home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Tuesday, 31 July 2012

zebra crossing

Oleh sebab cikgu english sekolah aku pindah tempat mengajar, aku kena ganti mengajar subjek tersebut sampai cikgu baru sampai ke sekolah aku. Pengetua kata, cikgu baru tu dah ada, tapi tak dapat datang lagi sebab ada masalah peribadi. emm... biasa lah tu, cikgu tu dari semenanjung, nak ajar pula kat sabah. jauh lah juga tu.. Kot-kot mak cikgu tu tak bagi jalan. Aisey! memandai je aku buat andaian. Nama pun cikgu math kan, suka buat andaian sebelum selesaikan masalah. semua huruf nak di jadikan ANU. sudahnya, diri sendiri yang bengong nak cari nilai ANU tu. ANU betul!.

Aku tak nak citer pasal ANU pun. Macam biasalah, aku suka buat pendahuluan lain, isi lain. Kalau jawab karangan, dah tentu-tentu, pasti lagi yakin aku tak dapat markah pendahuluan. Dah STOP!.

Oleh sebab aku kena jadi cikgu B.I dalam beberapa hari, atau minggu atau mungkin juga sebulan, aku pun tak banyak idea nak ajar budak-budak tu. Nasib baik Form 2 jer. emm... Aku ikut je lah buku rancangan mengajar tu. Apa yang patut di ajar kan. Sampai bab karangan, aku bagi tajuk pasal zebra crossing. Kiranya aku nak diorang hurai kepentingan Zebra Crossing di jalan raya tu.

Selepas itu...

Hampanya diriku, bila ramai yang hurai, takde faedahnya zebra crossing ni. Sebab kalau zebra melintas jalan, nanti jalan sesak -_-". K tu je. hampa!. K bai!

P/S : Lain kali, kalau tak faham soalan, jangan buat-buat faham. takdenye cikgu nak marah kalau korang tanye. name pun cikgu, tugasnya mengajar. uh!. 

INFO : Zebra crossing ni garisan hitam putih yang selalu ada kat jalan raya tu. ada garisan putus-putus kat tengah jalan tu, ada yang melintang kat jalan raya, tanda tempat kita menyeberang jalan. Macam dalam gambar bawah ni.


Thursday, 26 July 2012

Jadi Cikgu Sekolah rendah

Semalam aku tak berape nak ade mood. Tapi sebab tanggungjawab aku, aku bangun juga untuk pergi kerja. Cuma kali ni, aku tak pergi ke tempat kerja aku. Aku pergi sebelah tempat kerja aku. Ya! sebelah!. Apa yang ada kat sebelah tempat kerja aku?. Untuk pengetahuan korang walaupun korang tak nak tahu ( macam aku kisah je), tempat aku kerja berjiran dengan sekolah rendah. Selama lebih kurang setahun aku jadi cikgu sekolah menengah, semalam (kelmarin) aku jadi cikgu sekolah rendah.

Macam mana aku boleh tetiba jadi cikgu sekolah rendah ni, begini kisahnya..

Aku buat ujian mengejut kat pelajar-pelajar aku untuk hari itu. Jadi, aku suruh kawan aku jadi pengawas peperiksaan. Pengetua pun izinkan untuk aku bawa cikgu dari luar, tak kisah lah dari sekolah mana. Jadi aku minta tolong dengan member aku yang mengajar kat sekolah rendah. Sebagai gantinya, aku kena ganti jaga kelas dia kat sekolah rendah. Kebetulan member aku tu pun memang teringin rasa ajar budak yang tak berapa nak budak ni. Aku pula nak rasa ajar budak-budak yang memang nyata budaknye. Aku pula kamceng dengan guru besar sekolah tu, jadi, urusan tukar menukar kami pun senang je. Lagi pun, bukannye tukar terus, sehari je pun. Kiranya masing-masing dapat benefit daripada pertukaran kami. Member dapat pengalaman baru, dan aku pula aku cuba bagi sedikit tips menjawab matematik untuk budak-budak Tahun 6. Untuk makluman, member aku ajar budak tahun 6 dan Tahun 3. Untuk pelajar tahun 3, aku hanya bagi diorang kerja yang member aku dah sediakan.

Begitulah kisahnya..

Keterujaan aku untuk mengajar budak-budak tu memang sangat tinggi lah. Mana taknya, kelas pertama aku adalah kelas tahun 3 Aktif. Kira kelas pandai lah juga. Apa yang buat aku teruja adalah cara budak-budak tu bagi salam. "Selamat pagi cikgu!". Ucapan tu biasa je kan, tapi sebab diorang buat macam cara Ehsan (ketua kelas Upin-Ipin) bagi salam, aku dah senyum dah. Kalau tingkatan 5 yang buat macam ni, takde dah comel nye. Lepas  diorang bagi salam, aku pun suruh diorang duduk. Diorang pun ramai-ramai ucap terima kasih cikgu (pun sebijik macam upin-ipin). Bila aku duduk kat kerusi cikgu, tiba-tiba ada dua orang budak datang dengan senyuman lebar. Aku tengok dua orang tu kembar. Sangat-sangat comel!. Dah macam masuk dalam kartun upin ipin dah. Tapi bezanya, pasangan kembar tadi adalah perempuan. Diorang main tolak-tolak sambil aku dengar diorang bisik-bisik, "kau ler tanye!", Sorang lagi bisik balik " kau ler yang tanye!". Aku pun bagi senyuman semanis mungkin lah dan tanye, "adik nak tanye ape?". Diorang pun mula bertanye, "Name cikgu sape?". "Mane cikgu Mirul?". Serentak pulak tu. Diorang ni macam hafal dialog je. Aku pun bagitahu lah name aku dan mane cikgu Mirul diorang tu. Lepas tu aku tanye soalan yang tak berape nak bijak, "Korang kembar ea?", Diorang pun senyum-senyum dan salah sorang menjawab, " Tak lah, dia (sambil tunjuk kembarnye) yang tiru rupe saye". Sorang tu terus gelak-gelak. Lepas tu diorang pun terus lari ke belakang untuk duduk di tempat mereka.

Selepas si Kembar tadi duduk, datang pulak beberapa orang pelajar lagi ke depan. Soalan diorang same juga macam si kembar tadi. Tapi ada soalan tambahan lagi, "cikgu dah kahwin belum?". Aku dengan muke yang agak tak berape nak betul jawab, "belum". dan terus bertanye, "ade yang nak kahwin dengan cikgu ke?". Muke budak-budak tu macam malu-malu je dan kate "Cikgu dah besar, kami kecil lagi. Nanti kami dah besar, cikgu dah tua. Gigi pun dah takde". Comel sangat!!!!... aku teruje nak mengusik. Begitulah kisahnya sampai budak-budak tu dah sedia nak belajar baru aku bagi diorang kerja yang Cikgu Mirul diorang dah titipkan. Mula-mula tu agak liat juga suruh budak-budak tu buat kerja. Ada yang sibuk main pemadam, ada yang sibuk melukis, macam-macam lah. Tapi bila aku kate, "kita buat pertandingan siapa yang siap kerja dulu. Siapa menang, dia lah yang paling pandai". Budak-budak tu pun terus berlumba-lumba selesaikan latihan yang di beri. Seronok aku tengok budak-budak tu macam tu". Kalau budak-budak Form 5 yang dibuat macam tu, mesti diorang gelak. Akhirnya sebelum masa aku tamat, budak-budak tu dah selamat siap kerja diorang. Maka bermula lagi adegan soal menyoal. Aku layan je. Seronok!. macam-macam yang budak-budak tu soal. Termasuklah tanye aku puase ke tak. Aku tanye diorang balik, Alhamdulillah majoriti puase. Tapi ada juga yang tak puasa. Alah.... biasalah... Budak-budak. Aku pun bagi nasihat kepada yang tak puase tu. Aku kate, kalau dah besar kena puasa dan darjah 3 ni dah masuk kategori budak besar dah. Diorang pun kate besok diorang akan puasa.

 Tetiba ada sorang tu cerita dengan penuh semangat macam ni

 " Cikgu, mama kite dah besar juga, tapi mama kite tak pose, saye nampak mama minum tadi pagi!".

Aku pun tanye lah,

"mama sakit ker?".

"Tak lah, Mama datang bulan". Budak tu jawab dengan jujurnye.

Pergghhh sekali dapat jawapan panas punya kan. Kalau lah mama dia tahu apa yang anaknya dah ceritakan.... Hahahah... Kantoi sudah. Aku pun terus ubah topik, risau ape pulak budak tu sambung citer nanti. Lepas tu kelas tamat, budak-budak bagi ucapan "Terima kasih cikgu!, Jumpa lagi!".. Masih alah-alah Upin-Ipin. Comel sangat!.

Aku ada 3 kelas lagi untuk jejaki.

