home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Thursday 25 December 2014

Kenapa Lelaki Diam Bila Dia Marah ?

Satu persoalan atau kejadian yang boleh dilihat dan dirasai tapi jarang dapat di fahami dan diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang tepat oleh wanita. Sifat lelaki itu berbeza dengan wanita. Wanita bila marah, akan keluar 70 episod drama slot akasia. Slot dimana ada babak bebelan, air mata, maki hamun dan sebagainya. Lelaki pula bila marah, dia akan lebih selesa senyap, atau lari dari melihat sesuatu atau seseorang yang telah membuatkan dia berasa marah atau terasa hati. Sifat ini biasanya terjadi kerana naluri jantina itu sendiri. Contohnya wanita lebih berat kepada perasaan, sebab itu apabila mereka marah, mereka akan menunjukkan perasaan marah tersebut. Semuanya hanya setakat sampai ke mulut. Lelaki pula lebih berat kepada tenaganya. Sebab itu, apabila mereka marah, mereka akan senyap atau menjauhkan diri sebentar kerana bimbang melakukan kekasaran. Marah adalah salah satu sifat yang menjadi api pemusnah diri seseorang.

Ko nampak tu aku serius menaip.. rasa lambat nak habiskan satu perenggan sebab aku lebih suka guna ayat yang santai berbanding skema badak macam tu.

Ada beberapa sebab kenapa lelaki senyap bila marah. Contoh macam akulah, ini sebabnya

  1. Aku pun tak tahu nak cakap apa, jadi aku senyaplah.
  2. Aku dah menyampah sangat nak bercakap
  3. Kalau gaduh dengan perempuan, mereka takkan mengalah. jadi lebih baik senyap supaya 'beliau' tidak membebel.
  4. Aku malas nak ulas.
  5. Sebab aku cuma nak perhatian. 
itu antara 5 sebab kenapa aku senyap. Aku rasa antara sebab-sebab tu, mungkin ada yang sama sebab kenapa Suami/Kekasih korang senyap. Sesetengah perkara yang kita nampak remeh, mungkin boleh bagi kesan kepada seseorang. Contoh macam aku kan, kalau aku marah, aku bukan harap sangat orang minta maaf, tak minta maaf pun tak apa, aku cuma nak dia pandai untuk ubat hati. Hari ni aku marah benda remeh je. Remeh sangat.. Aku marah sebab aku ni beriya cerita, tapi kena tinggal macam tu je. Bila aku tanya, Okey.. dia cuci rambut. bila aku kurangkan bercerita, dia sakit hati pula. Pelik aku. Bila aku bagitahu apa aku rasa, dia kata "saya bukan tak respon awak pun kan, cuma lambat je. saya bukan sengaja respon lambat". Okeylah, dia jawab macam tu. Tapi macam tak boleh ke bagitahu, "saya nak basuh rambut ni, nanti sambung cerita ye". Simple..
Tapi tak apalah.. Aku tahu, cakap apapun tak guna. Sebab aku nampak macam pondan pula nak merajuk bagai.. hahaha.. cuma aku senyap saja. Malas nak fikir. Lebih kepada sebab keempat. Malas nak ulas dan sebab kelima. Aku nak perhatian saja. Aku tak perlu pun orang ulang-ulang minta maaf. Sebab aku nak maafkan apa, dah tak sengaja kan. maknanya tak da salah lah. Lelaki bukan macam perempuan, yang mengada nak minta pujuk. Lelaki ni dia cuma nak orang buat di selesa. Bukan letak dia dalam zon tak selesa. Zon rasa bersalah.
Satu lah yang aku perasan, kalau perempuan merajuk, endingnya lelaki pujuk. Tapi kalau lelaki merajuk, endingnya tetap sama, lelaki pujuk perempuan tu. Entah mana babak dah spoil tu sampai ending sama. hahaha.. Itu lah wanita... 

Jadi bagaimana nak pujuk lelaki?

Senang saja. Bagi dia rasa selesa. Cuba berbual topik menarik atau topik-topik yang dia suka dan jangan nak ulang-ulang minta maaf sebab itu perkara yang merimaskan dan meletakkan lelaki dalam zon rasa bersalah. Kalau dia tak layan, maknanya dia belum sedia nak berbual. Bagi masa dan jangan buat ayat sedih. Menyampah!.


Wednesday 19 November 2014

Suami Si Mah yang Bodoh Nak Mampos ~ Curang Kerana Gemuk

Malam aku tak dapat tidoq, pasai pa ntah.. sok pagi kompom lambat bangkit, mai ghejah lambat. Hmmm.. tetiba aku teringat wife aku mesej tadi petang.. dia kata lebih kurang gini lah, "Kalau saya dah tak cantuk, gemuk, menggeleber, busuk, awak terus terang lah kat saya ye, saya akan ubah diri saya". Aku pun hairan lah, apa dia takdak ribut takdak apa pi meroyan. Aku gini baik punya santai kat rumah, dia mengarut. Tanya punya tanya, dia cita dia baca pasal cita si Mah.. Aku tak lah tanya lebih, tapi sambil borak-borak tu, aku google la siapa si Mah yang malang tu. Rupanya, cita ni dah jadi viral di laman-laman sosial dan blog-blog.. Siapa tak tahu cita tu, meh aku Paste kat sini, korang baca dulu, pas tu aku komen na..

KISAH SI MAH...



Saya terjumpa kad hari lahir berbaur cinta. Berkali-kali saya mengugut suami untuk
berterus terang dan akhirnya tembelang pun pecah.

“Ya, abang sayangkan dia! Dia janda dan abang dah terlanjur banyak kali!”

Ya ALLAH... saya terduduk dengan pengakuan itu... kenapa janda? kenapa bukan
anak dara? kenapa mudahnya lupakan pengorbanan saya... apa salah saya? air mata
mengalir deras. Saya rasa ingin rebah, suami cuba menongkah tapi saya pantas
menepis.

Tiada kekuatan untuk saya teruskan langkah tapi saya gagahi jua sehingga ke bilik 
air untuk mengambil wuduk. Mak kata, kalau marah baca al-Quran. Kalau sedih
solat sunat dan mengadu padaNYA.

Ya... Saya ingin mengadu... air mata saya mengalir laju walaupun sedang solat dan
mengaji. Usai solat dan berdoa suami merebahkan kepalanya di ribaan saya. Dia
merangkul pinggang saya dan mencium telapak tangan saya berkali-kali. Dia minta 
saya ampunkannya kerana menengking saya sebentar tadi. Dia akui terlalu marah 
kerana saya mendesak dan menjerit kepadanya.

Ya ALLAH, sesungguhnya lebih pada jerit ingin saya lakukan... S-aya ingin 
menetak suami dengan parang! Tapi saya tiada kekuatan. Hati saya hancur 
luluh. Saya kuatkan hati untuk bertanya...

“Berapa kali?”

“Banyak...”

“Sejak bila?”

“Sejak Mah mengandung Adan...”

Ya ALLAH... enam tahun lalu... kini Adan dah ada dua adik...

“Tak kahwin?”

“Tidak... abang sayangkan Mah...”

“Sayang?”

“Ya...”

“Ini tanda sayang?”

Soalan saya terbiar tanpa jawapan...

Saya tidak memandang wajah suami di ribaan, tidak juga mengelus rambutnya seperti 
kebiasaan dia bermanja dengan saya. Mata ini tidak berkedip. Saya melempar
pandangan kosong ke dinding. Hati saya bungkam. Air mata tak mahu berhenti...

Minta terus terang

Saya minta suami terus terang kekurangan saya. Jika masih sayangkan 
perkahwinan kami dan mahu saya terus di sisinya, saya mahu tahu, apa 
kelebihan perempuan itu dan apa kekurangan saya. Suami menggelengkan 
kepala sesungguh hati. Mengongoi macam budak kecil. Dia seakan tahu 
yang saya mahu keluar dari rumahnya.

“Sepuluh tahun abang... sepuluh tahun Mah tertipu dengan permainan abang. 
Mah sangka rumah tangga kita aman dan bahagia. Rupanya Mah yang berangan-
angan di rumah sendiri... abang tak bahagia dengan Mah...Abang cari lain-

Tak! abang bahagia. Mah jaga abang dan anak-anak dengan baik... tak ada 
kurang satu pun... Abang tulis. Abang tulis apa yang abang tak suka tentang 
Mah. Abang tak sanggup nak kata tapi Mah janji jangan tinggalkan abang...”

Saya mengangguk. Saya tolak kepala suami dari ribaan dan melangkah longlai 
ke bilik anak-anak dengan telekung masih di kepala. Malam itu saya menangis
di sisi anak-anak yang enak tidur. Entah bila saya terlelap langsung tak pasti.

Subuh lagi saya sudah bangun sediakan sarapan suami dan anak-anak.Saya 
kejut suami dan dia bangun seperti tiada apa-apa berlaku. Di hadapan 
anak-anak kami cuba berlagak biasa. Menjadi rutin, sebelum dia keluar
menghantar anak ke sekolah saya bersalaman dan dia mengucup dahi 
saya; tapi pagi itu, saat ia hendak berlaku, saya palingkan muka. Saya tak
mahu bibir yang pernah mencium wanita lain hinggap di dahi saya yang 
setia. Air mata melurut lagi.

Surat jadi penyebab

Saya tutup pintu dan saya menapak ke ruang tamu. Ada helaian kertas yang 
bertindih gelas kaca. Saya tahu itu pengakuan suami. Saya tarikh nafas
dalam-dalam mencari kekuatan untuk membacanya. Dan isi surat suami, 
betul-betul buat saya rasa tertampar. Saya harap anda semua memahaminya.
Jangan sesekali menyalahkan suami saya atau mana-mana lelaki yang 
pernah mencurangi anda juga. Ia fitrah seorang lelaki. Dan ia juga menjadi 
sebab untuk saya menerima dan memaafkannya.

Mah isteri abang yang solehah, isteri yang cantik... yang baik... dan ibu
yang sempurna kepada Adan, Lili dan Nafisa...

