home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Saturday 30 November 2013

Islam dan Politik

Islam itu luas. merangkumi semua perkara. Dalam islam tak semestinya ada politik. Tapi dalam politik, MESTI ada Islam!. kalau tak ada, nanti kepimpinan jadi tak betul. Masing-masing ikut undang-undang sendiri. Sebab tu pentingnya kita menyokong orang yang menegakkan agama. Islam adalah untuk semua manusia. Manakala melayu hanya untuk melayu. Buanglah sifat perkauman dan peganglah tali persaudaraan. Iaitu Islam. InsyaAllah semua hak akan terjaga bila Islam yang di juangkan.

Menjaga kaum sendiri itu memang di tuntut tapi menjaga persaudaraan seagama itu adalah satu kewajipan. Ramai orang kerap mendengar ceramah mengikut siapa yang si penceramah itu sokong. Kalau berlainan puak, apa pun yang di kata sudah tidak betul. Padahal ilmu yang di turunkan itu sama saja. Berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Sebab tu saya kata, dalam islam tak semestinya ada politik. Sebab tu Allah sediakan telinga terus sambung maklumat ke akal. Supaya telinga kita tidak hanya mendengar. mendengar.. mendengar.. Tapi juga menapis dan fikir kebaikan dan keburukkan.

Kesian tengok sesetengah Ustaz dan Penceramah yang di hentam teruk. Puak sana menghentam, puak sini menghentam. Tapi yang peliknya, golongan cetek ilmu lah yang lantang bersuara. Sedangkan para ilmuan seperti Tok Guru, hanya memberi teguran yang cukup berhemah. Itu lah bezanya antara tin kosong dengan tin penuh isinya. Baru di baling sedikit, bunyinya satu rumah boleh dengar.

Facebook, twitter, blog dan lain-lain rangkaian sosial menjadi medan untuk meluah rasa tidak puas hati. Ramai yang memberi pendapat. Ada juga sekadar meluah rasa. Meletakkan diri sebagai golongan yang di tindas itu memang sakit. Kita bermain dengan emosi. Sehingga gagal melawan perasaan. Tapi itu bukan menjadi sebab untuk kita menjadikan Tokoh Ilmuan Agama sebagai bahan untuk di kritik.

Saya suka Ustaz Kazim (UKE), walaupun dia di gelar sebagai Ustaz Duit. Saya suka Ustaz Azhar Idrus (UAI), walaupun dia di gelar ustaz yang suka cakap bodoh. Saya suka ustaz Dr. Mohammad Asri Zainal Abidin (Dr. Maza) Walaupun dia di gelar ustaz wahabi. Kerana mereka semua ada ilmu yang berguna. Mereka hanya manusia, tidak sempurna. Tapi jasa mereka selalu di timbus oleh kelemahan mereka. Mereka semua datang dari puak politik berbeza tapi yang samanya mereka, adalah Islam. Perjuangan mereka sebagai pendakwah tidak semua orang mampu pikul. Tomahan diberikan tapi senyumana yang mereka balas. Ilmu dikongsikan. Kadang-kadang ada bicara mereka yang tersimpang maksudnya. Mungkin dari 10 ucapan, 1 tersilap. Tapi yang satu itu lah menjadi bahan tomahan. Bahan ketawa. Bahan mempersenda. Kita lupa lagi 9 ilmu yang dikongsikan. Yang buat hati kita tersentuh. Yang buat kita lebih kenal Pencipta. Yang buat kita menitiskan air mata taubat. Lupa semuanya kerana kesilapan yang satu.. Kata-kata makian mencurah-curah...

Bukanlah kita ini tak boleh mengkritik. Boleh sangat. Ini kerana kritikal adalah salah satu proses pengajaran dan pembelajaran bagi orang yang mengkritik dan di kritik. Tapi ramai orang suka mengkritik dengan cara makian, hinaan dan pelbagai cara negatif lagi. Padahal mereka sesama ulama, pendakwah, Ustaz berpelukan selepas membahaskan sesuatu. Tegurang mereka juga agak pedas bagi sesama mereka. Namun mengaibkan sesama mereka, tidak sama sekali.

