home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Sunday, 17 June 2012

FRESHMAN FATHER

Tadi aku tengok satu cerita ni. tajuknya Freshman Father. aku tak tahu apa permulaan cerita ni, tapi masa aku buka TV tu, cerita tu dah sampai kat babak majlis perkahwinan John dan Kathy.


Apa yang aku faham dari cerita ni adalah John mesti berkahwin dengan teman wanitanya yang bernama Kathy sebab, Kathy dah mengandung. Mereka berdua ni memang dua-dua bijak. John dapat tawaran belajar kat Harvard tapi sebab keluarga dia tak mampu, jadi John kena study Hard lah supaya dapat Biasiswa. Biasa lah, kos belajar kat sana bukan murah. Kat Harvard tu, John dan Kathy duduk kat rumah kelamin, maksudnya rumah untuk pelajar yang berkahwinlah. John terpaksa bekerja sambil belajar sebab nak sara keluarganya kan.

Belajar kat Harvard memang kena giler-giler pandai lah kan. tapi John ni tak dapat fokus study sebab kena kerja lagi. dia dah beberapa kali ulang exam Kalkulus. tapi apa yang aku suka dalam cerita ni adalah, bila John susah hati, isterinya sentiasa bagi semangat. comel kot.



Bila isterinya bersalin, John teman Kathy, bagi semangat sampai semuanya berjalan lancar. Biarpun keluarga diorang hidup dalam kesukaran tapi sebab diorang saling membantu. Semuanya berjalan lancar. cuma satu hari tu, isterinya merungut sebab anak diorang selalu menangis tapi bila John yang jaga, baby tu senyap lah pula. jadi Kathy selalu rasa yang dia tak reti urus keluarga. Jadi dia ambil keputusan untuk keluar dari rumah. dari tu lah bermulanya dugaan John sebagai seorang ayah tunggal nak besarkan anaknya.

kehidupan memang sukar lah. dari mula dia kena halau dari rumah kelamin Harvard tu sebab dia dah takda isteri, dengan kegagalan subjek lagi, anak dia lagi deman masa dia nak exam, sampai tak dapat nak study. memang sukarlah kehidupannya masa tu.

satu hari tu, masa dia nak exam, dia terpaksa bawa anaknya ke dewan exam, anak tu menangis tak nak tidur, nasib baik pensyarah John faham keadaan tu. dia suruh semua pelajar nyanyi ramai-ramai sampai anaknya tidur.

Tapi sebab dia tak dapat fokus study tu, exam akhir dia gagal. jadi John terpaksa lah berhenti dari Harvard. cuma mungkin nasib dia baik, dekan harvard tu bantu dia sebab dia nampak macam mana John lari dalam hujan sebab belikan anaknya ubat masa anaknya demam panas.

akhirnya selepas 3 tahun, dia berjaya dalam pelajarannya. macam tu lah lebih kurang ceritanya. best kot.





Sinopsis cerita dari : PerekaCerita

SINOPSIS FRESHMAN FATHER (TV2)
Dirinya masih remaja dan seorang pelajar namun pada usia 18 tahun, John juga telah menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa. Apatahlagi dia hanya bersendirian menjaga anaknya setelah teman wanitanya yang masih muda tertekan dan meninggalkannya.

Motivasi mahu menjadi seorang pelajar yang berjaya dalam pengajian sekaligus membesarkan anaknya penuh perhatian dan kasih sayang membuatkan John nekad dan berusaha gigih mencapai cita-cita dan matlamatnya itu.

Filem ini berdasarkan kisah benar berlaku sekitar tahun 1970 pada diri John Wand, remaja berusia 18 tahun yang baru diterima memasuki Harvard apabila satu hari dia mendapat tahu teman wanitanya sewaktu di sekolah tinggi telah mengandungkan anaknya.

Kisah sebenar ini lalu diangkat dalam versi filem yang mengetengahkan watak John dilakonkan oleh Drew Seeley) dan Kathy (Britt Irvin) yang telah dinobatkan sebagai raja dan ratu pada satu majlis. John kemudiannya mendapat biasiswa penuh melanjutkan pengajian muzik ke Harvard dan menetap di Bandar Lowa. Ibu bapa mereka tidak mempunyai wang yang banyak tetapi kedua-dua remaja itu sendiri mempunyai masa depan yang cerah.

Kemudiannya sebelum musim panas berakhir, Kathy mengumumkan bahawa dia mengandung. Tanpa mempertimbangkan keputusan yang diambil, mereka terus berkahwin. Kathy bersama John Harvard berpindah ke perumahan kelamin bagi pelajar yang menuntut di situ. John menggalas tanggungjawab sebagai pelajar dan bekerja sambilan di kedai buku untuk menanggung keluarganya. Manakala Kathy pula diterima kerja sebagai juruwang bank. Kehidupan mereka ketika itu begitu sukar.

Sementara pelajar lain berpesta, John dan Kathy pula sibuk di rumah menguruskan bayi mereka yang telah lahir yang diberi nama Adam yang setiap hari berterusan menangis. Sementara itu John mendapat gred D iaitu gred yang cukup diimpikan semua pelajar. Tetapi pensyarahnya menasihatkan John menggugurkan subjek utamanya.

Sementara itu, Kathy berdepan tekanan sebagai ibu muda yang kehidupan sehariannya terperap di rumah melayan bayinya yang menangis. Walaupun John begitu menyintai isteri dan anaknya, Kathy pula tewas pada tekanan dihadapinya dan mahu pulang ke lowa. Meninggalkan John.

Situasi itu membuatkan John tidak lagi layak tinggal di rumah kelamin yang hanya layak diduduki pelajar berkahwin. John kemudiannya menyewa bilik di rumah seorang pakar psikologi, Dorothy yang banyak memberikannya sokongan dalam menyeimbangkan antara tanggungjawab sebagai seorang bapa dan juga pelajar.

Satu hari bayinya telah demam panas. John yang tidak memiliki kenderaan segera membalut bayinya dalam selimut dan berjalan dalam hujan pergi ke kedai ubat. Mujur bayinya dapat diselamatkan. John menguruskan dan menjaga anaknya sendirian selama empat tahun hingga akhirnya dia berjaya menamatkan pengajian dengan kepujian.

No comments:

Post a Comment