Impian abang yang terakhir agar Mah menjadi sahabat sepanjang hayat... 
abang merayu sesungguh hati untuk Mah maafkan abang dan menerima 
abang semula. Sebelum abang tulis surat ini, abang dah hubungi Zulaikha 
untuk putuskan hubungan. Abang nekad, apa pun berlaku selepas ini, 
abang terima sebagai hukuman. Abang reda.. abang berdosa. Abang suami 
yang terkhilaf...

Mah...

Abang jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir.
Muka Mah polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran 
hitam. Abang menangis. Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi 
Mah lupa, kecantikan Mah yang pudar telah buat cinta abang berpaling.

Sumpah Mah! Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga 
makan pakai abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga. Tapi Mah 
tak jaga diri Mah untuk abang. Mah tak jaga keperluan batin abang.

Kita kenal sejak sekolah. Sejak Mah jadi pujaan ramai lelaki dan kawan-kawan
abang. Mah ramping, tinggi, bermata galak dan menggoda. Tapi sejak Mah 
lahirkan Adan, Mah biarkan kecantikan Mah hilang. Mah biarkan kuku 
Mah kecut.. rambut Mah busuk di sebalik tudung... kaki Mah bengkak
dengan lemak... badan Mah berbau bila abang balik kerja. Abang terpaksa
hipokrit setiap kali Mah sambut abang balik kerja di muka pintu dengan
wajah kusam dan tak bermaya. Abang lemah tengok Mah lemah... Abang
bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan
rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri?

Mah abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah,
Abang juga tak pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher
Mah, tapi abang pandang tubuh dan wajah Mah. Kalau Mah sendiri tak 
menghargai diri bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh
keyakinan masa Mah bekerja dulu? Mana pergi wanita pujaan abang yang 
penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu? 
Abang sungguh malu nak bercakap tentang hal ini, tapi jika ini peluang 
terakhir untuk abang memperbaiki rumah tangga kita, abang luahkan... dan 
Mah terimalah dengan lapang hati.

Mah... Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak 
menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada 
tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit. Abang minta ampun. 
Abang menyesal... Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk 
mengisi kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah meminta hubungan yang
lebih tetapi kerana selalu bersamanya, abang terpesona. Abang rindukan isteri abang yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang... abang tidak mampu menghalang.

Abang berdosa dengan Mah. Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah 
sebagai seorang perempuan. Ampunkan abang... abang tak pergi kerja hari ini. 
Abang nak ke rumah ibu bapa Mah untuk akui semua kesilapan abang dan abang 
akan terima segala hukuman. Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling dalam... 
abang merayu Mah pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang menghargai  dirinya luar dan dalam... abang merayu..


ok... ampa suma dah habis baca kan... lepas aku baca tu, satu perkataan je yang keluar... "BABI"


Kesian babi yang tak bersalah... tapi entahlah, aku rasa taraf kedudukan laki dia tu cuma sesuai di panggil babi. Kalau korang tak buta warna, aku ada lah pi tanda warna-warna beberapa ayat yang ku kira sangat terserlah kebabiannya di situ.. Maaf lah aku cakap kasar. Entahlah kenapa rasa emo sangat-sangat. Memanglah orang berdosa tu kena di ampunkan, tapi pasal pa bila dah gini baru nak taubat?. Ayat pertama yang buat aku bengang adalah, "abang dah terlanjur banyak kali". Seolah-olah pengakuan tu santai sangat, abang dah banyak kali terberak tepi jalan. Sempoi sangat. Kalau aku pompuan kan, aku dah jijik kot. Dia dah celup-celup dengan pompuan lain tu bhai.. kalau lubang satu tu ada kuman, tak pasal je merebak dengan hamba Allah yang setia kat rumah tu. Enam tahun dia tipu, main celup-celup.. entah mana dia letak hotak dia.  Tapi boleh pula dia kata, "Tak! abang bahagia. Mah jaga abang dan anak-anak dengan baik... tak ada kurang satu pun", Eh bhai, kalau kau bahagia, kau takkan makan luar bhai.. No.. No. No... never bhai.. Kau bahagia kat rumah, lepas tu kau main kat luar. Mana bahagianya?. Ibarat kau kenyang, lepas tu kau pi KFC lagi order 1 set, kau lalu makan tak?. memang tak lah kecuali perut kau ada 4 macam lembu. Kau dah ada nasi yang halal, kau takkan makan tahi lembu dah.. aku dah bagi semua perumpamaan yang sesuai tu. Lepas tu, kau kata isteri kau tu dah jaga kau dan anak-anak dengan baik, takde yang kurang. Maknanya simple, kau dah dapat isteri dan ibu yang sempurna untuk zuriat kau. Kalau kau tahu kenapa kita mesti kawin, kau akan faham makna kenapa kita berkawin. Faham tak ayat aku yang macam paria tu?. Kahwin memang sebab nafsu, tapi kita sebagai lelaki, apa yang kita nak dari seorang isteri?. Mestilah kita nak seorang wanita yang mampu urus rumahtangga kita, jaga dan didik zuriat kita waktu kita sibuk mencari nafkah. Kalau kau dah dapat gitu, kenapa nak disia-siakan lagi. Berapa ramai suami yang tak bernasib baik, dapat isteri yang tak mampu urus keluarga di luar sana. Antara semua tu, kau bertuah sebab bukan dari kalangan mereka. Itu kira habis lah aku rasa kebodohan kau. Memang habis bodoh dah. Aku sambung baca.. sebab aku nak tahu juga luahan hati ko tu yang kononnya punya kau curang.. okey lah.. kita kena adil kan, kena ambil tahu sebabnya...

Sekali lagi hati aku panas. Patutlah wife aku macam tersinggung baca cerita ni. Seolah-olah lelaki ni begini.. Patutlah dia larang aku berkawan dengan kawan sekerja berjantina perempuan.. Sebab ayat ko gini bhai, "Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk mengisi kekosongan hidupnya". Aku tak tahu pula kalau berkawan kena sampai jolok menjolok. Itu bukan kawan namanya. Tapi haiwan. Haiwan je yang tengah berkawan-kawan tu.. tetiba stim, terus naik belakang dan buat tu lah. Yang macam kau buat tu... Kan... ? sesepisis kan?,, Kalau gitu, ceh bayangkan lelaki kawan dengan bini kau, lepas tu bini kau tengah sunyi sebab kau beromen dengan janda, so dia pun isi keboringan tu dengan 'main' bersama kawan dia?. Kau rasa apa agak-agaknya? Nyaman? Rasa teruja?. bangga sebab sama-sama memiliki sarung keris yang sama? atau.. alaaaa biasa lah, kawan-kawan kan. I don't get ur point der... siyes sound like stupid. Lepas tu kau kata, "Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah ". "Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah". Booooooooo..... Ayat lebih sembang kencang... Doooooooohhhh... Kalau perempuan ni bijak, dia harus mencerna dengan otak yang sihat bahawa ini semua hanya ayat bodoh yang bertujuan meletakkan rasa was-was di hati si Isteri. Cuba teka keje sapa yang suka buat orang rasa was-was??... Ye betul! jawapanya Setan!!. Macam kau lah dah lah berzina, buat dosa besar, lepas tu nak berkata pasal cinta. Hebat... Terus sejuk hati bini kau bhai.. Terus dia bela kau..

"Saya harap anda semua memahaminya. Jangan sesekali menyalahkan suami saya atau mana-mana lelaki yang  pernah mencurangi anda juga. Ia fitrah seorang lelaki. Dan ia juga menjadi 
sebab untuk saya menerima dan memaafkannya.".. Ayat si Mah Yang Tak Bijak @ Dodol



Aku sebenarnya tak faham dah cerita Si Mah ni. Laki dia banding lubang dia dengan lubang perempuan lain dia boleh kata macam tu. Terus sejuk hati kau Mah. Patutlah kau dapat suami yang boleh main 6 tahun kat luar. Sebab sel-sel hotak kau belum cukup berhubung Mah.. Kesian kau Mah... Curang itu bukan fitrah lelaki Mah oi... Aku sebagai lelaki rasa terpukul dengan Ayat kau. Mah dodol. Aku buat juga kau ni jadi dodol. Fitrah lelaki memang lemah pada wanita. Memang kalau boleh dia nak 4 bini 100 gundik. Memang kalau boleh nak gitu. Tapi tak bermakna curang itu fitrah lelaki. Memang lelaki ni kalau lepak dengan member, adik-adik pelayan gerai pun kami usha.. memang lah.. tapi cerita habis situ ja Mah dodol oi.. Laki kau tu Berzina. Zina bukan fitrah lelaki Mah dodol oi.. BUKAN! Zina itu dosa besar. Bukan Fitrah. Aku ulang lagi sekali. Bukan Fitrah. Perempuan pun sama juga, tengok bola buka tengok bola sangat... tengok mamat yang sepak bola tu... Hensemnya diaaaa.... gitu lah lebih kurang. Maknanya fitrah sama-sama suka usha orang lain. Sebab kita manusia, kita sering tertarik pada keindahan. Itu baru Fitrah.. Orang takkan salahkan suami kau yang bijak tu kalau kau tak share cerita ni.. Hal rumah tangga, simpan lah Mah dodol oii... ni dak, kau share skali laki kau kata, si Zulaikha tu jaga rapi alat sulit dia.. then kau pula macam mana? ada sarang laba-laba? sarang semut? amoeba? paramesium? alga? atau kurap?.. Share sikit lah mah... baru kita sedap baca... Dodol punya orang..


Kesimpulan cerita ni. Jauhi Zina. Kalau nak isteri kau sempurna, jangan biar dia bunting. Sebab dia bunting tu semua kerja kau. Jangan biar dia beranak. Kalau nak suh beranak pun, bagi orang gaji sorang, pengasuh sorang, supaya bini kau banyak masa untuk gosok daki. Emo pula aku baca.. Untung kau dapat isteri yang mudah di ayat. Kalau kau dapat isteri macam aku, aku rasa aku dah pergi thailand dah untuk repair alat sulit. Sebab PASTI aku bangun pagi dia dah selamat sembelih burung aku. Bukan penakut lah, tapi sebagai seorang yang ada agama, takut lah pada Tuhan tentang dosa Zina.Kalau kau tak mampu tahan, baik potong ja burung kau sebab sebenarnya kau telah gagal mengawan burung kau..



