home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Monday 29 April 2013

untuk awok!

Ini Surat Khas Buat si Budak Manja yang sedang MARAH atau dengan kata lainnya TAK NAK KAWAN DENGAN AMMAR.

Saya tahu, awak mesti baca Blog saya, saya tak perasan sebab buktinya, sekarang awak tengah baca kan?
kan.. kan.. ?. Baca sampai habis tau.

Hari ini adalah hari genabnya setahun seorang sahabat kita pergi tinggalkan kita dan juga hari ke-20 awak tak nak kawan saya lagi.

20 hari yang lepas, malam tu kita 'gaduh' dan saya minta maaf sebab masa tu memang saya tak jaga hati awak pun sebab masa tu saya betul-betul dalam situai yang kurang stabil dari segi emosi. Kemudian, kata-kata awak telah menambah api syaitan yang bersarang dalam hati saya.  Rasa amarah yang saya telah lepaskan bulat-bulat kepada awak.

tapi dalam arah yang lain, sebenarnya saya berharap awak tidak memadnang perkara tu dari sudut awak saja tapi dari sudut saya juga, sebab awak sepatutnya faham apa yang saya rasa sebab awak selalu jadi tempat saya bercerita tentang itu dan ini. awak ingat tak ?.

awak memahami dia dari sudut lain, manakalah saya dari sudut yang terhalang tembok, mana mungkin saya akan tahu apa yang ada di sebelah sana, kalau tidak ada yang memberi tahu. cubalah faham kedudukan kita. Dan kenapa sebab itu, awak pergi ?.



sekian 

Monday 22 April 2013

(^_^) Tuhan tolong sampaikan...

Masa berlalu pergi. Dari saat ini sampai saat itu.
Lena sering terganggu memikirkan sesuatu perkara.
kadang-kadang terasa takut menempuh hari esok.
Adakah aku masih begini atau kekal begitu?.
perasaan yang bercampur aduk tanpa sedikit simpati pada hati yang tersiksa.
ketakutan semalam seakan kembali menghantui hari ini.
Melalui jalan gelap untuk mencari cahaya.
Syukur kepada-MU kerana memberi aku rasa.
Menjadi manusia yang berperasaan walaupun rasa itu pernah mati.
Perasaan nikmatnya memberi perasaan kepada seseorang.
Kadang-kadang dilihat indah tetapi yang merasa...
menanggung pedih. Cintakah itu?.
Sang hati seakan hanya terkandas dan terasa terlalu asing untuk kembali.
Memang keegoan sering menjadi peneman sang hati. Kerana itu perlu.
Di daerah asing itu, mementingkan diri seakan telah membunuh diri sendiri.
Adakah kerana masa lalu itu ?. Jujur aku takut memandang kembali ke belakang.
Zaman gelap yang memberi kesan kepada diriku. Sesuatu telah melangkah jauh meninggalkanku.
Di sudut malam itu, aku mula berbicara dengan Tuhan.
Pada-Nya ku cerita badi di hati.
Kadang hati terasa takdir ku terlalu rendah untuk mengapai sesuatu yang di langit.
Terasa angin telah membawa rasa itu pergi.
kerapnya empangan rasa yang terpendam pecah di depan-Nya.
Pendengar yang setia.
Mungkin tiada yang mampu mengerti setiap tarian jariku yang sedang mentafsir rasa…
kerana ia berselindung dibalik melankolik...
namun aku tahu DIA mampu memecahkan kod rahsia hati ini…
meskipun telah jauh waktu menjarakkan kita…
rasa yang memisahkan kita…

Dan aku sebenarnya hanya ingin mengagumi keindahanmu melalui sekeping hati tandus dengan kasih….

Cantiknya sepasang mata milik si dia...

Monday 15 April 2013

hahh!

“kenapa angah nak siksa hati angah jika bukan itu yang angah nak?”.
Acik penasihat tidak rasmi bertanya soalan yang ku kira baik dibiarkan begitu. Bukan ada markah pun kalau jawab pun.
Aku Cuma ingin seseorang menjadi tempatku melimpahkan rasa kesedihan.
Aku bukan ingin meratapi kisah seorang kekasih. Mahupun ingin menyesali takdir.
Cuma kadang-kadang hatiku terlalu lemah sehingga mempersiakan air mata.
Kenapa sukar sangat kebahagiaan kekal dalam kehidupan ku sejak mak pergi...?.
Harta keliling pinggang namun kami masih menjadi pengemis kasih sayang.
Jiwa yang tumbuh sejak ianya mati bagai di rentap kejam.

