home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Thursday 24 October 2013

Jalan-jalan cari cinta

Hadirnya Adam dari cinta Sang Pencipta.
Maha agung Allah ciptakan Adam sebagai Khalifah bumi yang indah.
Atas dasar cinta Adam,  maka tangan di tadah mohon teman.
"Ya Allah, aku perlu teman...."
doa diri sendiri.
Lahirnya Hawa menjadi sinar kepada hari-hari yang berlalu.
Adam punya Hawa.
Senyum bahagia akhirnya menjadikan jutaan manusia pada hari ini.
Bibit cinta antara dua orang manusia melahirkan si kecil.
Hidup bermula dengan cinta.
Membesar mencari cinta, seolah-olah hidup kita berjalan hanya untuk mencari cinta.
Cinta Agung itu adalah hanya pada Maha Pencipta.
Kerana DIA yang menjadikan hari semalam,
mengatur hari ini,
dan merancang hari esok.

Kegelapan itu perlukan sinar.
maka,
Sang Pencipta memberikan kita Nabi mengikut zaman.
Akhir zaman menjadi milik Muhammad.
Peritnya dugaan membentuk akhlak umat akhir zaman.
Umat yang sering berasa hebat kerana bijaknya akal.
Lupa siapa yang memberi akal itu.
Muhammad menjadi mengantara Allah dan hamba-NYA.
Kini, lihatlah hidup kita sungguh terjaga dari mazmumah.
Walau Dia telah tiada,
Sunnah dan AlQuran jadi pedoman.
Kerana itu, cinta kedua kita perlu dan memang perlu di Tulis nama Muhammad
Nabi junjungan kita. Muhammad SAW.

Masih lagi berjalan mencari cinta.
Muhammad ditanya oleh seorang lelaki yang mahu meletakkan rasa cinta,
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin?”
Dia menjawab “Ibumu.” 
Namun hati masih ada ruang untuk cinta.
maka ditanya lagi: “Kemudian siapa?” 
Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ibumu.” 
Orang itu terus bertanya: “Kemudian siapa?”
 Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ibumu.” 
Orang itu terus bertanya: “Kemudian siapa?” 
Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ayahmu.”
Teringat detik ibu melahirkan,
Meletakkan nyawanya untuk melahirkan kita.
Kata kawan, si ayah hanya mampu melihat.
Sakit di tanggung sendiri.
Tapi jangan lupa, ayah menanggung sakit sehingga kita baligh.
Sehingga si gadis di serah pada seorang mujahid.
Sakit yang lama.
Kerana itu, cinta juga diletak pada si ayah.
Namun darjat lebih sedikit untuk si ibu.
Darah itu tidak sia-sia duhai ibu.
Perjuangan nyawa di balas dengan darjat yang tinggi.
 Tuhan Maha Adil.

Tiga tempat telah diisi.
Pertama Allah
Kedua Nabi Muhammad.
Ketiga Ibu Bapa.
Ibu yang ku panggil mak, bapa yang kupanggil abah.
Namun hati kecil itu rupanya luas ruangnya.
Masih minta diisi oleh seseorang.
Ada juga yang mengisi lebih dari seorang.
Nikmatnya punya hati yang luas ruangnya.

Majnun perlu laila, 
jika tidak dia jadi gila.


Si dara minta si teruna.
kerana tidak mahu hidup merana.