1 masa = 30 minit

Aku ada 1 Masa di kelas 3 Bijak, 2 masa di kelas 6 Amanah dan 3 masa di kelas 6 Cerdik.

Jumlah =3 jam

Ada lagi kisahnya di kelas seterusnya.. Tapi nanti-nanti lah aku cerita. Ape pun, best je tengok buka budak-budak tu.

Sunday, 22 July 2012

Aku Dan Jodohku PART 1

AKU INGIN KAU JADI ALARM KU SEUMUR HIDUPKU,

YANG MENGINGATKAN KU TENTANG ALLAH,

YANG MENGEJUTKAN AKU UNTUK IBADAH,

YANG MENGINGATKAN AKU TENTANG HIDUP,


YANG MENGINGATKAN AKU TENTANG MATI,


YANG SENTIASA MENYEDARKAN AKU TENTANG CINTA

YANG SENTIASA MEMASTIKAN AKU UNTUK TIDAK TERLAMBAT BANGUN DARI KEKHILAFAN.

DAN AKU..

AKU AKAN MENJADI DRIVERMU SEUMUR HIDUPMU,

YANG AKAN JADI PENUNTUN UNTUK MU MENYUSURI JALAN ALLAH

YANG AKAN MEMASTIKAN KAU SAMPAI KE SEJADAH,

YANG AKAN MENGHANTARMU UNTUK IBADAH,

YANG AKAN MEMASTIKAN KESELAMATANMU,


YANG AKAN JAGI PENGHANTAR CINTA YANG TULUS,

DAN YANG AKAN MEMASTIKAN KAU TAK LAMBAT PERGI KERJA :)



AKU AKAN TUNGGU JAWATAN 'DRIVER' ITU DARIMU DAN PASTINYA JAWATAN ALARM TU MASIH SETIA KU SIMPAN UNTUKMU.

Saturday, 21 July 2012

TIPS KEJUTKAN ORG BANGUN SAHUR

Tips ni aku COPY and PASTE jer. tak rajin pulak aku nak buat tips. Tapi sebab tips ni mampu buat aku tergelak, jadi aku pun Copy la dari FB (Himpunan Cerita Lawak) 

TIPS KEJUTKAN ORG BANGUN SAHUR yg agak MENCABAR hihi
khas utk org yg liat bangun sahur...

1. Pegang anak jari kiri atau kanan sambil memanggil nama dia perlahan2
2. Sentuh bahu orang yang tidur tu dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia...
3. Renjis air kat muka dia...
4. Tampar tampar manja pipi dia..
5. Tutup kipas/air cond

Tapi kalau still tak ada effect,

1. Jerit nama dia sekuat hati...
2. Gigit ibu jari kaki dia, macam hantu toyol gigit
3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam dan stokin busuk korang
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. Goyang badan dia kuat - kuat dan jerit 'tsunami!' tsunami!

Tapi kalau still tak ada effect gak,

1. Pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak - banyak kali...
2. Pergi dekat dengan dia dan baca je surah Yaasin!

Tapi kalau still tak ada effect gak...Ni je la cara terakhir

1. Panggil je orang masjid atau surau untuk uruskan...kerana Tuhan lebih menyayanginya...Innalillahi wa inna ilaihi roji un...

'Couple' itu sunat??

Malam ni, aku yang tak berapa nak bijak sangat pasal soal hukum hakam ni telah terjumpa satu statement yang telah berapa kali aku baca tapi aku rasa maksudnya sangat tak berapa nak kena sangat. Statement tu lebih kurang macam ni :

"Assalamualaikum,maf nyebok..couple 2 halal n sunat wat mereka yg berada lnkungan umur 18 ke-ats,n sbenarnya pengHarman coupl 2 bkan trbtas pda prgaulan jak.ttapi hingga ktahap hilangnya khusu' dlm ibadat.risala yg cik suhada bca bleh jdi x dislraskn dgn pendapt saya tpi xpe,klau bleh crilah ilmu ttang nie krana prkara kcil bleh mmbuat kita hilang redha Allah"

Ayat di atas aku dapat dari satu komen dalam facebook seorang hamba Allah ni.



Aku tertarik pada dua (2) ayat hamba Allah tu. 

PERTAMA : .couple 2 halal n sunat wat mereka yg berada lnkungan umur 18 ke-ats,
"couple tu halal dan sunat buat mereka yang berada lindungan umur 18 ke atas."

KEDUA : crilah ilmu ttang nie krana prkara kcil bleh mmbuat kita hilang redha Allah
"Carilah ilmu tentang ni, kerana perkara kecil boleh membuat kita hilang redha Allah"

Ayat KEDUA aku memang suka. Apa pun kita kena cari ilmu dulu sebelum nak kata sesuatu. Maka, aku pun berusaha tanya kawan-kawan yang arif pasal agama ni, betul ke kapel ni halal dan sunat untuk mereka yang berumur 18 ke atas?. Sambil-sambil tu aku google-google juga. Kot-kotlah ada cerita akan ke'sunat'an isu ini. Kalau sunat, aku pun nak juga cari makwe cepat-cepat. Bercinta ni best pe. best kalau tak gaduh-gaduh. Cakap macam ada pengalaman kan?. pengalaman tu tak penting, cukup dengan baca novel cinta-cinta pun dan mampu membuai rasa dalam diri kita. Kadang-kadang hanyut dengan fantasi yang di reka oleh novel cinta tersebut. Hebatnya cinta!.

Jawapan-jawapan dalam sahabat-sahabat aku semua lebih kurang je. 'Couple' tu HARAM!. Ada juga yang jawab tak haram kalau kita niat untuk memperisterikan kekasih kita tu. Tapi mengenai hal 'NIAT' ni adalah lagi syaratnya.

Bila kita berniat tu, bukanlah kita boleh kapel dengan pasang niat. Tapi, bila kita suka seseorang tu, terus pasang niat. bagitahu awek tu yang kau suka dia dan nak kahwin dengan dia. Masa tu buat keputusan, kalau awek tu setuju, baru korang kapel. Tapi bukan kapel yang macam orang faham tu, dah perempuan tu setuju, pergi jumpa walinya, kumpul duit dan nikah. Lepas tu kapel lah puas-puas. Terbaek....!! Paling bagus macam ni, pergi jumpa terus je kat wali nya, kalau dia setuju, terus je nikah. tak payah tanya awek tu. Cuma masalah kepada cara tu adalah, sekarang dah jadi budaya dah kapel-kapel ni. Kot-kotlah awek tadi dah ade pakwe, tak pasal-pasal ada yang kene balun. yang ni pun.. terbaekkkk!!.

Sebelum ni, aku ada buat entri pasal cinta-cinta ni, cinta itu fitrah tapi dari fitrah mungkin akan jadi fitnah. Aku takut juga lepas baca ayat kat atas tu aku salah info. kot-kot ye betul kapel tu sunat kan. Aku tanya lagi kat kawan aku yang memang terkenal dengan mulut lasernye. Aku tanye macam ni, "Ustaz, ada ke pendapat yang mengatakan kapel tu sunat untuk 18 tahun ke atas?". Dengan muka yang agak keliru, dia jawab, "sape yang tak pergi sekolah tu, sampai keluarkan statement macam tu?". Aku bagi senyuman seposen seraya bagi nampak Galaxy Tab aku. Bukan niat nak menunjuk, tapi saje nak bagi nampak FB budak ni. aku lepak luar surau tadi lepas tarawih. ramai member-member duduk-duduk tepi pondok minum teh panas. aku pun menjoin lah. saje timbulkan topik yang menarik minat aku ni. Maklumlah, budak rumah aku semua bujang. sorang je dah bertunang. Bulan depan nikah. Jadi, kami angkatan bujang sedunia ni, nak juga korek-korek ilmu dan hukum hakam kapel-kapel ni.

dapat free ceramah pula tadi..

“Dalam al-Quran, ALLAH menyuruh lelaki dan perempuan yang muslim agar menundukkan pandangan. Malah ada saranan untuk berinteraksi di sebalik tabir di antara lelaki dan perempuan bagi menjaga kesucian hati kedua-dua pihak. Betapa ISLAM telah menggariskan hukumnya. Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah suatu ketika di dalam majlis ilmu, seorang perempuan datang bertanya sesuatu kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam. Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam telah menolak muka seorang lelaki yang merupakan sepupu Baginda yang ada di dalam majlis tersebut. Apabila ditanya kenapa dibuat demikian, Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam menjawab bahawa lelaki dan perempuan tidak aman dari dipengaruhi Syaitan. Dalam ketika yang lain, seorang buta pernah datang berjumpa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dan menyuruh Aishah agar duduk di belakang tabir. Aishah radhiAllahu ‘anha bertanya, “bukankah dia buta, mana dia nampak saya.” Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam menjawab, “ya, dia buta dan tak nampak engkau. Tapi engkau boleh melihat dia.” Nah, ISLAM telah meletakkan peraturan bahawa antara lelaki dan perempuan mesti ditundukkan pandangan dan tidak bebas bergaul di antara keduanya. Sedangkan pandang sahaja pun ISLAM sudah mengawal, inikan pula lebih dari itu.” 

