home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Tuesday 31 December 2013

Perjanjian Kita

"Saya hanya akan on Blog hanya selepas awak aktifkan semua facebook"

Boleh tak kita ubah perjanjian ?.

"Apa ?"

Saya tak perlu aktifkan facebook, tapi awak on kan Blog.

"Tak Boleh!"

Awak, kalau saya aktifkan facebook, awak aktifkan tak facebook awak?

"Tak awak, sampai bila-bila pun takkan..."

Sunday 29 December 2013

tenangkan hati

Dia pulang awal hari ini, tapi dia tidak terus pulang ke rumah. Kereta di bawa jauh ke suatu tempat yang dikira mampu menenangkan jiwanya. Sekurang-kurang mungkin boleh tenang sedikit. Fikiran tidak selari dengan fokus mata yang melihat kesibukan ibu negeri Johor.
Perasaan bersalah mula menyerang diri orang di sini. Ligat melihat rintik hujan yang berlumba-lumba terjun membasahkan bumi sang Pencipta. "hmm... Aku tahu aku telah buat kau sedih. Aku minta maaf".. Monolog seorang diri.
Beberapa kali aku minta kau balik ke rumah, tapi kau degil. Kau kata, "tidak ada bahayanya duduk di rumah Allah". Aku rasa lega, 'rumah Allah' bermakna masjid atau surau. Mungkin itu cara terbaik mengubat luka yang aku gores.
Semoga ini langkah yang terbaik...

Ujian rekaan

Semalam adik aku soal aku, dia tanya kalau situasi aku macam sebuah novel atau drama, mak abah minat aku berkahwin dengan calon mereka, sedang aku sudah ada pilihan hati sendiri. Aku menjawab dengan nada bergurau, "angah kahwin je lah dua-dua, kan rezeki tu". Adik aku tak suka dengan jawapan aku. Tapi aku senyum ja. Otak ku ligat berfikir. Apa agaknya tindakan aku ?. Jujurnya, jika aku mengikut kemahuan diri sendiri, aku sanggup meninggalkan sesiapa pun demi dia. Tapi fikiran aku terus ligat mencari jawapan. Mungkin masa ini aku agak waras atau mempunyai iman pada tahap yang masih dikira baik. Aku mula terfikir, jodoh itu datang dari Allah, cinta yang aku rasa pada saat ini juga daripada Allah. Jadi kenapa mesti aku membelakangi Allah. Aku mula berfikir jawapan yang aku rasa bernas, perkara pertama yang aku fikir adalah istikharah. Bagi aku, apa pun tindakan kita, mesti perlu minta dahulu petunjuk dari Allah. Nabi SAW sendiri perna kata macam ni, 

“Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”


Ramai berpendapat, solat istikharah itu perlu dibuat jika kita buntu ingin membuat pilihan. Tapi sebenarnya, itu hanya salah satu sebab kenapa kita melakukan solat istikharah. Solat istikharah juga dilakukan bila kita perlu petunjuk apakah tindakan yang patut kita ambil. Dalam situasi yang diwujudkan oleh adik aku tadi, ianya seperti aku bingung nak buat pilihan mana. Sebenarnya aku tak bingung pun nak pilih mana. Sebab hati aku kuat pada pilihan hati sendiri. Tapi dalam situasi ini, ada satu perkara yang lebih berat iaitu permintaan mak abah kita. Sebab itu, istikharah adalah pilihan pertama. Aku bukan nak minta di tentukan siapa yang aku pilih, tapi aku cuma minta petunjuk, betulkah tindakan aku ini dan apa tindakan yang terbaik buat aku, keluarga aku dan orang yang aku sayang. Aku pasti, setiap petunjuk Allah adalah yang terbaik buat semua orang yang terlibat walaupun permulaannya mungkin ada yang menangis.

Tadi, aku cerita hal ini dengan si dia, jadi, dia nak tahu jawapan aku. Aku beri jawapan yang kedua.. Dia rasa kecewa sangat, aku tahu dia nangis. Dia kata, jawapan aku tiada satu pun ayat yang membela dia, mempertahan dia dan mempertahankan hubungan kami. Series aku tergamam. Kenapa dia tak pandang dari sudut yang aku pandang. Tapi aku tersenyum lihat bebelan dia, sebab di situlah keluar semua perkataan yang buruk tentang aku. Aku suka, sebab aku tahu dia dah lama pendam. Tapi yang dia tak tahu, satu je, jauh di sudut hati aku, dia adalah segalanya bagi aku. Sampaikan aku rasa aku tak ada sesuatu yang lebih berharga melainkan dia. Aku sanggup lepaskan apa pun demi dia, tapi aku hanya seorang hamba, jadi aku perlu merendahkan diri aku pada ketentuanNya. Itu bukan mengalah. Itu bukan berserah, tapi itu lah cara aku mempertahankan dia.

Aku cuma tahu situasi pada hari ini, tapi aku tak tahu apa yang akan berlaku besok, lusa, minggu depan, bulan depan atau tahun depan. Yang tahu semua itu adalah Allah, jadi kerana itu, aku minta DIA beri petunjuk yang terbaik bukan saja untuk aku sebenarnya, tapi lebih kepada dia. Kenapa dia marah sangat?. Mempertahankan bukan hanya bila kita bercakap berapi, bercakap hebat atau bercakap yang indah-indah. tapi, mempertahankan itu sebenarnya bila kita meletakkan sesuatu yang kita sayang di tempat yang terbaik. Cara kita memang nampak sangat berbeza di situ. Sudut yang lihat juga tidak sama. Di situ aku sedar, banyaknya perkara yang perlu kita belajar bersama.

Demi Allah, kerana aku sayang kau, aku nak Allah letakkan kau di jalan yang bahagia. Waktu ini kita sedang dilamun cinta, dan kerana itu, kita memandang hari ini dengan cinta, tapi aku tak tahu pada masa akan datang. Jika aku adalah terbaik untuk mu, dan kau terbaik untuk ku, kenapa kita mesti terus melenting dengan jawapan Istikharah. Tapi jika sebaliknya, mungkin saja jawapannya, aku tidak boleh memilih keduanya, bukan kerana kedua tidak baik untukku, tapi mungkin aku tidak baik untuk kamu, kenapa kita mesti fikir negatif..

Situasi itu hanya rekaan, yang aku kejar sekarang adalah memperbaiki diri supaya aku boleh terus bersama kau. Bercakap memang mudah kan? . melakukannya sukar. kenapa sukar?. Sebab kita membelakangi ketentuan Allah! 

Saturday 28 December 2013

tolonglah...

Lagi 3 hari kita akan menyambut detik Tahun Baru. Sudah pasti, ketika 31 Disember itu, ramai orang terutamanya golongan remaja dan belia berkumpul dan melakukan pelbagai aktiviti sehingga detik jam 12.00 tengah malam tiba. Hampir setiap tahun, ketika 1 Januari bermula, kita akan membaca di muka akbar mengenai pasangan yang di tangkap khalwat, remaja mabuk dan pelbagai pesta liar yang berjaya di tumpaskan. Itu yang berjaya di tumpaskan. Yang tak berjaya di tumpaskan pula, kita kena tunggu bulan 9 nanti, iaitu kes pembuangan bayi yang meningkat. Bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa kerakusan si lelaki dan perempuan yang kononnya ingin meraihkan satu pertukaran tahun yang baru.
Ini pengalaman saya sendiri, ketika saya belajar di Universiti. Dalam satu kelas saya tu, jika kita duduk dan lihat, semua nampak baik, berpelajaran dan disiplin. Cuma nakal sikit-sikit usik pensyarah itu memang satu kebiasaanlah. Tapi sayangnya, 50 % daripada mereka perna melakukan seks luar nikah dengan pasangan masing-masing. Dari mana saya tahu ?. Sebab saya berkawan dengan pelbagai jenis perangai manusia. Ada yang mengaku dengan saya sendiri yang dia telah berzina dan ingin bertaubat tapi ada juga yang 'pakwe' mereka mengaku dengan bermegah yang dia telah meniduri perempuan itu. Bila tengok muka mereka yang nampak baik-baik terutamanya kawan sekelas yang perempuan, saya rasa sedih, saya tahu kerana cinta mereka merelakan diri mereka disentuh, tanpa sedar lelaki yang mereka sayang itu sedang bermegah kerana telah menodainya.
Perna satu hari, ketika malam 31 Disember, kawan saya ajak keluar, saya tanya dengan siapa ?. Dia kata, dengan kawan-kawan yang lain tapi ada yang nak bawa awek. Saya tanya dia, "ko pun bawa awek ke?". Dia tersengeh, senyum-senyum macam tu, tentulah dia pun sama bawa awek. Awek tu bahasa remaja, kalau bahasa Orang Putihnya 'Special Girlfriend'. Saya kata "Aku tak nak ikut, tapi aku merayu dengan kau, jangan rosakkan anak orang, bayangkan orang rosakkan adik kau, fikir perasaan keluarga kau.". Riak muka dia berubah. Lepas tu dia senyum dan kata, "InsyaAllah". Bila dengar perkataan insyaAllah tu, saya kata kat dia " InsyaAllah tu maksudnya jika Allah izinkan, dan ingat, Allah melarang kita berzina jadi maknanya Allah tidak izinkan kita berzina". Dia pun pergi... Dan saya tak tahulah apa yang berlaku, harap malam tu dia ingat apa yang saya kata tu. Bila kita dah dewasa ni, kita tak dapat larang kawan kita untuk keluar bawa perempuan jalan berdua sebab dia dah besar, kalau kita larang pun, dia tetap akan buat. Tapi sebagai kawan, ada satu perkara kita boleh buat, iaitu mengingatkan mereka tentang menjauhi keburukan. Mungkin sekurang-kurang baru saja dia nak buat, dia teringat apa yang kita kata. Mungkin kan. Lebih baik mungkin dari x mungkin.
Yang paling menyedihkan adalah, zaman kini, yang buat perkara-perkara tu bukan saja golongan dewasa, tapi baru umur 11 atau 12 tahun, sudah membuntingkan anak orang. Rasanya dulu, waktu saya umur 11 tahun, saya masih main guli dengan kawan-kawan saya kot. Tapi zaman sekarang, 'guli' dia yang di main oleh awek dia. Cakap macam lucah, tapi ini kenyataan hari ini. Perna satu kes baru-baru ini, budak 11 tahun merogol budak 6 tahun, saya termenung baca, macam mana budak sekecil itu terfikir nak merogol sedangkan zaman saya dulu, ada kawan-kawan yang umur macam tu masih berbogel terjun dalam sungai. Saya tak adalah tua sangat. Saya baru 25 tahun. Maksudnya zaman itu saya lalui lebih 10 tahun yang lepas. Tapi perubahan terlalu mendadak.

Jadi tolonglah para remaja dan belia semua, terutamanya bagi pihak lelaki, saya ada adik perempuan, kamu pun pasti ada adik perempuan, kalau tak ada adik perempuan, mungkin kamu ada kakak atau adik sepupu perempuan, Saya merayu sangat, janganlah rosakkan anak orang, kesian kat keluarga dia. Kesian kat mak dan ayah dia. Janganlah keraskan hati untuk nak juga buat. Tahanlah sikit. Jangan sentuh dia. Kepada yang perempuan, jagalah diri tu baik-baik, tolonglah jangan biarlah diri kamu di nodai. Ingat, lelaki yang betul-betul sayang kamu tak kan sentuh kamu. Jangan pula anggap lelaki yang tak pandai belai kamu tu tak sayang kamu, itulah yang sebenarnya sayang kamu. Kadang-kadang perempuan ni satu juga, pakwe tak cium kata tak sayang. Cuba fikir baik-baik. Tolonglah ingat Allah. Kalau kamu tak ingat Allah sebab kamu jauh dari Allah, ingat mak ayah kat rumah tu. Kesian kat diorang.