Saat si teruna mimpi pertama.
Mimpi yang membuat jiwa bergelora.
Batin minta di isi.
Di situ bermula iman teruji.
Akal, hati dan nafsu sering bertelingkah.
yang mengawal adalah iman.
Iman kata,
"kawal lah dirimu duhai nafsu!"
Tapi nafsu terus menggasak hati.
hati dipukul bertubi-tubi.
sehingga hati lemah...
"Aku mahu dia... mahu... mahu.."
Akal berkata,
"Jom kita cari idea macam mana nak dapatkan dia"
Mujur kembar si akal yang bernama waras mencela,
"perbaiki dulu dirimu..".
Iman tersenyum. 
Mujur waras bersama dia.
Tapi nafsu tak putus asa.
Dia bawa geng yang bertanduk.
Mereka terus memujuk hati.
Kadang-kadang memukul curi sehingga tempat Sang Pencipta di takhluki.
Tempat Muhammad di ceroboh. 
Tempat ibu bapa musnah dibakar.
Hati jadi kosong.
Banyak tempat sudah rosak.
Hati hanya meletakkan satu tempat yang kosong.
untuk sang kekasih hati.
Di situ hati tewas.
Iman sedih. 
Dia dipinggirkan.
Tidak diberi makanan.
akhirnya dia tidak lagi bersama hati.
Kuasa milik nafsu.

Mahukan kita begitu?.

Periksa iman, sudahkah dia di isi pada hari ini...?

andai iman kita di jaga.
Ceritanya berbeza.
mukadimah masih sama. 
Keinginan hati.
jalan-jalan cari cinta.

Majnun perlu laila, 
jika tidak dia jadi gila.


Si dara minta si teruna.
kerana tidak mahu hidup merana.

Saat si teruna mimpi pertama.
Mimpi yang membuat jiwa bergelora.
Batin minta di isi.
Di situ bermula iman teruji.
Akal, hati dan nafsu sering bertelingkah.
yang mengawal adalah iman.
Iman kata,
"kawal lah dirimu duhai nafsu!"
Tapi nafsu terus menggasak hati.
hati dipukul bertubi-tubi.
sehingga hati lemah...
"Aku mahu dia... mahu... mahu.."
Akal berkata,
"Jom kita cari idea macam mana nak dapatkan dia"
Mujur kembar si akal yang bernama waras mencela,
"perbaiki dulu dirimu..".
Iman tersenyum. 
Mujur waras bersama dia.
Iman terus diperbaiki.
Ilmu dicari.
tampan wajah dengan cahaya iman
Tapi nafsu tak putus asa.
Dia bawa geng yang bertanduk.
Mereka terus memujuk hati.
Kadang-kadang memukul curi 
Tapi iman terlalu kuat.
tempat Sang Pencipta dijaga
Tempat Muhammad dijaga. 
Tempat ibu bapa di jaga.
Hati masih penuh.
Tempat yang kosong masih boleh dikawal.
Saat semua telah sempurna.
Hati si dara di takhluki dengan iman.
Akad dilafaz.
Cinta halal bermula.
Lahirlah dikecil yang menjadi cinta baru buat mereka.
Hasil dari cinta mereka.
Hari terus berjalan.
jalan-jalan mencari cinta.
Akan ada jalan yang salah.
Perlu iman sebagai pengawal diri.

Siapa yang akan tersesat nanti ?.





Wednesday 23 October 2013

Jangan Cuai Lagi




Hari itu dia mengeluh.
Bukan mengeluh, tapi sebenarnya menyesali.
Kesalahan kecil yang sebenarnya besar nilainya bagi mereka yang sedang merasa perit.




Hari yang lalu,
RIGHT AND LEFT.
hanya kerana dua perkataan itu, ada yang menjadi mangsa.
Doktor juga manusia. Namun salah bukan pilihan buat jalan hidup mereka.
Salah perlu di elak. Jauh-jauh!. Jangan sekali Tidak.
tapi hari itu, dia cuai. Kiri jadi kanan, kanan jadi kiri.
Dia sedih.
Meluah padaku dengan rasa bersalah.
Aku ?.
itu saja mampu aku jawab. "Sabarlah, mungkin Allah nak mengingatkan awak supaya jangan cuai lagi"

Hari ini,
Sekali lagi dengup jantungnya bergerak laju dari biasa.
Ya. Kamu buat salah lagi.
Aku tegur.
"Apa yang awak telah buat ?."
"Saya rasa tak sedap hati, rasa tak sihat". Jawabnya. Tipu.
Tapi aku tahu, tiap kali dia begitu, dia sedang tersalah langkah.
Dia orangnya amat kuat hatinya.
Sakit bukan sebab pada gemuruh.
Namun jiwanya lembut. Bukan rapuh. Hanya lembut.
Salah kecil akan merasuk jiwa tenangnya.