Wednesday 10 April 2013

cerita tentang emosi


Hari ini awan macam gelap saja. Memang gelap pun. Suasana mendung. Sejak tadi rasa macam ada batu yang sedang menghempap badan aku. Terasa berat sekali. Sesekali hanya keluhan yang mampu aku lepaskan. Serabut sedikit sejak malam semalam.
Malam tadi kami bertengkar. Aku dalam kondisi yang tidak stabil sebab sedang memikir sesuatu yang berat. Dia datang tambah memberatkan kepala otak ku. Hilang sedikit rasa hormat dan jawapan rasional. Maafkan aku. Aku tak sengaja jawab kasar macam tu.
Sedang berbaring sambil memikirkan sesuatu. Tentang masa depan. Tiba-tiba telefon bimbit berbunyi. Tanda SMS masuk. Rasa malas nak baca tapi mana tahu ianya sesuatu yang penting. SMS dari dia.
“aahh!!”. Keluhan menyusur dalam mulut ku lagi. Terasa ada angin berat yang bertiup dari dada. Sesuatu yang ku kira tidak perlu di fikirkan. Tapi jari ku ligat juga membalas.

Kami berbalas SMS. Dari perbualan biasa kepada yang serius. Kami semakin masuk dalam zon amarah. EMOSI.

Dia sedikit beremosi. Ku kira dia terlalu ego dalam berbicara dalam bentuk huruf. Singkatan.

Dia marah aku tentang sesuatu yang sebenarnya aku tidak tahu. Salahkah aku ?.

Hampir setahun yang lepas.

Aku berkenalan dengan 2 orang gadis. Mereka adik beradik. Si kakak kelihatan lebih mesra manakala si adik kelihatan lebih matang dan menjaga tutur kata. Aku rapat dengan si kakak. Tapi dalam hatiku terselit rasa suka kepada si adik.  Si adik kerap menunjukkan sesuatu perkara yang seperti nak mengatakan “aku budak samseng”. Tapi aku tahu, dia bukannya berani sangat. Cuma dia mungkin mahu kelihatan kuat untuk melindungi dirinya. Entah kenapa, aku cukup tertarik dengannya.
Aku sering berkata sesuatu yang indah-indah dengan si kakak. Sarkastik kan ayat itu. Huh!.
Tapi kami hanya begitu. Benteng batas masih kami jaga. Dalam hubungan ada undang-undang. Wajib.

Satu hari, aku meluahkan hasrat kepada si adik. Tapi tiada respon. Bahkan, si adik selalu kata, aku seperti kawan-kawannya yang lain. Tapi aku tidak mengalah. Kadang-kadang sedikit rayuan berlapik aku tiupkan. Mungkin dia tidak faham atau mungkin dia sengaja tak mahu faham. Si kakak sering memberi semangat untuk aku mendekati si adik. Si kakak selalu kata adik dia juga suka pada aku. Tapi tidak sedikit pun rasa sayang di tunjukkan oleh adiknya. Mungkin dia terlalu menjaga. Wanita yang baik.
Memang dalam islam kita tidak boleh berkasih sayang dengan yang berlainan jantina dan bukan dalam kelompok muhrim kita. Tapi bila seorang lelaki atau perempuan suka kita. Dan dia meluahkan rasa hati, mungkin kita boleh bagitahu dia dengan jelas. Kita boleh tunggu dia. Kalau suka, kata suka. Kalau tak suka, bagitahu tak suka. Senang. Itu saja yang aku minta. Bukannya aku minta dia terima aku sebagai ‘kapel’ dia. Aku masih tahu adab berkawan. Tapi dia biarkan aku dengan jawapan yang kosong. Suka kah dia pada aku?. Yang aku tahu, dia kata, aku sama seperti kawan-kawannya yang lain.
Kalau si adik balik rumah, dia selalu tak mahu berhubung dengan aku. Kadang-kadang sedikit terasa. Seolah-olah aku diperlukan saat dia dalam kebosanan. Tapi tak apa. Mungkin ada sebab lain.
Hari berlalu. Sampai aku mengenali seorang gadis.