Tegurlah cara baik. Jangan sampai di padang Mashyar nanti, urusan kita tak selesai sebab merangkak cari orang yang kita maki untuk minta maaf. Di dunia boleh lah taip ucapan maaf kat Fb. Atau kalau nak bajet popular sikit, panggil wartawan. Mohon maaf. Kalau kat SANA nanti, nak buat macam mana tu?.

Sokonglah perjuangan agama Islam yang sebenar-benar Islam dengan cara yang baik dan bukan hanya politik. Bersatulah kerana Islam. Dan berpolitik lah kerana Islam. Kita bukan mahu kuasa kepimpinan sebab nak kan kekayaan. Tapi kita perlukan kuasa kepimpinan supaya kita boleh guna kuasa itu untuk tegakkan hukum Allah supaya hak Saudara sesama Islam itu terjaga.

Sama-samalah kita menjaga akhlak kita. Supaya islam itu terangkat nilai keindahannya di mata manusia yang belum memeluk islam.

Thursday 28 November 2013

Cara Solat Wanita Yang Sedang Menunggu Proses Kelahiran

Cara Solat Wanita Yang Sedang Menunggu Proses Kelahiran


Assalamualaikum.


Oleh kerana my sister-in-law ( Bakal ). Yang bernama Eton (bukan nama sebenar). Ingin melahirkan zuriat sulungnya tidak lama lagi, maka saya ingin berkongsi mengenai cara solat wanita yang sedang sakit nak bersalin. Dengan kata lain, sedang menunggu waktu kelahiran tersebut. Menurut seorang ustaz (kawan sekerja), ramai ibu-ibu meninggalkan solat pada waktu genting tersebut. Ini kerana, kesakitan yang dirasai ketika ‘bukaan’ belum cukup sesuai untuk bersalin membuatkan si ibu terlupa akan kewajipan tersebut. Selain itu, solat juga ditinggalkan kerana darah serta air ketumban yang sedang keluar tetapi saat melahirkan belum tiba. Ada ibu yang terpaksa menanggung sakit seharian dan solat juga seharian terabai. Ada juga wanita yang keliru, adakah mereka boleh solat sedangkan darah telah mula mengalir. Perlu diingat darah yang keluar ketika itu adalah masih di kira darah penyakit (istihadah) atau darah yang keluar akibat kesakitan. Hukumnya sama seperti kita sedang luka. Darah keluar dan darah itu tidak menjatuhkan kita untuk boleh meninggalkan solat.

*Mohon pembetulan bagi mereka yang lebih mahir dan tahu soal ini.

Situasi menanti proses bersalin dilihat tidak sesuai untuk solat. Ini kerana, dalam menanti ‘bukaan’ belum sesuai untuk bersalin, si ibu pasti sukar untuk bangun. Keadaan tilam juga mungkin kotor akibat darah, air kencing dan air ketumban. Dua perkara yang menyebabkan wanita keliru, tempat yang kotor dan keadaannya yang tidak mampu berwuduk. Di Sini lah Suami atau saudara yang menemani perlu memainkan peranan mereka untuk membantu isteri menunaikan kewajipanya. Ingat!, Bersalin itu seperti telur dihujung tanduk. Mungkin jatuh ke lantai. Ada yang terus tidak sedar selepas melahirkan. Oleh itu, kita kena menjaga hubungan dengan Allah. Bimbang kita tidak lagi sempat untuk membayar solat kita. Peranan suami pada ketika ini adalah amat penting. Suami perlu membantu isteri sekurang-kurangnya mengelap darah atau kotoran yang ada pada isteri. Atau jika keadaan sukar, sekurang-kurangnya melapikkan tempat isteri atau pakaian isteri dengan kain bersih. Sesudah itu, tolong isteri mencurahkan air sedikit sekurang-kurangnya isteri mampu mengelap anggota wuduk. Tidak perlu air sebaldi, cukup sebotol mengikut keadaan isteri.

