home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Tuesday 22 October 2013

Mudahnya melabel mereka

Jam di tangan aku renung. Sudah jam 1.32 pagi. Namun kelopak mata masih belum juga mahu bertemu.

Cuma sesekali mereka bermain ‘jumpa dah pisah’. Mata berkelip.
Sebenarnya saat ini aku masih menunggu seseorang yang sedang lena dalam lapar.
Lebih suka melayan mata dari mulut yang minta dilayan.
Letihnya dia. kesian.
Maka rutin asal bermula. Salahnya tabiat menjadikan ‘muka buku’ sebagai penutup tirai kepada sebuah hari.
Mungkin atau sebenarnya amat perlu mengubah sesuatu.
Menjadikan alquran sebagai membuka dan penutup hari. Itu perlu.
Waktu ini ada sesuatu atau sebuah atau ada penjodoh bilangan yang lebih sesuai pada satu perkataan.

Seperkataan yang menarik perhatian ku.

“Umngok”.

Sejak pilihan raya lepas aku mula mengenali perkataan itu.
Mulanya aku tidak faham atau sebenarnya buat-buat tak faham.
Umngok adalah perkataan yang wujud dari campuran dua perkataan.
Tak payah lah aku nak taip, sebab tak elok budak-budak baca.
Aku tanya pada seorang rakan yang menggunakan perkataan itu.



Aku : umngok tu apa?

Rakan FB : sejenis binatang bkaki dua tp xberotak...hihi



Mudahnya jawapan beliau. Kemudian aku bertanya lagi,



Aku : binatang bkakidua tpx berotak tu beragama apa?

Rakan FB : xtau la...xdpt dikenal pasti

Aku : ooohh x thu ye. patut la

Patutlah hina sungguh letaknya taraf pada ‘mereka’ kerana si dia yang bijak pandai itu rupanya sendiri tak tahu apa agama orang yang di letakkan taraf sebagai binatang.



Aku bukanlah seorang ustaz seperti dia. Bahkan ilmu ku terlalu cetek untuk menegur.
Apatah lagi ingin menjawab perbahasan mereka soal hukum.
Aku masih perlu bergantung pada buku untuk mencari jawapan.
Tapi dalam beberapa hal lebih-lebih lagi dalam bentuk hinaan terhadap sesama muslim,
Aku amat tidak bersetuju. KECUALI apabila orang itu telah menghina Allah, Muhammad dan seluruhnya berkaitan Islam.

Aku bukan orang yang termasuk dalam golongan yang menyokong kerajaan pada hari ini.
Banyak corak kepimpinan yang aku lihat amat pincang untuk bergerak.
Negara kelihatan tenang namun sakit yang tersembunyi kian tenat. Risau tiba-tiba nazak.
Macam demam selsema dengan cancer,kita boleh nampak orang yang demam itu sedang sakit.
Tapi orang yang sedang elok duduk di atas batu sambil menikmati udara sekeliling dengan senyuman, kita tak tahu rupanya dia sedang mengidap cancer.
Cancer membunuh dalam senyap. Risau saja negara kita begitu.



Ayah tua termenung jauh. Risau keamanan hari ini tidak dapat dikecapi oleh cucunya yang sedang lena dalam perut anak ayah. Generasi ketiga mereka bakal lahir. Itu juga manusia yang bakal mewarisi negara.



Semua orang risau.



Maka pelbagai Parti yang wujud kerana kerisauan ini.
Ada yang benar-benar risau maka niat hanya satu. Menuntut Pembelaan.
Ada yang wujud sekadar untuk memeriahkan keadaan yang sedia meriah.
Begitu juga pada pengikut.
Ada yang muncul kerana ingin sama-sama berjuang.
Tapi tidak kurang juga pada yang muncul sekadar ingin berbasi-basi.



Aku lebih gemar pada parti yang berpegang pada agama.
Kerana bagi aku,jika agama dipegang, maka undang-undang terjaga, akhlak terpelihara.
Yang haram akan dibuang jauh-jauh. Yang halal itu diamalkan.
Maka akan wujud politik yang bersih. Hanya kerana satu tiang agama yang menjadi pautan pada semua Saudara.
Tapi sejak hari itu, aku masih melihat parti ini masih belum berjaya ke puncak.
Bukan kerana pemimpinnya tidak bijak atau yang mengikutnya tidak berilmu.
Tapi mungkin ada beberapa perkara yang masih belum cukup kuat.


Antaranya tahap syukur dan akhlak.
Sekali lagi maaf kerana butir kata yang seakan menunjuk diri bijak.
Ia hanya mungkin pendapat peribadi aku sendiri.



Menyambung,

Buktinya, kita melawan musuh dengan nafsu.

Hari itu mereka membaling tahi, hari ini kita juga membaling tahi.
Maaf bukan kita tapi orang-orang yang suka bermain dengan tahi.
Itulah manusia yang suka bermain dengan kata-kata yang kesat.
Seperti perkataan tadi “umngok”.
Mereka itu juga ada dari kalangan saudara kita. Saudara seislam kita.
Kenapa ada yang suka-suka melabelkan mereka begitu?.

Adakah itu yang Nabi kita ajar ketika melawan musuh islam?.

Nabi melawan dengan akhlak dan kebijaksaan tutur kata dalam berbicara.
Memang kita tidak mampu menjadi seperti baginda, namun,sedikit akhlaknya masih boleh kita capai.
Sekurang-kurangnya mengikut akhlak Baginda.
Kita mahu berjuang atas nama Parti Islam tapi jauh sekali mengikut cara islam.

Jadi apa bezanya kita,kamu,aku, dia dan mereka?. Seperti sama.

Suka bermain tahi.



Jagalah akhlak dan tutur kata dalam berbicara.
Kerana tidak semua orang akan menilai kita dalam bentuk positif.
Janganlah hanya jadi ‘syok sendiri’ ketika berbicara atau berkongsi rasa.

Maaf kalau aku terkurang ajar. Sila ajar aku



Jam dah 2.47 pagi, tapi dia masih senyap...



No comments:

Post a Comment