Kami berkongsi minat yang sama. Biologi. Medic. Kami jarang berhubung. Sebab dia selalu sibuk dengan pelajaran nya. Tahun terakhir di USM. Berbualan kami hanya melibatkan dunia perubatan. Sangat teruja dengan cerita-cerita yang di sampaikan olehnya. Seperti kanak-kanak yang seronok mendengar cerita penglipur lara. Bakal doktor yang suka berkongsi pengalaman. Dia dalam dunia yang telah ku lepaskan. Mungkin bukan rezeki ku. Atau Allah tahu, aku tidak sesuai menjadi seorang doktor. Hebat aturan-Nya.

Kami hanya begitu. Tapi entah bila aku mulai rapat dengannya. Cuma sedikit perkara yang aku tidak suka tentangnya. Dia seperti mengawal aku. Walaupun sebenarnya tidak. Mungkin aku tak biasa ada orang yang cuba nak ambil berat tentang ku.

Lama juga aku block dia dari Facebook. Kejam.

Hari berlalu. Tanpa aku sedar aku sedang menyakiti seseorang.

Masuk kembali peristiwa malam tadi.

Si  kakak sedikit beremosi memarahi aku. Aku mainkan perasaan adiknya. Aku mainkan banyak hati. Jujur aku tidak tahu kenapa dia berkata begitu. Dia mengatakan aku sengaja menunjukkan kemesraan dengan si doktor di facebook untuk meraih perhatian. Perhatian siapa yang aku perlukan? Sedikit rasa lucu dengan tuduhan tersebut. Setahu aku, aku dah ‘private’ kan beberapa status dan gambar-gambar semata-mata untuk menjaga hati mereka. Macam mana boleh datang ungkapan minta perhatian tu??. Hebatnya boleh baca isi hati aku. Hahaha... ketawa dalam hati berdebar.

Si kakak kata, dia tahu apa yang adik dia rasa. Dia kenal adik dia. Kemudian aku bertanya, jika dia adalah kakak kepada adik nya, siapa aku pada adiknya?. Si kakak menjawab, “awak bukan siapa-siapa bagi dia”. Sedikit terasa pada jawapan itu. Teruknya kedudukan aku. Bukan siapa-siapa. Kedudukan kawan pun tidak ada kah?. Tapi tak apa. Sebab aku tahu, tuan badan anggap aku kawannya.  Nampak sangat si kakak dalam kondisi emosi tahap kritikal. Jika aku bukan siapa-siapa, sepatutnya si kakak boleh berfikiran secara nasional. Itu lah berbezaan taraf kami. Dia kakak. Dia mestilah faham atau mungkin buat-buat faham. Manakala aku? Aku bukan siapa-siapa. Mana mungkin aku akan faham isi hati adiknya.
Kenapa kau tak dapat bezakan perkara itu?. Komplikated sungguh!.
Si kakak kata, kalau aku sayang adiknya, kenapa aku tak tunggu adiknya?. Tapi aku hairan, macam mana aku nak tunggu adiknya kalau tuan badan tak pernah bagi respon?. Kalau aku suka Lisa Surihani atau Shila Hamzah, aku kena tungg diorang ke?. Kalau aku kahwin dengan orang lain, aku di kira permainkan hati Lisa Surihani ke? Hebatnya aku.
Kakak dia persoalkan lagi, kenapa adik dia yang aku buat begitu. Kenapa bukan orang lain? Jawapan aku ringkas saja. Sebab aku suka adik dia. Bukan orang lain. Dan bukan orang lain yang tinggalkan ruang kosong tu. Kenapa kau tak nampak dan nilai. Kalau orang lain suka kau. Lepas tu kau tak bagi respon dan orang lain tu jumpa orang yang boleh di buat isteri, agak-agak kau anggap orang tu pun permainkan hati kau ke? Adil ke begitu?. Jadi kami kena menunggu pada jawapan yang tak ada. Berharap pada takdir apa kesudahannya. Macam tu ke yang kau nak?. Aku pula masuk dalam zon emosi.