Friday 27 December 2013

Bermasalah dengan Printer selepas Refill Ink

Siapa pernah mengalami situasi ini, ink printer habis, lepas tu kita pun beli lah Refill Kit InK untuk isi semula ink kita yang kosong tu. Dah isi-isi semua ikut step yang ada dalam kotak tu, kita pun print lah.
Tapi malangnya, error lah pulak... tak dapat print. Lampu warning kat printer pun klip-klip. Memang bengang lah rasa. Biasa masalah ini di panggi E16 atau Error 16. Dah lah kerja cucuk ink tu kotor, habis tangan kotor tapi tak pula berfungsi. Okey! hari itu, itu lah situasinya yang aku kena. Jadi, aku pun google lah, kot-kot ada blogger yang ada masalah yang sama cerita pasal ni. Ada tu ada tapi bahasa indonesia, tapi aku faham lah sikit-sikit.
Ini blog tersebut--------> KLIK SINI

Terima kasih abang blogger, besar jasa kamu, moga Allah beri kamu balasan yang baik untuk ilmu yang bermanfaat ini.

Aku pakai Canon PIXMA MP237, abang blogger tu pula pakai MP287, Tapi aku rasa hampir semua jenis printer boleh ikut kot step ni.

Maka aku pun ikut step yang dia bagi,  Dia kata "caranya adalah dengan melakukan Reset Cartridge. Carilah tombol Stop/Reset pada printer, kemudian tekan dan tahan selama 5 detik. setelah penekanan tombolStop/Reset berhasil, Print dapat digunakan seperti biasa lagi".

Maksudnya, setiap printer kan ada butang Stop/Reset. atau ada sesetengah printer butang stop dan reset dia pula asing. Tapi biasanya canon Printer, Butang Stop/Reset tu sekali. Nampak butang tu kan?. tekan lama-lama sampai 5 saat atau lebih. Tapi tak da lah sampai seminit. Kalau yang butang asing tu, tekan butang reset. Lepas tu lampu warning akan berhenti berkelip kelip. Kalau lampu ink berkelip-kelip lagi tu biasalah.

Aku try lah buat gitu, menjadi lah, dah boleh print. yeayyyy!!! Tapi malangnya, dokumen yang aku print tu warna dia tak bagus. ada garis-garis. kejap ada, kejap xda warnanya. Hampa lagi sekali. Bengang lah juga. sedih pun ada. aku ingat nak buang je Cartridge aku. Tapi aku tak putus asa, aku baca komen kat blog tu, manalah tahu ada yang mengalami masalah macam aku.

Ada!!!... so, aku pun tengok apa nasihat yang abang tu bagi, dia kata, "Cba di bersihkn dgn tissue basah dan kering.. Hati2 pada headnya pada saat membrsihkn Dan jika ttp bgitu. Mngkn ada slh satu cartridge nya sdh rusak. Cek dulu selangnya apakh tersumbat atau tidak, dan periksa cartrigenya apakah tinta di dlm cartridge benar2 ada. Untuk memastikan pakai dengan tisssu kemudian tempelkan pada head cartridge selama 3 detik. Jika mash ada tinta pasang kembali kemudian clean."

Maksudnya, kita kene tengok head yang keluar ink tu kalau tersumbat ke, atau rosak ke, kalau okey je, kita kene bersihkan, mula2 ambil tisu basah, atau basahkan tisu, kemudian sapu-sapu kat head tu, lap bersih2, dah lap tu, lap head tu pula dengan tisu kering, keringkan lepas tu cuba letak atas tisu bersih, tengok dia keluar dengan baik atau tidak, kalau baik maknanya okey lah tu.

Aku pun buat macam tu, alhamdulillah, selesai... boleh print dengan lancar... alhamdulillah. bila dah try tu okey, jangan lupa tekan butang clean kat setting printer properties tu...  Insya Allah kalau printer atau cartridge korang tak rosak, semua akan jadi okey dengan ikut cara ini.

Thursday 26 December 2013

Lelaki, Biawak dan Nabi Muhammad

Suatu hari, nabi duduk dengan para sahabat si sebuah majlis keramaian, orang ramai dalam majlis tu semua mengelilingi nabi, tiba-tiba lalu seorang lelaki dari kalangan arab badwi. Ketika itu lelaki itu dalam perjalanan balik ke kampungnya selepas keluar berburu biawak padang pasir dan lelaki itu ternampak majlis keramaian itu. Lelaki itu pun hairan, dan bertanya kepada orang di situ, "Siapa lelaki yang kamu semua sedang keliliingi?". Orang di sana pun beritahu, itulah nabi yang orang semua sebut-sebut. Bila lelaki tahu saja itu adalah nabi, dia pun menyelit masuk dalam kelompok orang-orang yang ada di situ untuk melihat siapa nabi. Sampai sahaja di hadapan nabi, lelaki itu mengangkat tangan dan menunjuk ke arah nabi. Lelaki itu berkata "Dalam ramai-ramai orang, kaulah orang paling aku benci!". lelaki itu nak tunjukkan kat orang ramai yang di tu beranilah kononnya. Lepas tu dia kata lagi, "Kalau bukan aku ingat kawan-kawan aku nak bagi aku gelaran lelaki tak sabar sebab hentam kau seorang diri tak ajak mereka, aku dah bunuh kau kat sini. Aku ambil pisau aku rodok perut kau!, kalau aku bunuh kau, maka tenanglah orang kulit putih, orang kulit hitam, orang kulit merah". Bila lelaki itu puas mengata nabi, Para sahabat nabi pun marah. Sayyidina Umar al-Khattab benganglah kan. Dah Nabi kita kena hina. Nabi tu... ingat tu tok dia ka dia nak marah-marah. Umar bangun dan kata, "Ya Rasulullah, aku nak habiskan lelaki ini!!". Nabi dengan tenang menjawab "Hai Umar, kau tak tahu kah, orang yang bersifat lemah lembut, Allah hampir memilih mereka menjadi nabi". Kemudian, Nabi bertanya pula kepada lelaki itu " Apa yang menyebabkan kamu datang ke majlis aku, kamu tak hormati aku dalam majlis aku. Ini majlis aku, jadi kamu harus hormati aku". Lembut saja nabi berbicara. lelaki itu menjawab, "“Demi tuhan Latta dan Uzza! Aku tak berkenan pun masuk islam!. Aku takkan masuk islam sampai biawak ni masuk islam". Lelaki itu mengeluarkan biawak yang dia buru tadi. Bila biawak itu di lepaskan, biawak itu pun lari sepantas mungkin menyelamatkan diri. Bila nabi dengar kata lelaki itu dan melihat biawak yang dah lari lintang pukang, nabi pun panggil biawak tu. "Wahai biawak! ke sini kau". Biawak tu yang tadinya lari, elok saja berjalan kembali ke arah nabi dengan tunduk dan patuh. Nabi bertanya kepada biawak itu, "Wahai biawak, siapa yang kamu sembah ?". Biawak mengangkat kepala dan menjawab, "Aku sembah Allah, Tuhan yang di langit itu ‘Arasy-Nya, di bumi itulah kekuasaan-Nya, di laut ada jalan-Nya, di syurga ada rahmat dan kasih-Nya, yang di neraka ada azab dan siksa-Nya". Kemudian nabi bertanya, "Wahai biawak, aku ini siapa?". Biawak menjawab "Kamu adalah Rasullullah, aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan kamu adalah pesuruh Allah". Bila mendengar jawapan biawak, lelaki badwi tadi mengangkat tangan dan menjawab "Selama ini aku mencari alasan, tetapi kini tidak perlu kerana aku melihat dengan mataku sendiri, aku juga akan mengucap, aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan kamu adalah pesuruh Allah".

Lelaki tu bertanya, "Ya Rasulullah, aku dah islam apa patut aku lakukan?". Rasulullah menjawab, " Tidak di terima islam jika tidak sembahyang dan tidak di terima sembahyang jika tidak membaca Quran".

Kemudian, lelaki itu bertanya " Ya Rasulullah, aku ini baru memeluk islam, bagaimana aku nak baca al Quran, sedangkan aku ini tak pandai membaca Al quran lagi?. Nabi menjawab, "mari sini aku ajar, Nabi membaca Qul huwa Allāhu aḥad, Allahu -ṣ-ṣamad, Lam yalid wa lam yūlad, Wa lam yaku(n)l lahu kufuwan aḥad". Lelaki itu pun hairan, "aik, ingatkan al-Quran itu panjang, rupanya 4 baris ayat sahaja". Nabi menjawab, "Jika kamu membaca satu kali surah ini, sama macam kamu membaca 10 juzuk quran, kamu baca ia 2 kali sama macam kamu baca 20 juzuk quran, kamu baca ia 3 kali sama macam kamu khatam 1 buah al-quran, itu pahala untuk baca surah Qul huwa Allāhu aḥad". Bila dengar jawapan Nabi, lelaki itu berkata dia nak balik pada keluarga dia, dia nak ceritakan tentang nabi. Bila nabi dengar itu, nabi berkata pada para sahabat, " Sahabat semua, siapa yang ada lebih, boleh tak bagi harta kepada dia". Bila dengar nabi berkata, para sahabat berlumba nak bagi harta sampai harta banyak dan tak tahu nak bawa balik macam mana. Tiba-tiba Abdul Rahman Bin Auf angkat tangan, " Ya Rasulullah, boleh tak aku bagi unta aku yang paling baik, dia tidak tinggi, tidak rendah, tapi dalam banyak unta ku dia paling laju dan kuat. boleh tak aku bagi kepada sahabat kita ini ?". bila Nabi dengar, Nabi kata, "Ya Abdul Rahman, kamu sebut ciri-ciri unta yang kamu nak bagi, mari aku sebutkan ciri-ciri unta yang bakal kamu dapat di syurga, Unta yang kamu dapat, tengkuk dia di perbuat dari batu yakud warna hijau, badan dia batu yakud warna biru, dia cantik (badan dia begitu dan begini), kamu akan naik ketika melalui titian siratul mustaqim, masa kamu naik, kamu akan lalu sepantas kilat dan orang lain akan cemburu dengan kamu". Abdul Rahman terus balik mengambil untanya. Lelaki arab badwi tadi pun balik ke kampungnya menggunakan unta Abdul Rahman. Bila sampai saja ke kampungnya, puak mereka semua pakat angkat pedang nak bersedia serang nabi, bila nampak keadaan tu, lelaki tadi menahan lalu bercerita tentang nabi. Selepas itu, itulah peristiwa pengislaman paling besar. Lelaki tadi berjaya mengislamkan penduduk kampungnya.



Pengajaran daripada cerita ini adalah:


Lihatlah bagaimana lemah lembutnya Nabi Muhammad SAW membalas orang yang terang nyata menghina baginda di hadapannya. Walaupun Umar yang amat menyayangi Nabi hampir menghunus pedangnya, tapi nabi menghalang dah bertanya dengan baik. Kerana sifat Nabi yang menunjukkan kebenaran dan bukannya mencela musuh, musuh pun tertarik. Selepas musuh menjadi saudara, lihatlah cara nabi melayan, nabi suruh para sahabat memberikan harta. Jika dilihat pada masa kini, ianya seperti sebuah penghargaan setelah menerima kebenaran. Kemudian orang yang tadinya menjadi musuh dan telah mengetahui kebenaran, dia mengajak pula orang yang dahulunya memusuhi nabi, mengikuti nabi dengan cara menyebarkan kebaikan dan kebenaran yang telah dia ketahui. Kebiasaannya, orang akan lebih mempercayai kata-kata orang yang berasal dari keluarga dan sahabat rapatnya. Itulah yang berlaku. Jika Nabi SAW melawan dengan kekerasan, dan tidak menghalang Umar dari membunuh lelaki tersebut, maka tidaklah lelaki tadi berjaya di tarik ke arah kebenaran sehingga akhirnya kerana seorang lelaki tadi yang berjaya di tarik, lelaki itu pula berjaya mengajak seluruh penduduk kampungnya memeluk islam.

Dalam konteks kita pada hari ini, jika kita buka 'HOME' facebook, kita sering melihat dua puak yang sering berbalas makian. Satu puak menganggap mereka benar dan satu puak lagi menganggap mereka bijak. Yang menjadi hairannya, orang bawah-bawah itu lah mulut memang sangatlah penuh dengan perkataan kesat. Ingat lah kawan-kawan, jika pemimpin yang kamu sayangi di hina, kamu tdak seharusnya membalas dengan hinaan. Jika kamu membalas dengan hinaan juga, maka tiadalah beza antara kamu dengannya walaupun niat kamu mempertahan. Lihat cara nabi, baginda bertanya dengan baik, baginda tunjukkan dengan cara yang baik, kemudian selagi tidak menyekutui Allah, tidak sekali nabi memerangi mereka dan jika mereka menerima dengan baik, nabi beri pula penghargaan yang baik.

