home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Sunday, 8 July 2012

Binatang!!

Tajuk macam tengah meroyan je kan. nak tekan-tekan bagai binatang tu. Takde lah nak meroyan sangat pun. Aku cuma nak cerita sikit pasal binatang peliharaan atau orang london panggil pet.

Sejak dari kecil lagi, aku memang gila sayang dengan binatang. Bahkan kalau nampak lori bawa Babi Khinzir pun aku teruja nak berpaling. Comel sangat..... pendek-pendek tapi gemuk. mesti ada yang kata " euwww... gelinya!". Tak payah nak geli sangat lah. Bukan haram pun tengok babi. Makan je yang haram. Lagi haram pegang anak dara orang dari pegang babi. At least kalau kita pegang, boleh samak. tapi kalau pegang anak dara orang, samak lah dengan api neraka. ehem.... ter'ustaz' jap.. nak dakwah, tak payah jadi ustaz pun kan. semua orang wajib berdakwah apa yang dia tahu.

Waktu kat rumah lama aku, aku ada bela seekor anjing. Comel sangat. kalau aku tak silap, umur aku masa tu baru 5 tahun. Aku siap peluk-peluk lagi. Tapi Abah tak bagi anjing tu naik kat rumah. dia hanya boleh tinggal kat rumah khas dia. Kalau hari hujan, aku lah orang paling risau sebab fikir anjing aku yang kat luar. Mesti dia kesejukkan. Sangatlah risau. tapi risau-risau pun, tidur nyenyak jugak. bila aku umur 7 tahun, kami pindah rumah. Aku merayu-rayu kat abah untuk bawa anjing tu sekali. Tapi abah tak bagi, along pun tak bagi. Jadi, terpaksalah aku bagi anjing tu kat kawan aku balik. Sebenarnya aku dapat anjing tu pun dari kawan aku. Anjing nya beranak 4 ekor, jadi seekor dia bagi kat aku. Masa mula-mula jaga tu, abah gila marah kat aku. Tapi aku berdegil nak juga anjing tu. Sepanjang hari nangis dan tak nak makan. Agaknya abah aku dah bosan dan mak aku pujuk abah, abah pun bagi aku bela anjing tu. tapi dengan syarat, jangan bawa naik kat rumah dan jangan pegang anjing tu. Aku masa tu yang tak faham kenapa tak boleh pegang, aku pegang je kalau abah pergi kerja. Petangnya pulak, mak mesti bagi mandi aku dengan air tanah. aku seronok je main air tanah. Budak-budak kan, mana nak tahu apa. dah puas berlumur tanah, baru mak mandi kan aku dengan air paip. terbaik nya mak aku.

Bila aku dah masuk sekolah rendah, kawan-kawan aku cerita pasal haiwan perliharaan. Aku pun beriya pasal anjing aku. Kawan-kawan hairan je. Tetiba seorang anak ustaz kata, tak nak kawan dengan aku sebab aku ni haram. Aku pun tanya lah kenapa haram? dia kata sebab pegang anjing jadi haram lah. Dia cerita kena samak guna air tanah baru tak haram. Aku pun senyap kejap... baru teringat kenapa mak bagi mandi aku dengan air tanah. aku senyum dan kata, "mak kite dah samak kite lah". Anak ustaz tadi tu pun senyum dah kata, "ok sekarang kita kawan balik". Aku lupa sapa nama kawan tu. tapi aku tahu dia anak ustaz sebab ayah dia ustaz kat sekolah aku. Kawan dengan dia dua tahun je. Sebab ayah dia pindah mengajar, jadi dia kena pindah sekolah juga. Budak tu memang bijak macam ayah dia. Ilmu agama pun baik.. Sekurang-kurang cukup baik untuk kanak-kanak seusia 7-8 tahun.

Sampai kat rumah, aku balik terus cium pipi mak aku dan kata " terima kasih mak!". Mak aku pun hairan, tanye kenapa terima kasih. Aku kata saja je... tapi sebenarnya nak kata " terima kasih jaga angah dengan baik dan sempurna".

