home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Wednesday 31 July 2013

Raya bersama anjing ???

Assalamualaikum..

Sekarang kan agak hot kisah video seseorang ni yang ucap selamat hari raya tapi ada tiga ekor anjing dikelilingnya.. video tu dah lama kot, sejak 2010 lagi. Islam ke beliau?? hmmm... menarik!.

Menarik sebab...

Aku pun suka sangat kat anjing. Dulu masak kecil, aku ada seekor anak anjing. Cute sangat. Tapi aku takde gambar dia sebab masa tu aku takde camera atau apa2 benda yang boleh tangkap gambar dengan dia. Nama puppy tu puppy la. kadang2 aku panggil pipi. Nanti dia datang goyang-goyang ekornya. haha... Tersenyum sorang-sorang ingat kat pipi.. Tapi bila kami pindah rumah, abah dan along berkeras taknak bawa pipi sama. Mereka suruh aku bagi kat jiran yang bukan islam. Puas aku merayu.. Nasib baik tak buat surat rayuan je. Siap buat protes lagi taknak makan. Tapi takda yang kisah dan akhirnya tengah-tengah malam aku pergi buka periuk... sadis.

Sampai sekarang aku sebenarnya masih suka tengok anak anjing tapi abah pesan, jangan sesekali bawa atau pelihara anjing didalam rumah! tak elok!.

Tak elok??? adakah ianya menghina islam??

........Dan itulah isunya apabila video tadinya dikatakan telah menghina islam.

Sejauh manakah perbuatan ini benar-benar menghina Islam??




Mari kita rujuk beberapa rujukan, hadith atau pendapat mengenai larangan memelihara anjing di dalam Islam



Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud :


“Barangsiapa memelihara anjing, maka amalan sholehnya akan berkurang setiap harinya sebesar satu qiroth (satu qiroth adalah sebesar gunung uhud), selain anjing untuk menjaga tanaman atau hewan ternak.”
Ibnu Sirin dan Abu Sholeh mengatakan dari Abu Hurairah bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan, “Selain anjing untuk menjaga haiwan ternakan, menjaga tanaman atau untuk berburu.”

Abu Hazim mengatakan dari Abu Hurairah bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
”Selain anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga haiwan ternakan.” (HR. Bukhari)


[Bukhari: 46-Kitab Al Muzaro’ah, 3-Bab Memelihara Anjing untuk Menjaga Tanaman]


Terdapat juga hadis-hadis lain yang menerangkan tentang keharusan memelihara anjing dengan tujuan untuk pengawalan atau untuk berburu TETAPI perlu menjaga batas-batas pergaulan dengan binatang tersebut. Antaranya ialah: "Daripada Abu Tha'labah al-Khasyni berkata; Aku pernah bertanya: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berada di kawasan berburu, aku berburu dengan anak panahku dan dengan menggunakan anjingku yang terlatih (yang diajar) serta anjingku yang belum terlatih, manakah yang dibolehkan untukku ?" Rasulullah saw menjawab: "apa yang telah engkau buru dengan anak panahmu dan engkau sebut nama Allah sebelumnya, makanlah. Dan yang telah engkau buru dengan anjingmu yang tidak terlatih, lalu kamu sempat menyembelihnya, maka makanlah". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW tak marah pun?? kalau memelihara anjing itu menghina islam, mesti awal-awal Nasi SAW dah marah umat islam yang pelihara anjing. Cuma Nabi SAW tidak menggalakkan. kerana anjing itu adalah najis. Islam kan suka pada kebersihan dan mengamalkan sentiasa bersuci sebelum beribadah. Sebab tu tidak digalakkan memelihara anjing tetapi tidaklah perbuatan memelihara anjing itu suatu penghinaan. Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: “Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.” (Hadis Riwayat. Muslim, Abu Daud dan Ahmad).

