MAKLUMAT UNTUK PESAKIT
Doktor baru sahaja mengesahkan bahawa anda menghidapi penyakit kanser paru-paru. Sebelum ini anda telah rasa mungkin ada sesuatu yang tidak kena pada badan anda dan kenyataan doktor membuatkan anda berasa seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Anda seperti tidak mahu menerima berita buruk ini. Anda tertanya-tanya bagaimana ia boleh menimpa diri anda. Mungkin anda mengalami tanda-tanda seperti pneumonia (jangkitan pada paruparu), selalu mengambil antibiotik atau mungkin anda selalu batuk berterusan. Kadangkala, terdapat darah dalam kahak anda atau mungkin anda cepat berasa penat atau sesak nafas selepas membawa
Pendekatan Berpasukan (A
Team Approach)
Apabila anda disyaki menghidap kanser
paru-paru, salah satu keadaan yang anda akan alami adalah bertemu dengan ramai
doktor. Setiap doktor yang anda jumpa mempunyai kepakaran yang berbeza-beza
dari aspek diagnosa dan rawatan. Doktor primar yang selalu merawat anda mungkin
akan merujuk kes anda ke doktor pakar paru-paru (pulmonologist) untuk membuat diagnosa. Doktor pakar
paru-paru pakar dalam mendiagnosa kanser paru-paru tetapi tidak dalam
rawatannya.
Anda mungkin juga diminta untuk
melakukan pemeriksaan/ujian oleh radiologist
(pakar
X-ray), thoracic surgeon (pakar bedah
paru-paru) dan pathologist (pakar patologi)
untuk membuat/melengkapkan diagnosa. Sesetengah kanser paru-paru
boleh dikeluarkan melalui pembedahan. Sekiranya anda
adalah seorang pesakit kanser yang boleh dirawat
melalui pembedahan, anda akan dirujuk ke thoracic
surgeon. Lain-lain pakar yang merawat kanser ialah medical oncologist (pakar onkologi) dan radiation oncologist.
Medical
oncologist merawat kanser melalui ubat-ubatan kimoterapi manakala radiation oncologist merawat
kanser melalui sinaran radiasi. Lazimnya, rawatan
kanser paru-paru menggunakan beberapa cara ini. Doktor-doktor
dalam pelbagai bidang akan bekerjasama untuk
menjalankan rawatan terbaik buat anda. Walaupun penerangan
sebegini membuatkan anda bingung seketika, tetapi dalam masa yang singkat, anda
akan mengetahui bagaimana peranan yang dimainkan oleh barisan anggota yang
membantu anda menghadapi saat-saat sukar dalam hidup anda.
Doktor primar yang merawat anda selalunya akan menjadi
talian perhubungan anda. Apabila anda menjalani sesi
rawatan, satu daripada pakar akan mengambil peranan sebagai ketua dalam
satu jangka masa. Walau bagaimanapun, adalah amat penting bagi
doktor primar anda untuk mengetahui tentang kanser anda dan rawatan yang
anda jalani dari masa ke semasa. Membuat Diagnosa Ujian yang paling penting anda hadapi
ialah biopsi. Ini ialah apabila doctor mengeluarkan
sebahagian dari tumor (kebengkakan) yang disyaki mengandungi
sel kanser. Selepas itu, pakar patologi akan membuat analisa dengan menggunakan
mikroskop. Inilah cara bagaimana anda dan doktor anda mengetahui dengan pasti
bahawa anda menghidap penyakit kanser. Kadangkala, imej tumor yang besar yang
dilihat melalui x-ray atau CT scan kelihatan seperti kanser paru-paru. Dalam
kes sebegini, anda mungkin akan dirujuk kepada pakar bedah yang mengeluarkan
keseluruhan lobe (cuping paruparu) yang mengandungi
tumor tanpa melakukan biopsi. Dalam kes sebegini, pakar patologi akan
menyelidik tumor tersebut selepas ianya dikeluarkan daripada paru-paru pesakit
untuk mengesahkan diagnosa tersebut. Apabila anda menjalani biopsi, doktor anda
mungkin telah memeriksa kelenjar limpa di
bahagian tengah dada anda untuk mengesan sama ada sel kanser telah merebak ke mana-mana
kelenjar limpa tersebut. Apabila sel kanser bergerak dari tumor sebenar ke
bahagian anggota badan yang lain, ia dikenali sebagai metastasis. Memeriksa metastasis merupakan langkah pertama yang harus
dijalankan untuk mengetahui peringkat kanser anda.