Islam membenarkan kita berkenalan, tapi bukan kapel-kapel. kalau suka, minta terus kat walinya. Kalau kita tak mampu tapi nak sangat kat perempuan tu, tak payah kapel, ada cara yang halal, iaitu melalui khitbah.


Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung. Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu:

  **Suami
  **Isteri
  **Wali
  **Saksi
  **Aqad (Ijab Qabul)


Cuma bezanya ialah pasangan pengantin (suami isteri) tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :

  **Masih menuntut di kolej atau universiti
  **Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  **Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga


Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan (atas persetujuan bersama kedua-dua pihak) dan barangkali tinggal bersama keluarga masing-masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan di atas telah selesai dan mereka benar-benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

"Kadang-kadang cakap tu mudah, nak khitbah-khitbah konon, adakah mak ayah yang nak? baru nak cakap dah kena tibai. tu belum khitbah lagi'. Ada juga yang jawab macam tu. Ada juga betulnya. Ramai ibu bapa yang tak setuju kalau anaknya nak nikah awal-awal tu. Tapi ada juga yang setuju. Cuba tengok mereka-mereka yang dapat kelulusan untuk buat macam tu. Apa kelebihan yang mereka ada?. Tentunya usaha dan kekuatan pegangan agama. Mereka ni ada pegangan agama yang kuat serta berusaha untuk majukan diri. Jadi ibu bapa perempuan tu pun yakinlah nak nikahkan anak mereka.

yang tak dapat kelulusan tu, kebanyakkan sebab surah al-fatihah pun tak lepas, ngaji malas, SPM lingkup, dah lah lingkup malas pulak nak baiki result, duk tatapkan sijil SPM yang tak seberapa tu. Taknak ulang periksa sebab malu dengan member. dah malu, tak reti-reti pula cari alternatif lain. Pergi masuk giat mara ke, masuk ambil kemahiran ke, usahakan tanah kebun ke, banyak lagi perkara yang boleh di buat untuk majukan diri. Tak semestinya duk merenung nasib sebab tak dapat masuk Universiti. Tu ah, budak Universiti tu, ramai je yang menganggur. Kalau asyik nak merenung nasib, mak ayah manelah yang berani pertaruhkan nasib anak diorang.

Terbebel pula aku. Mungkin dah keluar tajuk sedikit. Apa pun, Islam tak menghalalkan cara. Hukum Hakam ni bukan benda nak cakap ikut point sedap je. Beginilah bila syaitan berusaha menyesatkan kita. Allah itu Maha Mengetahui.
                                                           -SEKIAN-

Encik Ramadhan dah datang!!

"Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan." (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)
Terbaik! Besok, 21. Julai. 2012 tiba lagi Bulaan Ramadhan yang akan membawa penuh keberkatan kepada kita semua. Maknanya malam ni kita akan solat tarawih yang pertama!. Semangat berkobar-kobar malam ni.  Sama-sama rebut kelebihan yang Allah beri. Entah tahun depan kita mampu atau tidak bertemu Ramadhan lagi.

Puasa ni bukan setakat puasa dari makan dan minum je. Masa ni lah kita puasa dari segala-galanya. Puasa mata, puasa hidung, puasa telinga, puasa tangan, puasa kaki, puasa hati, puasa jantung, puasa usus dan segala puasa lah. Masa ni, kita akan menjaga pancaindera kita dengan sebaiknya. Jangan tengok benda-benda tak senonoh, jangan dengar cerita-cerita tak baik, jangan hidu benda-benda tak berfaedah, jangan pegang yang bukan hak kita, jangan merayap ke tempat maksiat, jangan berfikir benda-benda tak berfaedah dan banyak lagi lah yang jangan. Oleh sebab banyak yang di larang, maka masa lapang kita makin banyak, jadi banyak lah juga perkara-perkara yang di galakkan untuk kita buat. Ganjaran besar pulak tu. Ganjaran yang pasti lagi!. tak payah ikut peraduan yang tak pasti menangnya tu. Antara yang di galakkan untuk kita buat adalah, solat sunat, membaca Al-Quran, buat kebajikan, berzikir, bersedekah, zakat (wajib bagi yang mampu), buat tanggungjawab harian kita dan macam-macam lagi benda yang berfaedah yang boleh kita buat. Semua tu di kira sebagai ibadah!. terbaik...........!.
Nabi saw. bersabda, "Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (HR Muslim)
Nabi saw. bersabda, "Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, akan diampun dosa-dosanya yang lalu." (HR Muslim)
Masa ni lah kita menginsafi diri. Puasa tidak sekadar puasa atau nak kumpul pahala banyak. Tapi masa ni lah kita nak rasa macam mana orang fakir miskin, menahan lapar. Kita okey lagi, buka puasa, makanan sedap-sedap. Siap tak larat habiskan makanan lagi. Sibuk pula tu kira hari bila puasa nak habis. tapi orang yang tak mampu tu, hari-hari macam ni. entah sehari tu dapat makan ke tak. Jangan tengok yang kat Malaysia. Kat negara kita ni, yang di katakan fakir miskin tu pun dan cukup 'gemuknye'. Maknanya cukup makan lagi lah biarpun tak dapat makan lauk yang sedap-sedap. Cuba tengok yang kat Somalia, Afganistan, Iraq, dan banyak lagi negara. Diorang roti sebuku pun berebut sampai cedera. mana taknya, dah berapa hari tak makan. Kadang-kadang budak-budak sekolah kat tempat aku main teka-teka lagi, "Teka-teki teka-teku yang mane satu ka gambar tengkorak?". Kurus sangat sampai takde beza dengan tengkorak. bezanye masih ade kulit yang meliputi rangka mereka!.

Kalau kita hayati betul-betul puasa ni, boleh menitis air mata. Mana taknya, makanan ade, tapi tak boleh makan. Sama lah macam saudara-saudara kita di sana, kat sini ada makanan berlebihan tapi diorang tak dapat makan. Kadang-kadang kita merungut lagi, bosan dah tengok lauk sampai sanggup makan mee segera. Cuba banyangkan lauk-lauk tu tak de, mahu ke hari-hari makan mee segera tu?. Berlaparlah... dengar bunyi perut tu. Rasakan betul-betul perasaan berlapar tu. Nikmati rasa haus. adakah itu nikmat atau musibah??.

Kelebihan lain waktu puasa ni tentukan kita dapat bagi rehat kat usus kita kan. usus kita pun riang gembira berehat. 11 bulan asyik bergelombang dengan makanan yang campur-campur. euww...!

Sampai di sini saja bebelan aku pada hari ni. Jom main bola. Hari ni main awal, balik pun awal, jadi dapat bersiap untuk tarawih.

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA YANG BERPUASA!

Sunday, 15 July 2012

Di mana LELAKI?

Semalam keluar keputusan UPU untuk kemasukan Ijazah Pertama, IPTA untuk sesi 2012/2013. Calon-calon lepasan STPM 2011 atau Marikulasi 2011/2012 yang telah memohon mesti dah ramai yang tengok diorang dapat ke tak. Pada yang belum check, boleh pergi ke SINI .

Masa ni lah ada yang senyum, ketawa, nangis, mengeluh, menjerit dan tak kurang juga yang takda perasaan. Yang menangis tu tak semestinya tak dapat tapi nangisnya sebab terlalu gembira. Hasil penat lelah study, akhirnya capai juga apa yang dia nak. Ada juga nangis sebab lain yang di mohon, lain yang dapat. Terima je lah, mungkin Allah kata, tu yang terbaik. Mana tahu bila belajar bidang tu hidup lagi bahagia. mana lah tahu kan. Tapi kalau rasa tak minat juga, tolak tawaran tu baik-baik, lepas tu mohon yang baru. Jangan main tolak cam tu je, kang kene Blacklist, nayah woo..

Yang ketawa tu pun tak semestinya sebab dia dapat. Ada juga sebab dia tak dapat sambung belajar dia gembira. Lebih-lebih lagi kalau dia mohon tu pun sebab keluarga paksa suh study. Tak dapat sambung, gembira tak kepalanglah dia. Ah! yang ni aku pernah jumpa sorang. Member aku ni pandai, tapi tak minat study. dia target nak keje cepat. dia minat sangat dengan keje-keje bengkel. Tambah-tambah lagi dia memang pandai repair motor. Tapi pak dia nak dia sambung belajar. Dia dapat 5 A's dalam SPM. Tapi dia tak dapat Universiti. Tak tau camne entah kawan tu isi borang. Mungkin dia isi salah atau sesaje minta Program yang takde kaitan dengan subjek yang dia ambil, Tub-tub tak dapat. Terus dia belaja kitorang makan. Selepas 5 tahun, aku jumpa dia hari tu, dia dah ada bengkel kereta yang besar. Siap dengan car wash dan kedai tayar serta aksesori kereta. Kereta dia pun dah 3 buah. Terbaik kan. Tak sia-sia budak tu. Yelah, kalau minat dan usaha, kita mesti berjaya. Sekarang budak tu bos. bagi gaji kat orang, Aku yang belajar tinggi-tinggi ni, makan gaji kat orang. Tapi tak pe lah, aku puas dengan apa yang aku ada.