Selepas dari itu, minat aku terhadap haiwan masih kuat. Cuma kali ni aku tukar haiwan baru. Masa aku tolong mak aku kemas almari, aku terjumpa telur cicak. Aku punyalah teruja sebab membayangkan aku terjumpa telur dinasour. Aku berlari kat mak dan kata "mak! angah jumpa telur dinasour!", Mak aku dengan muka tak bersalah tengok aku dengan 'telur dinasour' tu. Mak aku kata, yang ni dinasour kecil, buanglah. aku kata "angah nak jaga". Mak gelak. sampai sekarang aku masih ingat muka mak gelak tu. Mak kata " nanti dinasour tu makan kita macam dalam TV tu baru tahu". Aku jawab baik, " mak kata yang ni dinasour kecil, mana dapat telan kita". Mak geleng kepala sambil senyum dan kata, " yang tu telur cicak lah, angah pergi buang". Aku pun hampa kot. baru berangan ada dinasour seekor. Tapi aku tak buang, aku sorok dalam laci. tiap-tiap hari aku tengok. Masih berharap telur tu jadi dinasour. selang seminggu, telur cicak tu retak. Aku gatal tangan terus pecahkan telur tu. Keluarlah anak cicak yang comel dan warna kemerahaan. teruja sangat masa tu. tapi aku tak bagitahu mak. Tiap-tiap hari aku jaga cicak tu. tapi dua hari je bertahan. lepas tu dia mati. mana tak matinya kalau aku tak bagi makan. aku mana tahu cicak tu makan apa. sepanjang hari aku sedih. Tapi tak bagitahu mak pun.

Haiwan seterusnya adalah kucing. Aku jumpa kucing yang kurus kering dan kelaparan kat belakang kedai. Aku bawa balik, mandikan dan bagi makan. Bila kucing tu dah gemuk dan bersih, ramai yang puji kucing tu comel. Ada juga yang nak minta kucing tu. Banyak cantik lah muka orang nak minta tu. Nak yang cantik je. Susah payah aku gemukkan, sesedap mulut nak minta. masa tu umur aku 11 tahun. Aku sayang sangat kucing aku. Adik aku pun sayang kucing tu. Selepas setahun jaga, kucing tu beranak. Sangat teruja lah masa tu. Kalah dapat adik baru. Adik aku pun dah feeling macam mak-mak biarpun masa tu dia baru 6 tahun. Perangai sebijik macam aku. Kami jaga anak kucing tu macam adik beradik sendiri. bezanya dia makan makanan kucing, kami makan macam-macam. selepas setahun jaga, Semua anak kucing aku mati. Diserang selsema. Memang sedih lah masa tu. Mak kucing tu pula mati dilanggar kereta. Langgar lari pula tu. Masa tu juga nenek belah ayah meninggal. Aku sedih sangat. Siap tak pergi sekolah 3 hari lagi. Makan pun taknak. Sedih giler-giler ni. Selepas seminggu, aku okey dah. Along bagi kucing baru. Tapi aku tak nak jaga. aku takut kucing-kucing tu mati lagi. Trauma kononnya.

Selepas aku habis SPM, aku dah bertapa kat rumah lama-lama, baru aku rasa sunyi sangat. Jadi, kami beli anak kucing Bengal. harganya dalam RM2000. Kucing tu memang manja. Manja sangat. aku dan adik sayang sangat kat kucing tu. Along macam biasa lah, tak nak dekat sangat dengan kucing sebab dia trauma kena cakar dengan kucing. Aku bagi nama kucing aku tu Mummy. Sayangnya aku tak pernah ambil gambar dia. Kalau tak boleh juga aku upload kat sini. selepas beberapa bulan kucing aku pun beranak. ada 5 ekor anak semuanya. Anak kucing tu kacukan kucing parsi dengan bengal. Kucing Parsi tu kucing jiran aku. Memang comel giler-giler. Ada jiran yang nak beli. Tapi mestilah aku tak jual. Mana mungkin aku nak jual 'anak' sendiri.

Setengah tahun kemudian, kucing tu beranak lagi. Anaknya 3 ekor. Tapi kali ni kacukan kucing kampung pulak. Ni mesti kerja kucing jiran aku juga. Kesiannya kucing aku ni jadi mangsa kejadian. Tapi tak pa, aku juga yang untung dapat anak baru.

Macam tu lah keadaannya sampai kucing bengal aku tu mati dilanggar kereta. Kucing-kucing aku memang aku tak kurung. aku biarlah bebas je. ada juga kucing aku yang hilang di curi orang. atau mungkin lari ikut 'jantan' lain!.

Pada tahun 2012, Kucing aku yang entah ke generasi yang ke berapa telah beranak lagi. Namanya Poyot. Poyot beranak 3 ekor anak kucing yang comel. Sampai sekarang aku giler dengan kucing =)

No comments:

Post a Comment