home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Saturday 21 July 2012

'Couple' itu sunat??

Malam ni, aku yang tak berapa nak bijak sangat pasal soal hukum hakam ni telah terjumpa satu statement yang telah berapa kali aku baca tapi aku rasa maksudnya sangat tak berapa nak kena sangat. Statement tu lebih kurang macam ni :

"Assalamualaikum,maf nyebok..couple 2 halal n sunat wat mereka yg berada lnkungan umur 18 ke-ats,n sbenarnya pengHarman coupl 2 bkan trbtas pda prgaulan jak.ttapi hingga ktahap hilangnya khusu' dlm ibadat.risala yg cik suhada bca bleh jdi x dislraskn dgn pendapt saya tpi xpe,klau bleh crilah ilmu ttang nie krana prkara kcil bleh mmbuat kita hilang redha Allah"

Ayat di atas aku dapat dari satu komen dalam facebook seorang hamba Allah ni.



Aku tertarik pada dua (2) ayat hamba Allah tu. 

PERTAMA : .couple 2 halal n sunat wat mereka yg berada lnkungan umur 18 ke-ats,
"couple tu halal dan sunat buat mereka yang berada lindungan umur 18 ke atas."

KEDUA : crilah ilmu ttang nie krana prkara kcil bleh mmbuat kita hilang redha Allah
"Carilah ilmu tentang ni, kerana perkara kecil boleh membuat kita hilang redha Allah"

Ayat KEDUA aku memang suka. Apa pun kita kena cari ilmu dulu sebelum nak kata sesuatu. Maka, aku pun berusaha tanya kawan-kawan yang arif pasal agama ni, betul ke kapel ni halal dan sunat untuk mereka yang berumur 18 ke atas?. Sambil-sambil tu aku google-google juga. Kot-kotlah ada cerita akan ke'sunat'an isu ini. Kalau sunat, aku pun nak juga cari makwe cepat-cepat. Bercinta ni best pe. best kalau tak gaduh-gaduh. Cakap macam ada pengalaman kan?. pengalaman tu tak penting, cukup dengan baca novel cinta-cinta pun dan mampu membuai rasa dalam diri kita. Kadang-kadang hanyut dengan fantasi yang di reka oleh novel cinta tersebut. Hebatnya cinta!.

Jawapan-jawapan dalam sahabat-sahabat aku semua lebih kurang je. 'Couple' tu HARAM!. Ada juga yang jawab tak haram kalau kita niat untuk memperisterikan kekasih kita tu. Tapi mengenai hal 'NIAT' ni adalah lagi syaratnya.

Bila kita berniat tu, bukanlah kita boleh kapel dengan pasang niat. Tapi, bila kita suka seseorang tu, terus pasang niat. bagitahu awek tu yang kau suka dia dan nak kahwin dengan dia. Masa tu buat keputusan, kalau awek tu setuju, baru korang kapel. Tapi bukan kapel yang macam orang faham tu, dah perempuan tu setuju, pergi jumpa walinya, kumpul duit dan nikah. Lepas tu kapel lah puas-puas. Terbaek....!! Paling bagus macam ni, pergi jumpa terus je kat wali nya, kalau dia setuju, terus je nikah. tak payah tanya awek tu. Cuma masalah kepada cara tu adalah, sekarang dah jadi budaya dah kapel-kapel ni. Kot-kotlah awek tadi dah ade pakwe, tak pasal-pasal ada yang kene balun. yang ni pun.. terbaekkkk!!.

Sebelum ni, aku ada buat entri pasal cinta-cinta ni, cinta itu fitrah tapi dari fitrah mungkin akan jadi fitnah. Aku takut juga lepas baca ayat kat atas tu aku salah info. kot-kot ye betul kapel tu sunat kan. Aku tanya lagi kat kawan aku yang memang terkenal dengan mulut lasernye. Aku tanye macam ni, "Ustaz, ada ke pendapat yang mengatakan kapel tu sunat untuk 18 tahun ke atas?". Dengan muka yang agak keliru, dia jawab, "sape yang tak pergi sekolah tu, sampai keluarkan statement macam tu?". Aku bagi senyuman seposen seraya bagi nampak Galaxy Tab aku. Bukan niat nak menunjuk, tapi saje nak bagi nampak FB budak ni. aku lepak luar surau tadi lepas tarawih. ramai member-member duduk-duduk tepi pondok minum teh panas. aku pun menjoin lah. saje timbulkan topik yang menarik minat aku ni. Maklumlah, budak rumah aku semua bujang. sorang je dah bertunang. Bulan depan nikah. Jadi, kami angkatan bujang sedunia ni, nak juga korek-korek ilmu dan hukum hakam kapel-kapel ni.

dapat free ceramah pula tadi..

