home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Wednesday 31 July 2013

satu




...................waktu aku masih belajar di salah sebuah kolej matrikulasi, aku selalu perhati seorang budak perempuan ni. Ada yang menarik tentang dia. Memanglah tak elok duk tengok anak dara orang. Tapi masa tu, perhatianku seakan-akan di tarik untuk melihatnya. wajah polos, muka yang ke anak-anakan, gaya kampung tapi aku dengar kabar, dia antara pelajar yang bijak. Budak pointer tinggi-tinggi lah katakan....
Dia seorang gadis yang biasa-biasa saja dari segi penampilan. Dari segi wajah juga biasa-biasa saja. Tapi mata dia sangat cantik dan raut wajahnya sangat comel. Kadang-kadang aku suka saja-saja terserempak tapi buat-buat tak kisah kewujudnya. Sebab orangnya rendah. Aku tak perlu berpaling tapi cukup melihat sisi nya.. Hati berdebar... Tapi tak perna sekalipun kami bertegur sapa. Aku yakin, dia sendiri tak sedar yang sebenarnya aku suka terserempak dengan dia.
satu hari tu, pen aku tertinggal di makmal. Kami buka sekelas tapi hari itu, selepas selesai kerja makmal, kumpulan mereka berganti. Aku patah semula ke makmal. Dari situ pandangan kami bertemu. Aku cuba memberi senyuman. Tapi responnya seperti hanya angin yang menyapa. Tiada balasan. Bahkan balasan pandangan juga tidak ada. Dia berlalu kosong. Seolah-olah aku tidak wujud. Memang lah kan... sebab dia tak kenal aku pun. Cuma aku yang dalam diam suka tengok dia.
Hari-hari yang berlalu tetap begitu. Tiada kata teguran,sapaan mahupun perkenalan. Berlalu tanpa ada kenangan yang boleh dikongsi bersama. Aku pun tak perna mencuba berbual dengannya. Masa tu, aku sendiri tak faham, aku sekadar suka tengok dia atau mungkin lebih dari itu..?
Sehingga kami menamatkan pengajian kami di kolej itu...........

Raya bersama anjing ???

Assalamualaikum..

Sekarang kan agak hot kisah video seseorang ni yang ucap selamat hari raya tapi ada tiga ekor anjing dikelilingnya.. video tu dah lama kot, sejak 2010 lagi. Islam ke beliau?? hmmm... menarik!.

Menarik sebab...

Aku pun suka sangat kat anjing. Dulu masak kecil, aku ada seekor anak anjing. Cute sangat. Tapi aku takde gambar dia sebab masa tu aku takde camera atau apa2 benda yang boleh tangkap gambar dengan dia. Nama puppy tu puppy la. kadang2 aku panggil pipi. Nanti dia datang goyang-goyang ekornya. haha... Tersenyum sorang-sorang ingat kat pipi.. Tapi bila kami pindah rumah, abah dan along berkeras taknak bawa pipi sama. Mereka suruh aku bagi kat jiran yang bukan islam. Puas aku merayu.. Nasib baik tak buat surat rayuan je. Siap buat protes lagi taknak makan. Tapi takda yang kisah dan akhirnya tengah-tengah malam aku pergi buka periuk... sadis.

Sampai sekarang aku sebenarnya masih suka tengok anak anjing tapi abah pesan, jangan sesekali bawa atau pelihara anjing didalam rumah! tak elok!.

Tak elok??? adakah ianya menghina islam??

........Dan itulah isunya apabila video tadinya dikatakan telah menghina islam.

Sejauh manakah perbuatan ini benar-benar menghina Islam??




Mari kita rujuk beberapa rujukan, hadith atau pendapat mengenai larangan memelihara anjing di dalam Islam



Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud :


“Barangsiapa memelihara anjing, maka amalan sholehnya akan berkurang setiap harinya sebesar satu qiroth (satu qiroth adalah sebesar gunung uhud), selain anjing untuk menjaga tanaman atau hewan ternak.”
Ibnu Sirin dan Abu Sholeh mengatakan dari Abu Hurairah bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan, “Selain anjing untuk menjaga haiwan ternakan, menjaga tanaman atau untuk berburu.”

