura baik kerana ada udang di sebalik batu. Ketiga, musuh Islam yang sebenar seperti Yahudi dan Nasrani. Dalam kes gereja DUMC dan sebahagian Kristian, kategori manakah mereka? Manakah satu kafir zimmi dan kafir harbi, fikirkanlah sendiri.

Semua sedia maklum bahawa bapa saudara dan isteri Baginda, Abi Talib dan Khadijah adalah antara paling banyak membantu Baginda. Malah, sebelum nabi diangkat menjadi Rasul. Rasulullah menerima bantuan daripada bukan Islam yang simpati dengan Islam. Sebahagian orang bukan Islam ketika itu (termasu Yahudi) tidak ada agenda tersembunyi atau ada udang di sebalik batu.

Yang paling menyedihkan Baginda SAW adalah pemergian Abi Talib, yang masih lagi tidak memeluk Islam, sedangkan pengorbanannya terhadap Islam tidak ada tolok bandingnya. Jika Nabi bertindak tidak menerima bantuan bukan Islam, apakah mungkin Islam boleh berkembang? Hanya Allah SWT yang tahu.

Begitu juga jika Rasulullah SAW dan para sahabat yang telah memeluk Islam, tidak membantu orang bukan Islam, bagaimanakah mungkin orang bukan Islam yang lainnya akan memeluk Islam? Oleh kerana agama Islam bersifat sejagat, sudah tentu bantuannya tidak mengenal darjat, warna kulit dan agama.

Perkara pokok yang perlu dibincangkan di sini bukan soal boleh atau tidak, orang Kristian membantu orang Islam atau orang Islam membantu Kristian! Tetapi perkara pokok adalah, apakah agenda tersembunyi, yang tersurat dan tersirat di sebalik bantuan tersebut? Saya memohon mereka yang mahu menjadi hero ini kepada ultra kiasu ini, supaya membaca pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Sinar Harian akan kelicikan pihak Kristian dan luahan pengalaman saya semasa pernah menjadi Kristian.

Namun demikian, umat Islam juga patut dipersalahkan kerana ‘membenarkan’ orang Islam mencari orang Kristian untuk mendapatkan bantuan atau didekati oleh Kristian untuk dibantu. Jika orang kaya berperanan dan sedar diri, serta zakat diagihkan dengan betul, tidak ada orang Islam yang merempat di muka bumi bertuah ini. Persoalannya, kenapa umat Islam masih merempat? Kenapa kita tidak mencari mereka? Kita berseronok dengan kekayaan kita? Menghitung dan melihat angka kutipan yang besar? Kemudian, mengahwini artis sana sini. Seterusnya, pergi menunaikan umrah beratus kali untuk mengejar pahala sunat, sedangkan pahala wajib membantu mereka yang fakir miskin dan merempat, dibiarkan begitu sahaja.

Kita hanya menunggu mereka datang meminta bantuan? Kita tidak bertindak seperti contohnya Khalifah Omar atau Umar Abdul Aziz. Khalifah-khalifah ini sibuk mencari orang miskin tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang. Yang ada dalam benak fikiran mereka, orang yang memerlukan mesti dibantu.

Sama juga soal dakwah. Adakah kita tidak pergi berdakwah kepada bukan Islam atau kita menunggu mereka datang menyerah ke pejabat agama untuk memeluk Islam? Sudah tentu dakwah perlu keluar. Umat Islam perlu mendekati bukan Islam, bukannya menunggu mereka datang menyerah diri. Jika begitulah keadaannya, bagaimana Islam boleh berkembang di zaman para Nabi?

Berbeza dengan Kristian, mereka keluar berdakwah mendampingi sasaran untuk menyebarkan dakyahnya. Maka tidak hairanlah jika ramai orang Cina dan orang Asli beralih kepada agama Kristian. Missionari mereka tidak hanya datang dengan dakyah tetapi dengan bantuan wang ringgit sebagai penarik. Kadangkala, mereka tidak boleh dipersalahkan kerana memang menjadi tangungjawab dan kewajipan mereka menyebarkan dakyah agamanya. Sama seperti tanggungjawab kita.

