home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Wednesday 4 December 2013

Nilainya wanita kerana Aurat

Ada seorang perempuan seksi sedang berjalan. Agaknya dia pinjam baju adik dia.. dia sedang menuju ke tapak parking. Di situ ada dua orang lelaki baru nak masuk kereta. Seorang dari lelaki tadi menegur, "Adik, pakailah sopan sikit, kalau adik pakai macam ni, bukan adik seorang je berdosa, ayah adik pun kena. adik tak syg ayah adik ke?. Kami pun kesian, tertengok perkara tak baik. tak kan adik nak lelaki tutup mata semata-mata nak jaga pandangan untuk benda yang boleh di tutup..?". Lelaki tadi menegur dengan senyuman dan berani menegur kerana tidak ada orang ramai di situ. Perempuan tadi menjeling dan kata, " Suka hati aku lah, aku tak kacau kau pun". lepas kata gitu terus dia senyum. Macam rasa bangga sangat. Kawan lelaki tadi tu pula sambung, " Der! bersangka baik lah. Mungkin adik ni bukan muslim. tengok lah rambut dia pun perang. Anak orang putih kot der..."..
Baru saja dua orang lelaki tu nak masuk kereta, Perempuan tadi menengking. "Woi korang!, korang ni tuhan ke?. korang takda hak menilai manusia. Aku islam lah bodoh!". Dua orang lelaki tadi berpandangan. garang juga budak ni. Sebelum masuk kereta, kawan lelaki tadi membalas, "Laaa.... patutlah tak tahu pasal aurat, islam bodoh rupanya... adik pergi ngaji pandai-pandai ye... hahahaha".. Perempuan tadi di tinggalkan dengan harapan terkesan di hati.

Satu perkara yang amat kita tidak suka, bila kita di tegur atas kesalahan kita. Memang manusia tidak ada hak untuk menilai. Bahkan tidak baik mengkafirkan saudara kita. Tapi dalam keadaan tertentu, sebelum orang lain mengkafirkan kita, kita sendiri telah membuatkan orang ragu tentang status kita ini islam atau bukan. Mungkin orang lain menegur bukan niat untuk menilai tapi kerana diri kita sendiri meletakkan diri kita atas nilaian begitu. Islam amat memelihara martabat wanita. Auratnya dijaga supaya ajnabi mereka dapat menjaga pandangan mereka. Tapi kalau tudung tak pakai, baju macam saiz adik-adik, rambut dah macam pelangi, apa bezanya lagi dengan perempuan yang bukan dari agama islam?. Kita sendirilah yang mesti membezakan diri kita dengan agama lain. Barulah nilai kita terpelihara.

Daripada Abdullah bin Umar r.a, Nabi Muhammmad SAW bersabda, "sesiapa yang meniru suatu kaum yang lain, maka dia adalah daripada kaum itu. " Riwayat Abu Daud dan Ahmad.

Pesanan nabi itu jelas dan perlu di pegang supaya kita tahu meletakkan di mana diri kita pada tempat yang sesuai.

Pesan Nabi Muhammad pula kepada kaum lelaki, " Aku tidak meninggalkan selepasku suatu ujian yang lebih dahsyat daripada terpedayanya kaum lelaki terhadap kaum wanita", Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Bergetar lah hati lelaki saat melihat wanita yang seakan membiarkan tubuhkan untuk di jamah. Mana ada kucing yang tolak ikan depan mata melainkan kucing itu kenyang. Walaupun kenyang pasti kucing jilat sikit-sikit. Perumpamaan ini agak kurang enak di baca tapi kenyataannya begitu.

Dan Pesan Allah pula kepada kaum perempuan adalah,

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya" Surah: AN-NUR - Ayat: 31

Jagalah aurat mu wahai muslimah...

No comments:

Post a Comment