Jika orang yang sesat kamu terus hina dan menampakkan keburukkannya tanpa membawa mereka ke arah kebenaran dengan seusaha yang boleh, maka apa yang akan kamu jawabnya pada Allah, jika Allah menyoal. apakah usaha kamu mengeluarkannya dari kesesatan sedangkan kamu hanya menghina mereka kononnya supaya mereka sedar ?. Ingat tu!.
Sebab hari-hari saya nampak orang terus menghina dan membalas dengan hinaan juga.

Wednesday 25 December 2013

Lelaki Amanah Masuk Neraka

Hari Ini sebagai bedtime story, Saya nak kongsi cerita yang saya dengar dari Ustaz Don Daniyal, Sebuah cerita yang beliau baca dari huraian cerita DR Zulkifli Mohammad Al Bakri , Dalam cerita beliau mengisahkan tentang seorang lelaki yang ingin pergi mengerjahkan haji. Ketika itu, lelaki itu membawa duit yang agak banyak iaitu dalam 1000 Dinar. 1000 Dinar kalau tukar duit Malaysia bersamaan Rm800 Ribu. Lihat bertapa banyaknya duit itu. Jadi demi menjamin keselamatan duitnya sepanjang menegrjahkan haji semasa di makkah, dia pergi ke rumah sahabat baiknya yang memang terkenal dengan sifat amanahnya. Dia pun minta sahabatnya menjaga hartanya itu sehingga beliau selesai mengerjahkan haji. Selepas selesai mengerjahkan haji, lelaki itu pergi ke rumah sahabatnya untuk mengambil semula duitnya. Namun, anak sahabatnya memberitahu, ayahnya telah meninggal dunia. Lelaki itu pun menyoal anak dan keluarga sahabatnya jika arwah sahabatnya itu ada memberitahu tentang di mana ayah mereka meletakkan duitnya, malangnya semua keluarga sahabatnya tidak mengetahui. Jadi untuk menyelesaikan masalahnya mencari kedudukan duitnya, lelaki itu berjumpa dengan seorang ulama di Makkah, Ulama tu kata, "pergilah ke Telaga Zam-zam pada waktu malam nanti, kemudian panggillah nama sahabat mu itu, jika dia adalah ahli syurga, dia pasti menyahut panggilanmu". Lelaki itu pun memanggil nama sahabatnya, tetapi senyap. Tidak ada yang menyahut. Kemudian dia pergi semula ke rumah Ulama tadi dan menceritakan keadaan itu, Ulama itu berkata, " Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.. Aku takut sahabatmu itu terdiri dari kalangan ahli neraka, pergi lah ke sebuah telaga Barhud yang terletak di Yaman, jika dia terdiri dari ahli neraka, dia pasti menyahut panggilanmu". Lelaki itu pun pergi ke Yaman menaiki kuda dan terus ke telaga Barhud. Baru sekali panggil, dah ada menyahut. Lelaki itu terkejut sebab kawan dia rupanya terdiri dari ahli nerara. Lelaki itu pun bertanya kepada arwah sahabatnya, "Mana kamu letak duit aku ?". Sahabat dia menjawab, "Duit kamu aku simpan dengan baik, pergi lah ke rumah aku, aku tanam di bawah sebuah pokok, anak dan isteri aku tidak tahu, siapa pun tidak tahu, kerana duit sebanyak itu mampu menggelapkan mata sesiapa pun, maka aku simpan di situ sebab aku tidak mempercayai orang lain. Aku menjaga duitmu dengan baik". mendengar jawapan itu, lelaki itu terfikir, bertapa amanahnya sahabat baiknya itu, bagaimana orang seamanah itu, dan sebaik itu boleh menjadi ahli neraka. Lelaki itu pun bertanya kepada sahabatnya kenapa dia boleh masuk neraka sedangkan dia amanah. Maka sahabatnya menjawab, "Aku ada seorang adik perempuan, adik perempuan aku miskin, adik perempuan aku susah, adik perempuan aku hidup dalam keperitan. Aku tak perna tanya kabar dia, tak perna ambil tahu dan tolong dia, aku tak perna ada rasa belas kasihan pada adik aku dan kerana itu, aku masuk neraka".

Maknanya, walaupun perasaan itu hanya di hujung hati, Allah akan korek dalam soal di akhirat nanti. Kita belum sebut hubungan dengan mak ayah, itu baru hubungan sesama adik beradik. Sekecil-kecil perasaan yang sering kita abaikan terutamanya bila masing-masing dah kahwin. Sekecil-kecil perkara tentang perasaan kasih sesama saudara itu, penting sangat. Lebih-lebih lagi antara abang dan adik kandung. Siapa yang kaya tu, bantu adik beradik. Jangan kaya seorang-seorang. Duit lebih, share. Dalam 5 beradik, akan ada yang keja gaji besar, ada pula yang keja biasa-biasa. Orang yang keja besar, gaji besar tu, hulur sikit lah kan..

Insaf, teringat kat adik.

Tuesday 24 December 2013

%&^*(

Saya rasa tak tenang malam ni.
Saya buat kerja tapi fikiran saya jauh entah ke mana...
jauh... sampai saya tak jumpa mana fikiran saya.
Hati rasa tak tenang.
Ini lah tanda saya telah atau sedang melakukan dosa.

Tolong Maafkan  Saya...

Monday 23 December 2013

Sifat MUNAFIK

Malam ini saya nak cerita pasal perkataan ‘MUNAFIK’,  Sebab perkara ini antara perkara besar yang sering orang buat macam perkara kecil. Sebab apa, tanpa kita sedari kita mungkin sedang tergolong dalam golongan yang munafik. Sebagai contoh, apabila situasi seperti kita sedang online pada waktu Zohor, kemudian kita buat status dalam facebook, “Jom kita solat Zohor”. Kemudian kita pun Offline tapi kita tak pergi solat pun. Kita pergi makan, lepas tu tidur dan meninggalkan solat tanpa sebab yang dibenarkan. Itu sebenarnya salah satu contoh orang munafik atau menghampiri  sifat munafik. Sebabnya, dia seakan-akan menunjukkan dia seorang yang melaksanakan suruhan Allah tapi sebenarnya dia tidak ingin pun melakukannya. Perbuatan itu seakan-akan memperlekehkan suruhan Allah, kerana tahu ianya satu kewajipan tetapi kita tidak mahu melakukannya dan mengambil  perkara itu seperti tidak mempunyai nilai. Perbuatan mengajak orang ke arah kebaikan itu satu perkara yang amat baik dan lebih cantik lagi kalau apa yang kita ajak tu, kita pun buat.

Di dalam Al-Quran, Allah telah menceritakan tentang perkara ini dengan cukup jelas. Sebagai contoh dalam Surah al-Baqarah ayat 8 hingga 20 yang bermaksud :
“Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman (8). Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya (9). Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran) (10). Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan" (11). Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya (12).  Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya) ( 13). Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)" (14).  Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu) (15).  Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah (16).  Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun) (17). Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran) (18).  Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu (19). Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu (20).

Panjang sungguh nak baca dari ayat 8-20 kan ?. Dan saya percaya, ada yang baca tak habis. Sebab malas. Dan tahniah bagi mereka yang meneruskan bacaan, kerana hanya orang yang ingin mencari ilmu, akan berminat untuk membaca dan terus membaca.  Daripada ayat di atas,  Allah menjelaskan kepada kita mengenai perbuatan orang yang munafik itu sering bermuka-muka. Mereka menipu dengan mengakui mereka beriman padahal di belakang sebenarnya mereka memperlekehkan orang-orang  yang beriman. Jika kita merujuk hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :

“Tiga petanda orang munafik adalah apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkirinya, apabila diberi amanah dia mengkhianatinya.”

Ini bermakna, munafik ini lebih sesuai dipanggil sebagai seorang yang bermuka-muka atau perumpamaan melayu di panggil Talam dua muka. Iaitu memperlihatkan sifat yang baik namun dibelakang dia cukup berbahaya. Allah  memberi amaran tentang azab yang akan dibalas kepada orang-orang  yang munafik dalam surah An-Nisaa’ ayat  138 yang bermaksud :
“Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya”.

Allah melarang kita mendekati orang-orang yang munafik kerana kita mungkin akan turut mempercayai mereka dan turut sama melakukan hal yang sama seperti mereka kerana perbuatan mereka yang suka berbohong tetapi mengaku beriman. Dalam surah An-nisaa’, ayat 140 Allah SWT berfirman yang bermaksud;
“Dan sesungguhnya Allah telah pun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang manufik dan orang kafir di dalam neraka jahannam.”

Bukan sahaja larangan mendekati mereka, bahkan dalam surah yang sama (Surah an-Nisaa’), Allah melarang kita untuk menjadikan golongan munafik ini sebagai kawan rapat. Allah SWT berfirman pada ayat 144 yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?”. Dan sekali lagi pada ayat seterusnya iaitu ayat 145, Allah memberi amaran tentang hukuman orang-orang yang munafik, “Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.”

Di dalam surah Al-Maidah ayat 61-64 serta  Surat At-Taubah Ayat 66-69 juga ada membahaskan tentang sifat dan golongan munafik. Lihatlah, dari perkara yang kita anggap kecil sebenarnya amat besar kesannya. Walaubagaimana pun, Allah itu Maha Pengampun, DIA sentiasa memberi kita peluang untuk bertaubat. Oleh itu, kita perlu sentiasa bertaubat, kerana kadang-kadang tanpa kita sedari kita telah masuk dalam zon dosa yang menjadi tiket ke neraka.

Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka (145). Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah), dan mereka pula berpegang teguh kepada (agama) Allah, serta mengerjakan agama mereka dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam Syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar (146). Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka) (147)”. Surah an-Nisaa’ ayat 145-147.


Sunday 22 December 2013

Kehilangan Cinta

Majorit manusia akan menangis bila di tinggalkan pasangannya. Bagi nya, tiada lagi cinta. Sanggup tak makan, tak minum, tak mandi, tak pergi kerja, tak solat dan semua tak. Sampai satu saat, ada yang sanggup bunuh diri atau sekurang-kurangnya terfikir nak bunuh diri. Beberapa jam kemudian, baru kita akan nampak siapa manusia yang mencintai Allah lebih tinggi dari manusia dan siapa pula manusia yang mencintai manusia lebih daripada Allah. Siapa yang menyudahkan tangisan dengan solat dan mengingati Allah, bermakna cintanya pada Allah lebih tinggi, cuma batinnya sedikit terluka dengan kehilangan. Manakala siapa yang terus menangis, melayan kesedihan sehingga meninggalkan solat dan terus merungut kenapa Allah uji begitu, sebenarnya cintanya yang utama bukan pada Allah. Hukumnya adalah syirik kerana di kira telah menduakan Allah atau meletakkan kedudukan Allah lebih rendah dari yang lain.
Salah satu contoh manusia yang meletakkan cinta utamanya bukan kepada Allah adalah bila putus cinta / cerai, keluar perkataan, tiada lagi bahagia untuknya, tiada lagi cinta atau macam-macam lah yang tiada. Bagaimana mungkin seorang yang mencintai Allah akan berkata tiada lagi cinta kerana cinta utamanya milik Allah dan Allah tidak perna meninggalkan kita. Tanpa cinta dan kasih Allah, baru layak untuk kita mengatakan tiada lagi cinta atau tiada lagi bahagia walaupun sejuta manusia mencintai kita. Sebab apa, tanpa kasih dan cinta Allah, kita tidak mungkin mampu bernafas. Mana ada manusia yang bahagia bila hidup tercungap-cungap macam ikan yang terbaring di tanah. Walaupun saat itu, ramai yang sedang membelai dan menciumnya. Itu baru sikit kasih yang Allah berikan. Dengan nafas sahaja. Dan kita jangan lupa, semua yang kita miliki, tubuh badan kita, harta benda, bahkan perasaan cinta terhadap manusia, semuanya Allah yang berikan atas cintaNYA kepada kita.