Cuma silapnya Kristian adalah, mereka mendakyahkan agamanya kepada orang Islam yang dilindungi perlembagaan. Jika mereka berdakyah kepada bukan Kristian yang lain, mungkin tidak banyak timbul masalah. Namun, mereka amat licik. Kristian tahu jika sekadar berdakyah kepada yang bukan Kristian (bukan Melayu), impaknya tidak seberapa.

Justeru, mahu tidak mahu mereka mesti berdakyah kepada orang Melayu yakni peribumi, walaupun dilindungi perlembagaan. Sokongan Melayu amat penting untuk mendapatkan Melayu yang lain. Barulah negara ini mudah untuk dikristiankan. Terus terang, saya tidak pernah takut kepada dakyah Kristian, kerana saya kenal diri saya dan saya mampu menghadapi mereka bila-bila masa. Masalahnya, sasaran mereka bukan saya, tetapi mereka yang tidak faham Islam, jahil, terdesak dan memerlukan bantuan.

Bayangkanlah ketika seseorang memerlukan bantuan dan terdesak, tiba-tiba kita datang sebagai penyelamat, tidakkah kita rasa terhutang budi? Saya teramat sedih membaca kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang dua pemimpin agama mufti yang tidak memahami konteks dakyah Kristian dan penglibatan dalam pertubuhan atau NGO. Nasihat saya, biasakanlah diri dengan kerja-kerja NGO, saudara semua akan tahu apa perancangan Kristian sebenarnya.

Sekian lama saya berkecimpung dalam NGO terutama, Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) dan Perkim, apatah lagi pernah menganut agama Kristian bersama-sama bekas rakan-rakan Kristian yang lain, kita semua tahu apa perancangan mereka. Janganlah terlalu bersangka baik, walaupun bersangka baik memang dituntut dalam Islam, seperti pesan Sheikh Abdul Kadir al-Jailani, jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu): “Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk”.

Bagaimana kita masih boleh berbaik sangka pada mereka yang terang-terang mahu memurtadkan umat Islam, menghina dan melanggar perlembagaan? Dalam konteks pemerintahan, kita kena patuh kepada undang-undang atau undang-undang patuh kepada kita? Kristian kena patuh kepada perlembagaan atau perlembagaan kena ikut Kristian? Sama juga kes kita kena ikut pembangunan atau pembangunan kena ikut kita. Sudah tentu sebagai rakyat kita perlu berkorban untuk memberi laluan kepada pembangunan yang tidak bercanggah dengan Islam. Namun, adakah ia berjalan dengan betul dan adil?

Misalnya, jika ada Chinatown yang terjejas untuk memberi laluan kepada pembangunan seperti di Jalan Sultan, Petaling Street, heboh satu dunia. Golongan ultra kiasu tampil mempertahankannya dengan hujah ia adalah warisan zaman berzaman dan menjadi tumpuan pelancong, sedangkan melambak lagi kawasan Chinatown di negara ini. Tidak perlu dinamakan Chinatown pun, Kuala Lumpur sebenarnya sudah menjadi Chinatown. Kerajaan terpaksa tunduk kepada tekanan daripada memberi laluan kepada pembangunan. Sebagai tindakan ‘win-win’, pembinaan bawah tanah yang melibatkan kos yang lebih besar terpaksa dilakukan. Bayangkan kalau tempat itu adalah Malaytown (jika ada). Apakah tindakan win-win akan berlaku? Lihatlah nanti nasib Kampung Bharu.

Selama ini tanah rezab diambil dengan sewenang-wenangnya untuk tujuan pembangunan. Apa reaksi orang Islam? Sama juga jika satu rumah ibadat bukan Islam dirobohkan bagi tujuan pembangunan, heboh satu Malaysia. Jika diberipun, tempatnya mesti strategik dan lebih besar, berbanding dengan jika surau masjid dirobohkan, ganti belum tentu lagi. Yang pasti orang Melayu hanya berdiam diri dan tidak banyak membantah. Inilah nasib Melayu di bumi Melayu.