Walau bagaimanapun, sekiranya si ibu berseorangan ataupun suami atau keluarga lain gagal membantu, wanita tersebut masih boleh menunaikan solat . Sekiranya doktor tidak membenarnya si ibu bergerak kerana keadaan yang membahayakan ibu dan bayi, si ibu masih boleh menunaikan solat tanpa perlu berwuduk ataupun membersihkan pakaiannya. Situasi ketika ini adalah dikira darurat. Dan ketika darurat, Allah membenarkan kita melakukan sesuatu kewajipan mengikut kemampuan kita sahaja. Dengan kata lain, diharuskan sesuatu yang haram bagi kita. Namun perlu diingat, berusahalah semampu mungkin sebelum meletakkan diri dalam situasi darurat. Ayat 286 dari surah al-Baqarah boleh dijadikan rujukan tentang keharusan tersebut,

Maksudnya: “Allah tidak menyukarkan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya”.



Cara mengambil wuduk dalam keadaan ini adalah mengambil yang wajib sahaja dan cukuplah sekali setiap anggota. Cara solat yang boleh dilakukan adalah berbaring. Ataupun jika mampu duduk, solat cara duduk juga boleh dilakukan. Pada waktu ini, si suami perlu peka pada keperluan si isteri dan sentiasa mengingati isteri tentang waktu solat. Selagi belum keluar bayi suami mestilah memainkan peranannya sebagai ketua yang mampu membimbing isterinya. Jangan pula dengan suami-suami sekali baring sebab sama-sama berdebar. Ish3...

Tetapi setelah bayi keluar, darah yang keluar bersama bayi itu dikira nifas atau wiladah. Maka, keluar darah nifas termasuk dalam keharaman bersolat. Oleh itu, hanya ketika itu si ibu boleh meninggalkan solatnya.

Harap jelas kepada bakal ibu tentang situasi tersebut. Mulakanlah memahami cara solat baring dan duduk dengan betul. Ini kerana, situasi menunggu proses tersebut pasti tidak semudah yang difikirkan. Buat Para suami, luaskan kuasamu, mainkan perananmu.



Khas buat sister n brothr in-law (bakal)





Tuesday 26 November 2013

Sekadar taip

Sekarang Jam1.43 am.

Assalamualaikum..

Aku ambil laptop kat merah, aku letak di riba.
Aku rasa macam nak taip sesuatu tapi aku tak tahu pun nak taip apa.
saat ini, di luar aku dengar curahan hujan. Dingin memang terasa.
Berdiri bulu roma.
Tapi aku masih hadap laptop. Menaip suasana.
Sekadar mukadimah mungkin.
Tadi aku pergi ke majlis kenduri kawin kawan.
Meriah sangat.
Sempat juga aku dapat soalan bonus.
"kau pula bila nak kahwin ?".

Soalan tu macam meresap dihati.

Macam biasalah, aku suka jawap "nanti hujung tahun".
Hujung tahun bila, yang tu aku pun tak tahu..
Bukan soal tiada calon.
Muka aku kacak kot der.. mustahil takda yang nak.
hahaha.... nampak tu ada bunyi perasan.

Aku dah ada calon. Namanya Dr.Z.

Tapi..

Aku layak ke nak kahwin ?.
Hukum Khawin tu ada 4.

Wajib bila dah mampu zahir batin dan dah tak tahan nak gitu-gitu.

Sunat bila dah mampu zahir batin tapi masih mampu tahan nak gitu-gitu.

Harus bila dia ni macam cukup-cukup mampu je dan macam takdelah nak gitu-gitu pun.

Makruh bila ada yang kurang. contohnya dia mampu zahir batin tapi tak bernafsu pula nak gitu-gitu.
ataupun dia nak gitu-gitu tu tapi tak mampu pula zahir batin. Ataupun, dia mampu zahir dan batin, nak gitu-gitu tapi sakit lah pula... bimbang nak perkahwinan tu akan memudharat atau menyusahkan pasangannya.

Haram bila memang tak mampu zahir dan batin dan memang tak rasa nak kahwin pun, apatah lagi nak gitu-gitu dan dia mempunyai penyakit berjangkit yang membawa maut macam aids.

Aku selalu rasa aku duduk dalam hukum makruh. Aku takut susahkan dia.
Kadang-kadang aku rasa macam tak adil dengan dia. Sebab aku selalu kata, "sabarlah, jodoh itu hak Allah". Tapi bila bercakap tentang ajal, aku seakan lupa ajal itu juga hak Allah. Jadi kenapa mesti aku memikirkanya?.