Ini lah salah satu sebab kenapa budak lelaki kurang kat Universiti tu. Ini kes back up lelaki lah ni. Aku bukan apa lah, semalam keluar keputusan UPU tu kan, korang tahu tak 34% je lelaki dari keseluruhan tu!. Malu kan. Perempuan dah menawan hampir keseluruhan universiti. Lepas ni, hantaran tu makin mahal lah. budak ade degree... mane nak nye hantaran bawah 10ribu kan..?. Yang ni pun pernah jadi isu. Ish3..

Berita harian Online pun tulis artikel "mencari 'kehilangan' lelaki di IPT". Mana tak hilangnya kan kalau ramai lelaki yang pergi kerja. Nanti tengok lah, lelaki juga yang jadi BOSS kan.


dari Berita Harian


-Pensyarah Jabatan Pendidikan dan Psikologi Kaunseling, UM, Prof Madya Dr Haslee Sharil Abdullah, berkata bilangan pelajar wanita di IPTA yang jauh lebih ramai mengundang pelbagai persoalan dan implikasi.

Antaranya, apakah faktor pendorong utama kepada kejayaan akademik pelajar wanita? Adakah sistem penilaian pendidikan yang diamalkan ini lebih mesra wanita? Apakah faktor penyebab pelajar lelaki semakin ketinggalan? Adakah bilangan guru wanita yang jauh melebihi guru lelaki menyumbang kepada fenomena ini?

Menurut beliau, persoalan itu perlu dicari jawapannya melalui kajian empirikal secara makro. Hasil dapatan itu dapat merungkai persoalan ini dan seterusnya menjadi asas kepada rangka program intervensi untuk menyeimbangkan keadaan itu.

Beliau juga berkata, tidak dinafikan banyak sumber tenaga wanita terpelajar menyumbang kepada penjanaan ekonomi negara dengan mengisi jawatan di pelbagai peringkat dan sektor. Namun, jika dibiarkan situasi ini berterusan, ia akan membawa kepada banyak implikasi kepada struktur masyarakat negara ini.

Oleh itu, bagi mengimbangi kehebatan pelajar wanita yang telah sekian lama menguasai IPTA, adalah perlu bagi pelajar lelaki bangkit daripada ketinggalan untuk bersaing dengan golongan hawa.-BH

Kalau dari pengalaman aku, cikgu perempuan atau lelaki yanga ajar tak de kaitan dengan pencapaian pelajar pun. Masa zaman aku sekolah dulu pun, lelaki pandai-pandai pe. Lebih kurang je dengan perempuan. cuma, sesetengah lelaki ni, minat praktikal berbanding teori. Perempuan pula ramai yang minat teori berbanding praktikal. Sebab tu, kalau kat kelas, minat belajar tu lagi nampak kat muka budak perempuan berbanding lelaki. Tapi bila hantar lelaki kat makmal, bengkel, padang atau mana-mana tempat yang kena belajar melalui praktikal, lelaki lebih teruja berbanding perempuan. Maka sebab tu, perempuan lagi suka belajar tinggi-tinggi berbanding lelaki. Lelaki pula cuma kerja dalam macam-macam bidang, tak kisah mula dari bawah (kuli-kuli je), tapi sudahnya lelaki juga yang jadi bos. Bila dah jadi bos, tua-tua tu baru lah nak ambil PJJ. 

Perempuan memang ramai yang belajar kat universiti, tapi dalam bidang pekerjaan, lelaki tetap ramai. Sebab tu bilangan pelajar perempuan yang ramai ni menyumbang kepada implikasi pada masa depan. Mana tak nya, belajar tinggi-tinggi tapi duk rumah je. Laki tak bagi keje, suh masak dan jaga anak. Bukankah itu dah berlaku pembaziran modal insan. Modal insan dan ada, tapi duk rumah. Laki pula takat SPM je, keje kat supermarket, larang bini yang ade degree akauntan untuk keje yang Super Bank. Memang terbaik. Sebab tu aku kate, sudahnye lelaki juga jadi bos. Tapi jadi bos yang kurang sijil. 

Saturday, 14 July 2012

NALUB HUJUD VERSI BULAN TUJUH

Dulu masa kecil, bulan 7 adalah bulan yang paling di nanti. Bukan aku sorang je yang teruje dengan bulan 7 ni, tapi ketiga-tiga adik beradik aku serta beberapa orang sepupu aku. Biasanya kami akan buat sambutan hari lahir beramai-ramai pada salah satu hari dalam bulan 7 yang semua orang yang berkaitan free lah.


Rasanya tak terlewat lagi untuk aku ucap selamat hari lahir buat adik beradik aku serta sepupu aku sebab masih dalam bulan tujuh ni.

2/7/1988- Aizen

4/7/1989- Abdullah

6/7/1988- Iswan

9/7/1994- Nadhrah ( My beloved sister)

9/7/1992- Nadila

10/7/1989- Ammar (Paling kacak!)

14/7/1989- Wan Ahmad

16/7/2002- Aizat

18/7/1988- Maslinah

21/7/1989- Husdi hadi

24/7/1988- Syazwan

25/7/1989- Rahimah

26/7/1986- Rahmah

28/7/1985- Fayyadh ( Along the big bos)

31/7/2000- Annum

Ramai lagi yang lahir bulan 7 sebenarnya. Sepupu-sepupu yang kecil-kecil lagi pun ramai yang bulan 7 tapi aku tak tahu tarikh diorang. Terbaikkan.. Sayangnye tahun ni aku, adik dan along tak dapat join party tu sebab kami semua takde yang tempat kejadian. Apa pun, lain bulanlah korang claim hadiah korang ye. Hadiah-hadiah aku jangan lupe pos. haha..

Oleh sebab entri ni di Post pada 14 Julai, maka aku nak bagi ucapan terhormat buat Wan Ahmad. Sepupu aku yang tidak kurang sengalnye. Selamat hari lahir Wan!. Aku rindu ngail udang dengan ko!.
Tak lupe juga pada seseorang yang bukan sepupu aku atau adik beradik aku, Khairun Nisa Abdullah, Selamat hari lahir juga buat anda.

Semoga dengan pertambahan umur kita ni, kita akan jadi lebih matang dan dapat memperbaiki diri. Umur makin bertambah, tapi hayat makin berkurang. Seramkan.... Seram tak seram, hati mesti mau gumbira!. Hidup itu insyaAllah, tapi mati itu pasti.

Semoga bulan7 tahun hadapan kita berjumpa lagi...


Wednesday, 11 July 2012

Cinta itu Fitrah




Ramai yang kata cinta itu fitrah. Ya!. cinta memang fitrah seorang manusia sebab kita mempunyai nafsu. Kerana fitrah ini, orang sering menggunakannya sebagai fakta yang sebenarnya auta untuk mengukuhkan persoalan mereka, "salahkah mereka bercinta?". Bercinta tu tak salah, tapi haruslah kena pada tempatnya.


Ada pula sesetengah golongan yang mempertahankan kisah cinta islamik. Sebenarnya isu cinta islamik ni banyak memeningkan kepala serta menyesatkan ramai pasangan remaja yang baru nak usha-usha line nikmat bercinta. Sudah dikata beberapa kali, Couple tu haram. tapi sebab nak juga couple, maka, mereka mewujudkan istilah baru iaitu Cinta Islamik.


Apakah yang di maksudkan mereka sebagai cinta islamik?


Cinta islamik ni dikatakan islamiknya bila semua batas-batas agama terjaga. Contohnya, tak 'dating' tempat sunyi. Dating kat tempat orang ramai, jadi terhindar dari maksiat. Eh! lupe pula aku, diorang tak panggil tu dating lah... diorang panggil Usrah gitu. haha..

Bila keluar jalan-jalan, pasangan cinta islamik ni tak pegang tangan, tak tinggal solat dan pakai menutup aurat. Kalau boleh pakai telekung sekali. Tak main Calling.., main SMS je. SMS pun kejap dan cakap 'selamat-selamat' je.




Maka, begitulah kisahnya cinta islamik.


Namun adakah cinta islamik ni sebenarnya wujud?. Bukankah cinta kepada pasangan itu sepatutnya hanya untuk pasangan yang kita nikahi je?. Atau adakah setelah kita menjaga batas, maka kita boleh couple?. Bukankah cinta itu fitrah??. Diri si remaja meronta-ronta mahukan cinta.. Oh! budak kelas sebelah, I Lap U veri mac!"