Sunday 10 July 2011

Jaga Hati Anda

Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan Kami palingkan hati mereka dan pemandangan mereka sebagaimana mereka tidak (mahu) beriman kepada (ayat-ayat Kami) pada awal mulanya, dan Kami biarkan mereka meraba-raba di dalam kesesatannya dengan bingung." (Surah al-An'am:110)


Rasulullah SAW pernah bersabda :  
"Sesungguhnya seseorang mukmim bila mengerjakan satu dosa atau kesalahan, maka setiap kesalahan dan dosa itu akan berupa titik hitam pada hatinya. dan bila dia menyedari dosa dan kesalahan itu, lalu menyesali dirinya dan dan meminta ampun, hatinya menjadi bersih. Tetapi bila kesalahan itu di tambahnya, maka titik hitam itu akan bertambah pula sehingga hatinya akan menjadi gelap dan hitam seluruhnya. Inilah yang dikatakan Allah: Sungguh sudah tersumbat hati mereka kerana perbuatan mereka itu..
(HR Al-Hakim, Tarmizi dan Nasa').

Hadith tersebut sama seperti hadith berikut :


Daripada Abi Hurairah ra berkata; Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya seseorang hamba apabila ia melakukan sesuatu kesalahan maka akan digoreskan di dalam hatinya satu titik hitam, maka apabila ia menarik diri (daripada kemaksiatan itu) dan terus beristighfar dan bertaubat (kepada Allah swt) hatinya akan kembali suci bersih. Tetapi apabila ia kembali melakukan kesalahan itu maka titik hitam itu akan bertambah (di dalam hatinya) sehingga sampailah titik-titik hitam itu memenuhi semua permukaan hatinya. Dan inilah yang dinamakan "AR-RAAN" ataupun "KARAT" di hati yang disebutkan Allah swt dalam firmannya: "Sekali-kali bukan demikian (seperti apa yang dikatakan oleh orang2 kafir) sebenarnya apa yang selalu mereka lakukan itu (daripada perbuatan dosa) telah menutup hati mereka". 
(HR:Tirmizi)


Pentingnya menjaga hati ni sebab setiap niat kita terbitnya dari hati kita sendiri. Jika kita berniat baik-baik , maka baiklah perbuatan kita. Sebab tu untuk menempatkan niat yang baik-baik maka kita perlu menjaga kesucian hati kita. Mana mungkin datangnya makanan yang bersih kalau tempat meletakkan makanan tu dah kotor.. Betul tak?. 

Ada juga kawan-kawan tanya, macam mana tips nak jadi pelajar cemerlang, sebab kami belajar dalam masa yang sama, belajar benda yang sama dan belajar dengan guru yang sama. Tapi bila aku soal, adakah kita sama meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah dan apa yang di suruh oleh Allah?. Jawapannya.. Allahu' alam lah kan.

Kita sebagai pelajar ni, kena jaga makanan hati selain jaga makanan otak. Kadang-kadang kita dah puas belajar tapi tak lekat-lekat. kadang-kadang tu lekat tapi bila masa exam je semua tanggal. Memang parah lah. cuba cari sebabnya. mungkin sebab suka sangat tengok perkara-perkara haram atau buat benda-benda yang tak sepatutnya. tahu-tahu je lah lelaki ni, asal malam je banyak lah aktiviti diorang. Hihi..

Jadi, Tips aku senang je... kalau nak cemerlang macam aku, sila jaga hati. Cemerlang ka aku?? bolehlaaah... hihi


