home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Tuesday 7 January 2014

Combi dan Mistik-mistiknya

Malam ni malam pertama combi (nama baru) kerja shift  malam untuk bahagian menyalin-nyalinkan orang. Memang tiap jenis hospital, klinik, asrama dan macam-macam bangunan, di mana-mana pun, sama ada bangunan itu baru atau lama, kita akan dengar pelbagai cerita mistik. Bila kita sebut perkataan mistik ni mestilah cerita seram kan. Tak kan cerita lawak pula. Jadi semestinya cerita seram bukan menjadi kegemaran bagi mereka yang terpaksa bekerja pada waktu malam. Mistik lebih menyerlah ketika waktu malam. Sebab malam sinonim dengan cerita-cerita seram. Waktu aku menaip ni pun aku rasa seram sebab aku duduk dalam gelap ni. Suiz lampu rosak laaaa...
Dulu kan, aku selalu ketawakan orang yang penakut ni. Bagi aku, 'benda' tu tak wujud. Tapi sebenarnya kalau pundi kencing aku tiba-tiba penuh di tengah malam, aku seram juga nak keluarkan air dalam pundi tu. Seram kot duduk asrama ni. Atok aku perna cakap, keadaan 'seram' atau kejadian mistik berlaku di tempat-tempat tertentu adalah berpunca daripada manusia itu sendiri dan juga keadaan orang yang tinggal di satu tempat yang sentiasa bersilih ganti. Contohnya di asrama. Setiap tahun orang yang tinggal asrama tu akan bertukar-tukar orang. Jadi kita tak tahu yang keluar masuk dan tinggal dalam asrama tu ada 'benda' yang ikut dari mana-mana tempat tak. Contoh (dalam contoh), dalam kolej kediaman ni, pelajar tu dari utara, dan tinggal pula kat kolej kat selatan sebab dia belajar kat selatan. Semasa dalam perjalanan dari utara ke selatan tu, kita tak tahu apa yang ikut. Atau memang dia ada 'pendamping'. Lama-lama 'benda' tu berkumpul dan membiak di situ. Seram tu.... Ada juga sebab memang tempat tu ada yang 'lain' tinggal di situ. Manusia pula suka buat-buat cerita pasal tu, lama-lama 'benda' tu menjelma. Tu pun satu hal.
Situasi ini sama lah juga dengan tempat-tempat lain yang terkenal dengan mistik, macam hospital. Setiap hari, pesakit yang masuk situ bertukar ganti. Ada yang dekat, ada yang dari jauh, ada yang selamat keluar, ada juga yang masuk hidup, keluar jenazah. Macam-macam keadaan. Jadi kita tak tahu apa yang terbawa ke sana, ikut ke sana atau yang tertinggal di sana. Ini lah punca-punca pelbagai cerita mistik berlaku.
Dalam keadaan ini, sebenarnya semangat kita adalah perkara paling penting menjadi pendinding dari gangguan 'sesuatu yang tertinggal'. Serius lah, waktu aku taip ni kan.. meremang je aku rasa. Itu tandanya semangat aku tak kuat sangat. Cara terbaik untuk menguatkan semangat adalah mendekatkan diri dengan Allah, mengamalkan surah-surah pendinding, menjaga solat dan ibadah serta sentiasa tidak bermulut celupar. Kadangkala benda tu lalu saja, tapi kita buat cerita berapi kat orang lain. Akhirnya kita di uji betul-betul berhadapan dengan 'dia'. Tak ke pucat muka tu. Jadi janganlah celupar dan berlagak berani. Sentiasalah berdoa dan meyakini Allah lebih berkuasa kerana 'mereka' juga hamba Allah sama seperti kita. Bezanya kita ni manusia dan dia bukan.

Awal-awal lagi combi dah cerita dia seram nak kerja malam. Sebab dia sering mendengar cerita-cerita seram daripada orang-orang lama yang bekerja di situ. Aku selalu beri nasihat, doa... doa... doa... tapi sebenarnya aku pun seram juga dan risaukan dia. Sebab aku tahu, dia ni walaupun kuat marah dan membebel tapi dia sebenarnya penakut orangnya. Tapi aku tak bolehlah tunjukkan aku takut. Aku kena tunjuk aku berani supaya dia terjangkit sikit untuk berani. Lagipun, dia bekerja dengan niat yang murni, semurni minyak masak cap murni yang telah melalui tapisan dua kali. hihi... tak delah... niat dia lagi murni sebenarnya dari itu. Dia nak kerja, tolong ibu-ibu yang sedang berjihad melahirkan Umat Muhammad. Semoga Allah beri Combi dan kawan-kawan yang sama-sama bekerja itu pahala yang besar.

Tadi dia mengeluh tak ramai staf malam ni, dia risau tak menang tangan sebab pesakit ramai sangat. Kesian dia... itu je lah aku mampu. Kesian... Tapi aku doakan niat murni dia tu, akan di mudahkan. Supaya kerja dia mudah, ibu-ibu mudah bersalin dan bayi-bayi comel bertambah. Amin...

Semoga perkara-perkara yang tak baik di jauhkan dari mereka-mereka yang sedang bekerja di jalanMU ya Allah... :)

Jangan risau ye combi. Abg kassim doakan combi dari jauh.

No comments:

Post a Comment