"Awak.. saya rasa saya dah buat silap tadi..". Akhirnya seperti biasa, dia pasti luahkan.

Dia pun memulakan cerita.
Tapi hari ini, aku cuma nak buat dia tersenyum.
Harap sedikit lawak mampu tenangkan jiwanya.

Salah itu memang tidak patut engkau lakukan.

Malam berlalu dengan cerita.
Di situ ajaib nya doa dan niat terpancar.
Allah keluarkan kita dari masalah dengan baik-baik sahaja.

Ingat tak dulu,
Saat kita melakukan salah.
kita berdoa dengan penuh rasa meminta.

"Ya Allah, selamatkan aku...."

Masa tu, kita berharap ada jalan penyelesaian. Tapi tiada. Langsung tak nampak.
Hari kita lalui.
Bos marah.
Kawan marah.
Hati risau.
Tapi besoknya, atau hari ini, Allah keluarkan kita dari salah atau musibah itu dengan cara cukup baik.
Rupanya bukan saja-saja ia berlaku.
Hebat. Selesa. Sampai lupa sebut alhamdulillah.
Air mata bukan sia-sia.
Tapi itulah ubat free dari Allah.
Maka berserah lah.

"Ya Allah, aku serahkan urusan ini pada-MU".

Hari itu kita tersepit, hari ini kita mampu ketawa dan berhibur tanpa cerita derita.

"Cukuplah hanya Allah bagiku"

Berdoalah setiap hari sebelum memulakan urusan.
Serahkan urusan kita kepada Allah.
Niatlah bekerja kerana Allah.
InsyaAllah setiap langkah kita akan dijaga.
Bekerjalah bersungguh-sungguh sesuai dengan kemampuan.
ikhlaskan hati dalam kerja.
elakkan kecuaian.
Semoga Allah menjaga langkah kita.

Tuesday 22 October 2013

Mudahnya melabel mereka

Jam di tangan aku renung. Sudah jam 1.32 pagi. Namun kelopak mata masih belum juga mahu bertemu.

Cuma sesekali mereka bermain ‘jumpa dah pisah’. Mata berkelip.
Sebenarnya saat ini aku masih menunggu seseorang yang sedang lena dalam lapar.
Lebih suka melayan mata dari mulut yang minta dilayan.
Letihnya dia. kesian.
Maka rutin asal bermula. Salahnya tabiat menjadikan ‘muka buku’ sebagai penutup tirai kepada sebuah hari.
Mungkin atau sebenarnya amat perlu mengubah sesuatu.
Menjadikan alquran sebagai membuka dan penutup hari. Itu perlu.
Waktu ini ada sesuatu atau sebuah atau ada penjodoh bilangan yang lebih sesuai pada satu perkataan.

Seperkataan yang menarik perhatian ku.

“Umngok”.

Sejak pilihan raya lepas aku mula mengenali perkataan itu.
Mulanya aku tidak faham atau sebenarnya buat-buat tak faham.
Umngok adalah perkataan yang wujud dari campuran dua perkataan.
Tak payah lah aku nak taip, sebab tak elok budak-budak baca.
Aku tanya pada seorang rakan yang menggunakan perkataan itu.



Aku : umngok tu apa?

Rakan FB : sejenis binatang bkaki dua tp xberotak...hihi



Mudahnya jawapan beliau. Kemudian aku bertanya lagi,



Aku : binatang bkakidua tpx berotak tu beragama apa?

Rakan FB : xtau la...xdpt dikenal pasti

Aku : ooohh x thu ye. patut la

Patutlah hina sungguh letaknya taraf pada ‘mereka’ kerana si dia yang bijak pandai itu rupanya sendiri tak tahu apa agama orang yang di letakkan taraf sebagai binatang.