Thursday 16 June 2011

Bulu Oh Bulu

Selepas waktu rehat hari ini berlangsunglah peperiksaan bagi subjek pendidikan seni. Oleh sebab masa tu merupakan masa sepatutnya aku masuk mengajar (waktu asal), jadi, aku kena lah jaga peperiksaan tu. Kat sekolah aku, pengawas peperiksaan adalah cikgu yang sepatutnya masuk mengajar pada masa peperiksaan tu berlangsung. tak kisahlah dia ajar ke tak subjek yang tengah exam tu, kaalau time dia je, dia kenalah jaga. faham tak?. 
ceritanya bukan pasal jadi pengawas peperiksaan tu lah. ceritanya bermula apabila dua orang pelajar yang berborak masa tengah melukis tu. oleh sebab masa ni budak-budak cuma kena melukis, jadi peperiksaan agak santai lah. cuma macam biasa lah tak boleh berbual. Oleh sebab aku nampak dua orang budak ni rancak berbual, sambil tangan sibuk melukis, maka aku pun pergilah dekat-dekat dengan budak dua orang tu. "aku tanya kenapa berbual masa exam?". salah seorang budak menjawab. "cikgu! dia kata bulu berus warna ni di perbuat dari bulu babi. Betul ke?". aku pun senyumlah.. slamba je aku jawab.. "tak lah... dari bulu hidung!". serentak budak-budak tadi ketawa. budak-budak lain yang pasang telinga pun turut ketawa sama. aku bagi jawapan sengal macam tu sebab aku sendiri kurang ambil berat soal ni. mungkin sebab sejak dari dulu lagi aku jarang pegang berus warna ni. aku pegang berus gigi dan berus jamban je.
selepas tamat je waktu aku dan dah ada cikgu lain ganti masuk dalam kelas tu, aku terus balik ke bilik guru. Aku buka laptop, buka internet, search pasal benda ni. apa maklumat yang aku dapat?..

Banyak berus kegunaan domestik adalah dibuat daripada bulu babi. Ramai yang lebih gemar menggunakan berus bulu kerana kerana lebih lembut, bedak lebih melekat dan hasil makeupnya cantik berbanding menggunakan berus sintetik. Macam mana nak tahu berus makeup dibuat daripada bulu atau sintetik?? Caranya adalah dengan membakar bulu berus tersebut. Jika tak ada bau, maka berus tersebut dibuat daripada sentetik. Tapi kalau bau yang dihasilkan seperti rambut atau daging terbakar, maka perlulah berhati-hati kerana kemungkinan bulu itu adalah bulu babi. 


Walaupun tak semua berus makeup diperbuat daripada bulu babi kerana ada juga dibuat daripada bulu binatang lain seperti kambing dan kuda, namun jika difikir logik berus yang murah yang dijual lambak di pasaran adakah dibuat daripada bulu kuda yang mahal? Semestinya pengilang menggunakan bulu babi yang murah, lebih menguntungkan dan mudah didapati.


  Jadi, macam mana kita nak kesan itu bulu babi ke tak? Dengan kuasa Allah, Dia dah cipta rupa bulu babi ni lain dari bulu-bulu yang lain. Bulu babi ni bercabang banyak pada hujungnya. rujuk gambar kat atas. Bristle tu maksud babi hutan. kalau nak tengok contoh berus yang di berbuat dari bulu babi, tengok gambar kat bawah ni.

 contoh berus dari bulu babi

banyak kes di kesan menggunakan bulu babi. antaranya ialah :

 





Berus Warna*









 




Berus Gigi*







 Berus Mekap*



* berus warna, berus gigi, berus mekap hanya gambar hiasan

Wednesday 11 May 2011

Rindu mak

Mak, Semalam angah mimpi mak.
angah tak tahu nak cerita kat siapa.
Angah gembira sangat. 
Tapi bertambahlah rindu angah pada mak.
Terasa ingin mencium bau rambut mak. 
Ingin membelai pipi mulus mak.
Angah tahu mak sayang angah, cuma langkah mak mungkin tersilap.

Mak, angah sudah semakin dewasa.
Janggut di dagu sudah lebat.
Tapi kenangan bersama mak terasa masih baru.
angah rasa masih seperti kanak-kanak lelaki yang masih ingin di belai.
Berat sungguh rasa rindu ini.

Mak, ooohhh mak..
Mak dengar tak semalam angah menjerit memanggil mak ?.
Tapi kenapa mak tetap nak pergi ?.
Angah rindu sangat ni...
rindu sangat nak cium mak..

Mak ingat tak dulu,
mak kata, "angah belajar baik-baik ye..."
Ingat tak?. 
Angah belajar baik-baik untuk mak.
Sekarang angah dah tamat pengajian.
Angah ada ijazah.
Mak suka tak?.

Mak, oooohhh mak...
Mak dengar tak ni?
Mak buat apa di sana?.
Apa kahbar mak?.
Angah tak dapat bekal apa-apa melainkan doa.
Harap mak dapat...