Kembali rasional.
Aku minta maaf pada si adik. Sumpah aku tak faham dengan perasaan kau. Aku minta maaf sangat kepada sesiapa yang telah aku sakiti. Mungkin aku tak sedar atau tak bijak memahami. Dari kecil, aku tak kan dapat apa yang aku nak. Yang aku tak nak, aku dapat pula. “fuhhhh”.
“Kebahagiaan ku sudah di rentap sejak mak dan abah bercerai. Mak dah meninggal. Abah dah bahagia bersama umi. Membesar tanpa keluarga yang lekat di rumah. Pembantu rumah dijadikan tempat bermanja. Belajar sungguh untuk jadi doktor. Tapi itu bukan pilihan hati si abah. Aku tinggalkan cita-cita demi kepuasan orang lain. Jatuh cinta pada orang yang bukan untuk ku. Menyayangi orang yang tidak mahu memahamiku. Menjaga kesihatan untuk hidup bebas tapi penyakit suka juga mengacah. Dugaan hidup”

****Aku hanya ingin bahagia.****

Monday 1 April 2013

Bukan Blogger tegar ~

Assalamualaikum

Lamanya aku tak menaip kat blog aku ni. Bahkan tengok blog aku pun aku takde masa. Dulu, aku wujudkan blog ni untuk bercerita tentang isu semasa. Aku suka bercakap tentang politik. Ramai yang kata, terutamanya anak muda, "Aku tak suka politik". Tapi semua orang suka bercakap dan mengomen tentang apa yang pemimpin telah laksanakan atau belum laksanakan atau tidak laksanakan. Bukankah itu sebahagian dari politik?. Semua orang suka mengomen. Dan sebenarnya semua orang suka berpolitik. Masih tak nak mengaku?. Dewasakan fikiran masing-masing.
Jadi, Selamat mengundi lah kepada sesiapa yang dah cukup umur dan dah daftar sebagai pemilih. Yang belum cukup umur, sedia lah untuk mendewasakan pemikiran anda. Politik bukan hanya bercakap mengenai Parti Umno, PAS, Keadilan, DAP, atau apa-apa parti bebas. Politik ini terlalu luas. Kerana ianya berkaitan kepimpinan. Bahkan di rumah sendiri sudah mula berjalannya pendekatan politik. Bagaimana seorang anak yang tidak berpuas hati cara ayah nya mengawal dan seorang ayah menjalankan hukuman kepada seorang anak, itu sebenarnya berkaitan dengan politik dalam tanggungjawab. Sebab ayah akan bertindak sebagai pemerintah manakala anak sebagai yang diperintah. Cuma bezanya, ianya hanya dalam skop sebuah keluarga.

Perkara di atas hanya sebagai pendahuluan. Sekarang, aku dah tak buat entry pasal politik. Sebab politik aku, kawan aku kata nampak berat sebelah. Dia kata, aku ni kerja kat kerajaan. Tapi duk kutuk kerajaan. Aku sebenarnya buka kutuk kerajaan. Tak perna sekali pun aku menghina mana-mana pemimpin. Sebab bagi aku setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Aku harap penulisan aku dulu dapat menjadi teguran halus kepada para pemimpin yang sedang memikul tanggungjawab. Tak salah kan begitu?

Tapi kawan aku ni asyik membebel ja. Maka aku pun buat blog baru. Aku tak bercerita pasal politik secara terus. Perli-perli je. Bukan sebab aku takut dengan kawan aku tu. Tapi aku malas nak dengar bebelan dia ja. Kawan aku tu nama dia Mr. Abah. hahaha... Abah aku tu. Bos besar aku. Dia kata, Undilah kerajaan!.
Abah tanya, angah nak undi siapa nanti ?. Aku dengan muka penuh yakin menjawab, "undi anda adalah rahsia". Aku dengan abah aku memang begitu. Saling membantah tapi orang kata perangai kami sama saja. Degil. Tapi aku sayang sangat dia. Aku faham apa yang dia telah lalui. Hidup ini kadang-kadang mainkan kita. Takdir atau kita sendiri yang dah memilih jalan yang salah?

Aku bukan seorang blogger yang tegar. Aku takda masa yang kusus untuk meluangkan masa hanya untuk blog macam blogger-blogger yang lain. Aku cuma hadap blog bila aku terasa nak menaip. Sekarang aku cuma taip cerita-cerita yang berkaitan dengan kehidupan atau sedikit isu semasa. Semasa ke?.

Alhamdulillah ada juga orang baca. Rating tak banyak macam dulu. lagipun aku dah buang butang Follower. See? aku tak gila publisiti. hahaha. Tapi boleh lah, memang kita buat blog untuk bagi orang baca kan. kalau takda yang baca pun. sendiri baca sudah lah. awesome tak?. haha.

Aku rindu someone ni... peluk bantal sat.. Bye ~~~