“Dalam al-Quran, ALLAH menyuruh lelaki dan perempuan yang muslim agar menundukkan pandangan. Malah ada saranan untuk berinteraksi di sebalik tabir di antara lelaki dan perempuan bagi menjaga kesucian hati kedua-dua pihak. Betapa ISLAM telah menggariskan hukumnya. Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah suatu ketika di dalam majlis ilmu, seorang perempuan datang bertanya sesuatu kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam. Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam telah menolak muka seorang lelaki yang merupakan sepupu Baginda yang ada di dalam majlis tersebut. Apabila ditanya kenapa dibuat demikian, Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam menjawab bahawa lelaki dan perempuan tidak aman dari dipengaruhi Syaitan. Dalam ketika yang lain, seorang buta pernah datang berjumpa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dan menyuruh Aishah agar duduk di belakang tabir. Aishah radhiAllahu ‘anha bertanya, “bukankah dia buta, mana dia nampak saya.” Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam menjawab, “ya, dia buta dan tak nampak engkau. Tapi engkau boleh melihat dia.” Nah, ISLAM telah meletakkan peraturan bahawa antara lelaki dan perempuan mesti ditundukkan pandangan dan tidak bebas bergaul di antara keduanya. Sedangkan pandang sahaja pun ISLAM sudah mengawal, inikan pula lebih dari itu.” 

Islam membenarkan kita berkenalan, tapi bukan kapel-kapel. kalau suka, minta terus kat walinya. Kalau kita tak mampu tapi nak sangat kat perempuan tu, tak payah kapel, ada cara yang halal, iaitu melalui khitbah.


Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung. Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu:

  **Suami
  **Isteri
  **Wali
  **Saksi
  **Aqad (Ijab Qabul)


Cuma bezanya ialah pasangan pengantin (suami isteri) tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :

  **Masih menuntut di kolej atau universiti
  **Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  **Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga


Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan (atas persetujuan bersama kedua-dua pihak) dan barangkali tinggal bersama keluarga masing-masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan di atas telah selesai dan mereka benar-benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

"Kadang-kadang cakap tu mudah, nak khitbah-khitbah konon, adakah mak ayah yang nak? baru nak cakap dah kena tibai. tu belum khitbah lagi'. Ada juga yang jawab macam tu. Ada juga betulnya. Ramai ibu bapa yang tak setuju kalau anaknya nak nikah awal-awal tu. Tapi ada juga yang setuju. Cuba tengok mereka-mereka yang dapat kelulusan untuk buat macam tu. Apa kelebihan yang mereka ada?. Tentunya usaha dan kekuatan pegangan agama. Mereka ni ada pegangan agama yang kuat serta berusaha untuk majukan diri. Jadi ibu bapa perempuan tu pun yakinlah nak nikahkan anak mereka.

yang tak dapat kelulusan tu, kebanyakkan sebab surah al-fatihah pun tak lepas, ngaji malas, SPM lingkup, dah lah lingkup malas pulak nak baiki result, duk tatapkan sijil SPM yang tak seberapa tu. Taknak ulang periksa sebab malu dengan member. dah malu, tak reti-reti pula cari alternatif lain. Pergi masuk giat mara ke, masuk ambil kemahiran ke, usahakan tanah kebun ke, banyak lagi perkara yang boleh di buat untuk majukan diri. Tak semestinya duk merenung nasib sebab tak dapat masuk Universiti. Tu ah, budak Universiti tu, ramai je yang menganggur. Kalau asyik nak merenung nasib, mak ayah manelah yang berani pertaruhkan nasib anak diorang.

Terbebel pula aku. Mungkin dah keluar tajuk sedikit. Apa pun, Islam tak menghalalkan cara. Hukum Hakam ni bukan benda nak cakap ikut point sedap je. Beginilah bila syaitan berusaha menyesatkan kita. Allah itu Maha Mengetahui.
                                                           -SEKIAN-

No comments:

Post a Comment