home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Sunday 17 June 2012

Kucingku naik kapal terbang (Poyot Famili)


Hai Korang!!

Hari ini aku nak cerita pasal prosedur nak bawa kucing dari Semenanjung Malaysia ke Sabah. Entri ni wujud atas permintaan seorang hamba Allah yang banyak soalnya macam mana aku boleh bawa Poyot dan anak-anaknya ke Sabah. Poyot tu kucing kesayangan aku. Poyot tu Spesis kucing Bengal. Tapi takdelah bengap si Poyot tu. hehehe... Name-name anak si Poyot adalah Momot, Nenet dan Cokobie. Momot, Nenet dan Cokobie tu tak berbulu macam mak dia. Bulu mereka biasa-biasa je, tapi gebu lah jugak. Maklumlah, kacukan kucing kampung dengan Bengal. Sebab aku nak bawa mereka bersama aku adalah, takda siapa yang nak jaga mereka kat kampung. Adik aku dah sambung belajar kat KL. Jadi, risau lah kan, nanti takde sape nak bagi mereka makan.


Terus kepada Point utama, Prosedur nak bawa kucing-kucing ni memang agak rumit sikitlah. Tapi tak lah rumit mana pun kalau memang berhajat besar nak bawa kucing tu kan. Nak seribu daya, tak nak, duk diam-diam.
Perkara pertama korang kena tahu adalah, HANYA / ONLY Malaysia Airlines (MAS) je yang ada perkhidmatan bawa Haiwan ni. Buat masa ni, Airasia tidak menyediakan perkhidmatan untuk bawa haiwan bersama. Kat Airasia NO PET! Okey!.
Prosedur dari mula sehingga akhir adalah macam ni.

PERTAMA
Korang kena bagi beberapa jenis vaksin kat kucing korang. Vaksin tu beli kat Farmasi yang ada jual benda tu atau paling senang korang pergi kat hospital klinik haiwanlah atau jabatan haiwan. Kos untuk vaksin tu dalam seratus lebih seekor jugalah. Bergantung kepada harga yang pihak klinik atau Farmasi tetapkan. 

KEDUA
Lepas tu tanam Microchip kat haiwan korang. Benda ni boleh buat kat Jabatan haiwan. Microchip ni kecil je, lebih kurang besar macam beras. Bukan ape, nanti senanglah korang nak tahu tu kucing korang ke bukan. Microchip ni menyimpan data pasal kucing tu lah. Jadi takdelah sape-sape memandai nak ngaku tu kucingnya. Kosnya paling murah RM50 seekorlah.


KETIGA
Dah siap-siap semua tu, bolehlah urus PERMIT IMPORT. Ingat!, permit import dulu yang kena urus!. Permit ni menunjukkan jabatan haiwan kat sabah membenarkan kita bawa masuk kucing tu ke Sabah. Permit ni urus kat Jabatan Haiwan negeri masing-masing. Permit ni sah sehingga 60 hari dari tarikh ianya di keluarkan. Maknanya korang boleh guna 2 bulan permit ni. Kos dalam RM5 je atau lebih, bergantung kepada Jabatan Haiwan yang korang pergi tu lah.

KEEMPAT
Seterusnya buat pengesahaan kesihatan. Pengesahaan kesihatan ni boleh dibuat di jabatan Haiwan atau klinik Haiwan yang bertauliah. Maksudnya, jangan main hentam je pergi kat klinik haiwan tu. Surat pengesahan kesihatan tu penting untuk urus permit eksport. Kos medical Check Up tu dalam RM70 seekor.  Perlu diingat, surat pengesahaan kesihatan tu sah dalam 48 jam je. Sebab tu, korang rasa-rasa nak jalan dah baru korang urus surat tu.