Aku bukanlah seorang ustaz seperti dia. Bahkan ilmu ku terlalu cetek untuk menegur.
Apatah lagi ingin menjawab perbahasan mereka soal hukum.
Aku masih perlu bergantung pada buku untuk mencari jawapan.
Tapi dalam beberapa hal lebih-lebih lagi dalam bentuk hinaan terhadap sesama muslim,
Aku amat tidak bersetuju. KECUALI apabila orang itu telah menghina Allah, Muhammad dan seluruhnya berkaitan Islam.

Aku bukan orang yang termasuk dalam golongan yang menyokong kerajaan pada hari ini.
Banyak corak kepimpinan yang aku lihat amat pincang untuk bergerak.
Negara kelihatan tenang namun sakit yang tersembunyi kian tenat. Risau tiba-tiba nazak.
Macam demam selsema dengan cancer,kita boleh nampak orang yang demam itu sedang sakit.
Tapi orang yang sedang elok duduk di atas batu sambil menikmati udara sekeliling dengan senyuman, kita tak tahu rupanya dia sedang mengidap cancer.
Cancer membunuh dalam senyap. Risau saja negara kita begitu.



Ayah tua termenung jauh. Risau keamanan hari ini tidak dapat dikecapi oleh cucunya yang sedang lena dalam perut anak ayah. Generasi ketiga mereka bakal lahir. Itu juga manusia yang bakal mewarisi negara.



Semua orang risau.



Maka pelbagai Parti yang wujud kerana kerisauan ini.
Ada yang benar-benar risau maka niat hanya satu. Menuntut Pembelaan.
Ada yang wujud sekadar untuk memeriahkan keadaan yang sedia meriah.
Begitu juga pada pengikut.
Ada yang muncul kerana ingin sama-sama berjuang.
Tapi tidak kurang juga pada yang muncul sekadar ingin berbasi-basi.



Aku lebih gemar pada parti yang berpegang pada agama.
Kerana bagi aku,jika agama dipegang, maka undang-undang terjaga, akhlak terpelihara.
Yang haram akan dibuang jauh-jauh. Yang halal itu diamalkan.
Maka akan wujud politik yang bersih. Hanya kerana satu tiang agama yang menjadi pautan pada semua Saudara.
Tapi sejak hari itu, aku masih melihat parti ini masih belum berjaya ke puncak.
Bukan kerana pemimpinnya tidak bijak atau yang mengikutnya tidak berilmu.
Tapi mungkin ada beberapa perkara yang masih belum cukup kuat.


Antaranya tahap syukur dan akhlak.
Sekali lagi maaf kerana butir kata yang seakan menunjuk diri bijak.
Ia hanya mungkin pendapat peribadi aku sendiri.



Menyambung,

Buktinya, kita melawan musuh dengan nafsu.

Hari itu mereka membaling tahi, hari ini kita juga membaling tahi.
Maaf bukan kita tapi orang-orang yang suka bermain dengan tahi.
Itulah manusia yang suka bermain dengan kata-kata yang kesat.
Seperti perkataan tadi “umngok”.
Mereka itu juga ada dari kalangan saudara kita. Saudara seislam kita.
Kenapa ada yang suka-suka melabelkan mereka begitu?.

Adakah itu yang Nabi kita ajar ketika melawan musuh islam?.

Nabi melawan dengan akhlak dan kebijaksaan tutur kata dalam berbicara.
Memang kita tidak mampu menjadi seperti baginda, namun,sedikit akhlaknya masih boleh kita capai.
Sekurang-kurangnya mengikut akhlak Baginda.
Kita mahu berjuang atas nama Parti Islam tapi jauh sekali mengikut cara islam.

Jadi apa bezanya kita,kamu,aku, dia dan mereka?. Seperti sama.

Suka bermain tahi.



