home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Thursday, 3 February 2011

Siapa kita di akhirnya.

Daripada Sahl bin Saad al-Sa'idi r.a,  Nabi SAW bersabda yang bermaksud;
"Sesungguhnya ketentuan amalan adalah dengan yang terakhir." HR Al-Bukhari.

Dalam kehidupan kita seharian. Apabila kita telah cukup menjaga amal ibadah kita, kita selalu fikir kita telah cukup bekalan untuk akhirat. Hari berlalu dari kita kecil, remaja, dewasa dan tua.. Sesekali ada juga kejahatan yang kita lakukan. Tapi kita sering berasa amalan kita yang lalu mampu membenteng dosa kita.
Berbangga pada kebaikan yang kita lakukan.
Apabila kita melihat orang lain yang jahat, tidak solat, tidak puasa. Kita mudah menilai, inilah bakal ahli neraka. Kadang-kadang secara tidak sengaja ternilai begitu kerana zahirnya nampak jelas.

Namun, hubungan seseorang itu dengan Allah tidak siapa yang tahu.
Semua itu rahsia Allah. Seperti hadith di atas, kita dinilai dengan melihat amalan terakhir kita.
Itu lah kita. hadith ini bukanlah ingin mengatakan hanya amalan terakhir akan di nilai.
Tidak begitu.
Amalan kita akan dinilai bermula dari hari pertama kita akhil baligh.
Bermula sejak kita telah cukup waras dan dewasa untuk mengenal dosa pahala.
Namun amalan kita bersangkut paut dengan iman dan iman itu bersifat tidak tetap. Mungkin saat ini iman kita meningkat, tetapi kita tidak tahu, sebentar lagi bagaimana. Kerana itu kita perlu menjaga amalan kita, agak iman terus bertambah. Jika iman dalam keadaan cemerlang, maka kita ringan untuk beramal.

Ajal dan maut itu ketentuan Allah. Tidak akan lewat seminit dan tidak akan awal walau sesaat.
Jadi kita tidak tahu bila kita akan mati. Sedang Allah maha pengampun dan sentiasa memberi ruang hambanya untuk bertaubat. Jadi amatlah rugi sekiranya kita menjaga amalan kita sejak kita kecil, tapi mati dalam kemaksiatan. Dan beruntunglah bagi mereka yang lalai, kemudian diberi kesempatan bertaubat,
kemudian menjaga amalannya di akhir umurnya.
Allah membuka pintu taubat pada waktu malam, untuk mengampunkan dosa hambanya di waktu siang.
Begitu juga pintu taubat di siang hari, untuk mengampunkan dosa hambanya di malam hari.
Hebatnya Allah, Maha pengasih lagi maha penyayang..

Oleh itu, bersangka baiklah dengan orang lain dan sama-sama saling mendoakan saudara seislam kita, semoga mengakhiri usia kita dengan kematian yang baik dan dalam amalan yang baik.