KELIMA
Kalau tahap kesihatan kucing tu dibenarkan untuk di naik kapal terbang, baru lah korang boleh urus PERMIT EKSPORT. Permit ni kena urus kat jabatan haiwan negeri korang nak eksport tu. macam aku nak eksport ke Sabah. Jadi aku hubungi kawan aku kat sabah minta dia tolong. Then, aku fax Permit eksport dan surat pengesahan kesihatan kat dia. Sebab benda tu perlu ditunjukkan semasa isi permit eksport. Dah dapat permit eksport, dia fax lah kat aku permit tu. Mudah sikit lah urusan kalau ada yang boleh tolong kan. Tapi kalau korang takde sape yang boleh diharapkan, korang boleh berbincang dengan Jabatan haiwan negeri korang. Mudah je tu.

Next....
Selesai 5 perkara dan dah ada 3 kertas penting, iaitu, PERMIT IMPORT, SURAT PENGESAHAN KESIHATAN, dan PERMIT EKSPORT, bolehlah korang berlenggang bawa kucing pergi airport. Pilihlah Travel Carrier yang cun-cun dan selesa buat kucing korang. Pilih cage yang cantik-cantik dah berkunci, takut terlepas kucing tu, naya je riuh kat airport tu. korang boleh check in macam biasa. Berat kucing tu termasuk dalam berat luggage atau kalau beg korang banyak, kenalah timbang kucing tu lain-lain, caj sekilo RM15. Kucing tu akan diletakkan ditempat yang selamat untuk haiwan. So, korang duduk sit penumpang macam biasalah. Dah selamat mendarat, macam biasa ambil beg tempat biasa, manakalah kucing-kucing tu tuntut kat Seksyen Kuarantin Haiwan. Bayar Rm30 kat sana.

Dah selesai... akhirnya Poyot Famili dah jadi rakyat negeri sabah buat sementara waktu. Jadi bolehlah mereka belajar bahasa etnik-etnik sabah ni..

ANGGARAN KOS UNTUK SEEKOR KUCING ADALAH = RM200- RM300.

22 comments:

  1. Assalamualaikum bang,saya ejan saya nk tanya abang details pasal nk export kucing ke kuching sarawak..bole tak abang bg contact no abang?or abang bole contact saya 012-8989161 or 016-8071151

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam ejan. nak tanye pasal pe tu?. nak export kucing ke?

      Delete
  2. salam..tanye, sepanjang penerbangan, mcm mana dengan urusan pembuangan najis kucing2 tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg itu akan di uruskan oleh pihak air asia sendiri.

      Delete
  3. Wah! Agak rumit ya nak bawa kucing naik flight ni. Terima kasih untuk info ini, Sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam rumit sis mia.. tapi kalau semua lengkap, ok je tu..

      Delete
  4. Dgr kata skrg ni sume kna pakai ejen..xley wat sendiri. .btol ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mas Boleh lagi.. Tapi tak pasti pula sekrang ni macam mana.. cuma stakat ni MAS je ada perkhidmatan macam tu

      Delete
  5. Alamat kena cari tuan barulah kucing sy nanti..byk kejo betoi ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tinggal mana? bg kat sy lah kucing tu. sy nak. hihi

      Delete
  6. Salam...sy nk bwk kucing sy g labuan...lau umo dlm 2 bln dh blh bwk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. umur tu sy tak pasti. tapi langkah pertama kena buat pemeriksaan kesihatan kucing tu dan minta kelulusan jabatan haiwan. semua hal ini sepatutnya boleh dibuat dijabatan haiwan. sbb sesetengah jabatan haiwan memang ada doktor haiwan. jadi sekali lah semua. kalau settle dah semua, boleh lah beli tiket kat mas. beli untuk kargo tau. bukan tiket org tu. hehe. bgtau kat mas la yg cik nurul nak bawa kucing.

      Delete
  7. Klu dokumnt permit impot/ekspot/sijil sihat smua beres ble ke bawa kucing tu chck in cam biasa kat kaunter MAS? Baru ni sya nak bawa burung ke labuan tpi org mas kargo kata smua jenis haiwan dah tak ble bawa masuk dlm flight mas...pening sya.