Mak, nanti kita jumpa ye..
mak tunggu angah..
angah harap dapat pimpin tangan mak ke syurga..
buat mak tersenyum kembali macam dulu.
mak adalah sebahagian dari jiwa angah..

Monday 9 May 2011

Buat Ibu

Selamat hari ibu buat mak...


Ibu…
Berderai air mataku tatkala aku membaca Yasin di hadapan pusaramu,
Jatuh bercucuran bak hujan di saat aku mengenangkan pengorbananmu,
Belum sempat aku membalasnya takdir telah menjemputmu pulang terlebih dulu,
Dikau pergi saat aku masih perlukan belaianmu.
Ibu…
Ku kirimkan sebaris doa senada kasih sayangku,
Tidak terbanding kasihmu bak seluas langit membaluti bumi nan kedinginan,
Pergimu dengan keredhaan bersatu dalam kehilangan dipandangan sepiku,
Anakmu di dunia ini akan meneruskan perjalanan bersama pesan dan amanahmu.
Ibu…
Betapa aku amat merindui dirimu yang telah lama lena dalam pembaringan,
Setiap belaianmu tika membesarkan aku bersemadi kukuh dalam hatiku,
Syahdu dan pilu rasanya berjauhan darimu walau bukan itu pintaku,
Aku redha dan ikhlas dalam langkahmu menuju ILLAHI.

Ibu…
Walau seketika anakmu alpa,
Kasihmu sentiasa menjadi ingatan abadi bagi diriku,
Membawa hidayah keinsafan seorang anak,
Dalam menjalani kehidupan duniawi.
Ibu…
Bersemadilah dengan aman,
Semoga rohmu diberkati Yang Esa,
Doaku tidak pernah kering meniti bibirku buatmu sentiasa,
Dikaulah ibuku di dunia dan akhirat.



*ANGAH SAYANG MAK SANGAT-SANGAT

Tuesday 12 April 2011

Siapa Nama Adik?

Hari ini ada pelajar baru dalam kelas aku. Jadi aku pun nak lah berkenalan dengan budak tu. nanti senang aku nak soal dia kan. hehehe...

Selepas dia perkenalkan diri tiba-tiba aku teringat  semasa aku tadika dulu.

cikgu aku dengan sopannya tanya, "name adik sape?"

aku pun dengan bangganya jawab "Name adik saye, Nadhrah!"

Adakah jawapan aku salah atau soalan cikgu tu yang salah?. Nadhrah tu adik bongsu aku yang amat aku sayangi.. dialah satu-satunya puteri dalam rumah kami :). I Love U my Little Princess!





Thursday 3 February 2011

Siapa kita di akhirnya.

Daripada Sahl bin Saad al-Sa'idi r.a,  Nabi SAW bersabda yang bermaksud;
"Sesungguhnya ketentuan amalan adalah dengan yang terakhir." HR Al-Bukhari.

Dalam kehidupan kita seharian. Apabila kita telah cukup menjaga amal ibadah kita, kita selalu fikir kita telah cukup bekalan untuk akhirat. Hari berlalu dari kita kecil, remaja, dewasa dan tua.. Sesekali ada juga kejahatan yang kita lakukan. Tapi kita sering berasa amalan kita yang lalu mampu membenteng dosa kita.
Berbangga pada kebaikan yang kita lakukan.
Apabila kita melihat orang lain yang jahat, tidak solat, tidak puasa. Kita mudah menilai, inilah bakal ahli neraka. Kadang-kadang secara tidak sengaja ternilai begitu kerana zahirnya nampak jelas.

Namun, hubungan seseorang itu dengan Allah tidak siapa yang tahu.
Semua itu rahsia Allah. Seperti hadith di atas, kita dinilai dengan melihat amalan terakhir kita.
Itu lah kita. hadith ini bukanlah ingin mengatakan hanya amalan terakhir akan di nilai.
Tidak begitu.
Amalan kita akan dinilai bermula dari hari pertama kita akhil baligh.
Bermula sejak kita telah cukup waras dan dewasa untuk mengenal dosa pahala.
Namun amalan kita bersangkut paut dengan iman dan iman itu bersifat tidak tetap. Mungkin saat ini iman kita meningkat, tetapi kita tidak tahu, sebentar lagi bagaimana. Kerana itu kita perlu menjaga amalan kita, agak iman terus bertambah. Jika iman dalam keadaan cemerlang, maka kita ringan untuk beramal.