Jagalah akhlak dan tutur kata dalam berbicara.
Kerana tidak semua orang akan menilai kita dalam bentuk positif.
Janganlah hanya jadi ‘syok sendiri’ ketika berbicara atau berkongsi rasa.

Maaf kalau aku terkurang ajar. Sila ajar aku



Jam dah 2.47 pagi, tapi dia masih senyap...



Monday 14 October 2013

MENGHARGAI dan MEMPERCAYAI.

Assalamualaikum.

hari ini tiada pendahuluan yang panjang.
cuma terus kepada cerita.
Perkongsian tentang menghargai pasangan.
Dalam sebuah hubungan.
Antara seorang lelaki dan perempuan yang bercinta
Tak semua akan bahagia hingga ke akhirnya walaupun permulaan cinta itu indah sangat.
Seindah menjilat aiskrim di tengah-tengah terik mentari ketika bulan Ramadhan.
Membayangkannya pun sudah nikmat.
Dua perkara yang amat penting untuk mengekalkan hubungan adalah..
MENGHARGAI dan MEMPERCAYAI.

Memang saat bercinta, kita mudah cemburu.
Kerana cemburu itu tanda kita sayang dan takut kehilangan.
Sehingga kadang-kadang tahap cemburu kita seakan meragui.
Kita hampir menunjukkan rasa kurang percaya pada pasangan kita.
Ianya baik untuk si dia yang cemburu tapi bukan pada sidia yang di cemburui.
Aku nak bercakap dari sudut seorang lelaki.
Lelaki memang suka tengok perempuan walaupun dia dan berkahwin.
Dan perempuan selalu membandingkan dirinya dengan jiwa lelaki.
Kerana lumrahnya mereka sangat hebat.
Mencintai suami sepenuh hati tanpa melihat yang lain.
Lelaki miang kekal sampai ke sudah.
Tapi sebenarnya perempuan juga tidak tahu, tak semua pandangan lelaki itu telus pada perasaan 'suka'
Tapi kadang-kadang dia melihat kerana ada sesuatu yang menarik.
Lekatnya hanya dimata tapi langsung tidak terkesan dihati.
Lelaki berkawan dengan semua orang.
Lelaki dan perempuan.
Lelaki memang suka memandang tapi perempuan mesti menilai satu perkara yang semua orang tahu.
Hati lelaki tidak selembut wanita.
Lelaki tidak mudah jatuh cinta hanya dengan melihat sekeliling.
no hard feeling kata orang kedah. hehehe.
Tapi perempuan fitrahnya berhati lembut. Mudah tersentuh dan melekat di jiwa.
Akhirnya terbuai dengan perasaan sendiri. Dan mungkin itu antara sebab kenapa isteri akan menjadi hak mutlak pada seorang lelaki. Hanya seorang.
Kalau rasanya perempuan pun boleh poligami, agaknya ramai juga yang berlaki banyak.
Kenapa kita tidak membandingkan dari semua aspek fitrah?
hati ke hati.

Perkara kedua yang penting adalah menghargai.
Kita selalu fikir kita sentiasa menghargai.
menjaga pemberian si dia bagai nyawa.
Sungguh menghargai.
Sanggup membalas cinta dengan segalanya sehingga sanggup memberikan maruah.
Sungguh menghargai.
Tapi sebenarnya, ramai orang yang gagal menghargai pasangannya.
Kerana yang mereka hargai cuma barang pemberian bukan tuan yang memberi pemberian.
Sebabnya mudah.
Aku memberi pendapat dari sudut seorang lelaki.
Setiap hari kata-kata cinta diungkap.
di layan seperti seorang puteri. Bidadari lalu pun buat-buat tak nampak.
Buat-buat je lah. tapi nampak je pun. hehe..
Segalanya di layan dengan baik.
Tapi HANYA kerana SATU ucapan atau cerita bukan atas namanya (nama perempuan lain),
terus setiap saat yang di ucap tu hilang seperti tahi yang di pam di dalam tandas.
Seperti kentut yang busuk apabila di tiup angin terus hilang baunya.
Magic kan?.
Bagaimana rasanya layanan yang indah disama tarafkan seperti tahi.
Lelaki yang bekerja di luar berkawan dengan semua orang.
Sepatutnya pasangan lebih arif tentang perasaan pasangannya.
Bukan hanya tahu berprasangka yang tidak wajar.
Bila sebut nama perempuan lain.
Sekali saja dalam sebulan, terus soal kata kita ingat perempuan tu.
Bayangkan dalam sehari, berapa ratus kali nama sendiri di sebut.
Bukan takat sebut saja, siap tambah my honey, my baby, my sugar, my angel.
Semua my la. tapi skali sebut nama perempuan lain entah dah berapa bulan tak sebut,
Terus kata ingat?
SHIT!.  Rasa macam sama je dengan tahi.
Makan banyak-banyak, berak dan pam.
Tak sedikit ke melekat di hati?.