Bercakap memang mudah, sebab kalau saya pun, bila kehilangan sesuatu, pasti akan sedih. Kucing kesayangan mati pun sejam duk berlinang air mata, sampai lupa makan. Tapi alhamdulillah solat tak lupa lagi. Mana ada manusia yang akan senyum bila kehilangan kecuali dia kehilangan benda yang memang dia nak buang. Contohnya hilang jerawat. takdanya nak sedih.

Kehilangan memang menyakitkan, tapi bukan itu tujuan Allah. Siapa yang tidak melaluinya, pasti tidak akan memahami maksudnya. Bercakap memang mudah tapi melaluinya sangat perit, kerana untuk mengubati kanser hati lagi mudah dari mengubati patah hati. Kehilangan dan perpisahan adalah suatu ujian terhadap kita. Menguji cinta kita kepada Allah, di mana kita letakkan kedudukan cinta pada Allah. Muhasabah diri, jangan sampai tanpa sedar kita mensyirikkan Allah. Bersangka baiklah pada-Nya, kerana Allah tak kan ambil suatu benda/perkara/ tanpa menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik mungkin bukan saat ini, tapi pada masa seterusnya.

Saturday 21 December 2013

Teknik Minta yang berkesan

Apabila kanak-kanak nak minta tapi malu nak cakap..


Dua orang anak sepupu umur 3 dan 4 tahun datang dan masuk ke bilik saya. Nama budak tu Ippa dan Didi. Tiba-tiba depa buat muka terkejut..



Didi : Ahhh... apa atas meja tu ?.

Saya : Potato crisps

Didi : Apa dalam dia ???

Saya : Keropok laaaah.

Ippa : Ada Isi tak ?.

Saya : adalah... ("nak minta lah tu.." cakap dalam hati)

Ippa : Apa rasa kopok tu ?.

Saya : .......... (senyap)

Didi : dap tak ?

Saya : yelah2... korang ambil lah...

Ippa : Baiknya abang...


Membodek.. lalu keluar meninggalkan ku.. dari jauh melihat keropok di baham.. huhu.. Pandai betul buat muka terkejut nampak jajan.

Kalau kedekut, korang kena jawab pun terkejut.. hahaha

Bukan Tak Mahu

Bila seorang wanita yang baik kata,
"saya nak kumpul duit untuk perkahwinan kita".

Rasa sentap sangat hati si lelaki yang bertuah itu,
seolah-olah dia tidak berusaha ke arah itu...
Sedih terasa kerana menyiksa hatinya.
Meragut hati tapi jasad di biar jauh.
Empangan pecah lagi..
Maaf..

Perkahwinan memang menjadi impian bagi seorang lelaki dan wanita yang sedang jatuh cinta. Cinta yang membuatkan hati bergetar untuk segera bersama. Hati sudah bersatu, namun jasad masih terpisah tembok. Siksanya menahan perasaan itu.

Semoga Allah mudahkan jalan itu. Semoga Allah sampaikan 'Jodoh' itu dengan segera.


Biar mulut membisu, asal ku tahu kaki ku melangkah, tangan ku menggapai..
Rahsia hati... kenangan lama




Friday 20 December 2013

Hukum Menyambut Perayaan Agama Lain (Selain Islam)

Cerita hari ini agak panjang, dan saya pasti tidak ramai yang sudi untuk membaca cerita yang panjang. Saya bukan Hlovate yang menjadi kegilaan remaja pada kini dengan novel cinta islamik ala sains, yang menjadikan muzik dengan latar yang dikaitkan dengan alam ciptaan Allah. Atau Hamka, yang menjadi kegilaan golongan lebih senior kerana huraiannya penuh jiwa. Satu ayat hamka yang sangat saya suka,"lihatlah, bagaimana Allah telah mengagih-agihkan rezeki pada setiap hamba-Nya." kata-kata yang mengingatkan saya tentang sentiasa bersyukur tentang keadaan kita, siapa kita dan apa yang kita ada.

saya ada seorang kawan yang berasal dari keluarga yang berbilang agama. keluarga ibunya ada yang beragama kristian manakala sebelah ayahnya ada yang beragama Buddha. Tetapi ayahnya telah memeluk islam sebelum berkahwin dan ibunya pula memeluk islam selepas berkenalan dengan ayahnya. Oleh kerana itu, tahap pengetahuan ibu dan ayahnya terhadap islam adalah rendah dan begitu juga dengan kawan saya. Dia menyoal saya tentang hukum menyambut krismas (hari natal) bersama keluarga sebelah ibunya.
Hmmm.. Panjang pendahuluan, Tapi sebenarnya persoalan utama adalah hukum menyambut hari natal bagi orang islam ?.

Lagi 5 hari, masyarakat kristian akan menyambut hari Natal atau lebih di kenali dengan perayaan krismas. Oleh kerana kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia, menyambut semua perayaan adalah perkara biasa yang berlaku di Malaysia. Setiap tahun, pihak kerajaan atau menteri-menteri yang berkaitan, akan mengadakan majlis rumah terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia mengikut musim perayaan. Walaupun pada setiap tahun akan ada yang menyoal tentang hukum menyambut perayaan agama lain bagi orang islam, dan akan ada pula yang menghuraikannya, tetapi adalah sangat pasti bukan semua orang akan membaca dan mengambil berat tentang perkara ini. Kerana perkara ini dilihat hanya sebagai perkara kecil dan remeh.

Hukum menyambut perayaan masyarakat agama lain bagi orang islam adalah berbeza antara ketua negara dengan rakyatnya. Sebagai contoh negara Malaysia yang di pimpin oleh orang islam dan memimpin rakyat dari pelbagai latar belakang agama yang berbeza. Seorang pemimpin perlu adil kepada seluruh lapisan rakyatnya seperti bersama-sama rakyat pada setiap perayaan. Oleh itu, jika kita merujuk kitab-kitab fiqh kenegaraan seperti Kitab al-Ahkam al-Sulthaniyyah yang ditulis oleh Imam Mawardi (w. 450 H/sekitar 1072 M) atau kitab Taj Al-Salatin karya Bukhari Al-Jauhari, mereka ada menghuraikan tentang kelebihan menjadi pemimpin, iaitu antaranya mereka berhak menjadi imam kepada setiap masjid dan menyambut perayaan semua rakyatnya dengan syarat pemimpin itu tidak membuat perkara-perkara syirik yang terdapat dalam setiap perayaan itu. Ini bermakna berbuatan menghadirkan diri dalam perayaan orang bukan islam adalah harus selagi mana majlis itu bebas daripada sebarang amalan syirik.

Bagi seorang rakyat yang beragama islam pula, hukum menyambut perayaan agama lain seperti krismas adalah haram. Kita di haramkan mengucapkan selamat hari natal kepada mereka kerana dengan ucapan itu, seolah-oleh kita meraihkan perayaan itu. Berdasarkan Surah al-kafirun yang telah diturun di Makkah selepas masyarakat kafir Quraisy mendatangi Rasulullah saw, seraya berkata: "Wahai Muhammad! Ikutlah agama kami, niscaya kami pun akan mengikuti agamamu. Sembahlah tuhan-tuhan kami selama setahun dan kami akan menyembah Tuhanmu dalam setahun". Rasulullah menjawab: "Aku berlindung kepada Allah dari perbuatan syirik.
Mendengar jawaban ini, mereka tidak menyerah, tetapi terus memujuk dengan meminta Baginda mengakui keberadaan tuhan mereka: "Terimalah sebahagian tuhan-tuhan kami, niscaya kami akan beriman kepadamu dan menyembah Tuhanmu". Lalu turunlah surat "al-Kafirun" yang membawa maksud;
"Katakanlah: Hai orang-orang kafir (1). Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah (2). Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah (3). Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah (4). Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah (5). Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku (6)
Ayat tersebut jelas kepada kita tentang larangan kita melakukan sesuatu perkara yang melibatkan agama selain daripada agama islam. Perayaan yang di sambut berdasarkan agama adalah sudah pasti untuk meraihkan agama yang merayakannya. Sebagai contoh, perayaan hari raya puasa, yang di sambut bagi meraihkan kemenangan umat islam selepas melawan nafsu dengan berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. Oleh itu, perayaan hari Natal juga adalah bagi merayakan kemenangan Masyarakat Kristian dan jika kita merayakannya, kita seperti meraihkan kemenangan mereka.

Walaubagaimanapun, jika kita bersahabat baik atau berjiran dengan orang bukan beragama islam, kemudian mereka menjemput kita untuk majlis rumah terbuka mereka, kita boleh hadir sebagai seorang kawan dengan niat berkunjung dan bukannya datang di situ untuk menyambut perayaan mereka. Jika kita berniat berkunjung, janganlah pula kita beriya-iya mengucapkan selamat hari Natal. Cukuplah dengan datang dan berbual atas topik yang lebih baik. Jika kita mengucapkannya, bermakna itulah niat kita datang ke situ, iaitu datang kerana ingin beraya. Saya pasti kita akan secara automatik mengucapkannya kepada kawan kita, lebih-lebih lagi jika kawan itu rapat dengan kita. Inilah sifat lembut hati yang dimiliki oleh umat Islam pada jalan yang salah. Jika melihatkan dari sudut perayaan mereka, mungkin mereka boleh mengucapkan selamat hari raya kepada kita, namun mengucapkan Selamat Maulidur Rasul atau Selamat Awal Muharram adalah tidak sama sekali, kerana mereka tidak akan mengakui hari itu. Maka kita perlu menjadi kuat, untuk tidak mengucapkannya. Akan tetapi, kita tidak boleh mengganggu hak mereka meraihkan perayaan mereka. Oleh itu, jika mulut tidak kuat untuk menahan dari mengucapkannya, cubalah mengelakkan diri datang ke majlis mereka dengan cara yang baik. Jangan pula kita mengatakan kepada mereka sebab tidak dapat hadir, kerana perayaan mereka haram kerana yang haram menyambut adalah hanya kita (umat islam) bukan mereka.

Ingatlah kata-kata Nabi muhammad dalam hadith Riwayat Abu Daud dan Ahmad, daripada Abdullah bin Umar r.a, Nabi Muhammmad SAW bersabda, "sesiapa yang meniru suatu kaum yang lain, maka dia adalah daripada kaum itu"

Dalam situasi kawan saya tadi, saya memberi nasihat kepada dia, pergilah balik ke kampung sebelah ibunya, tapi niatlah untuk menziarah keluarga, kerana walaupun mereka berbeza agama tapi orang tua itu masih atok dan neneknya, orang-orang di situ masih saudaranya dari segi darah. Jangan sesekali memisahkan diri. Kerana Islam itu tidak akan memutuskan talian keluarga darah hanya kerana mereka belum memeluk islam. Dekati mereka supaya mereka tahu, Islam itu amat mementingkan ikatan kekeluargaan. Tapi, janganlah ikut mereka melakukan ritual agama mereka. Cukuplah bersama mereka untuk berkongsi masa cuti .
Mohon teguran bagi mereka yang lebih arif.