Abu Hazim mengatakan dari Abu Hurairah bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
”Selain anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga haiwan ternakan.” (HR. Bukhari)


[Bukhari: 46-Kitab Al Muzaro’ah, 3-Bab Memelihara Anjing untuk Menjaga Tanaman]


Terdapat juga hadis-hadis lain yang menerangkan tentang keharusan memelihara anjing dengan tujuan untuk pengawalan atau untuk berburu TETAPI perlu menjaga batas-batas pergaulan dengan binatang tersebut. Antaranya ialah: "Daripada Abu Tha'labah al-Khasyni berkata; Aku pernah bertanya: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berada di kawasan berburu, aku berburu dengan anak panahku dan dengan menggunakan anjingku yang terlatih (yang diajar) serta anjingku yang belum terlatih, manakah yang dibolehkan untukku ?" Rasulullah saw menjawab: "apa yang telah engkau buru dengan anak panahmu dan engkau sebut nama Allah sebelumnya, makanlah. Dan yang telah engkau buru dengan anjingmu yang tidak terlatih, lalu kamu sempat menyembelihnya, maka makanlah". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW tak marah pun?? kalau memelihara anjing itu menghina islam, mesti awal-awal Nasi SAW dah marah umat islam yang pelihara anjing. Cuma Nabi SAW tidak menggalakkan. kerana anjing itu adalah najis. Islam kan suka pada kebersihan dan mengamalkan sentiasa bersuci sebelum beribadah. Sebab tu tidak digalakkan memelihara anjing tetapi tidaklah perbuatan memelihara anjing itu suatu penghinaan. Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: “Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.” (Hadis Riwayat. Muslim, Abu Daud dan Ahmad).

Menurut Prof Dr Yusof al-Qaradhawi dalam bukunya Halal wa Haram fi al-Islam, termasuk yang dilarang oleh Nabi ialah memelihara anjing di dalam rumah tanpa ada sesuatu keperluan. Nabi bersabda: "Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan, maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qiroth bagi setiap hari" (Muttafaq 'Alaih)

Nabi SAW larang memelihara anjing JIKA TIADA KEPERLUAN, macam aku lah dulu-dulu tu. aku pelihara anjing sebab comel je. bukan sebab apa. Tapi masa tu aku baru 5 tahun. aku masih tak tahu hukum atau kenapa anjing tu haram atau kenapa abah dan along tak bagi bela anjing. Yang aku tahu, anjing tu comel, dan aku nak jaga benda yang comel tu. itu saja... dan kita membesar dan akan menemui jawapan kenapa begitu dan kenapa begini. Jadi, apakah pula tujuan Orang yang dilanda tomahan itu tadi memelihara anjingnya??. Dia kata, dia nak jaga anjing terbiar. Nak menyelamatkan anjing-anjing terbiar ni.. Perbuatan tu satu perkara amat baik. Bahkan, ada hadith yang menceritakan tentang  bagaimana seorang lelaki diampunkan dosanya kerana menolong seekor anjing yang kehausan. Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda, maksudnya: “Ketika seorang lelaki berjalan di suatu jalan, dia terlalu dahaga. Tiba-tiba dia menemui sebuah perigi. Oleh kerana tiada timba untuknya menceduk air dari perigi itu, dia pun turun ke dalamnya dan meminum air sehingga puas. Kemudian dia naik ke atas dan ternampak seekor anjing terjelir-jelir lidahnya menjilat pasir kerana tersangat dahaga. Lelaki itu berkata kepada dirinya sendirinya: Anjing ini haus seperti apa yang aku rasakan sebelum ini. Lalu dia turun semula ke dalam perigi dan mengisi air ke dalam kasutnya. Dia memegang kasut yang dipenuhi air itu dengan mulutnya sambil memanjat naik ke atas. Kemudian dia memberi anjing itu minum. Lantas Allah mengampunkan dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga.”Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah dengan menolong haiwan kita mendapat pahala juga?” Baginda menjawab: “Ya! Menolong setiap makhluk bernyawa akan diberi pahala.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

Ada komen dalam satu blog ni, pengomen tu kata lebih kurang macam ni "ingat dia boleh masuk syurga ke dengan bantu anjing-anjing tu ?".. berdasarkan hadith tu, kan boleh kan masuk syurga?? kan2??.

aippp..... CUMA!. jangan kata aku sokong tindakan beliau mengenai video tu.