Ikuti Kisah Cinta Islamik ini.

Kisahnya mengenai 3 orang iaitu Ammar, Nisa & Ameer. Ammar & Nisa sama² belajar di UPSI. Beberapa lama kemudian, Ammar jatuh hati pada keayuan Nisa (ayu ker??). Nisa ni gadis yang agak islamik dan bersopan santun. Tetapi, Ammar cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaannya kepada Nisa sebab nanti takut kena tangkap dengan AJK pencegah maksiat kolej kediaman.

2 tahun berlalu...


Akhirnya, apabila Ammar berada di Tahun 2 pengajian, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Nisa tewas pada pujuk rayunya.


Walau bagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber'couple'. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple.


"COUPLE ISLAMIC"!!!


Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap² ni. Bukan itu sahaja, Nisa kena pakai tudung labuh. Ammar pula pakai serban & jubah. Lepas itu, mereka keluar bukan membuang masa tapi keluar bawa Al-Quran.


Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, tiada pegang² tangan, mereka ikut cara Nabi Musa.


'Lelaki di depan, perempuan di belakang'.


Bila balik rumah, missed call pagi². Suruh qiamullail.

Oh!, sungguh islamik kisah cinta mereka. Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Ammar ditakdirkan bertemu dengan Ameer. Ketika itu Ammar & Nisa sedang bertadarrus di gerai Mak Jemah.


Ameer tiba² datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk.


Bila duduk, Ameer bertanya, "Kamu berdua dah nikah?".


"Belum.", jawab Nisa.


"Jadi kenapa kamu duduk bersama ajnabi kamu?", tanya Ameer.


"Kami couple, tapi dengan cara batasan islam" jawab Ammar.


Ameer hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Ameer pun memulakan ceritanya.


"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Sabah. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu.


Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masukIslam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi.


Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam.


Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat² pengharaman contohnya ARAK.


Tapi aku…TIADA.


Jadi, time kat hospital tu aku fikir.


Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecil aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap² hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Beginilah kehidupan aku & babi tu selama 2 tahun.


Lepas 2 tahun, masa yang ditunggu² tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok² babi ni tiada leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi.


Lepas tu, aku pun masak kicaplah. Tengah² makan, nampak seorang ustaz tengah jalan². Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan.


Ustaz!!! Jom makan. BABI ISLAM ni.”

Bila terdengar kisah itu, Ammar & Nisa pun sedar.

Cerita tadi aku ambil dari cerita seorang rakan aku. katanya, dia baca kisah ni kata salah sebuah blog islamik. Best je cerita ni. cerita ni buat kita sedar, benda yang haram, kalau buat macam mana pun, benda tu tetap haram. Islam tak menghalalkan cara. Setiap apa yang telah dilarang di dalam islam, ada sebabnya dan sebabnya pasti akan memberi kebaikan yang nyata kepada kita. Mungkin saja hikmah daripadanya tidak kita nampak secara nyata tapi sebenarnya kita dapat rasakan. Memanglah cinta itu fitrah. tapi dari fitrah boleh jadi fitnah. Kalau nak sangat bercinta, nikahlah cepat-cepat. Cinta selepas nikah tu lah patut di panggil cinta islamik. Tapi... budak sekolah mana boleh nikah kan, sebab undang-undang pendidikan kita, budak sekolah tak boleh kahwin. Sebab diorang bawah umur dan masih belajar jadi takda kemampuan nak sara keluarga. Jadi, bawak-bawak bersabarlah ye adik-adik. Ramai lagi yang korang boleh cintai. Bercinta dengan buku matematik pun okey ape. Seharian buat satu set soalan, jadi takdelah masa fikir benda-benda tak berfaedah. Orang yang dapat A dalam subjek Math mesti nampak kacak dan menawan. haha... promat subjek math kejap.



Ape pun, jaga iman! Maksiat bukan hanya melibatkan sentuhan, tapi juga melihatkan penglihatan dan hati.





      Selamat Bercinta!

Sunday, 8 July 2012

Binatang!!

Tajuk macam tengah meroyan je kan. nak tekan-tekan bagai binatang tu. Takde lah nak meroyan sangat pun. Aku cuma nak cerita sikit pasal binatang peliharaan atau orang london panggil pet.

Sejak dari kecil lagi, aku memang gila sayang dengan binatang. Bahkan kalau nampak lori bawa Babi Khinzir pun aku teruja nak berpaling. Comel sangat..... pendek-pendek tapi gemuk. mesti ada yang kata " euwww... gelinya!". Tak payah nak geli sangat lah. Bukan haram pun tengok babi. Makan je yang haram. Lagi haram pegang anak dara orang dari pegang babi. At least kalau kita pegang, boleh samak. tapi kalau pegang anak dara orang, samak lah dengan api neraka. ehem.... ter'ustaz' jap.. nak dakwah, tak payah jadi ustaz pun kan. semua orang wajib berdakwah apa yang dia tahu.

Waktu kat rumah lama aku, aku ada bela seekor anjing. Comel sangat. kalau aku tak silap, umur aku masa tu baru 5 tahun. Aku siap peluk-peluk lagi. Tapi Abah tak bagi anjing tu naik kat rumah. dia hanya boleh tinggal kat rumah khas dia. Kalau hari hujan, aku lah orang paling risau sebab fikir anjing aku yang kat luar. Mesti dia kesejukkan. Sangatlah risau. tapi risau-risau pun, tidur nyenyak jugak. bila aku umur 7 tahun, kami pindah rumah. Aku merayu-rayu kat abah untuk bawa anjing tu sekali. Tapi abah tak bagi, along pun tak bagi. Jadi, terpaksalah aku bagi anjing tu kat kawan aku balik. Sebenarnya aku dapat anjing tu pun dari kawan aku. Anjing nya beranak 4 ekor, jadi seekor dia bagi kat aku. Masa mula-mula jaga tu, abah gila marah kat aku. Tapi aku berdegil nak juga anjing tu. Sepanjang hari nangis dan tak nak makan. Agaknya abah aku dah bosan dan mak aku pujuk abah, abah pun bagi aku bela anjing tu. tapi dengan syarat, jangan bawa naik kat rumah dan jangan pegang anjing tu. Aku masa tu yang tak faham kenapa tak boleh pegang, aku pegang je kalau abah pergi kerja. Petangnya pulak, mak mesti bagi mandi aku dengan air tanah. aku seronok je main air tanah. Budak-budak kan, mana nak tahu apa. dah puas berlumur tanah, baru mak mandi kan aku dengan air paip. terbaik nya mak aku.

Bila aku dah masuk sekolah rendah, kawan-kawan aku cerita pasal haiwan perliharaan. Aku pun beriya pasal anjing aku. Kawan-kawan hairan je. Tetiba seorang anak ustaz kata, tak nak kawan dengan aku sebab aku ni haram. Aku pun tanya lah kenapa haram? dia kata sebab pegang anjing jadi haram lah. Dia cerita kena samak guna air tanah baru tak haram. Aku pun senyap kejap... baru teringat kenapa mak bagi mandi aku dengan air tanah. aku senyum dan kata, "mak kite dah samak kite lah". Anak ustaz tadi tu pun senyum dah kata, "ok sekarang kita kawan balik". Aku lupa sapa nama kawan tu. tapi aku tahu dia anak ustaz sebab ayah dia ustaz kat sekolah aku. Kawan dengan dia dua tahun je. Sebab ayah dia pindah mengajar, jadi dia kena pindah sekolah juga. Budak tu memang bijak macam ayah dia. Ilmu agama pun baik.. Sekurang-kurang cukup baik untuk kanak-kanak seusia 7-8 tahun.

Sampai kat rumah, aku balik terus cium pipi mak aku dan kata " terima kasih mak!". Mak aku pun hairan, tanye kenapa terima kasih. Aku kata saja je... tapi sebenarnya nak kata " terima kasih jaga angah dengan baik dan sempurna".

Selepas dari itu, minat aku terhadap haiwan masih kuat. Cuma kali ni aku tukar haiwan baru. Masa aku tolong mak aku kemas almari, aku terjumpa telur cicak. Aku punyalah teruja sebab membayangkan aku terjumpa telur dinasour. Aku berlari kat mak dan kata "mak! angah jumpa telur dinasour!", Mak aku dengan muka tak bersalah tengok aku dengan 'telur dinasour' tu. Mak aku kata, yang ni dinasour kecil, buanglah. aku kata "angah nak jaga". Mak gelak. sampai sekarang aku masih ingat muka mak gelak tu. Mak kata " nanti dinasour tu makan kita macam dalam TV tu baru tahu". Aku jawab baik, " mak kata yang ni dinasour kecil, mana dapat telan kita". Mak geleng kepala sambil senyum dan kata, " yang tu telur cicak lah, angah pergi buang". Aku pun hampa kot. baru berangan ada dinasour seekor. Tapi aku tak buang, aku sorok dalam laci. tiap-tiap hari aku tengok. Masih berharap telur tu jadi dinasour. selang seminggu, telur cicak tu retak. Aku gatal tangan terus pecahkan telur tu. Keluarlah anak cicak yang comel dan warna kemerahaan. teruja sangat masa tu. tapi aku tak bagitahu mak. Tiap-tiap hari aku jaga cicak tu. tapi dua hari je bertahan. lepas tu dia mati. mana tak matinya kalau aku tak bagi makan. aku mana tahu cicak tu makan apa. sepanjang hari aku sedih. Tapi tak bagitahu mak pun.