Pakar patologi boleh memberitahu anda
sama ada anda mempunyai ”small cell“ atau “non-small cell“ kanser paru-paru melalui tisu yang diambil
dari tumor dalam paru-paru anda. Empat dari lima pesakit
lazimnya mempunyai non-small cell kanser
paru-paru. Sekiranya anda mempunyai sel kanser ini, pakar patologi akan
menentukan sel kanser yang mana terdapat pada anda. Terdapat tiga jenis kanser
paru-paru non-small cell iaitu: adenocarcinoma, squamous cell carcinoma dan large
cell carcinoma.
Pakar patologi juga dapat mengenal pasti perkara lain pada
tumor tersebut. Mereka dapat mengetahui kepantasan sel kanser
tersebut merebak. Contohnya kanser bronchioloalveolar
merupakan jenis
kanser adenocarcinoma. Lazimnya, sel tersebut lambat pertumbuhannya. Matlamat
rawatan ialah mencari kaedah rawatan yang terbaik untuk jenis kanser yang
anda hadapi. Anda dan doktor anda akan menetapkan matlamat dalam rawatan
anda. Sekiranya kanser anda berada dalam peringkat yang masih awal, matlamat
rawatan ialah untuk menyembuhkan penyakit dan semestinya memanjangkan
jangka hayat anda berbanding tanpa rawatan.
Sekiranya
kanser anda berada pada peringkat lewat di mana peluang untuk sembuh
tiada, maka matlamat rawatan adalah untuk memanjangkan jangka hidup
semaksima mungkin dan mengawal simptom.
Menentukan Peringkat Kanser Paru-paru
Menentukan peringkat kanser paru-paru
amat penting. Ia membantu doctor untuk menentukan kaedah rawatan yang sesuai
untuk mengubati jenis kanser yang anda hadapi. Untuk menentukan peringkat
kanser paru-paru, doctor mestilah mengenalpasti di mana kedudukan sel kanser di
dalam badan anda. Kebanyakan mereka yang menghadapi kanser paru-paru menjalani x-ray dada dan CT scan. Positron Emission Tomography (PET) Scan boleh juga digunakan
sebagai sebahagian dari proses penentuan peringkat kanser paru-paru.
Melalui PET Scan, imej paru-paru,
tulang dan organ-organ lain dapat dilihat dengan lebih jelas. Sekiranya ada
kanser bersaiz “marble“ atau lebih besar, ia dapat dilihat dalam PET Scan untuk
menarik perhatian doktor.
Terdapat empat peringkat dalam kanser paru-paru jenis non-small cell. Peringkat IA ialah
peringkat awal, di mana tumor masih kecil dan terletak pada satu belah
paru-paru dan sel kanser tidak dijumpai pada kelenjar limpa. Tumor
pada peringkat IA
adalah
kurang dari 3 cm. Tumor pada peringkat IB adalah besar dari 3 cm. Kebanyakan pesakit
yang mempunyai tumor kurang 3 cm atau pada peringkat IA mempunyai harapan
untuk sembuh.
Tumor pada peringkat IIA dan IIB adalah
sama besar dengan peringkat I Cuma pakar patologi telah mengenalpasti terdapat
sel kanser di dalam kelenjar limpa dalam dada anda.
Pada peringkat III,
tumor juga dibahagikan kepada kategori A dan B.
Pada Peringkat III, tumor tersebut telah merebak ke kelenjar limpa di bahagian
tengah dada dan sesetengah tisu di sekeliling paru-paru tersebut, contohnya pleura
yang merupakan selaput paru-paru. Sel kanser berkemungkinan juga berada dalam
diafram (otot di bawah paru-paru) yang membantu anda bernafas. Kanser
berkemungkinan telah merebak ke selaput luar jantung anda (pericardium). Perkara terpenting dalam Peringkat III kanser ialah
kanser masih berada hanya dalam dada anda.
Peringkat IV pula
tumor telah merebak ke luar dada. Sel tumor biasanya dijumpai di hati, otak, tulang dan adrenal
glands.
Kanser paru-paru jenis small cell biasanya dikesan
selepas ianya sudah merebak. Kebanyakan doktor hanya bercakap mengenai dua peringkat untuk kanser jenis ini. Pertama, peringkat “limited“ atau peringkat awal, ianya cuma di dalam dada. Kedua,
peringkat ”extensive” bermaksud sel kanser telah merebak ke
anggota lain dalam badan. Apabila doktor telah mengenalpasti jenis kanser paru-paru
yang anda hadapi, anda akan dirujuk kepada pakar untuk rawatan yang lebih baik.
Rawatan
Semasa doktor anda menimbangkan
rawatan terbaik untuk jenis dan peringkat kanser paru-paru anda, mereka
selalunya berbincang antara satu sama lain. Doktor primar anda lebih mengetahui
maklumat tentang penyakit lain yang anda hidapi dan ubat-ubatan anda. Pakar
yang merawat pesakit kanser juga harus mengetahui tahap keaktifan anda sebelum didiagnosa kanser paru-paru. Mereka
akan menggunakan maklumat tersebut sebagai “baseline.“ Mereka faham kualiti
kehidupan penting terhadap setiap individu. Apabila doktor anda telah mengumpul
semua fakta mengenai kanser anda, mereka boleh menentukan jenis rawatan yang
sesuai untuk anda. Small cell lung cancer mempunyai
kecenderungan untuk merebak ke bahagian badan yang lain. Ia juga sangat
sensitif terhadap kimoterapi, maka inilah selalunya
cara untuk merawatnya. Pembedahan dan sinaran
radiasi mungkin
digunakan bagi sesetengah kes.
Rawatan untuk non-small cell lung cancer adalah bergantung kepada peringkat kanser. Pada peringkat
IA, lazimnya kanser dirawat dengan pembedahan kerana ianya cuma tumor. Peringkat I selalunya dirawat
dengan pembedahan dan peluang untuk sembuh tinggi. Penyembuhan kanser diukur dengan
hidup tanpa kanser selama 5 tahun. Satu atau lebih
lobes (cuping paruparu) dikeluarkan bergantung kepada di mana tumor tersebut
terletak dan saiznya. Selepas beberapa bulan pembedahan, anda akan rasakan
seperti sebelum pembedahan. Jika pembedahan anda besar dan anda mempunyai penyakit
paru-paru seperti emphysema, anda mungkin akan rasa cepat penat. Sekiranya
anda melakukan senaman lebih kerap dan teratur, ianya membantu dalam pembinaan
otot dan mengurangkan simptom keletihan dan sesak nafas. Bagi tumor di peringkat IIA dan IIB, tumor dan limpa yang terlibat biasanya dibuang
melalui pembedahan. Selalunya, pesakit
yang berada pada peringkat IB dan
II kanser paru paru dirawat dengan pembedahan dan kimoterapi.
Pesakit yang berada dalam Peringkat II
juga boleh di rawat melalui sinar radiasi. Berbincanglah
dengan doktor anda sama ada anda perlu dirujuk ke bahagian medical oncology atau radiation
oncology.
Jika anda mempunyai kanser paru-paru pada peringkat III dan IV, anda dinasihatkan
uintuk menjalani rawatan kimoterapi dan/atau radiasi terapi.
Peringkat III dirawat melalui
kimoterapi dan/atau terapi radiasi dan kadang kala pembedahan. Kombinasi ketiga-tiga jenis rawatan ini memberikan
hasil rawatan terbaik dalam merawat penyakit ini. Ini bermakna anda akan
diberikan lebih dari satu jenis ubat pada masa yang sama atau secara
berturutan. “Multimodality Therapy Regimen“ bermaksud rawatan dengan kaedah kimoterapi
dan radiasi dan kadangkala pembedahan. Pendekatan yang digunakan bergantung
kepada situasi yang spesifik. Turutan rawatan diberikan adalah mengikut saiz
dan lokasi kanser tersebut. Pembedahan mungkin akan dijalankan setelah saiz
tumor berkurangan oleh terapi-terapi yang lain.
Sekiranya anda menghidap kanser pada
peringkat IV, kemungkinan besar doctor akan mencadangkan agar anda menjalani
terapi untuk memanjangkan jangka hayat anda dan memperbaiki kualiti kehidupan
anda. Kimoterapi ialah rawatan terbaik
kerana merangkumi kedua-dua unsur terapi di atas. Terdapat banyak juga rawatan
dari segi penjagaan paliatif kepada pesakit-pesakit kanser. Ia
bertujuan untuk mengawal simptom penyakit kanser paru-paru.
