home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Sunday 1 July 2012

Tangkap Basah

Hari ahad macam ni sepatutnya lepas solat subuh jam4.30, kami geng-geng bujang yang kacak lagi bergaya turun jogging kat taman tepi laut. Tapi pagi ni, kami malas nak keluar bila nampak jiran yang tengah mengamuk. Ingatkan ada orang mabuk. Kat sini, memang menjadi perkara biasa lah orang mabuk kacau rumah orang. aku pun tak faham apa tujuan dia nak memabukkan diri.

Tapi pagi ini kisahnya hangat sikit sebab kami nampak seorang remaja lelaki dalam lingkungan 18-20 tahun macam tu, sedang di pukul oleh jiran kami. Mulanya kami fikir jiran kami tu mabuk, tapi bila fikir-fikir pakcik tu seorang yang bukan minum benda-benda macam tu, kami pun mula buat andaian lain. Mungkin budak tu pencuri ke ape ke.

Jadi kami pun pakat-pakat pergi rumah jiran tu. Konon nak jadi hero malaya lah bantu mangsa keadaan. Dua orang kawan aku peluk pakcik tu supaya pakcik tu berhenti memukul. seorang kawan aku lagi pegang budak yang kena pukul. Oleh sebab pakcik tu macam hormat sikit kat geng kami, maka dia pun cubalah menenangkan dirinya. Selepas keadaan dah menjadi tenang, pakcik tu suruh kami masuk kat rumah dan bawa budak tu sekali. Selepas tu, pakcik tu telefon saudara mara dia yang lain.

Sementara menunggu kedatangan saudara mara pakcik tu yang lain, kami pun bertanyakan apa yang berlaku. Pakcik tu balik-balik mengeluh. Kami agak, mesti masalah besar yang berlaku. Budak tu pun macam takut-takut je. Untuk makluman korang, Pakcik tu tinggal seorang je dalam rumah tu. Dia ada empat orang anak tapi semua tinggal jauh sebab berkerja dan belajar. Isteri Pakcik tu dah meninggal 4 tahun yang lepas.

Setelah 5 minit berdiam, pakcik tu pun mula membuka cerita. Pakcik tu kata, anak bongsu perempuan dia balik dua hari lepas. Ada kat dalam bilik tu. Oleh sebab rumah tu sunyi, jadi pakcik tu dah terbiasa lah suyi-sunyi ni. Tapi semalam, dia kata, dia dengar macam ada dua orang bercakap dalam bilik anaknya. Macam suara perempuan dan lelaki. Mulanya dia ingat tu cuma suara drama dari komputer riba dalam bilik anaknya. Tapi drama sampai nak dekat jam2 tak sudah-sudah habisnya. kebetulan dia bangun tengok Tv tengah malam tu, ada kucing bergaduh kat luar dapur. Dia pun keluarlah nak halau kucing-kucing tu. Masa halau kucing-kucing tu, kucing tu terlanggar baldi yang di terbalikkan di luar dapur. Masa tu lah dia jumpa kasut lelaki yang disorokkan bawah baldi tu. Pakcik tu pun mulalah suspek yang bukan-bukan.

Tapi dia dengar bilik anaknya dah senyap. Tak lama selepas tu, anaknya keluar dari bilik nak ke dapur ambil air. Dia agak pelik bila tengok anaknya ambil dua botol air. Pakcik tu tanya lagi buat apa air banyak-banyak, anaknya tak jawab apa terus kunci pintu. Masa tu lah dia tambah curiga dan ketuk pintu bilik anaknya banyak kali. Lama juga dia ketuk baru anaknya buka. Dia tanya anaknya ada siapa-siapa tak dalam bilik nya, anaknya jawab tak da. Tapi naluri ayah kuat sangat kata ada benda tak kena, dia pun masuk periksa. Bila buka almari baju, dia jumpa budak lelaki tu dalam keadaan takde baju dan seluar.. Adoyai....!!! Kantoi sudah!. Apa lagi, Pakcik tu belasahlah budak tu.

Kami tengok budak tu tunduk je. Aku pun rasa nak bagi sebiji penumbuk kat budak tu. Tapi sebab mulut budak tu pun dah berdarah, aku sabar je lah. Buat malu kaum je. Tak lama selepas tu, sampai lah beberapa orang saudara pakcik tu. Semuanya pakcik-pakcik, ada yang siap bawa samurai lagi. Aku tengok pun gerun. Bila pakcik tu sampai je, sorang-sorang bagi hadiah penumbuk kat budak tu. beberapa minit kemudian, sampai lagi seorang pakcik, pakcik tu bagi penampar bertalu-talu kat budak tu. Bila budak tu bagitahu nama ayahnya je, pakcik tu pun berhenti memukul. Hebat sangat ke ayah budak tu? tak lah hebat mana, cuma ayah budak tu kawan baik dengan pakcik yang baru datang tu. Jadi sebab hormat member, pakcik tu berhenti tampar budak tu.

Pakcik tu pun terus telefon kawan baiknya tadi ( ayah budak tu ), suruh ambil budak ni dan selesaikan cara baik.  Oleh sebab dah ramai kat rumah pakcik tu, kami pun minta diri lah sebab biarlah pakcik dan keluarganya selesai masalah ni. Sempat juga aku bisik kat budak tu, "Habislah kau...". Hahaha

Sampai kat rumah, masing-masing sambung membuta. Awal lagi kot Baru jam6 pagi.

Mengenai isu ni, dah banyak kali dah berlaku. dah macam trend dah bawa pakwe/makwe masuk rumah. buat 'projek' dalam rumah. Pekejadahnya semua ini!. Bila nafsu mengusai diri, semua benda nampak halal. Bagi aku, tak adil juga pakcik tu kerjakan budak lelaki tu seorang. Pakcik-pakcik tu kena belasah budak perempuan tu sama. Budak lelaki tu bukan datang tanpa diundang. Tapi datangnya berjemput sebab anaknya siap bagi air lagi. Kasut pun sorok baik punya. Tapi kalau Allah nak tunjukkan, semuanya akan terbongkar macam tu je. Kalau dah tak tahan nafsu, pergi lah masuk meminang. Kalau takde duit, pergi lah kahwin kat pejabat agama. Nikah macam tu je. dah selesai. Cakap mudahlah kan.. Tapi memang mudah pun. Islam tu mudah lagi memudahkan. Kalau memang kita niat nak buat benda halal, semuanya akan nampak mudah. tapi kalau niat nak geli-geli je, maka geli lah jawabnya.

Sayangilah Maruah Anda!.

No comments:

Post a Comment