Nampak tak malam ni aku macam serius semacam je?. Hahaha...
sebab aku tak ada idea nak taip apa. Tapi aku rasa nak menaip lah.
Mungkin aku rasa macam nak meluah. Tapi apa aku nak luah ek??..

aku macam rasa sedih.. tapi apa yang aku sedihkan?.
Aku macam rasa nak marah, Tapi apa yang aku marahkan?.

Mungkin sebab aku tak faham satu benda..
Kenapa orang nak kita faham dia dan jadi pendengar yang baik tapi orang tak buat pada kita perkara yang sama.. ?.
Aku rasa masalah aku pun banyak, kerja aku pun banyak dan sakit yang aku rasa memang sakit.
yelah, tak kan sakit yang sedap pula kan.



angka 26

"Aku bangun pagi, aku ucap selamat pagi kepadamu. Dada rasa sakit, tapi aku senyum. Kau selalu kata, aku mesti kuat. Untukmu dan si kecil yang berharap diberi peluang untuk lahir. Aku jadi kuat. Aku pergi kerja cari nafkah. Sambil pegang sapu tangan pemberianmu aku tutup mulut. Tahan batuk yang semakin kuat. kadang-kadang ada cecair merah yang keluar. Aku lap dengan mata yang dibutakan. Aku tak nampak warna itu. Itu bukan merah. Mungkin hanya cecair mulut yang kerap merembes. Aku balik kerja, kau masih disitu. Sedang kerja. Aku masih senyum. Menanti petang. 
Malamnya aku masih senyum, kau dah balik. Mungkin kita boleh berkongsi sesuatu. Tentang hari kita pada hari ini. Tapi kau sudah enak beradu. Aku masih senyum. Sebab kau letih. aku pujuk hatiku, dia perlu rehat. kesian dia, penat kerja".


Aku hanya manusia yang masih berjalan mencari cinta.. "Selamat hari kita".


Tuesday 12 November 2013

Penukaran Cuti Mingguan Johor Kepada Jumaat Dan Sabtu.

Baru-baru ini kecoh kat laman sosial tentang isu ini.
Cuti Jumaat dan Sabtu di laksanakan di tiga buah negeri, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Ada pihak-pihak yang menyebarkan bahawa Negeri Johor juga akan mengikut jejak ketiga-tiga negeri tersebut.
Rakyat johor menerima khabar itu dengan positif dan ramai gembira jika perkara itu benar.
Namun, desas-desus lain pula mengatakankan hal itu adalah tidak benar.

Page kesulatanan Johor juga menafikan perkara itu. Menurut  kenyataan dalam page tersebut yang bertulis

"Kepada rakyat Johor sekalian, jangan terpedaya dengan sebaran berkenaan pengumuman pindaan cuti bagi negeri Johor di media sosial atau sistem pesanan ringkas. Ini semua adalah palsu. Mohon sebaran"

* Print Screen Page Kesultanan Johor

Selain itu, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga tidak mengulas perkara ini dengan lebih jelas kerana menurut beliau, perkara tersebut adalah tertakluk kepada Tuanku Sultan Johor sendiri.


*keratan akbar


Oleh yang demikian, sesiapa yang belum pasti kebenaran sesuatu berita seharusnya tidak menyebarkan apa-apa berita yang masih tidak di sahkan benar supaya tidak menimpulkan salah faham kepada mana-mana pihak.

Pendapat saya secara individu adalah, saya berharap perkara ini benar-benar terjadi kerana Hari Jumaat adalah hari yang besar bagi umat Islam. Sekurang-kurangnya, tak da lah alasan tak pergi solat Jumaat.
Cuti atau tidak, ianya tetap kewajipan bagi seseorang yang bergelar Islam dan berjantina Lelaki. siapa yang tak pergi solat Jumaat tu maknanya dia bukan lelaki lah. 

*Tepuk dada, periksa jantina.. sekian. 


sekadar luahan hati



Malam beriringin dengan cinta. Kata-kata cinta yang sentiasa di ucap.