Masa tu bila kesabaran dan tahap maksimum,
baru lah nak minta maaf.
Baru terasa hadirnya kita ada makna.
Baru terasa diri telah cukup di sayangi.

Kalau lelaki dan beri kasih sayang, jaga hati baik-baik,
balas lah dengan macam tu juga.
Jangan harap orang lain jaga hati kita,
tapi kita sendiri tak jaga pun hati orang lain.
mana adil.
Sebab tu Allah tak bagi pasangan lagi kot.
Sebab bila Allah bagi seseorang yang sayang dia, dia harap dia je di sayangi.

Tiba-tiba aku rasa satu perkara.
Dulu aku lebih bahagia.
Walaupun aku sendiri.
Tak pa lah, aku pun muda lagi...



Friday 11 October 2013

Ucapan Claire Untuk Mommy nya


Hari tu saja buka youtube.
Macam biasa lah, bila aku rasa stress dan penat dengan kerja,
aku suka tengok video budak-budak dan bayi.
itu cara aku untuk happykan diri.
tertarik dengan sebuah video ni.
Ucapan seorang kanak-kanak sempena hari lahir ibunya.
Ucapan dia buat aku tersenyum.
Dia sangat comel dan setiap ayat yang keluar dari bibir comel dia buat aku ingat pada si
Miss Sleepyhead!.
Senyum sorang..

Hi Mommy!!


I want u to know..

 that u're the greatest mommy!

I love U so much!!

there's a lot reasons why.. 

emm.. why I love U..

Number one.. U're beautiful..

Number two.. U're amazing!!

Number three, u're the best mommy ever!

Number four.. err... Number four...

FOUR....

U're the best cook.. (macam tak yakin jer)


Nada sedih...

I love being with U..

U work so hard..

I miss U when u're gone.. :'(

Lepas tu dia nyanyi lagu happy birthday.

Sweetnye dia..

Dan aku pun nak kata benda yang sama buat si sleepyhead..

Tapi jawapan aku lebih dari 4 sebab tu. Cuma apa sebabnya, aku pun tak tahu.
Tiba-tiba aku suka kau. Bukan orang lain. Tapi kau..
aku tak mampu atau tak boleh buat video sweet-sweet macam budak tu buat.
Tak payah nak jadi sweet sangat.
Tapi dalam hati aku ada rasa yang indah.

Tak boleh diucap dengan kata-kata.
Tak dapat di tunjuk dengan rakaman video.
Tak mampu di baca dengan bahasa yang puitis.
Cukup kau tahu... Aku Suka kau.
ringkas, padat dan tepat.

Don't forget until went-went. Pliss!!

Sunday 6 October 2013

"Cantiknya Hanis Zalikha !"

Selamat malam buat seorang budak yang tengah merajuk.

Assalamualaikum buat mereka yang sedang membaca.