    ReplyDelete
  8. berdasarkan pengalaman saya, setelah semua dokumen selesai, kita boleh membawa haiwan peliharaan kita menaik MAS. tetapi, haiwan kita akan diletakkan dibahagian khas. Dalam musim-musin tertentu, contohnya musim wabak dan penyakit, kadangkala mereka tidak membenarkan kita membawa haiwan tertentu walaupun ada sijil kesihatan. Setakat ini, saya tidak ada masalah untuk membawa kucing saya. tapi saya takde pengalaman bawa haiwan lain. Apa pun, ketika kita memohon permit, pihak jabatan haiwan akan memberi kita pengetahuan tentang ini. Baru-baru ini semasa kamu membawa burung tersebut,kamu sudah mendapat kelulusan pihak jabatan haiwan atau belum?

    ReplyDelete
  9. assalamu'alaikum. nak tanya, ada proses kuarintin tak? dan apa maksud beli tiket kargo ?

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum...

    hai sy ada beberapa soalan.. bulan depan ni 24hb sy nak bw balik kucing sy ke sabah. so
    pertanyaan sy

    1) surat vaksin tempo 2 bulan so bole bt dlm masa tdkat ni la kn?
    2) mcm sy ni nak bw kucing dr smenanjung ke sabah, so permit import eksport tu kene urus kat sabah jg ke?
    3) dalam seekor tu berapa total kos smua step yg awak ajar tu?

    minta penjelasan ye.terima kasih

    ReplyDelete
  11. maaflah sebab lambat balas. maaf juga kalau jawapan kurang tepat sebab dengar cerita lah, prosedur dah banyak yang berubah sebab faktor keadaan semasa seperti penyebaran penyakit dan dll. berdasarkan pengalaman lepas, surat dan vaksin semua tu valid 2 bulan sahaja. jd dalam tempoh tu lah kena buat. kena urus awal2 sebab kadang2 lain tempat lain prosedur dan masa untuk buat pun kadang2 lambt. itu pun masalah juga tu kalau tak sempat siap. jadi langkah terbaik, mcm pengalaman sy dulu2, pertama saya pergi kaunter Mas, tanya apa polisi semasa dan keperluan yang diperlukan. selepas itu, saya urus apa2 yang perlu. kos juga berlainan ikut tempat.

    tiket kargo tu mcm.. kalau kita bawa barang sukan atau barang berat atau barang yg kena di sahkan dahulu, semua tu kita kena letak di kargo. tp awal2 tu kita kena beli dulu la berapa berat kita nak bawa tu. contoh haiwan, akan ada tempat khas di dalam kargo, x kan nak sesak dengan beg2 semua kan. haha.. sebab tu kita perlukannya.

    yang paling penting, pergi tanya pengangkutan yg kita nak ikut tu la. Air asia rasanya xda perkhidmatan bawa haiwan ni. dulu lah xda, skrg x pasti. Mas pun kdg2 xda, kdg2 ada, hari tu urus awal, kebetulan tarikh tu perkhidmatan ada. jd apa2 pun jgn urus last minit la. kang ada pula menangis pisah dengan miaw

    ReplyDelete
  12. saya ada kawan kat thailand dia nak bagi kucing scottish fold 2 ekor kepada saya. dia dah pon hantar kucing tu kepada delivery agency dan dia suruh saya buat payment rm800 kepada agency berkenaan. semua dokumen kucing tu dah lengkap termasuk microchip. masalahnya sekarang saya tak ada permit import macamana nak ambil kucing tu nanti..mesti kucing-kucing tu kena kuarantine..

    ReplyDelete
    Replies
    1. X jd masalah tu. Miss pi je buat rujukan kat jabatan haiwan. Nanti dia bgtau apa borang nak isi

      Delete
  13. Salam.... sis.. masih di sabah? Sy minat betul dgn spesis bengal ni... tp susah mau jumpa...byk tak tak kucing sis ni? Sy btl2 minat... boleh saya beli?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis nya di johor, bronya saja di sabah. haha.. sy ada sekor lg sbb mati akibat selsema semasa banjir hari tu. sedih jugalah. huhu.. baka ni kuat, aktif, manja, cantik macm harimau, tp memilih makanan dan cepat selsema.

      Delete