Ajal dan maut itu ketentuan Allah. Tidak akan lewat seminit dan tidak akan awal walau sesaat.
Jadi kita tidak tahu bila kita akan mati. Sedang Allah maha pengampun dan sentiasa memberi ruang hambanya untuk bertaubat. Jadi amatlah rugi sekiranya kita menjaga amalan kita sejak kita kecil, tapi mati dalam kemaksiatan. Dan beruntunglah bagi mereka yang lalai, kemudian diberi kesempatan bertaubat,
kemudian menjaga amalannya di akhir umurnya.
Allah membuka pintu taubat pada waktu malam, untuk mengampunkan dosa hambanya di waktu siang.
Begitu juga pintu taubat di siang hari, untuk mengampunkan dosa hambanya di malam hari.
Hebatnya Allah, Maha pengasih lagi maha penyayang..

Oleh itu, bersangka baiklah dengan orang lain dan sama-sama saling mendoakan saudara seislam kita, semoga mengakhiri usia kita dengan kematian yang baik dan dalam amalan yang baik.

Saturday 22 January 2011

Menjaga Jiran


Dalam dunia ni, kita tak boleh lari dari hidup bermasyarakat.
Bermula dari sebuah rumah yang terdapat ahli keluarga kita.
Kita mula bergaul dengan orang lain bermula dari pergaulan dengan mak abah,
adik beradik dan ahli keluarga lain.
Di luar daripada rumah kita, ada beberapa rumah lagi.
Rumah yang juga terdiri daripada sebuah keluarga yang mendiami rumah itu.
Sama seperti rumah kita.
Mereka yang berada di sekeliling kita itulah yang menjadi jiran kita.
ketika saya tinggal di kampung, suasananya sungguh meriah.
Mana tak meriahnya, kita siap boleh hafal rumah nombor satu sampai hujung kampung rumah siapa.
Kita kenal pakcik makcik yang ada walaupun bukan keluaga kita.
Kita berkawan dengan semua anak kampung itu.
Tapi berbeza dengan di bandar.
Bila cuti sekolah dan abah ada kerja di bandar. Kami akan ikut sama.
Untuk kemudahan kami, abah membeli sebuah rumah.
Rumah kecil sebagai persinggahan. Tapi sayangya, dah banyak kali ke sana, tapi kami tak kenal pun jiran kami.
Hidup di bandar bukan seperti di kampung.
Di bandar hidup seperti sebuah perlumbaan mengejar dunia.
Mungkin definisinya berbeza bagi orang yang biasa dengan bandar, tapi bagi anak kampung seperti aku,
itulah definisi paling sesuai.
Tahu tak sebenarnya Islam amat menggalakan kita berbaik dan melayan jiran dengan sebaiknya.
Bahkan dalam riwayat Muslim, Nabi SAW perna bersabda,
"Tidak masuk ke syurga seseorang yang membuatkan jiranya tidak berasa aman dengan kejahatan dirinya."

Tengok tu, sampai boleh tak masuk syurga kalau kita tak berbaik dan suka buat jiran rasa tak selamat.
Salah satu punca bermulanya keadaan tu apabila kita tidak saling kenal mengenali.
Bila kita tak cuba berkenalan, kuatkan tali silaturrahim, itu yang buat kita buruk sangka.
Maklumlah, bila kita tak betul-betul kenal, pasti terbit buruk sangka.
Jangan tunggu jiran datang say hi  kat kita, tapi apa kata, kita yang cuba sendiri tegur jiran kita.
Dalam keadaan kami ni, macam mana nak kenal, jiran kami pun macam kami juga,
jarang-jarang ada situ.. hehe..

Semoga kita sama-sama menjaga tali silaturrahim dan eratkan ukhuwwah!.