Fitnah Ke atas Aisyah r.a

Pada zaman Rasulullah s.a.w, setiap kali baginda ingin keluar bermusafir atas urusan perniagaan, agama, peperangan, mahupun lain-lain perkara, baginda akan buat undian kepada para isterinya. Siapa yang menang, maka dialah yang akan ikut bersama Nabi. Maklum sajalah, isteri Nabi kan ramai, jadi kenalah adil. Pada ketika itu, ketika Rasulullah s.a.w ingin bermusafir, siti Aisyah telah memenangi undian, maka Aisyahlah yang akan mengikut suaminya yang tercinta itu. Sepanjang urusan Rasulullah s.a.w,  Aisyah r.a di letakkan di sebuah bilik kecil atau Haudaj yang kemudiannya diletakkan di atas unta. Selesai urusan Rasulullah s.a.w bersama para sahabat,  mereka pun pulang kembali ke Madinah.
Tetapi,
Ketika dalam perjalanan pulang ke Madinah berlaku sebuah kejadian.  Mereka telah berhenti rehat buat seketika di suatu tempat yang berhampiran dengan Madinah. Unta Aisyah di letakkan jauh dari kumpulan para sahabat yang lelaki suami senang Aisyah nak membersihkan diri. Bila hari sudah malam, mereka pun meneruskan perjalanan. Ketika para sahabat baru bersedia ingin meneruskan perjalanan, Aisyah r.a menyentuh dada nya mencari kalung,  tapi Aisyah mendapati kalungnya yang diperbuat manik Zafar hilang. Aisyah pergi semula tempat  dia membersihkan diri tadi untuk mencari kalungnya. Sementara itu beberapa orang lelaki yang ditugaskan mengangkat Haudaj ke atas unta yan tunggangi oleh Aisyah r.a terus menerusnya perjalanan. Mereka fikir Aisyah sudah berada di dalam haudaj tu. Saidatina Aisyah kata “Wanita pada waktu itu semuanya ringan-ringan, tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu gemuk kerana mereka hanya memakan sedikit makanan menyebabkan para Sahabat tidak terasa berat ketika membawa serta mengangkat Haudaj. Apatah lagi aku pada waktu itu seorang gadis. Mereka membangkitkan unta dan terus berjalan”.
Bila Aisyah dah jumpa kalung nya semula, dia kembali semula ke untanya tapi dia lihat semua telah pergi dan dia telah ketinggalan. Aisyah pun tunggu di situ dengan harapan kumpulan sahabat lain akan lalu di situ. Sebab ketika itu, mereka bergerak secara berkumpulan, ada kumpulan sahabat yang terakhir lagi belum pulang. Jadi Aisyah berharap, kumpulan sahabat yang lain tu melaluilah jalan itu. Maklum sajalah, mana ada jalan raya, jadi mungkin mereka lalu tempat lain. Tunggu punya tunggu, lama-lama Aisyah pun penat dan ngantuk. Lalu Aisyah ra tertidur. Kebetulan Safuan bin al-Muattal as-Sulami az-Zakwani telah ditinggal oleh pasukan tentera supaya berangkat pada awal malam. Safuan ternampak dalam kesamaran seorang manusia sedang tidur. Dia menghampirinya dan didapati yang tidur di situ adalah isteri Rasullullah.Safuan mengucap dan Aisyah terdengar terus menutup wajahnya dengan kain tudung.  Aisyah kata, “Demi Allah! Dia tidak bercakap dengan aku dan aku juga tidak mendengar kata-katanya walaupun sepatah selain ucapannya sehinggalah dia meminta aku menunggang untanya. Tanpa membuang masa aku terima pelawaannya dan terus naik dengan berpijak ditangannya, lalu beredar dalam keadaan dia menarik unta sehinggalah kami berjaya mendapatkan pasukan tentera yang sedang berhenti rehat kerana panas terik”.
Bila mereka sampai ke kelompok pasukan tentera, dalam antara ramai-ramai tentera tu, ada seorang tentera yang bersifat munafik. Dia bernama Abdullah bin Ubai bin Salul. Dialah yang menyebarkan cerita itu dan menambah cerita kononnya Aisyah r.a dan Safuan ni ada skandal. Tapi mulanya Aisyah tak tahu yang dia sedang di fitnah, dia Cuma sedar bila sampai saja di Madinah, Aisyah jatuh sakit tapi selepas sebulan sakit, dalam tempoh itu Aisyah rasa Rasulullah macam menjauhkan diri dari Aisyah. Cuma sesekali tanya kabar. Rasulullah sudah tidak layan Aisyah dengan mesra seperti selalunya jika Aisyah sakit. Aisyah kata, “Aku mula resah setelah Rasulullah s.a.w kelihatan berubah malah aku tidak lagi merasakan kelembutan Rasulullah s.a.w yang biasanya kurasakan ketika aku sakit. Rasulullah s.a.w cuma masuk mengucapkan salam kemudian bertanya: Bagaimana keadaanmu? Suasana ini menyebabkan aku semakin gelisah kerana bagiku, aku tidak melakukan keburukan”.
Rasulullah SAW macam merajuklah dengan Aisyah. Maklum sajalah, kalau kita pun dengar isteri kita ada skandal, mahunya kita merajuk lama, silap-silap terbang periuk belanga, pelempang sepak terajang semua. Tapi Rasulullah SAW bersabar, Cuma normallah merajuk sikit-sikit. Allah menguji kesabaran Rasulullah sebab Rasulullah langsung tidak diberi wahyu atau petunjuk. Baginda buntu mahu percaya yang mana sebab ramai tentera yang nampak Aisyah menaiki unta Safuan.
Setelah Aisyah beransur sembuh, dia keluar bersama Ummu Mistah ke tempat buang air besar. Tiba-tiba Ummu Mistah terpijak pakaiannya lalu melatah sambil berkata: Celaka Mistah!  Aisyah berkata kepadanya “Apakah engkau mencela seorang lelaki yang syahid dalam peperangan Badar”. Ummu menjawab, “Wahai Saidatina AisyahTidakkah engkau mendengar apa yang dia katakan? Aku menjawab: Tidak, apakah yang dia katakan?” Ummu Mistah pun menceritakan kepada aisyah tuduhan pembuat cerita bohong. Mendengar cerita itu,Aisyah jatuh sakit semula. Setelah sampai di rumah Rasulullah s.a.w masuk menjenguk Aisyah. Baginda mengucapkan salam kemudian bertanya: “Bagaimana keadaanmu?” Aisyah menjawab “Apakah engkau izinkan aku berjumpa dua orang tuaku?”. Rasullullah mengizinkan, lalu Aisyah pulang menemui orang tuanya untuk mendengar cerita tentang fitnah terhadapnya. Sejak dari itu, Aisyah faham kenapa Rasullullah dingin terhadapnya selama sebulan. Aisyah sedih dan menangis.
Aisyah r.a tambah rasa sedih bila dengar Rasulullah berkata “Wahai Aisyah, sesungguhnya telah sampai kepadaku berita begitu dan begini tentangmu. Jika kamu seorang yang bersih dari fitnah itu maka Allah akan membersihkanmu, jika sekiranya kamu mengerjakan dosa maka mohonlah ampun dan bertaubatlah kepada Allah kerana seseorang hamba itu apabila mengaku dosanya kemudian dia bertaubat kepada Allah nescaya Allah maha menerima taubatnya.”
Aisyah sedih bukan apa, bayangkanlah suami kita kata macam tu kat kita, macam tak percaya dengan kita je, sentaplah rasa. Ada jika-jika  lagi. Kalau  dah ada jika-jika tu, maknanya suami pun tak pasti kita betul ke tak. Sedangkan kita harapkan suami lah paling faham kita.
Tapi kalau kita lihat dari situasai Rasulullah SAW, semua orang nampak Aisyah berjalan berdua dengan Safuan, orang-orang pula tak tahu cerita macam mana Aisyah boleh ada dengan Safuan, kena pula ada si Munafik tu yang sebar bukan-bukan. Mahu nya kecoh satu negeri.  Bukti nyata tu. Itulah sebabnya kenapa Allah menyuruh kita menjauhi orang munafik. Sebab orang munafik ni depan bukan main baik. Sekali dialah yang mulut busuk. Tapi apa Nabi SAW buat ?. Baginda tidak melenting dan bersabar, terus bersabar sehingga Allah beri petunjuk. Kalau kita fahami situasi Rasulullah, kita sebagai lelaki lagi rasa tersiksa isteri kita dikata dengan bukti yang jelas. Kalau kita saja lelaki biasa ni, agaknya terus cerai. Sampai-sampai rumah bagi pelempang sekali lepas tu cerai. Agaknya lah. Kes selingkuh tu. Berat!. Tapi hebatnya Rasulullah kerana akhlak mulianya. Sabar dan lembut.
Sepanjang gosip liar itu menular, Rasulullah sedaya upaya Cuba menghapuskan atau sekurang-kurangnya mengurangkan gosip itu dengan menyibukkan para sahabat dengan perkara lain tanpa membincangkan soal itu. Tapi masih tidak ada wahyu. Setelah beberapa ketika Rasulullah s.a.w memanggil Ali bin Abi Talib dan Usamah bin Zaid untuk membincangkan perceraian dengan isterinya. Ketika itu wahyu tidak diturunkan. Usamah bin Zaid memberi pertimbangan kepada Rasulullah s.a.w tentang penjagaan Allah terhadap isteri baginda dan kemesraan Nabi terhadap mereka sambil berkata “Wahai Rasulullah! Mereka adalah keluargamu. Kami cuma mengetahui apa yang baik” Manakala Ali bin Abi Talib pula berkata “Allah tidak menyulitkan kamu malah wanita selain daripadanya masih ramai. Jika engkau bertanyakan pembantu rumah pun, tentu dia akan memberikan keterangan yang betul”. Lantas Rasulullah s.a.w memanggil Barirah (pembantu rumah) dan bertanya “Wahai Barirah! Apakah engkau pernah melihat sesuatu yang meragukan tentang Aisyah? “. Barirah menjawab “ Demi Allah yang mengutusmu membawa kebenaran. Sekiranya aku melihat sesuatu padanya, nescaya aku tidak akan menyembunyikannya. Dia tidak lebih dari seorang gadis muda yang sering tertidur di samping adunan roti keluarganya sehinggalah binatang ternakan seperti ayam dan burung datang memakannya”  Kemudian Rasulullah s.a.w berdiri di atas mimbar meminta pertolongan untuk membersihkan segala fitnah yang dilontarkan oleh Abdullah bin Ubai bin Salul. Rasulullah s.a.w bersabda semasa berkhutbah “Wahai kaum muslimin! Siapakah yang ingin menolongku dari orang yang sanggup melukai hati keluargaku? Demi Allah! Apa yang aku ketahui hanyalah kebaikan. Beberapa orang telah menyebut tentang seorang lelaki yang aku ketahui bahawa dia seorang yang baik. Dia tidak pernah masuk berjumpa isteriku kecuali bersamaku”.  Lalu Saad bin Muaz al-Ansari bangun berkata, “Aku yang akan menolongmu daripada orang itu wahai Rasulullah. Jika dia daripada golongan Aus aku akan memenggal lehernya dan sekiranya dia dari kalangan saudara kami daripada golongan Khazraj, perintahkanlah aku nescaya aku akan melaksanakan segala perintahmu itu”.
Selepas pelbagai Usaha, Allah telah membersih nama Saiditina Aisyah r.a dengan turunnya ayat ke 11-18 daripada surah an-Nur. Yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat) (11). Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata (12). Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta (13). Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu (14). Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya (15). Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan (16). Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman (17). Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (18).

Maka nama Aisyah r.a pun bersih. Kemudian diturunkan ayat seterusnya iaitu ayat 19-26. Ucapan pertama baginda selepas menerima wahyu tersebut ialah sabdanya “Bergembiralah, wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah s.w.t telah membersihkan kamu!”.  Ibu Aisyah berkata kepada anaknya “Bangunlah berjumpa Rasulullah s.a.w”. Aisyah menjawab “Demi Allah! Aku tidak akan bangun berjumpa baginda. Aku hanya akan memuji kepada Allah s.w.t kerana Dialah yang menurunkan ayat al-Quran menyatakan kebersihanku”. Semua jadi baik... Selepas daripada itu juga Allah telah memberikan rezeki kepadanya kesyahidan di jalan-Nya kepada Safwan bin Mu’attal r.a. Semua jadi lebih baik.

AN NUR: 19-26. Yang bermaksud
“Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian) (19). Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Amat melimpah belas kasihanNya, (tentulah kamu akan ditimpa azab dengan serta-merta) (20). Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah!) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (21). Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (22). Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar (23). Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan (24). Pada hari itu Allah akan menyempurnakan untuk mereka balasan (azab seksa) yang berhak mereka mendapatnya dan mereka pula akan mengetahui bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Adil, lagi nyata keadilanNya (25).  (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia (26).

Pengajarannya:

Bersabarlah para isteri yang terfitnah sedangkan isteri Rasulullah juga tidak terlepas dengan ujian itu dan bersabarlah para suami sekiranya rumah tangga di uji sebegitu sebab Allah dah berikan Muhammad SAW kepada kita bukan sahaja sebagai contoh seorang pemimpin tapi juga sebagai  contoh suami terbaik yang boleh kita teladani.