Kalau kita niat nak tolong anjing, tolong je lah. Tapi serahkan pada badan-badan yang bertanggung jawab terhadap isu ini. Bukannya dengan bawa balik ke rumah. kalau luar rumah tak pe juga. Buat rumah khas untuk anjing tu kan. Ini rumah tempat kita tidur, solat, makan suma kan... tak kan nak gabung dengan najis. Tambah-tambah lagi nak ucap hari raya dengan anjing. memang tak baik lah der. itu je... Kita kena jaga sensitiviti kaum dan agama. Binatang tu Haram, yes boleh samak tapi yang haram tetap lah haram. Mungkin saudara tadi boleh teruskan niat menyelamatkan anjing-anjing terbiar tu. Tak ada masalah pun. Tapi apa kata buat rumah lain untuk anjing-anjing tu. Kira tu rumah khas untuk anjing je lah.. Janganlah kongsi rumah dengan anjing tu..

Eh bro, mesti rumah hang banyak stok tanah sebab nak samak tiada 5 kali sehari?? asal nak solat je samak. hehe..

Tapi apapun, niat saudara tadi memang baik cuma cara yang salah. Dan ingat, niat tidak menghalalkan cara. Jadi, ada tak timbul isu menghina islam??... saya rasa tidak ada lah sampai menghina islam. menghina diri sendiri dan terhina oleh umat islam itu sendiri tu adalah kot. Kena maki hamun. Ingat, islam juga melarang umatnya menghina sesama makhluk! jadi adakah dengan mengutuk kesalahan orang lain itu sebenarnya kita juga mulia??..

........Dan yang paling penting, aku suka ayat dia.. “(Bela) Anjing ini tak haram, kalau basah, kita samak", kalau pegang anjing kita boleh samak, tapi bro-bro kat luar sana, pegang anak dara orang bro, boleh samak ke??? Orang yang maki dia tu, baru je pegang awek semalam. si kawan tu hari ni pegang anjing, samak, dah suci.. orang lain yang pegang anak dara orang tu macam mana? samak dengan api neraka lah jawabnya kalau tak taubat. Sama juga kan haramnya? dan anda juga sama menghina islam kalau perbuatan itu menghina islam


Lagi sekali, saya bukan menyokong beliau tetapi boleh tak kita fikir benda yang lagi penting berbanding memaki orang???. 

Tuesday 30 July 2013

10 Ramadhan Terakhir

Tengok kalender..

Eh! Hari ni dah 21 Ramadhan lah. Kalau sempat buka petang ni, kita bakal masuk ke 22 Ramadhan.
Awat cepat sangat ni??

Rasa sedih pula tetiba... Sejujurnya, raya itu indah.. Tapi mengharungi hari-hari dalam Ramadha itu terlalu indah untuk melepaskannya pada si Fitri.

Semalam, bermulanya pencarian sang LailatulQadar..

Memang Malam Qadar itu pasti. Tapi kita yang perlu mencarinya..

Terselitlah sebuah malam yang lebih baik dari 1000 Malam....

.......Dan Harapnya aku menemuinya... Duhai Malam yang indah....

Pendapat saya tentang POLIGAMI

Assalamualaikum...

Hari ini banyak status pasal poligami (Status Facebook kawan-kawan). Pasal apa entah. musim berpoligami ke ape tahun ni?. kalau bercakap pasal poligami, tak ada lelaki dalam dunia ni yang tak nak isteri ramai. smua nak isteri lebih dari seorang. lelaki cuma berkata "tak nak lah isteri ramai" sebab nak jaga hati isterinya. Bukan sebab tak mahu. Tapi kerana cinta pada si isteri yang satu dan kerana kecukupan yang diberikan oleh isterinya, maka keinginan itu tidak di layan atau tidak di teruskan. Ramai lelaki berpendapat poligami ni sebenarnya nak membantu kaum wanita yang semakin ramai untuk mendapatkan pasangan. Tapi persoalannya, kenapa tak ramai yang pilih andartu atau janda?. Ramai yang pilih muda2. Jika niat ingin membantu, kenapa tidak memilih golongan yang benar-benar memerlukan?. Bukankah yang muda itu masih ada peluang untuk mencari anak teruna yang masih bujang?. Tepuk dada tanya iman... itu kehendak atau keperluan?.