Tajuk entry kali ini adalah agak miang untuk seorang lelaki macam aku.
Maklumlah.. duk puji-puji pompuan yang takda kaitan dengan hidupku.
Atau kaitan nya hanya saudara seislam..
adalah juga kaitan dengan si cantik manis tu kan.
Okey.. Tapi motif entry ini di tulis taip adalah kerana ucapan itu seorang budak telah merajuk.
Fuhhh... sentap!.
Bukan aku yang sentap. tapi dia.
itu dia.. itu diaa...
Tapi untuk mengurangkan rasa merajuknya itu,
Aku pula yang sedang merajuk.
So, kesimpulannya, siapa yang tengah merajuk ni???
Jawapannya, ada dua orang budak yang tengah merajuk.
Puncanya hanya...

"Cantiknya Hanis Zalikha !" .

Dia merajuk sebab dia marah aku puji perempuan lain.
Dia suruh aku jaga pandangan..
Aku tersenyum bila dia kata macam tu.
Dia kata jangan tengok perempuan cantik lagi.
Jadi, aku tak boleh tengok dia juga lah sebab dia pun cantik juga.
Adoiii..
Tapi dia terus merajuk dan suruh aku sambung buat kerja.
Sedih juga lah aku sebab masa free kami bukan banyak.
Tapi bila ada masa free macam ni, masa ni jugalah adegan merajuk berlangsung.
Yes! salah aku juga lah. Yang pi puji perempuan lain tu pe hal kan..
Tapi yang aku merajuk ni.
Hari-hari aku duk puji dia.
Hari-hari aku cakap benda yang baik-baik kat dia.
Tapi sekali je aku puji orang lain, terus dia lupa beratus kali aku puji dia.
Adil ker???

tak ada yang adil ke tak. kesimpulan nya..
Jaga lah pandangan kita.

Padan muka aku.

Tapi Hanis Zalikha memang cantik. hahaha..

tapi cantik itu tak semestinya yang paling indah. Kerana bidadariku hanya kamu :)

ini lagu untuk awk..



Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang

C/o:
Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih

Tuesday 1 October 2013

Besok PMR!!!!!


Assalamualaikum..

Tadi balik lewat. Pulang-pulang rumah terus membuta.
Penat. macam kerja susun bata saja.
Tapi ini sebenarnya susun bata dalam minda.
Tadi aku tengok budak-budak sibuk susun meja.
Muka macam seronok saja menyusun. Tapi perasaan yang kat dalam tu kita tahu.
Dan sebenarnya... Aku pun berdebar juga.
Walaupun bukan aku yang ambil exam PMR,
Tapi aku ni ibarat orang yang menjadi ketua peperangan.
Mengarahkan tentera-tentera yang aku dah latih untuk berjuang.
Masing-masing akan berjuang untuk diri sendiri.
Malam ini, persiapan yang adik-adik patut buat adalah,
Susun alat tulis dalam bekas, letak slip exam dan kad pengenalan.
Penting! jangan sesekali lupa.
Jangan lengah-lengahkan tapi terus buat.
Lepas tu jaga lah solat dan tambah solat hajat sekali.
Jangan ingat hari tu saja dah buat kat sekolah.
Tapi kalau boleh, buat hari-hari. Kalau belum mulakan, mulakan malam ini.
Alah.... dua rakaat je pun. Tak sampai 5 minit settle.
Dah buat semua tu, pergi salam mak ayah, atau sapa-sapa yang jaga kita tu.
Mohon ampun dan maaf. Minta doa yang baik-baik.
Ingat! doa ibu ni tiada hijab.
Akhir sekali, tidur awal.
pagi-pagi kalau kita bangun awal dalam keadaan tidur yang cukup,
otak kita akan segar.
Otak yang segar akan berfungsi dengan baik.
Seminggu dua ni, jaga lah makan minum. Jangan makan pedas-pedas.
nanti buang masa nak ke tandas saja.
Akhirnya tak sempat jawab.
Perna satu kes dulu.
pelajar di sekolah aku sendiri.
Malam itu dia belajar sungguh-sungguh.
banyak yang dia baca. Seolah-olah nak hafal satu buku!.
Sayangnya pagi itu dia jawab exam tersengguk sengguk sebab ngantuk.
Hilang fokus nak menjawab.
Kertas kedua pula jam 2 (lebih kurang).
Sebab tak tahan ngantuk, dia balik asrama dan tertidur seorang diri.
akhirnya dia terlepas satu kertas.
Kan sadis tu???.
Malam peperiksaan ni tidur lah awal.
Jangan risau, korang dah cukup membaca. Buang perasaan berdebar tu.