Thursday 19 December 2013

Tak lari gunung di kejar

Kata pepatah, "Tak lari gunung di kejar".
Maksudnya perkara yang telah nampak di depan mata, oleh itu kita tidak perlu terburu-buru.
Orang tua-tua selalu gunakan pepatah itu 
untuk menggambarkan keadaan sesuatu yang pasti ada, seperti gunung. 
Jadi kita tidak perlu terburu-buru. 
Namun situasi sebenarnya, 
memang gunung tu tak lari ke mana-mana sebab gunung tu memang kat situ. 
Tapi masa akan terus meninggalkan kita. 
Kita patut mengejar masa, 
bimbang belum sempat sampai ke gunung, 
nafas dah berhenti di tengah jalan. 
Jadi jangan di kisahnya gunung itu 
tapi kejarlah masa kerana masa sentiasa berlari. 

Hari semalam telah menjadi kenangan, 
hari ini telah pasti kita lalui, 
namun hari esok belum tentu..

Wednesday 18 December 2013

Pakaian Dalam dan Pakaian Luar.



Maksudnya : Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tidak ingin kahwin (lagi), tiadalah dosa atas mereka menanggalkan pakaian (pakaian luar yang kalau dibuka tidak menampakkan aurat) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Nuur : 60)



Ayat di atas menerangkang tentang kelonggaran yang Allah beri kepada perempuan tua.
Kelonggaran yang pastinya sesuai dengan keselesaan orang-orang tua.
Maha Bijaksananya Pencipta kita, Tuhan sekalian makhluk, iaitu Allah.
Ketika seorang perempuan itu muda, Allah menyuruh mereka melabuhkan pakaian.
Kerana Allah maha mengetahui kesannya para wanita itu kepada kaum Adam.

Namun, ketika tua, wanita tua di benarkan menanggalkan pakaian luar mereka.
Allah berfirman,“Wahai "Nabi katakanlah kepada isterimu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman mereka menyelubungkan meiaiui pakaian luar mereka atas diri mereka. Yang demikian itu adalah lebih hampir mereka dikenali lalu mereka tidak diganggu.” ( Surah al-Ahzab, 33: 59).


Walaubagaimanapun, kita perlu memahami dahulu apakah yang di maksudkan pakaian luar itu supaya para wanita tahu, apa pakaian dalam yang tidak patut mereka tanggalkan ketika diluar rumah.

Secara zahir dan batinnya, perempuan muda itu, yang masih dalam belum putus haid, mereka ada satu naluri nafsu terhadap lelaki. Nafsu itu membuatkan mereka mampu berkeadaan menggoda lelaki kerana fitrah mereka yang masih memerlukan perkara itu. Jadi bila keadaan itu terjadi, ia menjadi sebab mereka perlu menutup aurat dengan melabuhkan pakaian. Jadi orang lain tak tergoda, dia pun tidak menggoda dalam keadaan sengaja atau tidak sengaja.

Manakala perempuan yang telah putus haid, keperluan nafsu batin mereka sudah berkurang dan lama kelamaan tiada. Macam atok nenek kita, tidur pun sudah asing-asing, tapi masih berkasih syg dengan cara yang lain. Kerana itu, Surah an-Nuur ayat 60 itu, menerangkan, jika keadaan itu telah berlaku, iaitu perempuan yang telah tua, pakaian mereka boleh tidak selabuh perempuan muda. Daya tarikan perempuan tua juga sudah tidak begitu kuat untuk menarik pandangan atau nafsu seorang lelaki.

Jika di rujuk tafsir Al-Quthubi, pakaian luar itu adalah jilbab ialah lebih luas dari selendang (tudung). sahabat Nabi SAW yang bernama Ibn Mas’ud mengatakan bahawa pakaian luar ialah Jilbab atau Rida. Pendapat ini sama seperti diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, Ibn ‘Umar, Mujahid, Sa’id bin Jubayr, Abu Ash-Sa’tha’, Ibrahim An-Nakha’i, Al-Hassan, Qatadah, Az-Zuhri, Al-Awza’I dan lain-lain.

Aurat perempuan itu adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, semua pakaian yang menutup aurat itu adalah di kira sebagai pakaian dalam. SELAIN dari itu di kira pakaian luar. contohnya purdah utk menutup separuh muka, sarung tangan yang di gunakan utk menutup tapak tangan. Tudung yang terlalu labuh atau pakaian yang besar juga dikira sebagai pakai luar, maksudnya tudung yang labuh melebihi dada, seperti telekung. Kebanyakan para ulama menyifatkan pakaian luar itu berupa jilbab atau dari segi bahasa pakaian yang lebar dan mampu menutup seluruh tubuh. Contohnya lihat pakaian wanita arab yang hanya menampakkan mata. Itu lah pakaian luar bagi orang islam. Purdah jika di buka masih menutup aurat kerana muka bukan aurat. tapi orang muda jika wajahnya mampu menggoda lelaki, dia kena berniqab kerana bimbang fitnah atau gangguan para manusia yg buas. Sebab tu orang yang tidak tutup aurat ini atau pakai yang ketat boleh di umpamanya berpakaian tetapi telanjang sebab dia tak pakai pakaian dalam secukupnya.

Jadi wanita tua jangan salah faham pula mengenai maksud ayat itu dan boleh pakai pakaian dalam sahaja (seluar dalam dan baju dalam). Istilah pakaian luar ini dalam Islam sebenarnya pakaian tambahan selain dari pakaian yang digunakan untuk menutup aurat. Kalau t-shirt atau seluar panjang itu masih di kira pakaian dalam sebab kita ini islam, pakaian dalam kita adalah pakaian yang tutup aurat kita. lainlah orang bukan islam, pakaian dalam itu maksudnya baju dalam dgn seluar kecil sebab bagi diorang yg dalam patut di tutup itu saja. Jadi bila dah tua, nenek kita boleh lah tak pakai tudung labuh sgt atau niqap. kan kalau tak pakai begitu pun masih tutup aurat. nenek kita boleh lah pakai ringkas begitu.. seperti pakaian mereka untuk ke kebun. Ringkas saja tetapi aurat terjaga. kalau yang merasakan dirinya masih muda, tak elok lah pakai singkat-singkat. Bimbang ada buaya yang kelaparan menunggu peluang.


Allah sudah cukup memberi kita keselesaan dan menjaga kehormatan kita. Semasa kecil sebelum baligh, Allah beri kita peluang belajar tentang aurat, bila dan baligh (dewasa selepas kedatangan haid pertama), Allah suruh kita labuhkan pakaian supaya keselamatan kita lebih terjaga. Namun bila kita tua, Allah ringankan pergerakan kita dengan membenarkan pula membuka pakaian luar asalkan aurat terjaga dan bukan tujuan menunjuk perhiasan diri. 

Maha suci Allah, maha mengetahui dan maha bijaksananya aturan MU yang Allah.

Tuesday 17 December 2013

Cegah maksiat!

Sepupu mai ghumah beriya duk citer," Ngah, tadi kami masa nak mai sini, kami nampak satu kapel ni duk peluk2 dalam bas. laki tu meraba hat pmpuan rilek ja. gatai menghela!. kami dak kenai, tapi kami tengok macam melayu. tak malu betui. kot-kot bas kemalangan, mati sia-sia".

Aku pun tanya, "hang kata gitu dak kat depa ?". dia jawab, " dak lah.. aku malas nak sibuk hal orang".

Sebenarnya situasi ini kerap berlaku. Kita nampak org duk bermesra kat taman, kat bas, kat mall. Kita tahu salah, tapi jarang sangat ada yang berani tegur. Bila kita dah kat belakang diorang baru kita akan cakap berapi. Mungkin lepas ni kita kena lebih berani. bukan nak menyibuk. Tapi tegur cara baik. Jangan tengking, Kalau kamu lelaki, tepuk bahu yang lelaki, kalau yang perempuan, tepuk bahu yang perempuan tu. Mesti diorang akan regangkan sikit jarak
Kadang-kadang mereka tahu itu salah, tapi syaitan dah tengah sedap duk bisik. kita tepuk lah bahu depa sikit bagi salam. Biar saudara kita tu sedar dan tak terus hanyut.

Seorang akak kata, "Iman kita di level yg bebeza...tegoq caqa berhikmah dan mahmudah..ingatlah kamu akan azab Allah yang amat keras..inshaAllah..insaf kapel tu."

Jom sama-sama cegah maksiat!

Kisah harimau beriman

Seorang lelaki Islam ponteng sembahyang Jumaat.
Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. 
Sedang dia terhendap-hendap di dalam semak, 
tiba-tiba dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur. 
Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak 
lalu tergelungsur ke dalam jurang. 
Dia pula tergolek ke arah lain, 
jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. 
Malangnya HARIMAU tadi terus menghambatnya, 
sedangkan dia sudah tak boleh bergerak lagi. 

"Ya Allah," doa lelaki tersebut, "Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang Jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini... Ampunilah aku ya Allah... Makbulkan hajatku ini... Jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang baik dan beriman... Tolong ya Allah! Aminnn..." 

Tiba-tiba guruh berdentum! 
HARIMAU tadi tiba-tiba terhenti betul-betul di hadapan lelaki tadi. 
Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun. 
Sambil menadah kedua-dua kaki depannya ke langit... 

HARIMAU tersebut pun berdoa, 
"Allahumma barik lana, fima razakana, wa qina azzabbannar. Amin!

Selamat kene ngap!

Monday 16 December 2013

Taati Kerajaan

Ternampak dalam satu buku keluaran kerajaan yang tertulis,

"kamu kena hargai apa kerajaan bagi, jangan bila besar kamu nak menentang kerajaan pulak".

Dalam sebuah negara, ada kerajaan pasti kerana adanya rakyatnya. Kalau dalam sebuah negara, macam hutan yang tidak berpenghuni pastinya tidak ada kerajaan kerana kerajaan itu wujud di sebabkan ingin membentuk sebuah pentadbiran.

Dalam islam, ketaatan kepada pemerintah amat di tuntut. Walau siapa pun pemerintah itu, selagi mereka memimpin mengikut syarak, meninggalkan yang dilarang dan melakukan yang di suruh oleh islam maka kita wajib patuh kepada mereka. Firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 59:

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amin" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu".

Patuh dalam konteks kepada kerajaan, adalah menghargai dan setia kepada kepada negara.

AI-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam al-Sultaniah dari riwayat Abu Hurairah, Rasulullah SAW perna bersabda "Kamu akan diperintah oleh pemerintah-pemerintah selepas aku; yang baik akan memerintah kamu dengan kebaikannya dan yang tidak baik akan memerintah kamu dengan keburukannya, maka hendaklah kamu dengar dan taat kepada mereka pada setiap perintah yang sesuai dengan kebenaran; sekiranya mereka melakukan kebaikan, maka kebaikan itu bagi kamu dan bagi mereka; tetapi sekiranya mereka melakukan kejahatan, maka kamu akan beroleh kebaikan, tetapi mereka akan menerima akibat kejahatan yang mereka lakukan."

Kembali kepada ayat di atas, generasi muda memang seharusnya menghargai apa yang kerajaan telah beri. Pada zaman kita, yuran sekolah di kurangkan, separuh daripada yuran universiti awam di tanggung oleh kerajaan, pelajar cemerlang di beri biasiswa dan jurusan-jurusan elit seperti kejuruteraan dan kedoktoran di berikan kewangan JPA.

NAMUN!. kita masih perlu memusing kembali dari mana sumber kewangan itu di perolehi sehingga kerajaan mampu membantu generasi muda sedemikian hebat. Sumber kewangan kerajaan diperolehi daripada pengumpulan pendapatan negara, hasil cukai dan pelbagai hasil lagi. Semua hasil itu adalah hasil titik peluh rakyat yang bekerja dan menyumbang ke arah itu. Kemudian dengan hasil yang di kumpul itulah bajet tahunan dapat di agihkan. Maka kesimpulannya, rakyat menikmati bantuan dari hasil titik peluh dan penat lelah seluruh rakyat.

Oleh itu, sebelum rakyat menghargai pemberian kerajaan, Kerajaan terlebih dahulu perlu menghargai rakyatnya kerana telah menyumbang tenaga untuk nilai bantuan yang di namakan dengan 'bantuan kerajaan' walaupun yang bekerja itu adalah rakyat. Dengan menghargai rakyat dan melaksanakan pembahagian pendapatan dengan sebaiknya dan memimpin berasaskan agama islam, pastinya sama-sama akan lebih menghargai.