Haiwan seterusnya adalah kucing. Aku jumpa kucing yang kurus kering dan kelaparan kat belakang kedai. Aku bawa balik, mandikan dan bagi makan. Bila kucing tu dah gemuk dan bersih, ramai yang puji kucing tu comel. Ada juga yang nak minta kucing tu. Banyak cantik lah muka orang nak minta tu. Nak yang cantik je. Susah payah aku gemukkan, sesedap mulut nak minta. masa tu umur aku 11 tahun. Aku sayang sangat kucing aku. Adik aku pun sayang kucing tu. Selepas setahun jaga, kucing tu beranak. Sangat teruja lah masa tu. Kalah dapat adik baru. Adik aku pun dah feeling macam mak-mak biarpun masa tu dia baru 6 tahun. Perangai sebijik macam aku. Kami jaga anak kucing tu macam adik beradik sendiri. bezanya dia makan makanan kucing, kami makan macam-macam. selepas setahun jaga, Semua anak kucing aku mati. Diserang selsema. Memang sedih lah masa tu. Mak kucing tu pula mati dilanggar kereta. Langgar lari pula tu. Masa tu juga nenek belah ayah meninggal. Aku sedih sangat. Siap tak pergi sekolah 3 hari lagi. Makan pun taknak. Sedih giler-giler ni. Selepas seminggu, aku okey dah. Along bagi kucing baru. Tapi aku tak nak jaga. aku takut kucing-kucing tu mati lagi. Trauma kononnya.

Selepas aku habis SPM, aku dah bertapa kat rumah lama-lama, baru aku rasa sunyi sangat. Jadi, kami beli anak kucing Bengal. harganya dalam RM2000. Kucing tu memang manja. Manja sangat. aku dan adik sayang sangat kat kucing tu. Along macam biasa lah, tak nak dekat sangat dengan kucing sebab dia trauma kena cakar dengan kucing. Aku bagi nama kucing aku tu Mummy. Sayangnya aku tak pernah ambil gambar dia. Kalau tak boleh juga aku upload kat sini. selepas beberapa bulan kucing aku pun beranak. ada 5 ekor anak semuanya. Anak kucing tu kacukan kucing parsi dengan bengal. Kucing Parsi tu kucing jiran aku. Memang comel giler-giler. Ada jiran yang nak beli. Tapi mestilah aku tak jual. Mana mungkin aku nak jual 'anak' sendiri.

Setengah tahun kemudian, kucing tu beranak lagi. Anaknya 3 ekor. Tapi kali ni kacukan kucing kampung pulak. Ni mesti kerja kucing jiran aku juga. Kesiannya kucing aku ni jadi mangsa kejadian. Tapi tak pa, aku juga yang untung dapat anak baru.

Macam tu lah keadaannya sampai kucing bengal aku tu mati dilanggar kereta. Kucing-kucing aku memang aku tak kurung. aku biarlah bebas je. ada juga kucing aku yang hilang di curi orang. atau mungkin lari ikut 'jantan' lain!.

Pada tahun 2012, Kucing aku yang entah ke generasi yang ke berapa telah beranak lagi. Namanya Poyot. Poyot beranak 3 ekor anak kucing yang comel. Sampai sekarang aku giler dengan kucing =)

Thursday, 5 July 2012

Nifsu Sya'ban




Barakallah!

Bila masuk je waktu maghrib tadi tu, maknanya kita dah masuk ke tarikh baru dalam bulan islam iaitu 15 Syaaban. Apa kelebihan tarikh ini?. Pada tarikh inilah kita akan menyambut malam Nifsu Syaaban. Malam Nifsu Syaaban merupakan malam di mana siangnya bertarikh 14 Syaaban dan kemudian selepas waktu maghrib, 15 Syaaban menjelma. Macam malam ni lah.

Kenapa Nifsu Syaaban di sambut pada 15 Syaaban ?

Nifsu sendiri telah membawa maksud setengah. Jadi Nifsu Syaaban ni mestilah bermaksud setengah Syaaban. Jumlah hari dalam bulan syaaban adalah 30 hari, jadi, setengah sama dengan 15 hari. Malam Nifsu Syaaban di katakan sebagai malam malaikat membawa amalan manusia naik le langit untuk membuka satu lembaran baru dalam amalan kita. Oleh itu, Rasullullah menggalakkan kita berjaga pada malam Nifsu Syaaban supaya kita tidak lalai ketika amalan kita sedang di angkat.


Dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a. "Rasulullah SAW telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :

Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” "Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar ".
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Sememang kita tak perlu pilih waktu untuk beribadah. kita tak perlu menunggu malam-malam istimewa atau malam tertentu seperti malam macam ni untuk beribadah tapi, bila Allah dah bagi kelebihan pada malam-malam tertentu apa salahnya kita rebut keistimewaan yang Allah dah bagi. Oleh itu, sama-samalah kita menghidupkan malam Nifsu Syaaban!

Jom Malam Ni!

# Solat Sunat Nifsu Syaaban
# Baca Yasin
# Baca Doa

Sunday, 1 July 2012

Tangkap Basah

Hari ahad macam ni sepatutnya lepas solat subuh jam4.30, kami geng-geng bujang yang kacak lagi bergaya turun jogging kat taman tepi laut. Tapi pagi ni, kami malas nak keluar bila nampak jiran yang tengah mengamuk. Ingatkan ada orang mabuk. Kat sini, memang menjadi perkara biasa lah orang mabuk kacau rumah orang. aku pun tak faham apa tujuan dia nak memabukkan diri.

Tapi pagi ini kisahnya hangat sikit sebab kami nampak seorang remaja lelaki dalam lingkungan 18-20 tahun macam tu, sedang di pukul oleh jiran kami. Mulanya kami fikir jiran kami tu mabuk, tapi bila fikir-fikir pakcik tu seorang yang bukan minum benda-benda macam tu, kami pun mula buat andaian lain. Mungkin budak tu pencuri ke ape ke.

Jadi kami pun pakat-pakat pergi rumah jiran tu. Konon nak jadi hero malaya lah bantu mangsa keadaan. Dua orang kawan aku peluk pakcik tu supaya pakcik tu berhenti memukul. seorang kawan aku lagi pegang budak yang kena pukul. Oleh sebab pakcik tu macam hormat sikit kat geng kami, maka dia pun cubalah menenangkan dirinya. Selepas keadaan dah menjadi tenang, pakcik tu suruh kami masuk kat rumah dan bawa budak tu sekali. Selepas tu, pakcik tu telefon saudara mara dia yang lain.

Sementara menunggu kedatangan saudara mara pakcik tu yang lain, kami pun bertanyakan apa yang berlaku. Pakcik tu balik-balik mengeluh. Kami agak, mesti masalah besar yang berlaku. Budak tu pun macam takut-takut je. Untuk makluman korang, Pakcik tu tinggal seorang je dalam rumah tu. Dia ada empat orang anak tapi semua tinggal jauh sebab berkerja dan belajar. Isteri Pakcik tu dah meninggal 4 tahun yang lepas.

Setelah 5 minit berdiam, pakcik tu pun mula membuka cerita. Pakcik tu kata, anak bongsu perempuan dia balik dua hari lepas. Ada kat dalam bilik tu. Oleh sebab rumah tu sunyi, jadi pakcik tu dah terbiasa lah suyi-sunyi ni. Tapi semalam, dia kata, dia dengar macam ada dua orang bercakap dalam bilik anaknya. Macam suara perempuan dan lelaki. Mulanya dia ingat tu cuma suara drama dari komputer riba dalam bilik anaknya. Tapi drama sampai nak dekat jam2 tak sudah-sudah habisnya. kebetulan dia bangun tengok Tv tengah malam tu, ada kucing bergaduh kat luar dapur. Dia pun keluarlah nak halau kucing-kucing tu. Masa halau kucing-kucing tu, kucing tu terlanggar baldi yang di terbalikkan di luar dapur. Masa tu lah dia jumpa kasut lelaki yang disorokkan bawah baldi tu. Pakcik tu pun mulalah suspek yang bukan-bukan.

