home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Thursday 24 October 2013

Jalan-jalan cari cinta

Hadirnya Adam dari cinta Sang Pencipta.
Maha agung Allah ciptakan Adam sebagai Khalifah bumi yang indah.
Atas dasar cinta Adam,  maka tangan di tadah mohon teman.
"Ya Allah, aku perlu teman...."
doa diri sendiri.
Lahirnya Hawa menjadi sinar kepada hari-hari yang berlalu.
Adam punya Hawa.
Senyum bahagia akhirnya menjadikan jutaan manusia pada hari ini.
Bibit cinta antara dua orang manusia melahirkan si kecil.
Hidup bermula dengan cinta.
Membesar mencari cinta, seolah-olah hidup kita berjalan hanya untuk mencari cinta.
Cinta Agung itu adalah hanya pada Maha Pencipta.
Kerana DIA yang menjadikan hari semalam,
mengatur hari ini,
dan merancang hari esok.

Kegelapan itu perlukan sinar.
maka,
Sang Pencipta memberikan kita Nabi mengikut zaman.
Akhir zaman menjadi milik Muhammad.
Peritnya dugaan membentuk akhlak umat akhir zaman.
Umat yang sering berasa hebat kerana bijaknya akal.
Lupa siapa yang memberi akal itu.
Muhammad menjadi mengantara Allah dan hamba-NYA.
Kini, lihatlah hidup kita sungguh terjaga dari mazmumah.
Walau Dia telah tiada,
Sunnah dan AlQuran jadi pedoman.
Kerana itu, cinta kedua kita perlu dan memang perlu di Tulis nama Muhammad
Nabi junjungan kita. Muhammad SAW.

Masih lagi berjalan mencari cinta.
Muhammad ditanya oleh seorang lelaki yang mahu meletakkan rasa cinta,
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin?”
Dia menjawab “Ibumu.” 
Namun hati masih ada ruang untuk cinta.
maka ditanya lagi: “Kemudian siapa?” 
Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ibumu.” 
Orang itu terus bertanya: “Kemudian siapa?”
 Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ibumu.” 
Orang itu terus bertanya: “Kemudian siapa?” 
Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ayahmu.”
Teringat detik ibu melahirkan,
Meletakkan nyawanya untuk melahirkan kita.
Kata kawan, si ayah hanya mampu melihat.
Sakit di tanggung sendiri.
Tapi jangan lupa, ayah menanggung sakit sehingga kita baligh.
Sehingga si gadis di serah pada seorang mujahid.
Sakit yang lama.
Kerana itu, cinta juga diletak pada si ayah.
Namun darjat lebih sedikit untuk si ibu.
Darah itu tidak sia-sia duhai ibu.
Perjuangan nyawa di balas dengan darjat yang tinggi.
 Tuhan Maha Adil.

Tiga tempat telah diisi.
Pertama Allah
Kedua Nabi Muhammad.
Ketiga Ibu Bapa.
Ibu yang ku panggil mak, bapa yang kupanggil abah.
Namun hati kecil itu rupanya luas ruangnya.
Masih minta diisi oleh seseorang.
Ada juga yang mengisi lebih dari seorang.
Nikmatnya punya hati yang luas ruangnya.

Majnun perlu laila, 
jika tidak dia jadi gila.


Si dara minta si teruna.
kerana tidak mahu hidup merana.

Saat si teruna mimpi pertama.
Mimpi yang membuat jiwa bergelora.
Batin minta di isi.
Di situ bermula iman teruji.
Akal, hati dan nafsu sering bertelingkah.
yang mengawal adalah iman.
Iman kata,
"kawal lah dirimu duhai nafsu!"
Tapi nafsu terus menggasak hati.
hati dipukul bertubi-tubi.
sehingga hati lemah...
"Aku mahu dia... mahu... mahu.."
Akal berkata,
"Jom kita cari idea macam mana nak dapatkan dia"
Mujur kembar si akal yang bernama waras mencela,
"perbaiki dulu dirimu..".
Iman tersenyum. 
Mujur waras bersama dia.
Tapi nafsu tak putus asa.
Dia bawa geng yang bertanduk.
Mereka terus memujuk hati.
Kadang-kadang memukul curi sehingga tempat Sang Pencipta di takhluki.
Tempat Muhammad di ceroboh. 
Tempat ibu bapa musnah dibakar.
Hati jadi kosong.
Banyak tempat sudah rosak.
Hati hanya meletakkan satu tempat yang kosong.
untuk sang kekasih hati.
Di situ hati tewas.
Iman sedih. 
Dia dipinggirkan.
Tidak diberi makanan.
akhirnya dia tidak lagi bersama hati.
Kuasa milik nafsu.

Mahukan kita begitu?.

Periksa iman, sudahkah dia di isi pada hari ini...?

andai iman kita di jaga.
Ceritanya berbeza.
mukadimah masih sama. 
Keinginan hati.
jalan-jalan cari cinta.

Majnun perlu laila, 
jika tidak dia jadi gila.


Si dara minta si teruna.
kerana tidak mahu hidup merana.

Saat si teruna mimpi pertama.
Mimpi yang membuat jiwa bergelora.
Batin minta di isi.
Di situ bermula iman teruji.
Akal, hati dan nafsu sering bertelingkah.
yang mengawal adalah iman.
Iman kata,
"kawal lah dirimu duhai nafsu!"
Tapi nafsu terus menggasak hati.
hati dipukul bertubi-tubi.
sehingga hati lemah...
"Aku mahu dia... mahu... mahu.."
Akal berkata,
"Jom kita cari idea macam mana nak dapatkan dia"
Mujur kembar si akal yang bernama waras mencela,
"perbaiki dulu dirimu..".
Iman tersenyum. 
Mujur waras bersama dia.
Iman terus diperbaiki.
Ilmu dicari.
tampan wajah dengan cahaya iman
Tapi nafsu tak putus asa.
Dia bawa geng yang bertanduk.
Mereka terus memujuk hati.
Kadang-kadang memukul curi 
Tapi iman terlalu kuat.
tempat Sang Pencipta dijaga
Tempat Muhammad dijaga. 
Tempat ibu bapa di jaga.
Hati masih penuh.
Tempat yang kosong masih boleh dikawal.
Saat semua telah sempurna.
Hati si dara di takhluki dengan iman.
Akad dilafaz.
Cinta halal bermula.
Lahirlah dikecil yang menjadi cinta baru buat mereka.
Hasil dari cinta mereka.
Hari terus berjalan.
jalan-jalan mencari cinta.
Akan ada jalan yang salah.
Perlu iman sebagai pengawal diri.

Siapa yang akan tersesat nanti ?.





No comments:

Post a Comment