home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Thursday 26 September 2013

satu tahun satu bulan.

Assalamualaikum..


eeeeee..... dah satu tahun satu bulan.
apa yang satu tahun satu bulan?.
adalah...
nak sampai setahun bukan mudah.
setiap bulan di raih.
Kadang-kadang di raih dengan gelak tawa.
Kadang-kadang di raih dengan air mata.
acting lebih.
Banyak sangat drama nya.
Kononnya nak mengatasi kisah uda dan dara.
Atau kisah laila majnun yang menyebabkan otak tak betul.
Tapi kami hanya am dan leha. 
Tiada yang istimewa untuk cerita kami.
Tiada kisah si am yang mengirimkan bunga lambang cinta
Atau kisah leha yang berkorban demi cinta.
Walaupun hanya satu janji yang ringkas.
Hari dilalui dengan doa. Cuba membuang yang jahil. Cuba melawan gelodak nafsu.
Kadang-kadang kaki tersadung.
Mujur tersedar lalu bangun sendiri.
Lagi 30 minit 26 hari bulan berlalu.
Sebenarnya, aku harap dia ucap "selamat hari kita"
Tapi aku sendiri pun tak ucap..
Susahnya menunggu setahun.
Tapi bila setahun berlalu, bulan pertama di lupakan.
Ingat tak sebenarnya bulan 10 adalah bulan yang indah?
Indah ker???
Masa itu fikiran suci.
Saling hormat.
Hanya yang halal ingin di ucap.
Itu lah cinta.. lama-lama akan menjerat ke arah nafsu.
Kita masih berlari.
Jangan risau, andai penamat kita di tempat yang sama.
Di atas singgahsana.
Dengan inai merah di jari.
Kita akan terus bersama.
Tapi andai takdir ada mujahid lain yang akan menanti mu.
Meraih tangan yang minta di pimpin ke jannah,
Aku tak kan berasa kalah.
kerana yang aku juangkan kebahagiaan mu.

Malam ni ada orang sedang seronok kerja. Seronok ker??
Selamat bekerja 

Tuesday 24 September 2013

Selamanya aku cinta

Rindunya!!!!!!!!!!!!!
Tajuk macam jiwang.
Ye.. memang jiwang. Tapi kerana terlalu rindu,
aku jadi macam ni.
Kisah yang bukan senang untuk di hurai.
Dugaan terlalu besar tapi biarlah di simpan jauh dalam hati.
Lain orang lain dugaan nya.
Yelah jodoh, pertemuan, ajal dan rezeki semuanya ketentuan Allah.
Mungkin belum tiba masanya,
atau
masa itu masih belum milik kami.
orang akan melihat dengan mudah. Memang begitu.
kerana bercakap adalah sangat mudah.
Tapi melakukan sesuatu perkara bukan semudah air liur yang merembes.
rembes-rembes sebab membebel. huh..
hari itu dia menangis.
dia tak kata. tapi aku tahu. iya! kau menangis!.
Bukan kerana hati aku ni batu, tapi sebab kalau aku layan, aku jauh lebih cengeng.
Si cengeng yang mudah menangis.
Orang kata lelaki ni payah nak nangis.
Bukan payah, tapi tidak akan sekali di tunjuk.
EGO!.
Hari itu, aku kata, jangan tunggu aku (saya)
aku tahu ucapan tu lambang menyerah.
Tapi sebenarnya aku masih melangkah.. aku harap kita masih akan dekat.
Tapi entah kenapa, terasa langkah ku sebenarnya makin jauh.
Walaupun makin laju aku berjalan.
Kiasan...
Kenapa begitu?.
Sukar untuk aku nyatakan..
Aku berebut hidup dengan maut..
sekali lagi, aku bukan menyerah. Ingat!. Tapi..
Aku sebenarnya berharap aku tidak terpaksa menyerah.
Aku bukan kata macam tu sebab aku tak sayang kau.
Bodohlah aku menolak wanita sebaik kau.
Walaupun kau tidak secantik mereka. Tapi ku kira kau layak di panggil bidadari.

"Wahai bidadariku.."

alangkah indahnya kalau waktu subuh, aku terjaga,
kemudian wajahmu yang pertama aku lihat.
Maksudku hubungan yang halal.
Ada perancangan ke arah itu.
Tapi risau hadirku hanya bawa bahagia yang sementara.
susahnya pula panjang.
kiasan lagi..

Penat dah taip.

Selamanya aku akan cinta....