Kepada my sister-in-law (future),
yang belajar di SMK Perling tu.
nama dia  Norhazila binti Hazan (harap-harap tak salah eja).
Jawab exam baik-baik ye.
InsyaAllah adik boleh buat.
Kalau dah usaha tu, mana mungkin tak berjaya.
Usaha dah ada, jadi tawakal sajalah..
abang am dan semua kawan-kawan abg am doakan adik berjaya.
Amin ya Allah...

Adakah Wudu' batal sekiranya tersentuh Rambut (bulu) gugur?

Assalamualaikum.

Lama tak berkongsi sesuatu yang bermanfaat.
Asyik kisah sendiri yang konon nya 'sweet'.
Ada yang kata aku sweet. tapi sebenarnya aku ni bajet sweet saja.
Ingat!. tiada cinta yang sweet antara kita dengan pasangan yang belum di nikahi.
Berdoalah semoga urusan ke arah yang halal itu dimudahkan.
Tapi janganlah tamak dengan doa.
Doakan juga agar orang yang kita cintai itu bertemu jodoh yang baik.
Andai bukan kita yang terbaik untuk nya, doalah ada yang terbaik untuknya.
Dan ada yang terbaik untuk kita.
Dan mintalah juga semoga dia lah (yang kita cinta itu) adalah yang terbaik.
Simple...
Allah itu maha Penyayang lagi Pemurah.
Kalau hari-hari minta, Mustahil DIA tak nak bagi. Kita saja yang nak minta cepat.
Tapi sebenarnya hari ini aku bukan nak cerita pasal doa kekasih.
Macam biasalah, pendahuluan aku tidak akan sama dengan isi sebenar. he he he...

Apa yang aku nak kongsikan pada hari ini adalah,
Melihat komen seorang muslimah pada blog sahabat baik aku. Ammeer Hamzah.

Ini komen yang aku print screen tadi.



Sebenarnya,soalan ini perna diberikan oleh seorang pelajar aku dulu.
Soalan lebih kurang sama.
Kisahnya apabila dia melihat status sahabatnya di facebook yang mengatakan bulu yang jatuh itu najis.
Jadi, adakah bulu kucing yang selalu terbang di bawa angin itu boleh menyebabkan solat dan wudu' kita batal.
Aku cuma menjawab tidak batal sebab setahu aku lah, ustaz aku dulu perna kata,
Haiwan yang haram di makan saja, jika bulunya jatuh, bulunya di kira najis.
Jadi kalau ayam, itik, lembu, itu bukan najis lah.
Tapi macam mana dengan kucing?. 
Aku jawab tak batal sebab masa tu aku tahu kucing adalah haiwan kesayangan nabi.
Tak kan nabi nak jaga haiwan mampu menyebarkan najis (bulu gugur) di rumah baginda.
Ada beberapa hadith mengenai ini.
Antaranya seperti

Rasulullah SAW bersabda : Kucing bukanlah najis, malah dia adalah diantara mereka yang biasanya berada dikeliling kamu".  Aku (Aisyah)  melihat Rasulullah SAW melakukan wudhu' dengan air yang telah diminum oleh kucing" (Hadith Riwayat Abu Daud).

Maksudnya jelas, bulu kucing tidak membatalkan solat dan wudu. Mungkin jika jumlahnya terlalu banyak sampai jelas mengganggu keselesaan, kita patut basuhlah mana yang patut. Tapi tidak lah sehingga wudu' kita terbatal.

ini pula video penjelasan Ustaz Azhar Idrus berhubung perkara ini.