Kerajaan yang kukuh dan berilmu adalah amat penting bagi sebuah negara. Ini kerana, rakyat perlukan kerajaan kerana dalam kehidupan sebuah masyarakat yang besar, rakyat perlukan ketua untuk memacu pembangunan. Manakala kerajaan memerlukan rakyat sebagai 'enjin' yang menggerakkan pacuan negara itu. Tanpa enjin kereta mewah macam mana pun, ia tak kan hidup. Dan tanpa pemandu, kereta tak mungkin bergerak. Itu lah saling kebergantungan antara kerajaan dan rakyat.

TAPI!. kalau pemandu tu mabuk, tak tahu bawa kereta atau tak mahir bawa kereta atau tak tahu undang-undang, baik tukar pemandu lah. Bila kita nak tukar pemandu, bukan bermakna kita lawan pemandu tu atau tak hargai dia, kita cuma nak jaga keselamatan semua orang supaya takda yang tersesat. Kita cuma nak tunjukkan pemandu yang lebih baik supaya pemandu yang dulu belajar cara memandu. hehe.. tetiba topik kereta. Faham- faham lah.

Itulah ibarat kerajaan yang tidak adil. Bimbang ada yang tertindas.

Pesan Nabi SAW, " Sesungguhnya perkara yag aku takuti ke atas umatku ialah para pemimpin yang sesat." HR abu Daud dan al Tarmizi.

Taat kepada pemimpin itu wajib tapi tolonglah hargai rakyat sebelum kerajaan ingin di hargai. Ingat, balasan Allah.

Sunday 15 December 2013

Mimpi Semalam


Mimpi itu mainan tidur. Tapi mimpi juga kadang-kadang dijadikan sebagai medium mengingatkan kita tentang sesuatu. Setiap malam sebelum nak tidur, kita selalu berharap agar, yang bakal kita mimpi itu adalah cukup indah untuk dijadikan peneman malam.

Malam tadi aku rasa kurang sihat. Terasa sejuk hingga ke tulang. Tapi hairan, peluh menitik laju. Lecun baju. Tapi kerana kesejukan, aku terus berselebung di dalam selimut tebal. Keselesaan terus membawa aku ke alam mimpi.

Suasana ketika itu terasa macam suasana 7 tahun yang lepas. Di kawasan tempat aku mula-mula merasa ke kelas tanpa memakai baju putih dan seluar hijau. Kolej matrikulasi melaka. Aku berjalan seorang diri. Terburu-buru. Mungkin telah lambat untuk ke kelas. Tapi semasa menaiki tangga, aku sempat terserempak dengan seorang gadis bersama sahabatnya. Gadis yang biasa aku lihat. Peliknya aku senyum padanya, dan dia membalas senyuman itu sambil berkata, “hati-hati pergi kelas, nanti jatuh tangga”. Selesai ayatnya dengan perkataan ‘tangga’, aku terlanggar dinding. Sakit. Macam bukan mimpi pula. Terasa sakit.

Sampai ke kelas, aku melihat semua kawan sekelas sedang berdiri. Cikgu garang sedang membebel di hadapan. Tapi aku kuatkan hati untuk masuk. Baru kaki ingin melangkah masuk, terdengar namaku di panggil dengan suara yang kuat. “Ammar Farhan Fatah!”. Langkah terhenti.

Kamu ni dah lah lambat, kad matrik tak pakai, rambut terpacak macam ultraman pencen !. Kamu nak belajar atau nak bercuti di sini ?!”. Cikgu garang sedang membebel di hadapan. Aku meraba rambutku. Membetulkan apa yang terpacak.

Mana dompet kamu ?!”. cikgu garang bertanya. Aku meraba poket belakang. Terus menghulurkan dompet kepada cikgu garang. Cikgu garang mengambil dompet aku dan membuka. Dia mengeluarkan kad matrik aku dari dompet.

Ahh... korang tengok ni, kad matrik ni guna dia simpan dalam dompet ke?”. Cikgu garang mengangkat kad matrik aku di tunjukkan kepada semua.

Ingat ni pihak matrik buatkan untuk saja jadi perhiasan dompet ?. ikut lah peraturan. Kalau dalam kawasan, pakai!. Sangkut baik-baik kat leher. Kalau tak nak pakai kad matrik, pergi jadi tukang kebun lah!”. Sambungnya lagi.

Sir, kad holder saya koyak. Macam mana saya nak pakai?. Saya baru nak ganti baru. Tapi saya tetap bawa kad tu sebab saya tahu peraturan”. Jawabku setelah dia memandang aku seperti menunggu jawapan.

Menjawab!”. Katanya ringkas.

Aku melarikan pandangan ke luar. Aku lihat, gadis yang aku jumpa pagi tadi sedang berdiri tidak jauh dari kelas. Matanya terkebil-kebil. “Mesti dia mendengar aku kena hambur. Malunya...” omelku di dalam hati.

Ammar, kalau kad holder kamu koyak, patah atau apa-apa lah, kamu pegang je lah kad matrik kamu. Supaya saya tahu kamu ada kad matrik!”. Cikgu garang memberi nasihat yang agak tak bersesuaian.

Aku pun menjawab, “ Kalau dompet sir koyak, sir nak letak ic sir kat mana?. Duit-duit sir semua macam mana?. Sir nak pegang saja supaya kami tahu sir pun ada IC, Sir pun ada duit. Gitu?”. Laju saja aku membalas cadangan itu.

kalau Sir punya kad holder kad matrik pun rosak, sir pun nak pegang ke sampai tangan berpeluh, lepas tu letak merata, hilang, susahkan pihak matrik nak buatkan baru. Boleh macam tu ?”. sambungku lagi.

Aku melihat dia masih berdiri di luar. Tapi dia seperti menahan diri nak senyum. Tiba-tiba aku pun tersenyum.

Dah! Apa senyum-senyum!, pergi duduk!. Lepas ni pakai kad matrik! “. Cikgu garang menghentikan ceramah kebudak-budakkannya dengan memulakan kelas. Setengah jam dia buang hanya untuk membebel.

Selepas dari kelas, aku terus ke sebuah kedai. Macam sebuah koperasi. Aku nak cari kad holder. Semasa nak masuk ke kedai, aku terserempak dengan gadis itu lagi. “Hai, buat apa sini ?.” Aku memberanikan diri untuk menegur. Bersamanya masih orang sama. Seorang kawan.

Kami ke sini nak beli kad holder”. Seraya mereka ketawa bersama.

Sentap... perli tu..”.. Omel ku di dalam hati.

hmm.. saya pun nak beli kad holder, boleh tunjukkan kat saya mana tempatnya.”. Aku buat-buat tak faham yang mereka sedang perli aku. Gadis itu melangkah menunjukkan tempat kad holder tersadai. Manakala kawannya berdiri di kaunter. Membayar barang yang mereka beli. Sampai dihujung rak, aku memberanikan diri memperkenalkan diri, “Nama saya ammar, nama awak siapa ?”. Dia hanya tersenyum. “hmm... Nama saya ....”.



Wei, cepatlah, nak ke makmal ni!”. Kawannya memanggil dari luar. Dia belum sempat menyebut namanya.

Aku di tinggalkan dengan sebuah pertanyaan. Siapa nama dia. Aku cepat-cepat mengambil kad holder dan membayar di kaunter. Aku terus keluar menuju kembali ke kelas seterusnya.

Tiba-tiba dah petang. Nama pun mimpikan. Mesti kadang-kadang banyak ‘tiba-tibanya’.

Petang itu aku pergi ke taman yang aku anggap taman riadah. Aku berlari untuk mengeluarkan peluh. Aku masih melihat watak yang sama. Gadis itu bersama sahabatnya. Aku kira mereka pasti sahabat baik. Mereka sedang membaca buku. Ulat buku kot.



Aku menunju ke arah mereka. “Hai korang”. Kedua-dua gadis itu senyum dan membalas hai juga kepada aku. Tapi yang peliknya, gadis itu senyum malu-malu. Aku pun automatik malu-malu kucing.

Kawannya meninggalkan kami berdua. Bukan saja-saja meninggalkan. Tapi dia sedang mengejar kertas notanya yg di tiup angin. Dalam hati, “angin bawalah kertas itu jauh-jauh”.

Apabila melihat kawannya makin jauh, dia lantas bangun. Tapi dia hampir jatuh kerana kakinya terasa kebas. Aku cuba menolong dia bangun. Aku hulurkan tangan. Tapi dia hulurkan buku. Kening ku berkerut. Dia ketawa kecil. Kemudian dia hulurkan telefon bimbitnya. Telefon 3310 nokia. Model popular saat itu. Aku menarik telefon itu, dan dia memegang di hujung. Dia bangun perlahan-lahan. Terasa hujung jari tersentuh hujung jarinya.

Laju jantung berdegup. Maklumlah, umur 18 tahun. Jiwa berapi kononnya.

Bila kami berpaling, kawannya sedang berdiri merenung kami. “Apa pegang-pegang ni?”. Tanyanya. Suara mendatar tapi tegas. “ Saya pegang telefon dia, bukan tangan dia, kaki dia kebas”. Jawapku.

“Jom kita balik”. Kata kawannya. Mereka pun balik tapi sempat lagi mereka memberikan senyuman. Ingatkan kawan dia marah. Semakin jauh mereka berjalan. Aku mengangkat muka untuk memandang dia. Tiba-tiba dia berpaling dan tersenyum manis.

Manisnya senyuman dia..



Macam biasa kisah-kisah mimpi ni, mesti ada yang mengacau. Hahaha.. Umi kejut bagitahu dia pergi rumah atok dan menyuruhku ke sana juga.



Suasana 7 tahun lepas hampir sama. Tapi tiada satu pun kisah begitu yang berlaku saat 7 tahun yang lepas. Kan bagus kalau aku berani 7 tahun lepas macam dalam mimpi tu.



Sunday 8 December 2013

Melihat Yang Di Bawah

Apabila kita berjalan di satu tempat. Kita menemui ramai orang.
Suasana yang gamat dan memberikan kita pemandangan yang pelbagai.
Kita membawa sebuah kereta yang sederhana.
walaupun kadang-kadang pendinginnya rosak,
Cermin pintu tersekat dan signal radio yang lemah.
Tapi untungnya, dia tidak perna meragam.
Sewaktu nak meletakkan kereta, lalu kereta idaman kita.
Cantik, bergaya...
Kita bertanya dalam hati, "kenapalah aku tak mampu beli..?".
Turun dari kereta dan mula meninjau kawasan itu.
Si situ kita mula melihat, ramai orang yang cantik dan kacak rupa parasnya.
Hati terdetik, "cantiknya dia, dan kenapa aku tidak begitu?".
Kemudian kita terus berjalan. Menghiburkan diri. memerhati dan menilai.
Di hujung sana ada seseorang yang cantik pakaiannya.
Kita mula mengira.." mesti mahal, kenapalah aku tak dapat pakai macam tu, kalau mampu pun, aku ni gemuk. memang tak padan pakai gitu".

Dalam seharian tu entah berapa banyak kita bertanya pada diri.
Bunyinya seakan bertanya. Hanya sebuah pertanyaan,
tapi yang tersiratnya, sifat bersyukur yang lemah.

Tiba-tiba lalu seorang tua yang sedang berjalan memimpin cucunya.
Bajunya lusuh.. tapi senyumannya manis sekali. kita melihat baju kita.
"Alhamdulillah, walaupun tak berjenama mahal tapi selesa skali".
Kita mula berasa yakin untuk berjalan.
berjalan menaiki tangga. Ada seseorang yang sedang menghulurkan tangan.
Kakinya kudung. Matanya buta. Tangan nya bergetar kelaparan.
terbit rasa kasihan. Kita menghulur sedikit yang termampu.
Dalam hati mula kesal memikirkan keluhan tadi.
"Ya Allah terima kasih menjadikan aku dalam keadaan yang cukup sempurna".

langit kelihatan mendung. Sekejap lagi pasti akan hujan.
Kita menyudahkan rodaan dikawasan itu.
Berlari ke tapak letak kereta. Mujur sempat sebelum hujan turun.
Baru nak keluar dari tapak kereta,
dari jauh dapat melihat orang tua dan cucunya tadi.
mereka sedang menaiki motosikal lama.
kesian baju mereka lecun. Sekalii lagi terbit rasa syukur.
kereta kecil ini mampu melindungi aku daripada basah.