Bercakap lagi mengenai poligami, ada yang berkata, semua yang berlaku adalah atas izin Allah. Tapi, bukankah sebelum Allah mengizinkan itu, kita diberi peluang utk memilih?. memang semua ada takdirnya, tapi Allah tidak meletakkan hidup kita ini bulat-bulat mengikut takdir. kalau tak, Takdelah Allah kata yang Dia tak kan ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubahnya sendiri. Ini bermakna, takdir kita memang ditentukan tetapi masih mempunyai pilihan.

perkahwinan itu adalah sebuah ibadah...
memang lah ibadah, tapi berapa banyak ibadah lagi yang ada tanpa menyakitkan hati pasangan yang sedia ada?. Kenapa ibadah poligami itu juga yang di sebut2?.

paling kesian, isteri seorang pun tak terjaga. Makan pakai cukup2 je. Kononnya hidup bersederhana. Tapi sibuk bercakap tentang poligami. Kalau setakat batin yang mampu tetapi zahirnya tidak, kenapa di turutkan sangat nafsu tu?.

Poligami itu sunnah nabi SAW. Tapi tengok lah bagaimana nabi berkahwin?.

1. Siti Khadijah binti Khuwailid.
Rasulullah tidak berpoligami semasa hayat Siti Khadijah. Berusia 40 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling terhormat di kalangan kaumnya dari segi keturunan, kekayaan dan kepintaran. Meninggal tahun ketiga sebelum hijrah.

2. Saudah binti Zam'ah.
Wanita pertama dinikahi selepas kewafatan Siti Khadijah. Berusia 65 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Rasulullah meminangnya untuk menjaga anak-anak Rasulullah dengan Khadijah.

3. Aisyah binti Abu Bakar.
Satu-satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara. Rasulullah mengahwininya bagi merapatkan lagi hubungan dengan Sayidina Abu Bakar. Berusia 9 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling alim dalam pengetahuan agamanya.

4. Hafsah binti Umar.
Untuk merapatkan hubungan baik dengan bapanya, Sayidina Umar, dan memuliakan suaminya yang syahid dalam perang Uhud. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Pandai menulis dan berbahasa.

5. Zainab binti Khuzaimah.
Rasulullah menikahinya demi memuliakan suaminya yang syahid dalam Perang Uhud. Berusia 29 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau digelar ummu al-Masakin (ibu orang-orang miskin) kerana sikap penyayang dan kelembutannya terhadap mereka.

6. Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah.
Berusia 34 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memecah tembok permusuhan dengan kabilah Bani Makhzun terhadap Islam dan memadamkan kebencian mereka. Wanita pertama hijrah ke Habsyah. Paras cantik dan akal pintar.

7. Zainab binti Jahsy.
Seorang yang sangat kuat beribadah, paling banyak bersedekah dan memuliakan orang miskin. Berusia 35 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Perkahwinan dengan Rasulullah adalah perintah langsung daripada Allah.

8. Juwairiyah binti Al-Harith.
Tawanan perang bani Mustalaq yang dibebaskan oleh Rasulullah dan kemudian dinikahi Baginda. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Banyak berpuasa dan beribadat.

9. Safiyyah binti Huyai.
Pembebasan daripada tawanan perang. Berusia 17 tahun dan sudah menjanda ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau bersifat lemah lembut dan bersikap benar.

10. Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufiyan.
Berusia 31 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memperbaiki hubungan dengan Abu Sufiyan. Berhijrah ke Habsyah bersama suaminya dan suaminya meninggal di sana. Nabi meminang beliau menerusi raja Najasyi.

11. Maimunah binti Al-Harith.
Berusia 25 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi menyebarkan syiar Islam. Paling bertakwa dan bersungguh-sungguh menyambung silaturahim.

12. Mariah binti Syam'un.
Hadiah daripada Raja Muqawqis. Satu-satunya isteri yang mempunyai zuriat selepas Siti Khadijah.