MAAF SEMUA ATAS BAHASA KASAR.. AKU EMO SANGAT. 


Semoga Allah kuatkan iman semua lelaki dan wanita supaya menjauhi zina. Semoga rumahtangga kita bina akan sampai ke syurga bersama zuriat yang lahir dari rumah itu. Amin..

Friday 14 November 2014

Menikmati 1 jam terindah dalam sehari bersamamu

Jam sekarang 1:17 am.. aku start menaip...


Biasanya bila masa-masa macam ni aku tak dapat tidur, tu sebab aku banyak kerja. Ye.. kerja aku banyak. Tapi mood buat kerja tu tak ada. Entah di mana... puas ku cari.

Merenung bantal sebelah yang tidak bertuan tanda aku sendiri lagi malam ni. Masih Sendiri.. itu kata yang lebih tepat. Bukan merungut dengan satu kesunyian. Tapi sekadar mencari teman untuk meluah rasa. Lebih kepada melepas beban yang menggasak.
Benar kata abah,
"kalau dapat pasangan yang sibuk atau waktu kerja tak menentu, kita jangan fikir apa kesan pada dia saja, tapi kita kena fikir kita tahan atau tidak ?". 

Waktu itu yang aku fikir hanya cinta.. Walaupun tiap hari ku renung wajahnya, tapi tetap terasa rindu.
Dulu aku bersoal dengan hati, "apa rasa bercinta?". Kini ku berani kata, cinta itu rasanya 'sedap-sedap sakit'.



'SEDAP-SEDAP SAKIT'

Perumpamaan yang baru aku olah. Agak pelik bunyinya bila di tuturkan. Sedap sebab kita rasa hidup kita ada bunga keliling... rama-rama terbang dalam perut. Sakit sebab cinta itu di titipkan dengan rindu. Rindu itu sebenarnya sakit. ibarat.... hmmmm ibarat apa ek... Ibarat kena semut di impit biskut besar, nak di buang sayang, nak di angkat berat. Sesuai ke perumpamaan gitu? Suka hati aku lah kan.. hihi.. Aku ni tengah ketagih main COC, siapa tak tahu kan game tu. Jadi viral dah sekarang. Tapi hidup kami berdua pun macam tu. Asyik Clash... Dia balik rumah, aku pergi kerja. Aku balik, dia pergi kerja. Aku bangun, dia tidur, aku tidur, dia baru balik. Kadang-kadang nak je suruh dia berhenti kerja. Tak pun baling batu kat dia, supaya dia rasa rindu itu apa rasanya. Tapi itu semua mainan cinta monyet. Kita sudah dewasa, maka, kita membawa tanggungjawab setiap hari. Tiap hari kita berusaha bermain dengan cinta.. walaupun hanya dengan SMS.. paling kurang 1 jam akan cuba di kongsi bersama. Awak tahu tak saya rasa apa 1 jam tu?. Sedap sangat.. sebab rasa macam biskut besar tadi jadi ringan.

Bila matahari muncul nanti, kita akan memulakan hari yang baru.. harap cinta kita masih yang lama seperti saat pertama saya mengucap kata cinta dan kemudian bercambah. harap cambahan itu telah menjadi dahan yang kukuh supaya dahan itu juga mampu membentuk cambahan yang baru. Romantik ke jiwang ye ayat tu?. hahaha...

Saya nak temani awak seumur hidup saya. Saya nak bahagiakan awak sampai syurga.. Tapi andai takdir itu bukan milik kita, hmmmm.... pastikan takdir bertukar jadi milik kita. Sebab saya takut untuk membayangkannya.. 


Sayang, abang tengah rindu sayang ni..  :'(

Monday 20 October 2014

Demam COC

hhhhhhhhmmmmmm..... Parah!.

Itu je status paling sesuai.  Beberapa bulan yang lepas, aku kerap mendengar COC. Tapi Aku tak perna berminat untuk kenal COC tu benderr..
TAPI!

Sejak Puan Isteri ku, si Zombie cute kesayangan masuk Emergency Department (ed), aku mula merasa kesunyian yang teramat. Malam-malam tidur bertemankan baju busuknya yang dia tinggalkan kononnya supaya aku ingat dengannya. Sangat sadis. Baju purple dan kain batik.
Dulu semasa dia dibahagian lain, (ong...etc), aku taklah rasa dia sesibuk ini.
But... tak kisah lah. kena bagi dia sokongan yang padu untuk dia menjadi doktor yang berguna kepada, agama, bangsa dan negara.

JADI,

Macam mana pula boleh demam COC?.

itulah kisahnya.. aterr teman pun mendonlod lah COC tu kononnya sesaja suka-suka.
Tapi dari suka jadi kesukaan jadi ketagih, jadi demam!.
Mulanya tak faham sangat benda ni. Main gitu-gitu saja.
Rupaya kena mantapkan sikit village dan buat clan castle (CC) baru boleh buat clan sendiri atau join clan orang lain. Bila aku dah buat CC, aku masuk ke SABAHAN FC, sebab kat situ ada kawan aku. Tapi club tu baik sangat. jarang nak war-war. Leader tak perna muncul. Lepas tu member buat clan baru.
'Maze's Runner'. sebulan kami bina empayar Maze's Runner. war demi war menang. Tapi bila dah maju sikit, masuk lah ramai ahli baru. ingatkan makin ramai makin kuat. tapi makin ramai makin menyusahkan. Ada yang tak mau terima teguran mengenan base war dia. ada yang masuk war tapi tak menyerang. akhirnya dari menang saja ke kalah saja..

Maka ramai lah budak-budak clan yang awal-awal bersama maze's runner merungut. kami halau, dia datang balik. kami pun ambil keputusan, buat lagi clan baru. Oleh sebab majoriti dalam tu orang sabah, maka nama yang dipilih berdasarkan cerita rakyat Sabah. Aku okey je..


Kini, terhasillah 'De Nunuk Ragang'. Ragang tu nama orang. Nunuk tu pula sebuah pokok besar yang sering dikaitkan dengan unsur mistik. kalau kat semenanjung kita panggil pokok ara atau beringin.

Dalam clan ni kami cuma nak ahli yang boleh berbincang, tak kedekut, tak degil, aktif dan bila bertanggungjawab. cehhh... bunyi macam serius jo!
Clan kami selalu bergurau senda. Dalam tu semua nakal-nakal.

Dulu, celik mata je, ucap selamat pagi kat bidadari zombie. sekarang, celik-celik je hadap coc dulu. hahaha... itu lah demamnya.

Tapi jangan risau puan zombie @ Dr. zaleha.. i love u more than Coc and... kfc too. haha


Thursday 11 September 2014

meraup wajah dengan syukur

Rasa rendah diri itu perlu.
Terpuji...
Tapi jangan sampai kerana merendah...
kita terendah ciptaan-Nya.
Sering berkata.. "Aku tidak punya apa-apa"..

ATAU

"Aku tidak punya kelebihan".

Sesekali pandanglah cermin.
bukan kerana ingin melihat rambut terpacak.
atau tudung senget.
sesekali rataplah wajah.
Syukur..
Alhamdulillah..
Mungkin kurang cantik daripada si dia..
tapi lebih sempurna daripada si dia..
tidakkah itu juga suatu kelebihan?.

Jika kita meratapi kekurangan..
pastinya rasa syukur itu rendah.
Kerana tidak ada manusia yang sempurna.
tetapi jika kita melihat kecukupan yang kita ada..
Alhamdulillah Ya Allah..
Telah cukup Engkau beri padaku..

crying....

pegang mata..
mungkin kurang satu... tapi ada yang lahirnya buta.
pegang hidung..
tidak mancung!.
Tapi ada yang lahirnya tidak berhidung.

Bukan senang untuk memujuk hati menerima kekurangan..
tapi kita boleh cuba kasihan kepada yang lebih kurang daripada kita.
supaya kita tahu kita masih ada kelebihan.
Terbit kesyukuran walaupun jauh.

Thursday 21 August 2014

Bertanya tentang rasa..

Bertanya tentang rasa..
Aku melihat sekeliling mencari jawapan.
Senyum..
Apa yang ku cari?.
Berjalan di sepanjang lobi yang berhabuk..
Di tepi hutan.. Di belakang bunyi bot.
Laut..
Aku masih melihat sekeliling, apa ku cari..
Dia yang jauh tp terasa menyempit di hatiku.
Rasa dekat..
Tuhan.. Kenapa kau beri rasa ini ?.
Kenapa kau beri saat aku begini?.

Selipar getah ku pakai..
Cuba mencari ruang yang boleh legakan hati.
Aku terlalu rindukan dia..
Aku terlalu rindukan mu..

Berjalan sekeliling..
Sentuh pucuk pokok..
Satu hari nanti kau akan jadi hijau.. Kuning.. Coklat dan jatuh..
Adakah Hidup mesti begitu..?

Tuhan.. Ku rindu dia..
Kenapa kau usik aku dengan rasa ini..

Ah.. Aku sebenarnya yang cipta.
Kenapa aku mulakan..
Indah tp ku siksa dia..
Maafkan aku..

Dan.. Aku terus duduk di bawah teduhan Tuhan..

Terus bertanya tentang rasa...

Saturday 9 August 2014

hmm

rembesan suam menjalar di pipi.
aku tahu malam tadi kau berteman dengan itu.
maafkan aku.
tidak sekali aku memandang yang kurang itu sebagai sebab aku untuk mengundur..
kerana terlalu banyak yang lebih mendorongku.
jiwaku terasa lengkap bila kita bersatu.
Entah apa sebab tapi damai itu milik kita.
awak..
kita sedang bercakap tentang masa depan.
haiihhh berat..
silapku gemar mengusik mu.
Hobi.

Sunday 3 August 2014

Rasa 1

Melangkah di negeri di bawah awan.. Rendup dan segar..
Rindu pula dengan habuk Malaysia.
Jatuh cinta ini hebat..
Ibarat peribahasa.. Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri.. Tapi baik lagi negara sendiri.
Apa logiknya menyukai batu?.

Langkah demi langkah..
Sejuk panas, berbunga meluruh.. Semua di tempuh.
Teringat laman usang nenek yang sentiasa berbunga.. Tidak perna meluruh.
Kulit sawo matang jadi wallpaper badan.
Latar... Kerana matahari suka menjilat.
Di sini aku menggepal salji.
Merindu mentari yang hangat..
Kerana ilmu aku disini.
Tapi kenapa ada rindu yang tidak berarah?.
Adakah begitu..
Rekaan mungkin?.

Malaysia tanah air ku rindu..
Didalamnya ada yang meragut hatiku.

Saturday 2 August 2014

Prolog

........ Aku melihat dia berjalan seorang diri. 
Di sisinya membawa buku tebal dan sesekali tangannya membetulkan tudungnya.
Tudung bawal membentuk mukanya bertambah bulat.
Selekeh tapi comel.
Aku hanya menghantar langkahnya dengan ekor mata.
Lantas senyum sendiri.. "Comel budak kampung tu". Gumam dalam hati.

Tengok pada cermin.. 
Hanya seorang remaja berusia 17 tahun. Makan dengan duit abah.
Kasut abah beli.. seluar abah beli.. semua duit abah.
Malu nak menegur si dia. Bimbang terpaut hati.

Dua semester berlalu begitu. Tidak perna sekali terucap kata salam.
Bahkan "Hai" juga tidak ada.

......................................................... Tiada kenangan yang indah.. 
Tapi sesekali hati merindu. rindu pada dia yang entah milik siapa.
Biarlah.. aku sudah biasa begitu. merasa cinta tanpa wujudnya pemilik.

Sunday 20 July 2014

Ramadhan ke 22

assalamualaikum..

kira hari.. hmmm hari ini hari ke-22 Ramadhan. Hari baik bulan baik.
ini hari pertama aku jenguk blog sepanjang bulan puasa.
Alhamdulillah puasa berjalan lancar..
Tapi ada sehari ponteng sebab sakit dan perlu makan ubat.
Semalam aku pergi ke Kota Kinabalu.
Tetiba member ajak.. bahasa tepatnya paksa jalan.
oklahh tak apa lah..
pulang daripada shopping..
Dalam 3 jam perjalanan balik ke rumah, ada 5 kemalangan kot yang kami nampak.
ada yang kereta langgar motor, ada yang terbabas sendiri sebab jatuh.
Macam-macam lah.
Tapi alhamdulillah aku tengok takda yang sampai mati.
biasalah bulan puasa memang kemalangan meningkat.
mungkin sebab kereta banyak di atas jalan.
ada yang balik kampung, ada yang ke bandar untuk shopping,
Ada juga yang memang menjalankan rutin seperti biasa.. pergi kerja dan balik kerja.
Dugaan...
Dugaan paling besar tahun ni kita terima,
Kemalangan Kapal terbang MAS yang mengorbankan semua yang berada di dalam kapal tersebut..

ALFATIHAH buat penumpang MH17.

Malam kejadian tu, member forward msg..
Pasal kejadian tu.. mulanya aku ingat gosip ja.
Pasal benda ni macam mengejut sangat. aku harap ianya tak benar.
Tapi benar... sedih juga walaupun kita tak kenal siapa mereka.
Yang lebih menyedihkan apabila dikatakan kemalangan berpunca daripada tembakan.
Tembakan dari pihak mana.... masih dalam siasatan.
Bila tengok kes ni, aku jadi takut naik flight..
aku dari dulu sampai sekarang asal nak balik kampung kena naik flight.
Tapi masih ada sedikit gusar walaupun ajal itu milik Allah bukan flight.
Biasalah manusia.. tetap takut.

Semalam pula kisah yang tak berapa sedih..
kisah si leha yang kehilangan kuihnya.
'buah melaka'
aku pun suka kuih tu. bila makan panas-panas, gigit.. pecah di mulut cairan gula melaka..

ooohhh itu sangat ohsem!

Dalam kita menikmati nikmat berbuka, kekadang sedih juga terasa saudara kita di Gaza, di Syria, di Rohingya.. di afrika.. entah apa diorang makan.. masa tu rasa nikmat makan itu perlu dihargai sebaiknya.
Makan seadanya.. cukup untuk hilangkan lapar.

Sebenarnya aku tak ada kisah berat pun nak di ceritakan. saja ajak borak kosong.
cerita perasaan sendiri kononnya. aku bosan sikit malam ni.
hmmm rindu dengan mereka... rindu dengan dia juga..

Saturday 7 June 2014

warkah ke syurga atau neraka?

Kedinginan pagi mengejutkan lenaku.
dinginnya penghawa membelai pelusuk tubuh.
itu bukan hawa tapi penghawa dingin..

Perut terasa sakit. segera mengajakku ke tandas. haha.. okey.. itu Iklan. selekeh punya iklan.

Pagi ni terasa nak menaip. lama meninggalkan cerita lalu.
asyik bercerita tentang cinta sahaja.
Jiwangkah aku?.

"Cinta itu rutin.
Cinta itu tujuan hidup.
kita lahir akibat cinta.
kita melangkah kerana cinta..
kita tersadung akibat cinta.
berdiri kembali juga.. kerana cinta." By: Ammar

Hari ini aku masih mahu bercerita tentang cinta.. Cinta Pada Ibu.

Sepatutnya aku taip cerita ni waktu hari ibu hari tu.
sepatutnya lah kan.. tapi hari-hari pun hari ibu kan.
Selamat hari ibu Mama.. selamat hari ibu umi..

Minggu lepas tengok telemovie "Warkah dari syurga".

Aku tak ingat jam berapa, tapi masa tu aku baru bangun.
tertidur depan tv, celik-celik dah babak seorang anak ajak ibunya duduk dengan dia di bandar.
si ibu ni sudah kematian suami, duduk sorang-sorang di kampung, dia ada seorang anak. Kalau aku tak silap, watak ibu tu di pegang oleh Fauzia Nawi, watak anak tu pula di pegang oleh Khir Rahman.
Si anak ni ada isteri dari golongan berada.
Penilaian awalnya, aku tengok baiknya anak dia, pujuk mak dia baik-baik. cium mak dia, kira sayang sangat kat mak dia. Tapi bila sampai babak ke rumah mereka di bandar, aku buat penilaian, lelaki ini sangat dayus sebab takut bini der..
Bayangkan, mak dia sampai je dari kampung, isteri dia letak mak dia di bilik bibik, dah lah bilik bibik sempit, kena tidur pula kat lantai beralaskan toto.. si anak tegur isteri dia, kenapa biar mak tido kat situ, tapi bila si isteri tu tengking je, terus si suami macam kura-kura masuk kepala dalam cengkerang dia tu.
"where is ur ball der??".
Tapi tak pa lah, maybe dia nak pujuk slow-slow.. sebab bak kata  perumpamaan tu,
"wanita ini datangnya dari tulang rusuk. bentuknya memang bengkok, kalau di luruskan dengan kasar, bimbang patah".

minit demi minit, aku tengok saja.. tapi tiada babak yang aku harapkan berlaku.
 si Ibu terus di buat seperti bibik. Bahkan bibik pun tidak di layan dengan teruk.
Si ibu hanya tersenyum, asalkan dia dekat dengan anaknya.

satu hari, si isteri mengadu rantainya hilang. mengamuk lah bagai singa kelaparan.
selongkar semua bilik termasuk beg si ibu. entah macam mana, rantai itu ada di bawah toto si ibu.
si isteri membentak, menghina dan macam-macam lah.
Aku harap si anak membela ibunya. Mustahil dia tidak kenal ibunya.
Tapi malangnya si anak percaya macam tu ja.
sedih..
Sebab mungkin ibunya sudah tidak tahan, dia minta di hantar semula ke kampung.
Si anak tak mahu hantar sebab bimbang ibunya memburukan dia di kampung.
itu semua hasutan isterinya.
Jadi, si anak tipu ibunya, dia bawa ke bus stop, dia bagi satu surat dan suruh ibunya tunggu di situ sampai dia balik. Tapi sebenarnya dia tak ambil balik pun. sesiapa yang datang di bus stop dan bercerita dengan ibunya nampak surat tu terus rasa sedih. mana tak nya, suruh hantar ibunya ke rumah orang-orang tua.
si anak fikir ibunya tidak tahu membaca. Tapi sebenarnya tahu je. Cuma si ibu tetap positif, ianya hanya sebuah warkah.


ending nya sofie jikan juga yag terbaik. walaupun samseng jalan raya. Tapi sayang kat orang tua..
si anak terdengar bibik merayu supaya jangan dibuang ibu itu. Bibik masa tu berbual dengan si isteri kata rasa bersalah sebab ikut arahan puan besar tu letak rantai kat si ibu. Si anak dengar dan terus kemas baju ak balik kampung. si isteri melenting dan jatuh lalu keguguran. Padan muka!. nasib baik lah gugur, kalau tak mesti anak dia akan buat benda yang sama kat mak dia tu. Over dose aku feeling-feeling padahal jarang layan cerita melayu.
Aku tengok cerita ni sebab teringat satu iklan drama pendek dalam bahasa arab. kisahnya sama, si ibu yang di tinggal di bus stop bersama sebuah surat. sangat sedih tengok.

tersentuh tengok cerita ni. untung siapa yang ada ibu kandung sampai tua.
Orang yang takda mak akan faham perasaan menghargai.
Tapi sebenarnya belum tentu juga lah.. sebab biasanya, bila kita kehilangan seseorang tu baru kita tahu menghargai kewujudannya..

Bak kata lagu Let her go tu.. by passanger..

"Well you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you’re missin' home
Only know you love her when you let her go
And you let her go
"

Jangan sampai dah kehilangan baru nak terhegeh meratap waktu..

TUHAN HANYA BAGI SEKALI SAHAJA.




Sunday 27 April 2014

Hmmm

Bagaimana mungkin aku mampu mengejar bahagia, kalau di sana aku tinggalkan dengan derita

Sunday 20 April 2014

aku di sabah engkau di johor

baru usai maghrib..

rasa rindu dengan waktu yang lepas.
gelak tawa, mainan perasaan.
Mungkin telah lama aku tidak meluah rasa.
Berkongsi hari..
Aku lihat tarikh..
Lama aku biarkan kau tergapai sendiri mengejar langkahku.
Maafkan aku sayang...

Sejak beberapa minggu ni aku rasa kami kerap bergaduh.
Pasal masa depan, masa lalu dan.. entahlah.. tiada pasal mungkin.
Jiwa kerap memberontak bila dia menyoal itu dan ini.
Awalnya aku kira aku cukup adil. Rupanya tidak.
Ego.
Aku nak kau tahu, wahai bidadari hatiku..
Ibu kepada bakal anak-anak kita..
Walaupun kadang-kadang aku terlalu berkejar dengan masa.
Tetapi, aku tetap selalu ingin mencuri merasa cinta.
Jiwang kan?.
Aku tahu kau lembut orangnya, walaupun kau berlagak macam superwomen.

I Miss U So Much Mrs. Ammar..


-Ammar-

Wednesday 19 February 2014

Langkah baru...

"cinta itu datang sesuka hati, namun perginya hanya di bawa mati..."

Derasnya mendesup jauh ke hatiku..
Ibarat sebuah watak yang dicipta di dalam novel.
berlari mengejar penamat cerita..
Taksub melihat kesudahan.
Tapi jauh di sudut hati yang dicari hanya yang indah.
Biarlah sepanjang perjalanan hati berdarah,
asalkan dihujung adalah penawar luka.

Kini aku di sini..
berada di tengah ayat cerita..
dengan kaki yang masih melangkah mencari..
apa yang ku cari sebenarnya?.
adakah aku sedang mencari sesuatu yang hilang?.
atau aku menafikan sesuatu yang nyata di depan mata?

Sesuatu mengikat hatiku..
ikat rapat sehingga lubang indera lelah.
Buntu.
Kenapa harus pada waktu ini..

Nafas..
Laju hati bergetar rindu.
Entah kenapa aku mesti bermain dengan kata.
ingin menjadi romantis walaupun yang dekat hanya sarcastik.
Langsung tiada perkaitan.


Kembali macam zaman sekolah... Muka ganas tapi suka duduk sendiri, bermain dengan pen dan buku. menulis ayat yang entah mana arahnya. Kontra sungguh dengan gaya. Nampak keras tapi rapuh. Rapuh dengan kerana asakan dugaan hidup. Bahagia yang terbit sebentar di rentap kejam oleh sengsara. Sejak itu terasa cinta hanya di awangan. Tidak mampu di gapai, hanya menyapa seperti angin. berlalu seperti mempermainkan diri. Rasa bodoh menikmatinya. Sejak itu juga bagiku cinta itu kejam... susahnya untuk senyum tapi bila senyum kesedihan di ludah ke muka. Hanyir sehingga terpadam semua senyuman. Entah kenapa aku suka meratapi waktu silam.. sedangkan aku perlu berani melangkah mencari bahagia. Bukakah itu yang aku mahu?. Aku lepaskan waktu gelap itu.. aku mengejar cahaya.. tapi bila ku pandang belakang.. ia menjadi bayang-bayang.. degil untuk pergi.

Sunday 9 February 2014

Aku hanya sekadar menunggu siang...

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Lama aku tak merepek dalam blog mesti ada yang rindu aku ni.
kan... kan.. kan... ?. Lepas tu mula si Bie (Zombie) tanya,
"siapa yang rindu awak??"..
Well... lelaki kacak mesti ramai yang rindu.
Perasan!.
Sebenarnya aku jenis manusia yang suka perasan.
Entahlah kenapa, tapi aku suka perasan. Perasan tak kena bayar!.
Barang free siapa yang tak mau der!.
Secara zahirnya aku bersyukur dengan apa yang aku ada.
Secara batinnya.. hmmm... kesihatan yang total adalah impianku.
Harap semuanya akan kembali pulih.
Apa yang menarik berlaku pada aku minggu ini?.
Aku ingat-ingat... hurmmm... adalah beberapa perkara.
Pertama cerita pasal dapat anak sedara yang pertama (tumpang anak orang),
kemudian cerita tentang kerja yang berjalan lancar,
buah hati aku dah tambah berat badan. tak keding dah.
Syukur alhamdulillah, lagi... Umi dah sihat sikit..
Acik aku buat kek keju kegemaran aku...
tapi yang malangnya dia hantar gambar je kat wechat..
lagi...makcik aku yang dah menunggu 8 tahun akhirnya pregnant!!!...
Yeahhh... tambah sepupu!.
lagi...
aku berjaya ajar si Bie buat kek keju dan kuih sagu..
tengok hasilnya not bad...
dan lagi... kerja aku bertambah. yeahhhhh...... tambah kerja!!!
Adakah itu berita gembira ?. Zahirnya bukan..
Tapi alhamdulillah rezeki dari Allah..
Kadang-kadang bila kita gaji tetap tiap bulan,
kita akan rasa pertambahan kerja adalah satu bebanan.
Sebab kerja banyak atau sikit, gaji tetap sama..
Memang gaji akan sama. Tapi bayaran akan lebih bermakna,
bila tanggungjawab kita jalankan dengan cukup baik.
Allah mungkin tak bayar kita dengan duit tapi
Allah akan bayar kita dengan cara lain. Rezeki itu milik Allah.

Hari makin berlalu... tapi tiap hari aku rasa terlalu cepat.
Dan peliknya bila aku sedang duduk beribadah,
aku rasa aku dah duduk lama.
Padahal aku baru baca 1 muka surat al quran.
Apakah tanda itu???. Tandanya jelas..
Allah pinjamkan masa yang panjang untuk bersama DIA..
Lama kita duduk. DIA nak kita merasai masa indah bersamanya.
Masa pun segan untuk berlari pantas.
Tapi bila kita sedang bual-bual atau SMS dengan makwe/pakwe..
Tengok jam dah jam 1 pagi!.. Rasa baru SMS dua tiga muka.
Rupanya kredit pun dan hampir kering!
Kenapa masa cepat sangat berlalu ni???
Masa berlari cepat!. dia tidak mahu lama-lama bersama kita.
Masa itu penuh maksiat.
Aku selalu sedar tentang itu tapi sikit pun aku tidak mahu berubah.
Bukan tidak mahu. Tapi entah!.
Aku yang tidak mampu atau aku yang mahu mampus??..
Ayat kasar nampak...

Aku bukan bangun awal hari ini.
tapi aku sedang berpeluh menahan sakit perut..
Sakit sangat... aku tak dapat tidur...
Aku mamai... tapi bila nak lelap, rasa perut di tumbuk
kesihatan itu mahal. Sampai duit yang banyak tak guna pun..
Aku pun terus menaip di blog..
Sebab aku tahu ada yang sedang menunggu aku update bebelan..
kan bie kan??..
Aku hanya sekadar menunggu siang...

BIE = Zombie..  my beloved Zombie

Tuesday 4 February 2014

Kosong

.......hmmmmmmm.......

Mengeluh itu tak baik. Tapi entah!, aku terasa nak mengeluh.
Dari pagi aki tidak sabar menanti senja..
Senja masa yang indah untuk berkongsi cerita.
Kadang-kadang ada cerita yang memberi senyuman.
Ada cerita yang hanya berlalu seperti angin.
Ada cerita melekat di hati.. istimewa.
Tapi sudah berapa minggu aku terasa kosong.
Pagi menanti senja.. kosong..
Malam menanti pagi.. kosong..
Ini bukan lagu Najwa Latif.. kosong.. kosong..
Ini adalah lagu yang tiada irama.

kadangkala terasa sedang menanggung luka.
Pedih.. tapi tiada darah.
Aku sendiri tak faham apa yang aku rasa.
Ayat macam puitis gila... macam tokoh sasterawan.
Hebatnya mengatur ayat..
Nampak kemas, cantik, romantis.
Tapi siapa tahu apa yang ada di minda..
Getaran yang tidak selari dengan jiwa..
turun naik berasa nota hati.
Serabut. Jiwa kacau..
Langsung tidak sama seperti yang ditaip jemari.
Aku mesti bertahan... sikit lagi.. sikit lagi..

Apa yang aku merapu ni????...

I just need YOU.. *cry silently*

Thursday 30 January 2014

Makwe Baru Ku

Cerita pasal tadi..

Aku dah tengok muka dia.
Comel sangat.. maka bertambahlah jatuh cintaku padanya.
Aku mula keliru memikirkan makwe yang ramai.
Semua ku sayangi..
Makwe aku suma budak kecik.. Comel!.
Aku renung gambar dia.. Comel sangat.
Sebijik gaya dia masa gambar scan dulu.
Aku dah tahu nama dia dah.. cantik namanya.
Secantik pemilik nama itu. Tapi aku tak boleh letak gambar dia kat sini.
Tu kan anak orang.. segan pula nak minta izin.
Jadi aku je lah tengok. hihi..

Aku harap next year giliran aku pula pegang baby sendiri.
Masa tu aku boleh upload gambar kot.
Sebab anak sendiri..
Teringin nak share gambar baby comel tu.
Tapi apa nak buat, anak orang!.. Segan kat mak dia.
Apa pun aku dan declare lah yang dia makwe aku.

Selamat datang Makwe Baru.

Sejak bangun pagi tadi aku senyum sampai saat ni.
Kawan aku kata aku dah giler sebab minum pun senyum, makan pun senyum.
Kalau senyum-senyum, mestilah ada berita gembirakan..
Beritanya adalah... Kami dapat anak sedara yang pertama!.
Memanglah anak sedara aku ramai tapi yang ni kira istimewa.
Si kecil yang dinanti..
Buah hati ibu dan ayahnya.
Sebenarnya bukan anak sedara aku pun. Secara rasminya bukan.
Tapi secara tidak rasminya 'ye'.
Aku tumpang anak sedara orang.
Nak harapkan along aku bagi aku anak sedara, memang jauh sangat.
Isteri pun tak ada, usah di harapkan yang seterusnya.
Maka keterujaan memiliki anak sedara aku tumpang dari si dia.
Si dia buah hatiku... hihi..
Tadi subuh, jam 2. 57 am aku dapat SMS dari dia.
Dia kata, "akak dah di push nasuk bilik bersalin"..

Aku dah nebes mengalahkan aku suami akak tu.
Tapi cover-cover lah, takkan nak tunjuk pula.
Aku suruh dia tidur sebab besok dia kerja.
Tak lama lepas tu dapat sms lagi.

"Awak dah jadi papa ngah.. Alhamdulillah kul 3.40 pg". mesej yang aku dapat pada jam 3.48. Maknanya dah 8 minit baby melihat dunia. Alhamdulillah..

Tapi... Papa ngah tu gelaran terlalu buruk kot. ape daaahhh..
"Uncle Ammar... " atau budak-budak sini selalu panggil Abang Am..
Abang lah sangat, tak sedar dah tua.

"Projek Subuh".

Aku masih belum tengok mukanya, belum tahu namanya.
Tapi aku tahu baby itu comel.
Dan paling penting sihat.
Aku dah cop dia sebagai Makwe baru aku. hehe

Now, Aku tunggu jam 6, si dia balik kerja.
Lepas tu boleh tengok baby!!...

Tahniah kak eton dan abang Jon (bukan nama sebenar).
Semoga anak itu jadi anak yang hebat untuk dunia sehingga akhirat.
Juga hebat untuk ibu bapa, untuk keluarga, untuk agama untuk negara.

Sunday 19 January 2014

ku berjanji kerna cinta - Anuar Zain


Untuk seseorang yang sedang di rindui saat ini.
Jangan gigit tuala lagi :p

Ku menunggu getar hatiku
Anganku hanya untukmu
‘Tuk bersama selamanya
Kita berdua

Kau selalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Ku rasakan bahagiaku
Untukmu selalu

Chorus
Ku berjanji kerna cintaku
Ku berharap kerna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

Kau selalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Ku rasakan bahagiaku
Untukmu selalu

Ulang Chorus

Meraihmu menggapaimu

(Ku berjanji kerna cinta)
Kerna cinta
(Ku berharap kerna kasih)
Kerna kasih

Ulang Chorus

Pernah berpisah
Sampaikan nanti

Thursday 16 January 2014

Diari

Malam ni..
1.45 A.M.

Aku ada banyak kerja.
Sesekali mengeluh.
Tapi sambil buat kerja. Jeling kat telefon.
Malap..

Huhhhhh..

I need u :(

Friday 10 January 2014

'Kalau'


Hari ini kita melalui satu lagi hari yang baru.
Alhamdulillah.

Assalamualaikum dunia...

Hari ini syukur kepadaMu, aku memulakan hari dengan bahagia
Redup mentari hari jumaat, membuat aku selesa menempuhi hari.
Tapi tak semua orang pada saat ini sedang tersenyum.

Ada yang menangis kerana kehilangan...
Ada yang gusar kerana masalah...
Ada yang sedang meriuk menahan sakit..

Bagi yang sedang enak berjalan, bernafas dengan lancar,
duduk dengan aman, berbaring dengan fikiran yang lapang..
Bersyukurlah... kita sedang mengecapi nikmat.

Tapi bagi yang sedang berat fikiran dengan sesuatu,
kata-kata rungutan mudah terpancul.
Laju.. lancar... tiada lapisan...
Perkataan yang sering keluar adalah 'kalau'.

"Kalaulah aku tak buat..."

"Kalaulah aku tak mulakan..."

"Kalaulah aku tak pergi..."

kalau lah itu.. kalau lah ini..
macam-macam 'kalau'.
Menyesal itu satu perkara yang baik.
Kerana dengan menyesal, kita terbuka kepada taubat.
Tapi sebenarnya ada dua jenis 'kalau' yang perlu kita ambil berat.

Pertama : "Kalau aku buat macam tu"
Kedua : "Kalau lah aku tak buat macam ni"

Ayat di atas macam sama tapi sebenarnya akan membawa kepada maksud yang berbeza. Antara ayat pertama dah kedua, ayat pertama adalah sebenarnya 'penyesalan' yang perlu kita amalkan. Faham tak ?. tak kan.. sebab ayat macam putar belit sangat. Maklumlah, adik aku kata, aku ni macam 'bangla'.
Ayat pertama ni sebenarnya wujud selepas kita berfikir. Sebab tu kita akan fikir, "Kalau aku buat macam tu, apa kesannya?. apa akan jadi ? ". Sepatutnya, bermula dari sini lah kita mulakan penyesalan kita. Sebelum kita lakukan sesuatu. Fikir tentang natijah, kesan, atau ironinya.

Ayat kedua adalah majoriti orang guna. Termasuk aku lah. Dan sepatutnya kita perlu tinggalkan perkara yang boleh buat kita berkata begitu. Atau masuk dalam situasi itu. Kita sering bertindak mengikut kemahuan kita tanpa berfikir. Selepas melakukannya dan kita mendapati kita berada dalam keadaan yang bermasalah atau kesannya tidak baik kepada kita atau orang sekeliling kita, kita mula berkata, "Kalau lah aku tak buat macam ni, mesti takkan jadi macam begitu dan begini". Ketika itu, semuanya telah terjadi. Dan kita hanya perlu menempuhi ironi dari perbuatan kita. Adakah penyesalan kita itu masih berguna ?. Bagi ku, penyesalan sudah tidak berguna tapi pengajaran daripadanya akan mematangkan kita. Kita juga akan belajar satu perkara baru, "Bagaimana kita nak selesaikan masalah itu".

Dulu aku selalu merungut.
Aku berkata, "Kenapa aku buat begitu. kalau aku tak buat kan bagus !"
Rupanya sebenarnya perkara itu tidak baik.
Kerana setiap yang berlaku itu telah menjadi qada dan qadar kita.
Sesuatu yang telah terjadi dan menjadi ketentuan Allah.
Jika kita merungut, sebenarnya kita telah menyalahkan takdir Allah.
Sedangkan Allah memberi kita masa untuk berfikir sebelum melakukan sesuatu.
Tewasnya aku kepada keinginan sendiri.
Kadang-kadang aku tak tahu di mana aku letak akal ku.
Yang aku tahu, aku mahu 'itu'.
Tapi aku lupa setiapa yang kita mahu, ada sesuatu titipan dari Allah.
Mungkin berupa dugaan, kerana mahu menguji sabarnya kita.
Mungkin juga berupa keselesaan, kerana ingin menguji kesyukuran kita.

Semoga kita menggunakan 'kalau' hanya selepas kita berfikir.

Thursday 9 January 2014

Siapa yang Mati ?.

7 Januari yang lepas aku cerita pasal poyot yang dah mati.
7,8,9... hari ini 9 Januari, hari ke-3 'Poyot' mati.
Tapi di luar jangkaan..

Poyot is back!.

Dengan bulu yang sama,
semua sama, 
dan an an aa dan a-z @ hazel (nama baru) semua rapat dengan dia.
Yang paling terkejut sekali roomate aku lah.
Sebab dia yang kecam bangkai Poyot masa tu.
Dia kata memang sebiji sama dengan Poyot.
Selepas bangkai 'Poyot' di tanam,
anak-anak Poyot memang nampak sedih.
Dan poyot tidak lagi kelihatan.
Tapi tadi, usai maghrib, tiba-tiba kawan aku menjerit.
Dia kata dia nampak Poyot baring dengan anak-anaknya.
Aku pun keluar tengok.
Ye itu poyot.
Bulu sama...


Jadi Persoalannya, Siapa yang mati tu?.
Kalau itu Poyot, yang ini siapa?
kalau ini lah poyot, yang hari tu siapa?.

Nampak sama... Tapi bukan dia....

Tuesday 7 January 2014

Combi dan Mistik-mistiknya

Malam ni malam pertama combi (nama baru) kerja shift  malam untuk bahagian menyalin-nyalinkan orang. Memang tiap jenis hospital, klinik, asrama dan macam-macam bangunan, di mana-mana pun, sama ada bangunan itu baru atau lama, kita akan dengar pelbagai cerita mistik. Bila kita sebut perkataan mistik ni mestilah cerita seram kan. Tak kan cerita lawak pula. Jadi semestinya cerita seram bukan menjadi kegemaran bagi mereka yang terpaksa bekerja pada waktu malam. Mistik lebih menyerlah ketika waktu malam. Sebab malam sinonim dengan cerita-cerita seram. Waktu aku menaip ni pun aku rasa seram sebab aku duduk dalam gelap ni. Suiz lampu rosak laaaa...
Dulu kan, aku selalu ketawakan orang yang penakut ni. Bagi aku, 'benda' tu tak wujud. Tapi sebenarnya kalau pundi kencing aku tiba-tiba penuh di tengah malam, aku seram juga nak keluarkan air dalam pundi tu. Seram kot duduk asrama ni. Atok aku perna cakap, keadaan 'seram' atau kejadian mistik berlaku di tempat-tempat tertentu adalah berpunca daripada manusia itu sendiri dan juga keadaan orang yang tinggal di satu tempat yang sentiasa bersilih ganti. Contohnya di asrama. Setiap tahun orang yang tinggal asrama tu akan bertukar-tukar orang. Jadi kita tak tahu yang keluar masuk dan tinggal dalam asrama tu ada 'benda' yang ikut dari mana-mana tempat tak. Contoh (dalam contoh), dalam kolej kediaman ni, pelajar tu dari utara, dan tinggal pula kat kolej kat selatan sebab dia belajar kat selatan. Semasa dalam perjalanan dari utara ke selatan tu, kita tak tahu apa yang ikut. Atau memang dia ada 'pendamping'. Lama-lama 'benda' tu berkumpul dan membiak di situ. Seram tu.... Ada juga sebab memang tempat tu ada yang 'lain' tinggal di situ. Manusia pula suka buat-buat cerita pasal tu, lama-lama 'benda' tu menjelma. Tu pun satu hal.
Situasi ini sama lah juga dengan tempat-tempat lain yang terkenal dengan mistik, macam hospital. Setiap hari, pesakit yang masuk situ bertukar ganti. Ada yang dekat, ada yang dari jauh, ada yang selamat keluar, ada juga yang masuk hidup, keluar jenazah. Macam-macam keadaan. Jadi kita tak tahu apa yang terbawa ke sana, ikut ke sana atau yang tertinggal di sana. Ini lah punca-punca pelbagai cerita mistik berlaku.
Dalam keadaan ini, sebenarnya semangat kita adalah perkara paling penting menjadi pendinding dari gangguan 'sesuatu yang tertinggal'. Serius lah, waktu aku taip ni kan.. meremang je aku rasa. Itu tandanya semangat aku tak kuat sangat. Cara terbaik untuk menguatkan semangat adalah mendekatkan diri dengan Allah, mengamalkan surah-surah pendinding, menjaga solat dan ibadah serta sentiasa tidak bermulut celupar. Kadangkala benda tu lalu saja, tapi kita buat cerita berapi kat orang lain. Akhirnya kita di uji betul-betul berhadapan dengan 'dia'. Tak ke pucat muka tu. Jadi janganlah celupar dan berlagak berani. Sentiasalah berdoa dan meyakini Allah lebih berkuasa kerana 'mereka' juga hamba Allah sama seperti kita. Bezanya kita ni manusia dan dia bukan.

Awal-awal lagi combi dah cerita dia seram nak kerja malam. Sebab dia sering mendengar cerita-cerita seram daripada orang-orang lama yang bekerja di situ. Aku selalu beri nasihat, doa... doa... doa... tapi sebenarnya aku pun seram juga dan risaukan dia. Sebab aku tahu, dia ni walaupun kuat marah dan membebel tapi dia sebenarnya penakut orangnya. Tapi aku tak bolehlah tunjukkan aku takut. Aku kena tunjuk aku berani supaya dia terjangkit sikit untuk berani. Lagipun, dia bekerja dengan niat yang murni, semurni minyak masak cap murni yang telah melalui tapisan dua kali. hihi... tak delah... niat dia lagi murni sebenarnya dari itu. Dia nak kerja, tolong ibu-ibu yang sedang berjihad melahirkan Umat Muhammad. Semoga Allah beri Combi dan kawan-kawan yang sama-sama bekerja itu pahala yang besar.

Tadi dia mengeluh tak ramai staf malam ni, dia risau tak menang tangan sebab pesakit ramai sangat. Kesian dia... itu je lah aku mampu. Kesian... Tapi aku doakan niat murni dia tu, akan di mudahkan. Supaya kerja dia mudah, ibu-ibu mudah bersalin dan bayi-bayi comel bertambah. Amin...

Semoga perkara-perkara yang tak baik di jauhkan dari mereka-mereka yang sedang bekerja di jalanMU ya Allah... :)

Jangan risau ye combi. Abg kassim doakan combi dari jauh.

Semua Kucing Mati!!!!

Aku baru nak mulakan kelas.
Tapi rasa kat poket aku telefon bergetar.
Tanda ada SMS masuk.
Aku tak buka SMS tu dulu.
Aku mulakan kelas, ajar itu ini bla... bla..
lepas tu bagi latihan, baru duduk dan buka SMS tadi.

"Am, kucing ko sume mati. Balik tengok!"

Dub..dab... dubb dapp..!!!

Aku terus rasa dunia ini begitu kejam
Aku rasa macam nak nangis je. Tapi cover.... klas kot der!
Aku mula terbayang aa... aan.. a-z.. momot.. nenet dan poyot.
Fikiran aku mencerna macam-macam punca.
Salah satu nya mungkin mati akibat keracunan.
Baru 2 hari lepas jiran aku kata dia nak umpan tikus dengan makanan beracun.
Tapi aku kata, Jangan! nanti kucing pula yang termakan racun tu!.

Hampir saja aku nak serang jiran aku tu..

Sedih.. aa... aan... a-z... mereka masih kecil. Baru je nak kenal dunia.

Aku SMS Shidi, suruh dia tengok.
Kebetulan dia tak ada kelas. Dan dia pun antara orang yang rapat dengan kucing aku.
Bila aku bagitahu pasal SMS tu, dia terus balik.
Muka memang risau sangat lah. Drama sungguh.......!!!

Sampai kat rumah, Shidi SMS aku,
Memang kucing aku mati. Tapi yang mati cuma Poyot.
Yang lain tu bukan kucing aku.
Memang aku sedih Poyot mati. Dia kucing Legend dalam rumah ni.
Tapi alhamdulillah, yang lain sihat.
Punca kematian adalah kecederaan kat kepala dan badan.
Mungkin ada anjing liar yang terkam.
Sedih poyot dah tak ada..

Semoga kucing-kucing lain terus sihat...

Tidur dan Makan

hmmmm.... waktu aku mula menaip ni, jam kat laptop aku menunjukkan jam 1.23 AM.
Cantik pula angka tu kan 123...
Aku baru lepas tengok masterchef All Star episode 26.

***Malam ni, izikan saya menggunakan kata ganti diri 'aku'.

Besok aku nak kerja tau. Macam biasalah.
Tapi entah kenapa tiap malam aku memang tak tidur.
Kadang-kadang aku rasa waktu tidur aku macam ada yang tak betul.
Aku kerap mengantuk di waktu-waktu yang tidak baik untuk kita untuk tidur.
Contohnya selepas subuh dan selepas waktu asar.

Kalau tidur selepas subuh ni, nanti rezeki kita lari.
Bak kata atok aku, kalau burung lambat bangun, nanti tak dapat ulat,
sebab burung-burung lain dah rembat ulat tu.
Tapi aku selalu balas, "Angah bukan burung, jadi jangan risau, takkan ada ulat yang terlepas".
Tapi!!
Bila aku fikir perumpamahan tu, rupanya atok aku nak kata macam ni,
contohnya setiap selepas subuh kita akan dapat sarapan.
Tapi jika kita tak bangun pagi, atau bangun lewat,
kita mungkin tak akan dapat sarapan dan terus makan tengah hari.
Jadi sebenarnya, kita telah kehilangan satu rezeki iaitu sarapan pagi.

Manakala larangan tidur selepas asar adalah kerana kita berpeluang
untuk mewarisi penyakit gila atau pelupa.
Kalau tak percaya, cuba rasa bila kita tidur selepas asar.
Kita akan pening-pening, macam blur sikit, mengelamun, dan rasa malas je.
Itu tanda-tanda kecil nak gila dah tu. hihihi

Cerita pasal tidur, sekarang ni aku sedang tunggu seseorang untuk bangun.
Kesian dia, kirim roti canai tampal kat adik dia, tapi dia tak larat makan.
Tidur.
Dulukan... aku selalu tengok cerita kat tv, watak doktor ni macam best sangat.
klassss sangat lah!.
Tapi bila aku 'berkawan' dengan seorang doktor, baru aku tahu mereka ini
adalah antara golongan yang paling kesian.
Sebab apa... mereka menjaga kesihatan orang lain,
tapi kesihatan mereka terabai.
Waktu aku ke hospital hari tu, aku sempat dengar dua orang berbual.
Aku tak pasti dia doktor ke, MA ke atau Jururawat.
Tapi mereka berbual macam ni,
"aku lapar lah, aku dari pagi tak sempat makan lagi., patients ramai sangat".
Masa tu aku dengar orang yang menunggu tu pun sama mengeluh tunggu lama.
Maklumlah mesti diorang pun lapar, tak makan lagi, tapi tunggu Q lambat.
Dan aku buat kesimpulan, sebenarnya semua orang pun kesian.

Dan... opkos kita akan paling kesian kalau yang tak makan tu,
adalah seseorang yang kita sayang...

Makan dan tidur adalah dua perkara yang amat penting sebenarnya.
Sebab dengan makan dan minumlah kita meneruskan kehidupan.
Cukup makan tapi tak cukup tidur memang ibarat dunia ini kelam.
Tapi bila cukup tidur tapi tak cukup makan, kita akan rasa macam bumi kene gempa.
So, kedua-dua perkara ni amat penting.

Topik hari ini adalah, nikmat Tidur dan Makan :)

Iklan....

Tadi kan... aku pergi pasaraya dengan housmate beli barang dapur.
Masa kat parking, lalu seorang perempuan ni dengan trolinya berisi barang.
Agaknya dia baru lepas beli barang kot. Belilah kan, takkan rompak.
Bila kami lalu depan dia, dia pun senyum. Manis sangat senyuman dia.
Dan terus buka kereta sambil senyum-senyum.
Dia sedang cuba membuka kereta Myvi hitam. Tapi puas buka tak dapat.
Kereta berkunci, jadi dia pun masukkan kunci secara manual.
Aku tak pasti kenapa dia tak pakai remote je kan senang.
Buka-buka tak dapat. Tetiba dia garu kepala, dan kata,
"Eh, mana satu kereta aku aaahh".
Dia pun beralih ke kereta sebelah, iaitu Myvi putih.
Masuk kunci terus terbuka, dia pun masukkan barang sambil senyum malu-malu.
Persoalannya, kenapa dia boleh lupa warna kereta dia?.
Kami memnag gelak lah lepas masuk dalam kedai.. Comel pula.

Fikir positif, mungkin dia tak cukup makan, atau tak cukup tidur. hahaha..

Apa pun warna Myvi dia, aku tetap suka Myvi Purple :p

Monday 6 January 2014

Kalau Awak Sakit Perut...


Sejak aku kecil lagi kan, aku memang kerap atau mudah sakit perut.
boleh jadi sebab cuaca tak baik yang menyebabkan
keadaan sejuk dan berangin. Boleh juga jadi sebab makan pedas,
 makan tak betul, atau makan tak bersih,
aku memang mudah sangat sakit perut.
Dan sekarang pun aku sedang sakit perut.
Aku suspek sebab makan belacan tadi tengah hari.
Sebenarnya aku ni penggemar belacan.
Tapi oleh sebab aku tak biasa makan guna tangan,
hmmmm.... maksud aku, aku suka guna sudu.
Jadi aku sukar untuk makan belacan.
Lagi pun, aku memang takkan dapat tidur bila aku tercium bau yang tak best.
Kan kadang-kadang belacan lekat bau kat tangan atau kat mulut.
Aku memang tak selesa. Jadi belacan akan di tolak ke tepi.
Tapi hari ini bukan aku seorang je sakit perut.
Adalah orang tu.... dia pun sakit perut juga.
Sakit sebab apa, tak tahu lah.
Dalam situasi aku, aku suspek ini si belacan punya pasal.
Nak hilangkan sakit perut ni sebenarnya senang je.
Ini tips nenek aku bagi.
Tips ni banyak orang tahu sebenarnya dan dunia perubatan pun perna kaji pasal ni.
Iaitu menggunakan halia.
Kajian perubatan pun menyokong keberkesanan halia.
Jadi jangan cakap ini ilmu bidan kampung okey!!

Caranya..

Ambil sedikit halia dalam setengah inci.
lepas tu tumbuk-tumbuk atau hiris kecil-kecil.
Lepas tu masukkan dalam gelas dan masukkan air panas.
Buat macam tea.
Biar beberapa lama sampai suam.
kuar-kuar dan hirup lah.
Minum suam-suam tu best tau.

dah siap minum tu, rehat je. Kita akan rasa perut kita panas...
rasa selesa, lama-lama hilang sakitnya.

Halia ni bukan saja boleh buat kita sendawa, buang angin yang menyebabkan
sakit perut akibat kembung, tapi juga boleh panaskan perut kita yang sejuk.
Kalau yang senggugut pun boleh amalkan.
Lagi mudah sekarang ni kalau yag tak suka minum tu, boleh guna krim halia.
Sapu kat perut, memang best.

Jadi awak... kalau awak sakit perut, awak jangan lupa tau tips ni.
Manalah tahu nanti tak sempat nak ingatkan dah...



Sunday 5 January 2014

Siapa 'mereka' yang bakal menemaniku....

Sekali lagi malam berlalu.
Entah kenapa aku sangat kecut untuk menempuh malam.
Aku matikan semua lampu.
Gelap!.
Dan kini aku sendiri.
ku pandang kiri kanan, gelap.
Tapi untung aku sedang berbaring di atas katil yang embuk.
Berlapiskan cadar purple pemberian dia.
Selesa.
Jadi kenapa aku gusar dengan malam?.
Sebab aku risau jika mentari besok bukan lagi rezeki mataku.
Hujan masih setia berteman dengan malam.
Dinginnya menerpa kulitku.
Enak sebenarnya keadaan itu.
Jujur aku tidak mahu meninggalkan nikmat ini.
Tapi aku tak mampu tipu diri.
aku mesti bersedia untuk itu.
keadaan di sana adakah seselesa begini?.

Seorang ustaz perna kata, suasana kubur sebenarnya sempit.
Tapi amalan baik kita akan meluaskan ruang itu.
Ketika itu 'mereka' menemani kita.
Cahaya mereka menerangi kegelapan kawasan itu.

Tapi jika amalan kita buruk yang banyak,
'mereka' juga akan bersama kita. Sempit, busuk, gelap dan terbit dengan pelbagai rupa.
Ngeri!.
Jujur debar hati kencang mengingatkan saat itu.

Wahai keluarga, sahabat, kawan dan kamu..
Doakan aku selamat.
Dan maafkan dosaku.. Kasihani aku.. :'(

Saturday 4 January 2014

Saat ini

Saat ini, aku sedang dengar lagu Everything by Chester See.

Lirik yang paling aku suka adalah..

"Your eyes are wonderful, your smile is too".

Simple tapi sebenarnya cukup memberikan kesan buatku.
Tadi aku buat 'sesuatu'. Sesuatu yang indah dan menjadi mainan impian kami.
Sesuatu apa ?. Dia faham apa yang kami buat saat ini.

Dulu aku bertanya kenapa dengar lagu itu mampu menjadi haram,
Sedangkan ianya cuma lagu.
Dulu aku perna terfikir, islam ini terlalu mengongkong.
"Itu hanya sebuah lagu!."
Bisikan syaitan membuatkan aku mempersoalkan hukum Tuhan.

Ketika itu aku masih berfikiran suci.
Nafsu ku belum menguasai diri.
Ketika itu bagi ku lagu hanya lagu.

Tapi,

Bila aku telah cukup dewasa.
Aku mengenal cinta.
Ketika itulah lagu itu merasukku.
Patutlah ianya mampu menjerumus ke arah haram,
kerana setiap lirik mampu menjauhkan diriku dari Sang Pencipta.
Setiap bait lirik yang memuja kekasih akan membawa aku membayangkan tentang dia.
Ketika itu entah di mana ku letak Tuhan.
Terfikir jauh melewati hati yang sarat dengan cinta.
Tapi yang malangnya cinta itu entah beratnya kepada siapa.
Terasa diri menduakan Tuhan.

Allah...Tolong jauhkan aku kepada perkara yang melalaikan.
Ingatkan aku pada-MU Ya Allah.
Sebak.

Sebak hanya seketika..
hati mula mengingat yang lain.
Jadi baik aku matikan lagu.
Dengar pula lagu-lagu yang lebih baik.
Nafsu itu telah sedap untuk dilayan.
Kerana itu,
atau Mungkin kerana itu...
Aku mudah tergelogsor dari jalan.

Semoga iman ku bertambah kuat.
Aku mahu meletakkan cinta Allah di tempat tertinggi.
Tapi mungkin kerana rendahnya keimananku buat aku menipu hati.
Keliru dengan pemilik tempat teragung.
Walaupun terang nyata siapa pemilik takhta agung itu.
Allah..
Tolong sedarkan aku jika aku lalai lagi.
Tolong mudahkan cinta ini.
Engkaulah harapan ku buat takdir yang masih belum tahu di mana arahnya.



Tuhan, terima kasih berikan aku perasaan cinta :)

wechat bersama Pertama

Hari ini adalah hari pertama kita menggunakan wechat bersama.

Comelkan?.

tapi tolong tidur, besok awak nak kerja..

Kerja itu tanggungjawab.
Tanggungjawab itu amanah
dan amanah itu ibadah.

Ku kawal langkah bukan kerana tiada sayang.
Tapi aku selalu gusar tentang langkah sendiri.
Khilafnya aku..

Thursday 2 January 2014

rindu

Kerap aku tak faham,
apa yang aku mahu..
apa yang aku kejar.

Peluang ada di depan mata.
Kini kita berpijak pada tanah yang sama.
tapi aku tetap di situ
kini di sini.
Bukan mengurang Kilometer
Lagi bertambah bilangan Kilometer

Rindu...
kekal di simpan.
Selamat beradu bidadariku..

Wednesday 1 January 2014

Ros Biru Untuk Dia- Continue*

Malam ini kita sambung cerita semalam.
Ros Biru Untuk Dia.
Bila tiba babak menarik,
aku suka buat iklan.
Bukan apa, aku suka kau kata, "Alaaaaaaaa"
Comel.
Nampaknya kau suka pengakhiran Novel itu.
Tapi awak, hidup ini bukan novel.
Jadi cerita hidup tidaklah semudah itu.
Pengakhirannya sentiasa indah.
Apa pun,
terima kasih si pengarang novel 'Ijazati Habib'
Novel Ros Biru Untuk Dia menjadi peneman cerita pada malam ini.
Sekurang-kurangnya, ia menjadikan malam sedikit indah.
Suatu perkongsian.
Novel yang amat baik dan meyentuh hati.

Semoga Adam dan Lyana akan bahagia selamanya..

Tiba-tiba terjaga

Dalam fikiran aku asyik berfikir hidup tanpa dia.
Bukan mahu..
tapi takut....
Aku tak mahu!!!
kadang-kadang aku rasa tak adil dengan dia,
aku takut membayangkan hidup tanpa dia,
aku takut kehilangan dia,
aku menangis minta kat Allah...
Tolong panjangkan sedikit masa ku bersama dia.
Tapi....
kenapa dengan mudah aku kata,
pilihlah dia jadi teman hidup mu..
lupakan aku..
Dia menangis. 
"tak mahu.. tak nak... awak tak kesian ke kat saya ?"

Perasaan kami sama.
Aku tak mahu dia pergi dari hidupku.
Konon berharap dia bahagia dengan yang lain. 
Tapi bahagiakah dia ?.

Ros Biru Untuk Dia,

Sejak akhir-akhir ini aku rasa janggal untuk berbicara dengannya.
Walaupun cerita itu sudah biasa kami kongsi.

Awak dah makan ?. 
Awak dah Solat ?.
Awak dah mandi ?.
Awak sihat tak ?.
Hari ini ada cerita menarik ?.

Sepanjang 493 hari kita bersama, itu lah soalan yang tidak perna hilang dari hari yang berlaku. 
Tapi entah kenapa, janggal sungguh untuk aku habiskan bulan Disember ini.
Aku harap ini bukan Disember terakhir buat kita.. Jauh sungguh harapanku.
Semalam, kita bercerita tentang novel. Ros Biru Untuk Dia.
Oleh sebab kau suka Purple, kau tukar tajuk novel tu, 'Ros Purple untuk dia'
Kalau bunga Ros Purple itu wujud, aku akan berikan pada kau.... :)

Kau sangat tertarik pada cerita novel itu.
Aku fikir aku dah bagi novel itu pada kau, rupanya salah.
Novel yang dulu tu bertajuk 'Buat yang teristimewa".
Semalam aku cerita separuh saja kita novel itu.
Cukup pada babak kemuncak.. Kau memujuk.. lepas tu.. lepas tu...
Aku kata, "sabarlah..."
"Alaaaaaaaaa...." panjang sungguh keluh mu.
Rajuk yang sering buang aku berasa rindu.

Malam ini kau tuntut aku untuk sambung cerita kelmarin.
Tapi keletihan menjalankan tanggungjawab di siang hari buat kau lebih berminat untuk tidur.
Kesian dia letih...
Wajah mu ketika tidur sungguh tenang.
Tenangnya wajah menyembunyikan seribu luka.

Sekarang aku sedang dengar lagu Relakan Jiwa.
Sudah berpuluh kali aku ulang.
Menanti kau bangun.
Kini Sudah jam 12:00 am.
Sudah masuk tahun yang baru.
Selamat tahun baru sayang... Semoga tahun ini adalah tahun bahagia buatmu.

Kau kata, 

"Bed time Story bila saya bangun ye abang.."

Aku sedang menunggu bidadari ku untuk terjaga..

Walaupun hidup kita bukan seperti novel
Walaupun di terjah dengan dugaan yang dasyat
Tapi akhirnya tetap bahagia.

Namun aku tahu,
Karangan Allah itu jauh lebih baik..