Memang ini hanya sebuah cerita. Tapi realiti manusia, kerap berasa diri masih didalam kekurangan. Memang tiada manusia yang akan cukup segalanya. Cuma sebab kita suka melihat apa yang orang lain ada dan apa yang kita tidak punyai, membuat kita lupa, kita ada apa yang orang lain tidak ada.

Cuba pegang satu hadith ni,Nabi Muhammad SAW bersabda;
"Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu, ianya lebih wajar, supaya kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah". riwayat Muslim

Maksud hadith ni bukannya kita tak boleh lihat orang-orang yang tinggi.
tapi maksudnya, jangan cuma melihat orang yang mempunya kelebihan lebih dari kita.
Sebab kalau itu yang kita pandang, kita akan rasa kita sangat kekurangan.
Tapi bila kita lihat orang yang lagi susah dari kita, kita akan rasa lebih bersyukur.
Kita akan rasa nikmat Allah itu sebenarnya cukup luas dan telah di bahagikan sebaiknya.
Bersyukur dan sentiasa yakin dengan Nikmat-NYA.

Atok Ku Kahwin Lagi..

Assalamualaikum..

Cerita pada malam ni adalah seperti dalam tajuk. Iaitu, atok saya bakal berkahwin sekali lagi pada tahun ini.
hmm.... Nampaknya balik nanti dapatlah melihat suasana baru rumah atok. Mesti meriah.
Dalam sebuah rumah ni, kalau tak ada seorang suri atau isteri memang tak meriah.
Keadaan rumah rasa suram, bagai taman yang tiada bunga.. Ceh... falsafah tu.. falsafah..

Semenjak arwah nenek meninggal beberapa tahun yang lepas.. hmmm.. hampir 8 tahun yang lepas,
Hidup atok macam 360 darjah berubah. Kerap termenung dan hidup berseorangan.
Anak-anak atok semua telah berkahwin dan duduk jauh. Tinggallah atok bersendirian.
Anak-anak atok selalu ajak atok tinggal di rumah mereka. Bimbang atok yang bersendirian.
Tapi atok tidak suka tinggal di rumah orang lain. Paling tidak pun bertahan dua hari.
Selepas tiga tahun pemergian nenek, atok bertemu jodoh. Namun jodoh itu tidak panjang.
Kembalilah atok bersendirian..
Untung kali ini sekali lagi Allah kirimkan seorang teman...
InsyaAllah lagi 3 hari atok sudah ada teman untuk mengadu rasa.
Ada beberapa orang cucu atok yang tidak suka atok berkahwin lagi.
Kata mereka, atok sudah tua.. memalukan saja. Tapi bila saya kata, "kalau malu, pergilah duduk dengan atok. Jaga atok. Uruskan keperluan atok." Masing-masing diam.. Itu lah orang yang hanya tahu menjaga kemaluan sendiri. hahaha.. macam tak kene je ayat tu.

Atok perna kata, dia berkahwin bukan sebab nafsu. Dia sudah tua, nafsunya sudah tidak mendesak.
Tapi dia perlukan teman. Teman berbicara tentang senja. Teman berbual tentang hidup.
Teman untuk mengharungi waktu malam yang gelap..
Okey, ayat atok sebenarnya macam ni, "tok rasa sunyi, malam-malam takda kawan untuk di ajak berborak. Sebab tu tok nak kahwin lagi. Dengan orang tua macam atok pun takpa, sebab atok bukan nak kahwin sebab nafsu. cuma nak seorang kawan yang boleh teman atok borak. boleh masak untuk atok".
Yang kat atas tu ayat yang aku sedapkan.. hehe.. tapi aku tahu, itulah yang atok mahu..
Apa pun, abah dah kata, sempena majlis atok, dia akan nyanyi lagu "ayahku kahwin lagi". hahaha..
terbaik abah!.

Thursday 5 December 2013

Aurat Wanita Ketika Bersalin



Dua puluh lima tahun yang lepas, saya telah dilahirkan oleh seorang wanita yang hebat. Bersama adik kembar yang telah lama pergi. Kami hanya bersama beberapa tahun. Kata mak, kami lahir di rumah sahaja. Sebab masa tu perjalanan ke hospital sangat jauh. Sedangkan mak sudah dalam kesakitan yang amat. Mujur klinik desa berhampiran dengan rumah. Di situ ada bidan kerajaan yang terlatih untuk membantu ibu yang ingin melahirkan anak. Bukan  Misteri Bidan Gaya okey.. Alhamdulillah dua orang bayi yang comel dan kacak sehingga kini lahir ke dunia (ini kenyataan). Membesar bersama walaupun yang tinggal hanya seorang. Fahim meninggal dunia saat kami belum pandai mengejar bola bersama-sama.
Namun, rencana ini bukanlah ingin menceritakan tentang kami. Tapi tentang kelahiran. Sebuah kelahiran yang menggembirakan tapi menjadi igauan ngeri pada si ibu kerana bimbang siapa yang akan membantunya semasa dalam proses melahirkan. Situasi dulu dan kini berbeza. Jika dulu, bidan yang terdiri dari seorang wanita berumur, yang akan membantu proses kelahiran. Tapi kini, doktor lelaki semakin ramai dalam bidang Obstetrics and Gynaecology (O&G), iaitu bidang perbidanan dan sakit puan.
Ketika seorang ibu sedang sakit ingin bersalin. Suami membawa isteri ke hospital tanpa memikir panjang. Ketika itu si isteri sedang merintih kesakitan. Sesekali menggoncang lengan suami. “..Abang.. cepatlah...” rintih isteri. Suami memandu dengan degup jantung yang laju. Dilihat di tepi, air mata isteri sedang mengalir. Sampai sahaja di sebuah hospital kerajaan, isteri di daftarkan di dalam ward ibu bersalin. Tapi bukaan masih belum cukup untuk melahirkan. Maka tersadailah si isteri di katil itu. Suami tidak putus-putus memberi kata-kata semangat kepada isterinya. Setiap jam isteri diperiksa. Jam pertama sehingga jam ke lima, bukaan belum cukup. Suami yang telah lima jam duduk di situ, keletihan. Mata terlelap. Isteri terasa perut kejang. Sakit sangat. Terlalu lemah untuk bersuara. Tiba-tiba sedang isteri baring dalam keadaan kaki yang terbuka, datang seorang doktor lelaki memeriksa isteri. Dan sedar-sedar saja si suami, dia melihat doktor lelaki itu sedang melihat sesuatu yang menjadi hak peribadinya. Apakah perasaan anda sebagai suami ?. dan apa pula perasaan isteri ?.  Perasaan terpaksa di ketepikan...

Situasi ini memperlihat keadaan aurat isteri yang terpaksa di dedahkan. Bukan semua orang mampu memilih hospital swasta atau hospital kegemaran yang membolehkan kita memilih doktor yang ingin membantu isteri. Kosnya terlalu mahal jika dibandingkan dengan hospital kerajaan. Mungkin saja kos melahirkan 5 orang anak di hospital kerajaan sama dengan kos melahirkan seorang anak di hospital swasta. Mungkin. Sebab saya tidak ada pengalaman lagi. Tapi di ringkaskan cerita, kos bersalin di hospital swasta terlalu mahal untuk pasangan yang mempunyai pendapatan sederhana atau rendah. Jadi nilainya bagi sebuah bayaran yang rendah adalah kadang-kadang usah diharapkan perkhidmatan yang sempurna.
Seorang pesakit perlu peka pada haknya sebagai seorang pesakit. Di hospital kerajaan sebenarnya masih memberikan hak kepada pesakitnya atau kepada ibu untuk memilih sama ada doktor lelaki atau doktor wanita. Ya. Masih ada hak. Namun, hak memilih kadang kalah terbatas akibat daripada jadual bersalin yang tidak menentu atau tidak sama seperti jangkaan atau pun pada ketika si isteri ingin bersalin, hanya doktor lelaki yang sedang bertugas. Mana mungkin si isteri mahu tahan kepala bayi sehingga doktor wanita sampai. Itu namanya buang tebiat. Maka terpaksalah si isteri merelakan dirinya di bantu oleh doktor lelaki. Waktu ini adalah dikira darurat.
                Walau bagaimanapun, sebelum meletakkan diri kita ditempat zon darurat, pertama kita patut berusaha bersungguh-sungguh dahulu sebelum mengatakan kita darurat. Dalam tempoh 9 bulan ini, si suami perlu memainkan peranannya mencari alternatif dan jalan penyelesaian yang tepat untuk memastikan aurat isteri nya terjaga. Ingat, kewajipan menjaga aurat isteri adalah terletak di bahu suami. Pemeriksaan bulanan adalah langkah pertama yang perlu diambil berat. Suami perlu memilih klinik yang terdiri dari perawat wanita dan perlu meluangkan masanya untuk menemani isteri. Jika tidak, kirimkanlah seseorang yang muhrim bagi isterinya ataupun sahabat perempuan yang solehah dan boleh dipercayai.
                Perkara kedua yang perlu diambil berat ketika proses melahirkan, adalah keadaan dimana pada ketika itu, memang tidak ada doktor wanita yang berada di sana setelah puas berusaha. Ketika itu, suami perlu mengutamakan nyawa isterinya berbanding maruah isterinya. Walaubagaimanapun, suami perlu menggunakan kuasanya untuk menemani isteri dan berusaha menutup aib isteri semampu mungkin. Suami tidak boleh sewenang-wenangnya menyerahkan seratus peratus kerja itu dengan alasan si suami tidak pakar soal ini. Sebaliknya suami perlu berada di sisi isteri ketika itu bagi memastikan keperluan isteri pada masa itu terjaga. Terdapat sesetengah hospital tidak membenarkan suami berada di bilik tertentu, maka suami perlu menggunakan haknya pula mensyaratkan kepada pihak hospital untuk tidak membenarkan lelaki masuk di dalam bilik yang menempatkan isterinya.
Ketiga adalah apabila si isteri mengalami masalah ketika bersalin. Seperti terpaksa untuk di bedah dan pakar yang terbabit adalah doktor lelaki dan hanya doktor lelaki itu yang pakar dalam membantu isterinya. Ketika itu, isteri boleh diletakkan dalam keadaan darurat.
Seterusnya yang Keempat  adalah doktor pakar sendiri telah mengesahkan si isteri dalam keadaan kritikal dan darurat dan doktor lelaki yang membantu itu adalah golongan alim, boleh dipercayai dan profesional dalam tugasnya.
                Daripada semua keadaan tersebut, yang menjadi tunjang utama ketika ini adalah peranan seorang suami. Pada ketika ini si isteri dalam keadaan yang lemah dan gagal menguruskan dirinya. Pada ketika itu juga, memakai tudung pun sudah tidak larat. Suamilah yang perlu bertanggungjawab menutup aurat isterinya. Ketika di dalam ward, jangan membiarkan isteri dalam keadaan tudung yang tidak terpakai, berlengan pendek dan kain yang terselak. Di dalam al-Quran surah an-Nur ayat 31 (1)  dan surah al-Ahzab ayat 59 (2) jelas menyatakan kewajipan tentang aurat wanita. Jadi suami perlu tidak sewenang-wenangnya mengabaikan aurat isteri hanya dengan alasan darurat selagi suami itu masih mampu menjaga aurat isterinya. isteri telah berjuang 9 bulan untuk seorang zuriat suami, oleh itu suami berkorbanlah 2 hari di hospital dan 40 hari tempoh berpantang. InsyaAllah pahala untuk sebuah perjuangan menambah umat muhammad adalah amat besar dan membahagiakan jika dilaksanakan dengan rasa cinta dan rasa tanggungjawab

Seperti biasa, wahai suami luaskan kuasamu, mainkan perananmu.


Rujukan Ayat 

(1) Surah an-Nur ayat 31 

Maksudnya:  "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

(2) Surah al-Ahzab ayat 59


Maksudnya : Hai Nabi, katakanlah pada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:” Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.