home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Friday 9 March 2012

STPM guna PBS + Pentaksiran Baru



Kalau sebut pasal PBS, orang Sabah akan kata Parti Bersatu Sabah. Tapi PBS yang aku nak kongsi pada kali ni tidak ada kaitan langsung dengan mana-mana parti. Tidak ada unsur politik dalam ni okey!.
Cerita pada kali ini berkaitan dengan pelajar-pelajar yang bakal masuk ke tingkatan 6 rendah pada tahun ini untuk sesi 2012/2013. Pelajar-pelajar yang nak masuk tingkatan 6 tahun ni bolehlah senyum panjang sebab kementerian pendidikan dah buat sistem baik punya untuk pelajar-pelajar ini. Perkara ini di sahkan sendiri oleh Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin. Menurut beliau, sistem baru ini akan bermula pada tahun ini di mana sistem ini akan di nilai menggunakan dua kaedah, iaitu kaedah Pentaksiran berasaskan Sekolah (PBS) dan peperiksaan akhir berpusat. Maksudnya di sini, peperiksaan STPM tetap berlangsung seperti biasa, cuma bezanya ianya hanya melibatkan wajaran 60%-80%. Manakala wajaran selebihkan iaitu 20%-40% adalah daripada pentaksiran yang dibuat sendiri oleh pihak sekolah. wah.... untunglah!.

Zaman aku dulu, atau mungkin zaman-zaman sebelum aku lagi, ramai yang tanam dalam kepala otak, orang-orang yang sanggup ambil risiko besar je yang akan masuk tingkatan 6. Cikgu aku sendiri cakap, masuk tingkatan 6 ni ibarat letak pisau kat leher, kalau salah langkah, boleh mati wooo... sebab ape? bayangkan satu subjek ada 3-4 buku kena belajar. kalau dulu masa form 5, 1 subjek, 1 buku lah. kalau rajin je ade banyak buku. kalau STPM, ko rajin ke tak, ko kena belajar semua buku-buku tu. setiap subjek ade 2 kertas, ade juga beberapa subjek yang ade 3 kertas, contohnye matematik, kimia, fizik, dan lain-lain lagi lah. setiap kertas tu seolah-olah 1 subjek baru. Maknanya, walaupun seseorang pelajar tu ambil 4 subjek je,  ia bersamaan dengan 8-10 subjek dan setiap kertas tu, ada bukunya sendiri. Contoh macam sejarah, kertas 1 tamaduan malaysia dan tamadun asia, dah 2 buku, kertas 2 pula tamadun dunia dan tamadun islam, dah 2 buku lagi. maknanya ada 4 buku. tu baru satu subjek. buku-bukunya pula bukan nipis, nak dekat setengah jengkal tebal buku tu. jenuh nak baca.

lagi satu, STPM ni dulu 100% peperiksaan. kita belajar 3 semester, kemudian dalam masa kurang dari 3 jam kita tentukan masa depan kita. Sangat-sangatlah menakutkan. Tapi yang bestnya, kalau keputusan STPM cemerlang, boleh terus ambil Ijazah dan taraf STPM ni sama dengan A-Level yang di iktiraf oleh dunia tau!. kalau masuk Matrikulasi, walaupun keputusa cemerlang, kalau tak sambung belajar, taraf mereka hanya sebagai pemegang sijil SPM. bezanya, diorang belajar 2 semester je dah boleh sambung Ijazah. Kiranya masa diorang tu jimat setahun lah.

Kebanyakan pelajar tidak berminat menyambung pelajaran ke Tingkatan Enam bukan sahaja di sebabkan oleh faktor tekanan terhadap STPM, tetapi juga disebabkan mereka akan terikat pada peraturan sekolah. emm.. kena bangun awal, hari-hari mula kelas jam7 balik jam1. pakai baju sekolah, kasut sekolah, rambut pendek, kuku pendek, tak boleh tu, tak boleh ni, macam-macam lagi lah. apa barang bro... umur 18 pergi sekolah!. Pemikiran remaja memang macam tu, semuanya ape barang!. jadi mereka lebih gemar ke matrikulasi, politeknik, universiti tempatan, mahupun swasta. ada juga yang pergi universiti serenti!.

Dengan adanya sistem baru dalam STPM ni, pelajar-pelajar sepatutnya lebih rasa bersyukur dan menggunakan sepenuh peluang yang ada untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Antara kelebihan sistem baru ini adalah :
  1. Pelajar tidak akan berasa tertekan dengan peperiksaan STPM nanti kerana PBS terdiri daripada tiga bentuk kerja kursus, iaitu kerja projek atau tugasan, kerja amali dan kajian luar mengikut keperluan mata pelajaran bagi tiga penggal, iaitu penggal pertama, kedua dan ketiga dalam tempoh pengajian selama satu setengah tahun
  2. Pelajar boleh memperbaiki keputusan akhir penggal pertama dan/atau penggal kedua dengan menduduki semula peperiksaan tersebut pada penghujung penggal ketiga.
  3. Dapat memartabatkan pengajian peringkat prauniversiti di Tingkatan Enam serta dapat menarik lebih banyak pelajar mengikuti pengajian prauniversiti itu
Pentaksiran pencapaian pelajar akan dijalankan pada setiap penggal dan keputusan peperiksaan juga akan dikeluarkan pada setiap penggal, manakala keputusan keseluruhan peperiksaan STPM adalah berdasarkan gabungan keputusan bagi ketiga-tiga penggal.


Bagi aku, semua perkara pun ada risikonya tersendiri. Terpulang pada kita untuk meminimakan risiko sesuatu perkara yang kita lakukan itu. Walaupun sistem baru ini akan membuka peluang pelajar untuk mendapat keputusan cemerlang, namun jika pelajar tersebut tidak mahu menggunakan peluang tersebut dengan sebaiknya, peluang untuk mereka gagal tu ade je....

aku bukan mendoakan kegagalan mereka, aku cuma bagi sedikit peringatan!.