Penyelidikan Klinikal Kanser Paru-Paru
Apabila anda memikirkan tentang
rawatan kanser paru-paru, fikirkan sama ada anda berminat untuk terlibat dalam
penyelidikan klinikal kanser paru-paru. Terdapat banyak penyelidikan klinikal
dalam setiap aspek rawatan kanser paruparu. Dalam penyelidikan pembedahan, kemungkinan
terdapat kaedah baru dalam pembedahan dengan rawatan susulan. Penyelidikan
rawatan lazimnya merupakan percubaan untuk ubat-ubatan yang
baru, lain-lain jenis terapi, kaedah
baru dalam menjalankan radiasi atau memberikan kedua-dua jenis rawatan. Dalam
penyelidikan kanser paru-paru sebegini, kemungkinan anda akan menerima rawatan yang standard ataupun menerima rawatan dengan kaedah/prosedur
atau produk yang baru. Kebanyakan mereka
mengharapkan keajaiban akan berlaku apabila
mereka mengambil bahagian dalam penyelidikan klinikal tersebut. Mereka tahu
bahawa mereka membantu diri sendiri dan juga orang lain. Penyelidikan klinikal
menawarkan kelebihan untuk anda menjalani
rawatan dengan kos percuma. Penyelidikan
klinikal memerlukan rawatan susulan yang lebih lengkap terhadap pesakit. Ini
bermakna perhatian yang lebih rapat diberikan kepada anda semasa dan selepas
rawatan tersebut berbanding jika anda menerima rawatan yang standard.
Kehidupan dengan Kanser Paru-Paru
Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana
kehidupan anda setelah mengetahui anda penghidap kanser paru-paru. Kebanyakan
orang beranggapan kanser paru-paru boleh disembuhkan. Kebanyakan pesakit yang
dirawat boleh hidup seperti orang normal sehingga bertahun-tahun. Ini benar jika anda mempunyai kanser pada peringkat awal. Adalah sangat
penting bagi anda untuk mengikuti nasihat doktor untuk membuat pemeriksaan
ulangan sekerap yang boleh. Anda mungkin dinasihati untuk membuat CT scan atau x-ray dada terutamanya pada
tahun awal selepas rawatan tamat.
Sekiranya kanser anda berada pada
peringkat yang lebih teruk, contohnya kanser telah merebak ke kelenjar limpa
anda, anda mungkin mempunyai beberapa tahun untuk terus hidup. Ini bergantung
kepada jenis kanser yang dihadapi oleh anda dan bagaimana rawatan kanser
tersebut berkesan dalam menangani kanser dalam badan anda. Kaedah rawatan yang baru akan sentiasa ada hampir setiap tahun.
Doktor mungkin akan mencuba sejenis
rawatan dan bertukar ke rawatan lain. Ingat bahawa anda ada pilihan dalam
rawatan. Doktor anda akan sentiasa memberitahu keadaan anda dan bagaimana
efektifnya rawatan ke atas diri anda. Salah satu soalan yang paling kerap
ditanya oleh pesakit ialah “Berapa lama saya
dapat hidup?“.
Doktor anda walaupun tahu banyak mengenai penyakit anda, tetapi tiada siapa yang tahu jangka hayat seseorang kerana hanya Tuhan
yang Maha Mengetahui.
Sesetengah doktor cuma memberikan jarak masa yang anda ada untuk hidup. Ianya
bergantung kepada usia seseorang. Mungkin berguna sekiranya anda bertanya
kepada doktor bagaimana anda akan rasa unuk beberapa bulan yang akan datang.
Tanya doktor apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan. Maklumat
tambahan sebegini dapat membantu anda dalam merancang masa depan anda.
Kajian menunjukkan bahawa pesakit yang mendapat sokongan
daripada keluarga dan rakan selalunya mempunyai kehidupan yang baik sebagai
pesakit kanser. Pesakit
yang sentiasa menjadikan dirinya aktif dan membuat perancangan masa depan juga dapat
hidup dengan lebih baik. Amat membantu sekiranya anda berfikir anda seorang
pesakit kanser yang akan dapat hidup dengan baik semasa rawatan dan anda akan
mempunyai kehidupan yang produktif dan baik.
No comments:
Post a Comment