Poligami, sering dianggap satu subjek yang ‘taboo’. banyak berlakunya pergeseran pendapat yang agak ‘sengit’ dikalangan umat Islam sendiri jika kita ingin membincangkannya. Malah sering juga musuh Islam mengambil kesempatan mengecam Islam dan Nabi Muhammad kerana poligami.

apapun, semua berlaku perlu selari dengan iman bukan hanya dengan keperluan sendiri semata-mata. Jika ingin mengikut sunnah nabi SAW, maka ikutkan bagaimana baginda berkahwin dengan tujuan yang murni.
Rasulullah saw bermonogami selama 25 tahun dan berpoligami selama 10 tahun telah meletakkannya sebagai role model yang bersifat multi dimensi dan holistik. Majoriti umatnya yang bermonogami boleh belajar bagaimana menghadapi seorang isteri dengan penuh kesetiaan. Bagaimana nabi menunjukkan cintanya kepada siti khadijah. Manakala minoriti umatnya yang berpoligami juga boleh menteladani Rasulullah dalam meratakan keadilan di kalangan isteri-isterinya. Bukannya hanya berkata itu sunnah tetapi tidak mencontohi sebenar-benar perkahwinan poligami yang di tunjukkan oleh Nabi SAW.

Tidak kira monogami atau poligami, lelaki yang beriman dapat mengendalikannya dengan baik. Ada yang berbahagia dengan seorang isteri… ya itulah yang normal. Namun, sekali-sekala terjadi juga yang kadang-kadang berbahagia pula dengan dua, tiga atau empat isteri. Allah Maha Mengetahui, di sebalik segala takdirnya, ada bahagia… sekiranya ada iman yang kukuh dan teguh di dada. Jika perkahwinan itu hanya 'menyedapkan' satu pihak sahaja, kenapa itu yang kita pilih.

Sekian...

“bahagiakan dirimu dengan satu isteri !"

Sunday 21 July 2013

Bila seorang yang merangkak mencuba untuk bangun

tengok 1 forum ni. tentang seseorang yang cuba menjadi pendakwah.

bila seseorang yang baru belajar tentang agama dan mula bercakap tentang agama, kesalahan sedikit terus saja di caci. cop dia wahabi. dan macam-macam seolah-olah orang yang mencaci tu hebat sangat tentang agama. jangan macam tu kawan! nak tegur dia, tegur baik2. beri hujah yang baik-baik. Dia dapat ilmu, saudara pun dapat pahala dan orang lain pun tahu mana yang betul. daripada mengata orang sesat atau wahabi baik tunjukkan jalan yang di rasakan betul. sesuka hati je cop kawan tu wahabi sedangkan orang bercakap tu, maksud wahabi pun, dia baru google malam tadi.

saya try juga scroll komen2 para 'ilmuan' kita dari atas ke bawah. tapi takde seorang pun yang nak membetulkan hamba Allah tu. yang ada cuma mengata sesat, wahabi, meleset, aneh dan macam-macam bentuk cacian. 'alim-alim' pula tu semuanya. saya tak lah berani komen untuk topik yg sy kurang arif. sebab saya ni tak alim. saya ammar.

saya hairan betul, kenapa lah si 'alim' lagi suka mengata tentang kelemahan orang lain berbanding memperbetulkan kelemahan yang ada. Jangan lah kedekut ilmu. ke memang tahu mengata saja??.

Sunday 14 July 2013

coming!!

hi guys!! cehh omputeh!

Assalamualaikum kepada sahabat semua.

lama saya tak lawat blog sendiri. Malas. Ini lah bukti diriku bukanlah seorang blogger sejati.
Lagipun, takde bende penting pun yang saya taip. merepek semata-mata. tu pun ada yang tanya, kenapa lama tak membelog??. adalah beberapa orang yang tanya. hmmm....

sejak akhir-akhir ni saya sibuk sikit. cehhh... sibuk konon kan.
Padahal, online FB hari-hari. Entahlah, aku pun tak tahu apa yang aku hadap sangat dengan facebook tu.
Niat nak buat keje ni. dengan yakin nya. 'hari ini aku nak fokus buat keja!' tup2.. facebook juga yang di hadap. Mesti ramai yang mengalami situasi ini. Bukan ada apa pu. Tengok2 ' Home'.. tengok-tengok gambar. Tengok-tengok page yang di kira lawak kan. Padahal, bukannya keje 'Tengok2" tu harus dilakukan di masa lapang sahaja???... aaahhh ini yang saya sendiri tak faham. tak de keje lain, cik Tan punya keje lah tu. kan tan? kan3?. Hang ni kan tan, sehari tak kacau orang tak boleh ke?

