Betul kata
pensyarah aku dulu yang sakit tu sebenarnya dipengaruhi oleh minda kita. Contoh
macam ni, bila seseorang pesakit kanser tu tak tahu dia ada kanser, dia akan
berfikiran positif biarpun dia batuk-batuk sampai keluar darah. Sakit macam
mana pun dia rasa, selagi dia tak tahu dia ada kanser, dia akan anggap tu sakit
biasa je dan dia akan berkerja seperti biasa. Walaupun pada malam harinya dia
tak dapat tidur sebab dada nye sakit dan nafas nye tak dapat di atur dengan
baik, besoknya kalau dia dah rasa sihat sikit je, mesti dia akan bangun pergi
kerja, senyum macam biasa dan buat rutin macam biasa lah.
Tapi, bila dia
dapat tahu je dia menghidap kanser, terus je dia akan rasa down dan apa pun sakit yang dia rasa, dia akan kaitkan dengan
kematian. Bila muntah darah je, dia akan kata... “oh, tak lama lagi aku dah nak
mati”. Bahkan bila dia muntah air sirap kenduri petang tadi pun, dia akan
anggap tu darah dan dia akan rasa dia akan bakal mati. Jika perkara ini telah
masuk ke minda si pesakit tadi maka tahap motivasi nya untuk hidup akan menurun
dan keinginannya untuk sembuh juga akan menurun.
Bagi orang yang
tak sakit, mudahlah dia kata, “kena kuat! Tanam semangat tu! kamu pasti sembuh!”.
Kalau pesakit kanser tu masih pada tahap rendah, macam tahap 1 dan 2, kata-kata
tadi bolehlah diterima pakai. Tapi bagi mereka yang dah capai tahap 3 dan tahap
akhir, kata-kata tadi sudah tidak bermakna bergantung kepada siapa yang
menuturkannya. Banyak kes menunjukkan, pesakit-pesakit kanser ni boleh bertahan
lama jika keluarga dan sahabat yang dia sayangi sentiasa menyokongnya. Lagi satu,
jika seseorang itu, mendekatkan diri kepada agama, maka rohaninya akan
bertambah kuat dan bila rohani dah kuat, fizikal akan rasa ada yang membantu,
jadi fizikal juga akan berusaha untuk menjadi kuat.
Tipulah kalau
waktu ada orang yang mula-mula orang dapat tahu dia menghidap kanser tu, dia
tak sedih. Sedih kot. Kanser ni bukan penyakit biasa-biasa je. Tahap awal
kanser tu dikesan, bolehlah makan ubat dan dirawat melalui pembedahan. Tu pun,
kena tunggu 5 tahun selepas pembedahan, baru boleh disahkan bebas kanser. Tapi biasanya,
kanser ni selalu dikesan bila dah masuk tahap pertengahan yang dah nak masuk
tahap akhir. Kadang-kadang kanser ni dia senyap-senyap je. Dia tak rasa sakit
pun. Contoh kanser hati. Tup-tup lagi dan final
stage. Kalau kanser hati ni, lelaki lagi berpeluang besar menghidap
penyakit ni. Kanser payudara pun sama. Senyap-senyap je. Kawan aku yang kerja
doktor cakap, pada peringkat awal, tak rasa apa sakit pun kat payudara. Kadang-kadang
perempuan pun konfius dia okey ke tak. Sebab kadang-kadang memang ada benjolan
pada payudaranya tapi tu bukan kanser. Jadi dia selalu anggap kalau wujud lagi
benjolan, tu pun bukan kanser. Tup-tup dah nak masuk stage 2.
Kalau dah sampai
tahap akhir, soalan wajib yang nak bagi kat doktor tu adalah, “Dok, berape lame
lagi saye boleh hidup?”. Sedih je nak bagi soalan yang kita tahu jawapannya
kita pasti tak kan suka. Doktor pun akan bagi berapa anggaran waktu yang
mungkin sampai tu je kita mampu hidup. Kebiasaannya doktor akan menambah, “Itu cuma
anggaran, yang menentukan adalah Tuhan”. Betul tu, mati hidup semua kerja
Tuhan. Doktor hanya lahir sebagai pengantara untuk membantu kita merawat
penyakit kita, yang memperkenankan kita sihat, sakit, hidup atau mati hanya
Allah. Tapi ape pun, kita kena jadikan anggaran tu sebagai tanda ingatan kita
pada kematian jadi masa yang masih ada tu gunakanlah untuk beribadah,
selesaikan tanggungjawab dan menikmati hidup dengan sebaik mungkin.
Memanglah kadang-kadang
akan rasa sedih juga. Kalau sedih, nangis je lah. Dah siap nangis, mesti akan
jadi okey. Menangis bukan menunjukkan kita lemah, tapi menunjukkan kita ada
perasaan dan kita nak buang kesedihan tu melalui air mata yang keluar dari mata
kita tu. biar kesedihan tu hanyut.
Ape pun, Hargailah
masa yang kita ada. Hidup itu InsyaAllah tapi mati itu pasti. Cuma lepas ni,
kenalah beringat selalu pasal mati. Selalu-selalu lah minta maaf. Takut tak
sempat. Yang tak sakit pun kena buat macam tu juga. Sebab sakit tu hanya salah
satu sebab kematian. Banyak lagi sebab untuk kita bertemu kematian.
Chop!
“ Kalau aku ada salah silap kat korang, korang
maafkanlah aku. Mungkin aku dah rancak berbual sampai aku ada tersakit hati ke,
tertipu sikit ke, termarah atau terkutuk ke, atau apa-apa jelah. Aku minta maaf
sangat-sangat. Tolong maafkan salah aku yang sengaja atau pun yang aku tidak
sengajakan”.
No comments:
Post a Comment