Tapi dia dengar bilik anaknya dah senyap. Tak lama selepas tu, anaknya keluar dari bilik nak ke dapur ambil air. Dia agak pelik bila tengok anaknya ambil dua botol air. Pakcik tu tanya lagi buat apa air banyak-banyak, anaknya tak jawab apa terus kunci pintu. Masa tu lah dia tambah curiga dan ketuk pintu bilik anaknya banyak kali. Lama juga dia ketuk baru anaknya buka. Dia tanya anaknya ada siapa-siapa tak dalam bilik nya, anaknya jawab tak da. Tapi naluri ayah kuat sangat kata ada benda tak kena, dia pun masuk periksa. Bila buka almari baju, dia jumpa budak lelaki tu dalam keadaan takde baju dan seluar.. Adoyai....!!! Kantoi sudah!. Apa lagi, Pakcik tu belasahlah budak tu.

Kami tengok budak tu tunduk je. Aku pun rasa nak bagi sebiji penumbuk kat budak tu. Tapi sebab mulut budak tu pun dah berdarah, aku sabar je lah. Buat malu kaum je. Tak lama selepas tu, sampai lah beberapa orang saudara pakcik tu. Semuanya pakcik-pakcik, ada yang siap bawa samurai lagi. Aku tengok pun gerun. Bila pakcik tu sampai je, sorang-sorang bagi hadiah penumbuk kat budak tu. beberapa minit kemudian, sampai lagi seorang pakcik, pakcik tu bagi penampar bertalu-talu kat budak tu. Bila budak tu bagitahu nama ayahnya je, pakcik tu pun berhenti memukul. Hebat sangat ke ayah budak tu? tak lah hebat mana, cuma ayah budak tu kawan baik dengan pakcik yang baru datang tu. Jadi sebab hormat member, pakcik tu berhenti tampar budak tu.

Pakcik tu pun terus telefon kawan baiknya tadi ( ayah budak tu ), suruh ambil budak ni dan selesaikan cara baik.  Oleh sebab dah ramai kat rumah pakcik tu, kami pun minta diri lah sebab biarlah pakcik dan keluarganya selesai masalah ni. Sempat juga aku bisik kat budak tu, "Habislah kau...". Hahaha

Sampai kat rumah, masing-masing sambung membuta. Awal lagi kot Baru jam6 pagi.

Mengenai isu ni, dah banyak kali dah berlaku. dah macam trend dah bawa pakwe/makwe masuk rumah. buat 'projek' dalam rumah. Pekejadahnya semua ini!. Bila nafsu mengusai diri, semua benda nampak halal. Bagi aku, tak adil juga pakcik tu kerjakan budak lelaki tu seorang. Pakcik-pakcik tu kena belasah budak perempuan tu sama. Budak lelaki tu bukan datang tanpa diundang. Tapi datangnya berjemput sebab anaknya siap bagi air lagi. Kasut pun sorok baik punya. Tapi kalau Allah nak tunjukkan, semuanya akan terbongkar macam tu je. Kalau dah tak tahan nafsu, pergi lah masuk meminang. Kalau takde duit, pergi lah kahwin kat pejabat agama. Nikah macam tu je. dah selesai. Cakap mudahlah kan.. Tapi memang mudah pun. Islam tu mudah lagi memudahkan. Kalau memang kita niat nak buat benda halal, semuanya akan nampak mudah. tapi kalau niat nak geli-geli je, maka geli lah jawabnya.

Sayangilah Maruah Anda!.

MAMAT JIWANG & MINAH BRUTAL

Kenapa aku suka dia?... sebab dia selalu lindungi aku dan dirinya dari api neraka.. Cik Awak, saya harap bile saye jumpe awak, awak garang macam tu. bile agaknye saye dapat jumpa awak?


Isnin (MULA2 BERKENALAN di stesen ktm)

Mamat : Assalamualaikum.. Hai awak, saya nak berkenalan dengan awak boleh tak..?
Minah : Waa'laikumussalam.. Boleh, tapi kene jumpa mak bapak aku dulu.. Minta izin.. Kalau mak bapak aku bagi, aku on je..
Mamat : Waaa.. Boleh tahan ek awak ni.. Ok saya jumpa mak bapak awak.. Bagi alamat rumah awak..
Minah : Ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..
Mamat : Tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati : Ceh malas betul punya minah.. Takpe2.. Waa nama NURUL IMAN.. Lembut je nama tapi perangai brutal tol..)

Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)

Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik.. Sihat..?
Pakcik & Makcik : Waa'laikumussalam.. Alhamdulillah kami sihat.. Tapi, anak ni siape..?
Mamat : Saya MOHD AIMAN.. Saya datang jumpa makcik dengan pakcik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pakcik yang bernama NURUL IMAN..
Pak cik : Alhamdulillah.. Ade lagi pemuda yang gentleman macam kamu ni lagi ye zaman sekarang.. Sebenarnye, kamu la pemuda anyg pertama datang mintak izin sebelum nak berkenalan dengan anak pak cik NURUL IMAN tu..
Mamat : (Dalam hati : waaa bangge aku sebagai seorang lelaki sejati..)
Mak cik : Sebelum2 ni tak de siape yang berani datang.. katenye si NURUL IMAN tu garang sangat orang nye.. Sebenarnya tak.. Si NURUL IMAN tu orang nye lembut sangat, sopan, budi bahasa, rajin dan agama nye pun baik..
Mamat : Sambil angguk2 dan tersenyum2 mendengar cerita mak bapak minah (dalam hati : ceh.. Lembut ke..? Sopan ke..? Budi bahasa ke..? Takde gaye langsung.. Takpe2.. Wait n c minah..)
Pakcik : Pak cik izinkan anak berkenalan dengan anak pakcik NURUL IMAN…
Mamat : Terima kasih pakcik makcik..


Rabu (BILA DAH DAPAT KEIZINAN..)

Mamat : Awak parents awak dah izinkan saya berkenalan dengan awak..
Minah : Sso what..? Ade aku kisah..
Mamat : Tersenyum dalam kebengangan (dalam hati : eh2.. Sabar hati.. Sabar…)
Minah : Wei aku nak jumpa mak bapak ko pulak.. Ni fon aku, ko salin kan alamat ko.. Pastu save message..
Mamat : Awak nak wat pe jumpa ibu ayah saya..? (sambil tangan laju menaip alamat umah dan save message)
Minah : Yang ko sibuk kenape..? Macam mak nenek.. Banyak tanye.. Esok ko jangan ade dekat umah dari jam 11 a.m sampai jam 12 p.m, ko merayap la kemane2 pun... Kalau ade gak kat umah, aku bakar ko hidup2 depan mak bapak ko.. Paham..?
Mamat : Ok2.. Awak, saya nak no. tepon awak..? Mane lah tau lkaau rindu2 nanti boleh calling2..
Minah : Ooiiitt.. Geli aku.. Rindu2 ingat aku ni bini ko ke..? Nak termuntah aku dengar.. Ko call je 999 mintak no. tepon aku kat dorang.. Kompem dapat.. Dapat pelempang.. Hahahahaha..
Mamat : Senyum jela (dalam hati : eieieieieieieieieeieiieieie… Geram nye aku.. Takpe2.. Sabar hati.. Sabar)


Khamis ( APABILA MAMAT BALIK KERUMAH SELEPAS JAM 12 pm)

Ibu : MOHD AIMAN.. Sampai hati senyap2 ye.. Taknak kongsi langsung kat ibu ngan ayah ye..
Mamat : Apa ibu cakap ni..? Aiman tak paham la.. (dalam kepale sambil memikir apa sebenarnye telah terjadi)
Ayah : MOHD AIMAN.. Jangan nak main nyorok2 lah kami dah tau.. Tadi jam 11, GIRLFRIEND kamu datang.. Ayah berkenan lah kalau dia jadi menantu ayah..
Ibu : Ibu pun setuju.. Cantik, sopan, budi bahasa, pandai masak, pandai amik hati orang tua.. Seronok ibu kalau dapat menantu yang boleh jadi kawan ibu.. Kalau kami masuk meminang NURUL IMAN minggu depan cane MOHD AIMAN.. Kamu setuju..?
Mamat : Kalau ayah dengan ibu setuju dan suka, terus kan jela niat nak masuk minang NURUL IMAN tu… (dalam kebingungan : Sejak bile pulak aku ade GF ni.. GIRLFRIEND yang dicakapkan oleh ayah dan ibu adalah minah a.k.a NURUL IMAN.. peerrrrrr.. Gila la aku dah lah tak kenal sape minah tu.. Brutal pulak tu tetibe je ibu ayah nak wat menantu.. Tak pe.. Jalan je.. Ade sesuatu kat NURUL IMAN tu sampai ibu dengan ayah pun suka.. Hihihi)


Jumaat (HALAL & HARAM)

Mamat : Awak, minggu depan ibu ayah saya nak masuk meminang awak.. Takpe ke awak..?
Minah : Ko setuju ke mak bapak ko minang aku..?
Mamat : Setuju
Minah : Dah ko setuju, wat pe tanye aku lagi.. Ape la.. Cume aku nak kalau kite b’tunang aku cume nak barang hantaran telekung, sejadah dan al - quran yang ko khatam kan je.. Duit hantaran ikut suke ko nak bagi berape.. Aku tak kisah.. 10 sen pun aku terima.. Pastu 2 minggu je bertunang dan pastu kawin.. Dah kite tutup kes ni..
Mamat : Amboi dasyat tol awak ni.. Awak ni garang la tapi sweettt.. ( Sambil tangan mamat nak pegang tangan minah)
Minah : Oooiiittttttttt setan.. Kuar la ko dari badan mamat ni.. Ko tau tak HARAM sentuh orang yang bukan mahram selagi ko tak lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA” selagi tu ko HARAM nak sentuh aku.. Ko ade wudu’ tak..?
Mamat : Takde.. Nak wat pe..?
Minah : Ko g amik sekarang.. Cepat la..
Mamat : Merungut dalam hati sambil kaki melangkah mencari paip untuk berwudu’ (eiei minah ni cube la cakap sopan sikit ngan aku.. Garang macam singe.. Singe pun tak macam dia..)


SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’

Mamat : Awak, saya dah amik wudu’.. Awk nak saya buat ape..?
Minah : Diam la.. Banyak bunyi la ko ni.. Nah amik ni AL-QURAN.. Ni HALAL untuk ko pegang 24 jam pun, cium, pelok pun boleh.. Pahale bergande 1000x kalau ko bace.. Ha… Aku nak ko hafaz juzu’ 30.. Minggu depan kita tunang aku tau ko da hafaz semua surah dalam juzu’ 30 tu..


Jumaat (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak ape kate kite tukar panggilan.. Saya panggil awak SAYANG dan awak panggil saya ABANG..
Minah : Ooiiiittt.. Geli aku nak panggil ko abang.. ABANG tu hanya SUAMI aku je.. Ko tu bukan suami aku lagi.. Baru tunang nak gempak2.. Bla la wei… Ha daripada ko dok ngarot yang bukan2, ko da hafaz lom juzu’ 30..?
Mamat : Emmmmmmm.. Dah2.. Nape..?
Minah : Ha.. Ha cube bace kat aku ape yang ko hafaz..
Mamat : (Dengan mulai dengan surah al - fatihah dan seterusnye membace semua surah juzu’ 30 tu sampai habis..)
Minah : Alhamdulillah.. Pas ni ko bace pulak makne2 surah dalam juzu’ amma tu.. Minggu depan aku nak dengar ko bercerite depan aku…
Mamat : Daa macam peserte pertandingan hafazan dan bercerite pulak (cakap dalam nada slow)
Minah : Ooiitt ko kutuk aku ek..? Takpe2..
Mamat : Mane ade.. Awak memang cantik comel..
Minah : Dah2.. Jangan nak cakap lagi.. Aku tau dah aku memang cantik comel.. Sebab tu ko soh mak bapak ko minang aku kan..?
Mamat : Tersenyum (Dalam hati : Ceh masuk troli sorong sendiri la weii..)


Jumaat (2 MINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak2.. Awak tak rase ke apa yang saye rase..? Saye rase macam ade sesuatu yang indah antara kite berdua la.. Setiap kali ingat awak mesti terase yang awak dekat sangat dalam hati saya..
Minah : Ooiitt yang ko nak berjiwang karat sangat ni nape..? Bengkak telinge aku dengar.. Ko ingat ko berjiwang2 ni aku cair ngan ko.. Jangan harap la weii.. Dah2.. Sekarang ko cerita kan dekat aku kisah2 dalam juzu’ amma tu..
Mamat : (Dalam hati : Dia ni memang takde perasaan langsung.. Baru nak jiwang2 dah tak boleh.. Takpe.. Sabar hati.. Sabar..)
Minah : Ooiitt berangan plak.. Aku soh cerite bukan berangan.. Cepat la cite aku nak dengar..
Mamat : Sabar la.. Ngah susun ayat ni.. (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Dia memulakan kisah dari 1 surah ke surah yang lain hingga khatam dalam juzu' amma tu)
Minah : Alhamdulillah.. Minggu depan kita nikah.. Aku nak sehari sebelum kite nikah ko wat qiamulllaill.. Allah tu Maha Melihat.. Kalau ko tak wat, ko tunggu la mase ko lafaz aku terime nikahnya mesti ko tersangkot2..
Mamat : Taknak la la sy.. Malu la tersangkut2.. Ok2.. InsyaAllah saya wat..
Minah : Tau pulak malu.. Ok.. Lagi 1, hari nikah tu aku nak ko senyum je sepanjang majlis.. Tak kisah la waktu tu ko sedih ke kecewa ke.. Yang aku nak tengok, ko senyum je.. Paham..?
Mamat : Faham.. Awak saya teringin nak tengok awak senyum.. Senyum la awk.. Mesti manis.. Selalu tengok muke garang awak je.. Senyum la sikit wak..
Minah : Ade.. Ade aku kisah.. Tak boleh.. Kalau nak tengok sangat aku senyum, tunggu hari kite nikah t.. Mesti ko tak boleh tidur pas tengok senyuman aku yang menggoda sangat ni tau.. Hahahahahahahaha..
Mamat : Emmmmmm.. Yelaaaaa..


Jumaat (HARI PERNIKAHAN)

Mamat : Dengan sekali lafaz.. “AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL IMAN BINTI ISHAK DENGAN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNAI..”
Tok kadi : Sah3..
Minah : Alhamdulillah (Terus dia sujud syukur tanpa menghiraukan orang sekeliling dia)


(SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG)

Minah : Terima kasih ABANG kerana sudi mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang. Bimbinglah AYANG menjadi isteri yang solehah.. (sambil tangan terketar-ketar tok salam dan cium tangan suci suaminya)
Mamat : Subhanallah.. Terima kasih SAYANG sudi terima ABANG sebagai suami mu.. (sambil mengucup dahi isteri tercinta)


(MALAM PERTAMA)

Mamat : Sayang , abang tak sangka pulak rasenye belum sebulan kite kenal.. Tetibe je dah kawin.. Ajaib betul..
Minah : Tu namanye jodoh.. Kekuasaan Allah bang.. Kite hanya merancang tapi Allah juga yang menentukan segalenya..
Mamat : Sayang boleh abang tanye sesuatu..?
Minah : Tanya la abang,. (Dengan nada suara yang manje)
Mamat : Nape sayang dulu garang sangat ngan abang..? Tapi bile dengan orang tua abang n orang tua sayang cakap sopan..?
Minah : Maafkan sayang abang.. Ayang bukan sengaje nak berkasar dengan abang.. Ayang wat semua tu sebab nak uji sama ada abang sabar tak dengan karenah ayang.. Ayang nak abang terima ayang dengan seadanya.. Sebab sayang taknak kite hilang kemanisan cinta selepas berkawin gare2 abang dah sentuh ayang sebelum kawin.. Ni sekarang kite dah kawin.. Ayang milik abang.. Abang boleh sentuh ayang tanpa kene sound ngan ayang lagi.. Hihihi.. Abang nape abang kawin dengan ayang..?
Mamat : Subhanallah… Terima kasih sayang ku kerana menjaga batasan kita selama ini.. Abang pilih sayang kerana Allah.. Lepas abang wat qiamullai yang sayang suruh wat sehari sebelum nikah baru la abang dapat jawapan bagi perasaan yang tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan cinta.. I LOVE U SAYANG.. Waktu tu juga abang baru sedar ape hikmah nye kenape sayang suruh abang menghafal juzu' amma dan membace terjemahan nye.. Semua nya indah sayang.. Terima kasih sayang.. Sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’2 yang lain…
Minah : Alhamdulillah ya Allah kau kurniakan aku suami yang soleh (sambil tangan ye menadah doa) Abang, nape abang bagi ayang banyak sangat duit hantaran RM 20 ribu dengan kerete ALPHARD sebijik..? Kan ayang dah cakap kalau abang bagi 10 sen pun ayang terima..
Mamat : Sayang.. Anggap la tu hadiah daripada abang.. Berape sangat la nilai nye jika nak dibandingkan dengan nilai seorang isteri solehah cam ayang.. I LOVE U SAYANG UNTIL JANNAH..
Minah : I LOVE U TOOO ABANG.. UNTILLLL JANNAHTUL FIRDAUS.. AMINNNNNNN….

~*~ Perempuan yang garang luarannya sebenarye lembut hati nye. Garang dia kerana untuk menjaga maruah dan syariat Illahi. Jangan la dicaci maki perempuan yang garang itu, cume berilah nasihat InsyaAllah hati dia lembut mendengar nasihat mu...