Rapatkan saya dengan seTan?, panggil tan je as nama nama manja beliau.
Mana tak rapat, kita nak buat keja, dia kata, "am... jom lah teman tan buka fb... alahhh... tengok2 je pun".
saya pun tanpa fikir panjang terus buka FB. Ish3.... Tolonglah tan.. I tak nak kawan dengan U lagi.
Benci3!! i Benci u Tan!. ( sambil hentak kaki). gedikk uu.. aik sejak bila am pandai gedik2 ni??

Itu lah kesan akibat lama bertapa...

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi berkunjung ke blog saya, sepanjang saya tak update pape cerita pun atau pendapat diri sendiri.

Semoga ada yag memberi manfaat kepada sahabat2..

Thursday 11 July 2013

Tutuplah aib mu dan sekelilingmu

assalamulaikum

dah masuk 3 ramadhan kan. 2 hari dah lepas. Alhamdulillah. semoga puasa kita diterima. Berpuasa ni bukan terhad pada makan dan minum je. Tapi byk benda lg, termasuk nafsu syahwat, nafsu nak menjoyah, nafsu nak membuang duit dan banyak cabang nafsu lah. Pendek kata, kalau puasa ni, segala jenis nafsu kita kena jaga.
Kalau dilihat dari sudut seorang manusia yang normal, berdasarkan pengalaman diri sendiri, nafsu makan dan minum ni senang je nak jaga. Tapi jalan nafsu yang lain tu, memang payah. sebab tu, waktu-waktu macam ni kita kena banyakkan beribadah atau sibukkan diri dengan kerja berfaedah. Sebab mulut memang kita boleh kawal dari makan tp fikiran masa tengah baring2 tu, macam2 yang boleh dtg tanpa diundang. Semoga puasa kita bersih dan diterima oleh Allah.
Minggu ni agak popular tentang kes seorang remaja upload video "couple 1 minggu" memang popular termasuk kat bilik guru tadi. Buka Youtube pun ramai buat parody pasal budak tu. Dan yang menariknya, ramainya manusia yang mengutuk remaja tersebut walaupun masih dalam waktu berpuasa. Itu juga sebahagian dari sifat "suka menjoyah".

Allah swt berfirman dalam Surah Al Hujarat Ayat 12 bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani"

Lihatlah bagaimana Allah amat tidak menyukai kita mengata dan mencari keaiban orang lain. sememangnya apa yang dilakukan oleh remaja tersebut adalah tidak baik. tetapi jika dilihat dr sudut kita seorang remaja, fitrahnya manusia itu sangat rapuh. waktu usia begini, mereka hanya suka buat sesuatu yang seronok tanpa berfikir kesannya. dan kebanyakkan yang mengomen itu adalah golongan dewasa yang telah matang pemikirannya tetapi lupa dia perna berada dan zon kerapuhan tersebut. Umur remaja ni ibarat macam rotan yang belum cukup matang, nak cantas x boleh dah keras, sayang nak buang tapi nak ambil x boleh sebab tak cukup berkualiti lagi. Jadi kita yang dewasa ni seharusnya tidak lah menampakkan yang kita juga tidak cukup berkualiti dengan memberi nasihat dalam bentuk makian. Bukankah itu hanya memberi pedih dan kesedihan kepada orang yang terlibat dan jauh sekali akan memberi kesan yang baik kepada yang terlibat. Nak menyedarkan orang perlulah dengan cara yang lembut bukan dengan menyakiti kerana remaja tersebut bukannya seseorang yang menyebarkan fitnah kepada agama mahupun negara tetapi Cuma kesalahan adik tersebut yang bersifat kurang matang dan tertipu dengan diri sendiri yang inginkan cinta.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Di bulan Ramadhan ni, bahkan dibulan mana pun, berwaspada lah kita dengan setiap apa yang kita katakan. Kerana mengata keaiban orang lain adalah amat dibenci. Oleh Allah. Bahkan Allah suruh kita jaga keaiban diri sendiri dan orang lain. Jelas kepada kita berdasarkan Firman Allah dalam surah an-Nur ayat 19

“Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah (menyiarkan) tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat.” (Surah an-Nûr:19)

Bukan rugi pun nak tutup aib orang lain, bahkan Allah akan jaga aib kita lagi.
Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud:

“Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat.
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Semoga remaja tadi dapat ikhtibar dan menjadi seseorang yang beriman dikala usia dewasanya sehingga ke Syurga

Buat adik-adiku yang masih remaja, semoga kamu mengambil iktihbar dengan hal ini