Semenjak bermulanya Euro 2012 pada 9 Jun hari tu, banyaklah kes-kes penyakit yang
Daripada beberapa sumber juga mengatakan, lebih banyak cuti sakit telah dimohon. JobStreet.com dalam kenyataan yang dibuatnya berdasarkan satu
penyelidikan memberitahu, banyak aktiviti telah dapat dikesan di pejabat
sepanjang musim demam bola sepak, yang akan berakhir hujung minggu ini (Kosmo, 2012). Antaranya aktiviti tidak sihat yang berlaku pada musim ini adalah perjudian. Dah sibuk berjudi, kerja pun terabai. Baik-baik dapat gaji halal, yang haram juga yang di kejar!
Mana tak nya, kalau berjudi ni cepat masyuk. tapi cepat jua abisnye. Duit haram! mana nak berkatnya!.
Penyakit ponteng memonteng ni bukan saja dialami oleh para pekerja, tapi turut di alami oleh para pelajar. Aku tak payah tengok sekolah lain, sekolah aku pun dah alaminya. Bayangkan je lah, dalam setiap kelas tu, purata ada 25 orang, yang hadir 18-20 orang je. yang lain mane?. Aku, kalau student kelas aku yang buat hal, aku memang kenakan kaw-kaw!. bagi homework banyak-banyak. sapa tak siap, memang aku akan bagi diorang masa yang cukup untuk keliling padang. Biar puas tengok padang tu.
Aku bukan tak minat bola. minatlah juga. Tapi rasanya takde faedahnye berjaga sampai jam 4 subuh, semata-mata nak tengok sebijik bola. kalau malam sabtu dan ahad bolehlah. kalau malam lain, baik tidur. tak pun selesaikan tanggungjawab. Yang orang main bola tu, dah tentu-tentu dapat bayaran lumayan tapi yang orang tengok tu dapat ape? dapat mengantuk, lepas tu, tinggal subuh dan lewat pergi kerja. Yang budak sekolah, lewat bangun, tak dapat pergi sekolah, bila tak dapat pergi sekolah, pelajaran terabai, bila terabai, gagal exam. bila gagal exam, cikgu Ammar pun denda angkat kerusi keliling sekolah. hihi..Terbaeeekk...!!
Minggu lepas, waktu aku sedap-sedap mengajar, ada seorang budak ni tidur dalam kelas. Punya lah sedap dia tidur. Nasib baik aku takde mood nak marah orang. kalau nasib dia tak baik, aku dah hentak kepada dia pakai buku. emm... kalau hentak pun, kalau dah ngantuk, ape pun tak boleh!. sabar je lah..!.
Mungkin aku bukan fanatik dengan bola. Jadi aku tak boleh faham perasaan orang yang teruja tengok sebijik bola golek-golek kat padang. Tapi sebagai seorang lelaki, aku pun suka main bola dan aku masih teruja tengok bola pada setiap malam sabtu dan Ahad ( kalau ada game lah). Sepatutnya kita had kan keterujaan kita tu pada tempat dan waktu yang sesuai. Jangan kerana teruje tengok bola, tanggungjawab terabai! Sebab tu Allah dah pesan, antara ciri-ciri orang yang tidak berjaya adalah orang yang suka buat perkara yang sia-sia. Jadi kalau nak capai kemenangan, hindarilah perkara yang sia-sia.
Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya mendapat kemenangan orang mukmin yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menghindari perkara-perkara yang sia-sia. Dan mereka menunaikan zakat. Dan mereka yang menjaga kehormatan kecuali pada isteri mereka dan hamba sahaya milik mereka, maka mereka itu tidaklah dicela. Dan mereka yang melakukan sebaliknya itu adalah melampaui batas. Mereka yang menunaikan amanah dan janji-janji mereka, mereka yang sentiasa memelihara sembahyang mereka. Mereka itulah yang mempusakai Syurga Firdaus dan mereka akan kekal di dalamnya.” (Al Mukminun: 1-11).
No comments:
Post a Comment