Pagi tadi aku melepak bersama seorang rakan sekerja yang bertugas sebagai guru disiplin. Biar pun hari ini aku bercuti, tapi aku gatal kaki juga nak ke pejabat. Aku bosan duduk rumah sorang-sorang. Kebetulan ketika aku lalu kat bilik disiplin, aku nampak cikgu Rosli sedang sibuk baca 'kertas bunga-bunga'. emm... nampak menarik. Aku pun masuk lah ke bilik tu. Cikgu Rosli bagi aku beberapa keping surat yang pastinya bukan di tujukan buat aku. Selang beberapa minit membaca, tersembur juga gelak kitorang. Cikgu Rosli kate, ini lah surat cinta yang berjaya dikebas sewaktu Badan Disiplin Sekolah buat pemeriksaan mengejut pada hari rabu yang lepas. Ayat gempak betul. sekurang-kurangnya ter'ayat' juga budak perempuan tu oleh budak lelaki terbabit kan. Adoyai...!
Semasa 'upacara' menggelakkan pelajar berlangsung, tiba-tiba cikgu sherlin masuk. "eh pa korang gelak-gelak tu ah... join bah!". Loghat Sabah cikgu tu memang pekat. Tapi sedap di dengar. Aku pun jawab lah "boleh bah kalau kau!". Cikgu Rosli pun cerita lah. Sambil-sambil tu, cikgu Sherlin pun baca beberapa surat dalam tu. Ayat budak-budak memang lawak. Kadang-kadang tu, kami yang dah tua-tua ni pun terasa nak copy ayat budak-budak ni, kot-kot boleh buat modal mengayat. hihi...
Tiba-tiba Cikgu Sherlin tanya aku, "Am, ko pernah bercinta kah?". Aisey.. apsal lah soalan tu dia bagi kat aku. Mentag-mentanglah dia dan cikgu Rosli masing-masing dah kahwin. Aku senyum je lah. Tapi dia tanya lagi, "Pernah kah tidak?. saya tengok kau ni somboi jugak bah. tak kan endada cewek". