home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Thursday 7 February 2013

Kanak-kanak sembilan tahun lahir anak di Mexico


Dari KOSMO bertarikh 07 Februari 2012:

BANDAR RAYA MEXICO - Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia sembilan tahun telah melahirkan seorang bayi perempuan, kata pihak berkuasa tempatan dan anggota keluarga kanak-kanak berkenaan semalam.

"Kanak-kanak perempuan itu berusia lapan tahun semasa dia mula hamil. Bapa bayi yang dilahirkan itu pula merupakan seorang remaja berusia 17 tahun. Namun, kami masih tidak dapat menemuinya kerana dia telah melarikan diri," kata ibu kepada kanak-kanak perempuan berkenaan.

Seorang pegawai di pejabat pendakwa raya daerah, Jorge Villasenor berkata, pihaknya sedang memburu remaja lelaki itu.

Menurutnya, cerita sebenar perlu diketahui daripada remaja lelaki itu bagi mengetahui sama ada dia hamil kerana dirogol atau disebabkan penderaan seks.

Bayi itu dilahirkan pada 27 Januari lalu di Hospital Zoquipan.

Berat bayi itu ialah 2.7 kilogram.

Kanak-kanak perempuan tersebut bersama anaknya perempuannya dibenarkan keluar dari hospital itu pada hujung minggu lalu. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0207&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2KCgCd9qe
Hakcipta terpelihara

Chop! menakutkan betul zaman sekarang ni. Sex dan macam main pondok-pondok. Kalau zaman kita dulu, kita main pondok-pondok, ada watak papa, mama, abang, kakak dan adik. Zaman sekarang, ada watak papa dan mama je, watak anak tunggu 9 bulan kemudian.. Minta di jauhkan dari semua saudara seislam ku.

No comments:

Post a Comment