Menurut Prof Dr Yusof al-Qaradhawi dalam bukunya Halal wa Haram fi al-Islam, termasuk yang dilarang oleh Nabi ialah memelihara anjing di dalam rumah tanpa ada sesuatu keperluan. Nabi bersabda: "Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan, maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qiroth bagi setiap hari" (Muttafaq 'Alaih)

Nabi SAW larang memelihara anjing JIKA TIADA KEPERLUAN, macam aku lah dulu-dulu tu. aku pelihara anjing sebab comel je. bukan sebab apa. Tapi masa tu aku baru 5 tahun. aku masih tak tahu hukum atau kenapa anjing tu haram atau kenapa abah dan along tak bagi bela anjing. Yang aku tahu, anjing tu comel, dan aku nak jaga benda yang comel tu. itu saja... dan kita membesar dan akan menemui jawapan kenapa begitu dan kenapa begini. Jadi, apakah pula tujuan Orang yang dilanda tomahan itu tadi memelihara anjingnya??. Dia kata, dia nak jaga anjing terbiar. Nak menyelamatkan anjing-anjing terbiar ni.. Perbuatan tu satu perkara amat baik. Bahkan, ada hadith yang menceritakan tentang  bagaimana seorang lelaki diampunkan dosanya kerana menolong seekor anjing yang kehausan. Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda, maksudnya: “Ketika seorang lelaki berjalan di suatu jalan, dia terlalu dahaga. Tiba-tiba dia menemui sebuah perigi. Oleh kerana tiada timba untuknya menceduk air dari perigi itu, dia pun turun ke dalamnya dan meminum air sehingga puas. Kemudian dia naik ke atas dan ternampak seekor anjing terjelir-jelir lidahnya menjilat pasir kerana tersangat dahaga. Lelaki itu berkata kepada dirinya sendirinya: Anjing ini haus seperti apa yang aku rasakan sebelum ini. Lalu dia turun semula ke dalam perigi dan mengisi air ke dalam kasutnya. Dia memegang kasut yang dipenuhi air itu dengan mulutnya sambil memanjat naik ke atas. Kemudian dia memberi anjing itu minum. Lantas Allah mengampunkan dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga.”Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah dengan menolong haiwan kita mendapat pahala juga?” Baginda menjawab: “Ya! Menolong setiap makhluk bernyawa akan diberi pahala.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

Ada komen dalam satu blog ni, pengomen tu kata lebih kurang macam ni "ingat dia boleh masuk syurga ke dengan bantu anjing-anjing tu ?".. berdasarkan hadith tu, kan boleh kan masuk syurga?? kan2??.

aippp..... CUMA!. jangan kata aku sokong tindakan beliau mengenai video tu.

Kalau kita niat nak tolong anjing, tolong je lah. Tapi serahkan pada badan-badan yang bertanggung jawab terhadap isu ini. Bukannya dengan bawa balik ke rumah. kalau luar rumah tak pe juga. Buat rumah khas untuk anjing tu kan. Ini rumah tempat kita tidur, solat, makan suma kan... tak kan nak gabung dengan najis. Tambah-tambah lagi nak ucap hari raya dengan anjing. memang tak baik lah der. itu je... Kita kena jaga sensitiviti kaum dan agama. Binatang tu Haram, yes boleh samak tapi yang haram tetap lah haram. Mungkin saudara tadi boleh teruskan niat menyelamatkan anjing-anjing terbiar tu. Tak ada masalah pun. Tapi apa kata buat rumah lain untuk anjing-anjing tu. Kira tu rumah khas untuk anjing je lah.. Janganlah kongsi rumah dengan anjing tu..

Eh bro, mesti rumah hang banyak stok tanah sebab nak samak tiada 5 kali sehari?? asal nak solat je samak. hehe..

Tapi apapun, niat saudara tadi memang baik cuma cara yang salah. Dan ingat, niat tidak menghalalkan cara. Jadi, ada tak timbul isu menghina islam??... saya rasa tidak ada lah sampai menghina islam. menghina diri sendiri dan terhina oleh umat islam itu sendiri tu adalah kot. Kena maki hamun. Ingat, islam juga melarang umatnya menghina sesama makhluk! jadi adakah dengan mengutuk kesalahan orang lain itu sebenarnya kita juga mulia??..

........Dan yang paling penting, aku suka ayat dia.. “(Bela) Anjing ini tak haram, kalau basah, kita samak", kalau pegang anjing kita boleh samak, tapi bro-bro kat luar sana, pegang anak dara orang bro, boleh samak ke??? Orang yang maki dia tu, baru je pegang awek semalam. si kawan tu hari ni pegang anjing, samak, dah suci.. orang lain yang pegang anak dara orang tu macam mana? samak dengan api neraka lah jawabnya kalau tak taubat. Sama juga kan haramnya? dan anda juga sama menghina islam kalau perbuatan itu menghina islam


Lagi sekali, saya bukan menyokong beliau tetapi boleh tak kita fikir benda yang lagi penting berbanding memaki orang???. 

No comments:

Post a Comment