Ko nampak tu aku serius menaip.. rasa lambat nak habiskan satu perenggan sebab aku lebih suka guna ayat yang santai berbanding skema badak macam tu.
Ada beberapa sebab kenapa lelaki senyap bila marah. Contoh macam akulah, ini sebabnya
- Aku pun tak tahu nak cakap apa, jadi aku senyaplah.
- Aku dah menyampah sangat nak bercakap
- Kalau gaduh dengan perempuan, mereka takkan mengalah. jadi lebih baik senyap supaya 'beliau' tidak membebel.
- Aku malas nak ulas.
- Sebab aku cuma nak perhatian.
itu antara 5 sebab kenapa aku senyap. Aku rasa antara sebab-sebab tu, mungkin ada yang sama sebab kenapa Suami/Kekasih korang senyap. Sesetengah perkara yang kita nampak remeh, mungkin boleh bagi kesan kepada seseorang. Contoh macam aku kan, kalau aku marah, aku bukan harap sangat orang minta maaf, tak minta maaf pun tak apa, aku cuma nak dia pandai untuk ubat hati. Hari ni aku marah benda remeh je. Remeh sangat.. Aku marah sebab aku ni beriya cerita, tapi kena tinggal macam tu je. Bila aku tanya, Okey.. dia cuci rambut. bila aku kurangkan bercerita, dia sakit hati pula. Pelik aku. Bila aku bagitahu apa aku rasa, dia kata "saya bukan tak respon awak pun kan, cuma lambat je. saya bukan sengaja respon lambat". Okeylah, dia jawab macam tu. Tapi macam tak boleh ke bagitahu, "saya nak basuh rambut ni, nanti sambung cerita ye". Simple..
Tapi tak apalah.. Aku tahu, cakap apapun tak guna. Sebab aku nampak macam pondan pula nak merajuk bagai.. hahaha.. cuma aku senyap saja. Malas nak fikir. Lebih kepada sebab keempat. Malas nak ulas dan sebab kelima. Aku nak perhatian saja. Aku tak perlu pun orang ulang-ulang minta maaf. Sebab aku nak maafkan apa, dah tak sengaja kan. maknanya tak da salah lah. Lelaki bukan macam perempuan, yang mengada nak minta pujuk. Lelaki ni dia cuma nak orang buat di selesa. Bukan letak dia dalam zon tak selesa. Zon rasa bersalah.
Satu lah yang aku perasan, kalau perempuan merajuk, endingnya lelaki pujuk. Tapi kalau lelaki merajuk, endingnya tetap sama, lelaki pujuk perempuan tu. Entah mana babak dah spoil tu sampai ending sama. hahaha.. Itu lah wanita...
Jadi bagaimana nak pujuk lelaki?
Senang saja. Bagi dia rasa selesa. Cuba berbual topik menarik atau topik-topik yang dia suka dan jangan nak ulang-ulang minta maaf sebab itu perkara yang merimaskan dan meletakkan lelaki dalam zon rasa bersalah. Kalau dia tak layan, maknanya dia belum sedia nak berbual. Bagi masa dan jangan buat ayat sedih. Menyampah!.
No comments:
Post a Comment