home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Thursday 7 February 2013

Selaput dara ( tiada unsur lucah! )

Bila cerita pasal dara, seorang lelaki pastinya ingin menikahi seorang wanita yang masih dara walaupun dirinya sendiri belum tentu teruna. Biasalah.. lelaki!.
Zaman sekarang, banyak kes penceraian berlaku apabila mendapati isteri yang dinikahi sudah tidak dara. Pandangan pertama sekali bila dikatakan seseorang itu tidak dara, pastinya kerana dia telah melakukan hubungan kelamin dengan seseorang sebelum suaminya. Sedangkan, tahukah anda wahai lelaki macho di luar sana, bahawa tak semestinya wanita yang tidak berdara itu sudah tidak suci ?.

Menurut Dr. Adilah Ahmat, seorang pakar sakit puan, "Selaput dara boleh koyak pada mana-mana bahagian rim terbabit. Kebiasaannya belahan berada pada bahagian arah jam pukul tiga, enam, sembilan dan 12. Jika tusukan berlaku secara paksaan, belahan biasanya berlaku pada bahagian pukul enam (iaitu berhampiran bukaan lubang dubur). Setelah wanita melalui proses bersalin secara normal (melalui faraj), selaput dara hanyalah berbentuk carikan saja".

Pendapat dari Pakarcinta.Com, "Biasanya, darah itu keluar akibat hubungan suami isteri sebagaimana lazimnya. Itulah sebabnya selaput ini juga dipakai sebagai lambang keperawanan perempuan. Tetapi jangan salah anggap, memang selaput ini sangat nipis, jadi tidak semestinya selaput ini terkoyak kerana hubungan suami isteri. Boleh sahaja selaput dara ini terkoyak kerana kita jatuh tergelincir dari pokok. Selain nipis, selaput ini juga bervariasi. Setiap perempuan memiliki selaput dara yang berbeza kekenyalan dan morfologi (bentuk). Mungkin, kalau terlalu kenyal, seseorang perempuan selaput daranya tidak koyak seumur hidup. So, sungguh tidak adil jika seorang lelaki melihat kesucian isterinya cuma hanya dari perdarahan selaput dara".

menurut sesetengah doktor pakar puan, terdapat beberapa kes kelahiran bayi tanpa selaput dara dan tisu ini pula terdapat dalam pelbagai bentuk. Sekiranya mereka yang mempunyai selaput dara yang sangat nipis, kekoyakan mudah berlaku  terutamanya bagi mereka yang aktif bersukan. Sekiranya korang dapat isteri yang macam ni, korang kenalah tanam kepercayaan terhadap isteri korang. Tak payah fikir jauh sangat. ingat pesanan Allah pada kita dalam surah An-Nur ayat 26 yang bermaksud:

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia".

Maksudnya di sini, setiap perbuatan kita tu, Allah dah letak balasan yang baik. Kalau kita rasa kita ni baik, tak rosakkan anak dara orang, maka Allah akan bagi yang baik punya kat kita. Rilex lah bro.. tak payah nak cerai-cerai bagai. Sebab tu nabi dah pesan siap-siap teknik cari isteri,

“Wanita itu dinikahi kerana empat aspek: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Oleh kerana itu, pilihlah wanita kerana agamanya, nescaya engkau akan beruntung.”

Jadi kalau kita salah pilih isteri, mungkin sebab kita tak dengar pesanan nabi. Ramai lelaki lemah pada pandangan, sebab tu bila tengok perempuan, muka gatal memang terserlah. Manakala perempuan lemah pada pendengaran, sebab tu, lelaki guna kan teknik mengayat untuk mencairkan hati kaum hawa. Masing-masing ada kelemahan. 

Bila kelemahan ini di jadikan ikutan, mulalah hanya melihat wanita dari segi kecantikan, dalam hati, nanti aku didiklah dia. Tup-tup dah kahwin baik punya degil bini tu. Nak didik macam mana??. telan je lah.

Seandainya rasa diri tu dah cukup baik, tapi dapat juga pasangan yang tak berapa baik, bersyukur!. jangan mengeluh, Allah tahu kita mampu bimbing orang macam tu, sebab tu Dia bagi kat kita. sambil bersabar dan berusaha, kita dapat pahala yang orang lain tak dapat. Memang untung jaga kucing, manja je. kalau dapat harimau, siap-siap je kena ngap. Tapi kalau dapat harimau, tetiba kita mampu jinakkan, itu lagi untung.

Memang tiada kaitan semua ni dengan kes takde dara, tapi yang ada kaitan cuba kesabaran dan kepercayaan. Allah sedang menguji kita dalam pelbagai perkara. Jadi sama-sama lah  jaga iman dan hati.

1 comment:

  1. kes hilang dara disbbkan terlanjur lebih byk dr kes aktiviti lasak..kajian dibuat keatas kes panceraian 99% disbbkan pengakuan isteri parnah terlanjur dgn bekas pakwe..ini sgt membimbangkan n memalukan dimana penyebaran islam mementingkan kesucian n menentang penzinaan..tp skrg lain jdnye..dimana letaknya keimanan kte??

    ReplyDelete