Namun malam itu, bukan hanya rasa cinta yang ku tempuh.

Mungkin lebih kepada nafsu. Nafsu yang menggasak batinku.

Aku hanya manusia yang ingin merasa cinta. Namun silapnya aku, layaknya aku bukan untuknya.

Atau mungkin kata yang lebih sesuai, dia tidak harus merasa perit cintaku.

Aku tidak layak untuk dirimu.

Tapi kenapa aku terus ingin bersamamu?.

Nafsu menolakku ke sini.

Haaahhhhh.... keluh ku berat.

Merasa cinta yang berat.

Meletakkan kepentingan diri atau pun dia..

Gadis yang tinggi nilainya merendahkan mahar untukku.

Tapi sayang, aku ini terlalu lemah bahkan hina untuk duduk di sebelahmu di atas pelamin idamanmu

Mata masih segar fikirkan tentangmu.

Cinta itu perit tapi ada sedapnya disitu.

Kerana itu aku masih kuatkan diri untuk menepek diri dalam hatimu.

Tuhan, beratnya dugaanMu ini.

Aku hanya ingin dia bahagia.

Bukan untuk seketika tapi untuk selamanya.

Adakah aku patut terus melayan cinta sementaraku ini?.

Kaki masih statik.

Mahu undur atau ke depan?.

Persoalan telah banyakku beri.



Tapi mana jawapannya?

Monday 11 November 2013

Hebatnya wanita bergelar ibu

Tadi baca kisah ibu ustaz kazim, ibu beliau memang hebat. seorang ibu tunggal yang menjaga 8 orang anak. Bagi saya, ibu itu memang manusia yang hebat. hebat sangat. teringat kat mak. Dulu masa kami kecil-kecil, abah memang seorang yang garang, disiplin, pembersih tapi dia sangat penyayang. lagi satu, abah seorang yang workaholic (gila kerja) tapi tiap petang abah akan pulang tepat pada masanya. Tiap kali bila abah pulang, abah tengok saya dan adik tak mandi lagi, abah mesti marah kat mak. bukan marah yang garang cuma marah sebab kenapa tak uruskan kami lagi.
Mak keluar dari dapur dengan lengan baju yang masih berlipat sampai ke siku, maklumlah sibuk masak petang-petang. saya tengok abah tersadai penat dari kerja, tapi mak pun apa kurangnya, sejak saya balik dari sekolah, saya tengok macam-macam kerja mak buat. kemas rumah, basuh baju, masak tengah hari, mandikan adik, masak lagi untuk malam, sediakan air untuk abah, pungut mainan yang kami sepahkan, nak kejar waktu maghrib lagi, macam-macam lah. Tapi mak tak perna merungut. Cuma abah yang pot pet sebab tak suka tengok anak-anaknya belum mandi sebelum waktu maghrib.
satu hari tu, hari sabtu, mak kata kat abah, "boleh tak hari ni jaga anak-anak, abang tolong buat kerja rumah pula, saya nak keluar dengan ummi (nenek saya)". Abah pun kata, "sedangkan satu bangunan abang boleh uruskan, ini kan pula rumah kita dan budak berdua tu". ceh.... terasa abah begitu hebat seperti hero. hahaha..
Hari itu berlalu, sebelum maghrib lagi mak pulang. mak tengok adik tak mandi lagi, saya pula yang masa tu baru 7 tahun sedang main pasir di belakang rumah. mak membebel guna ayat abah. cuma bezanya kalau abah bebel 10 minit, mak bebel 1 jam. macam biasa lah, hobi orang perempuan, membebel. Abah yang pagi tadi seperti hero kini ku lihat seperti buruh kasar yang sedang terlentang kepenatan.
masa makan malam, abah kata kat mak. "abang lagi rela keja kat tapak dari urus rumah dan anak-anak. abang kemas dapur, ruang tamu berselerak, abang kemas depan, laman pula penuh pasir".
Mak cuma gelak je dan kata padan muka!. hahaha..

Itulah hebatnya seorang mak... ayah penat kerja tapi balik rumah ada orang urut. mak penat kerja, tapi kita tak nampak sebab mak kita hero.
Biarpun di mana mak berada saat ini, angah tetap sayang mak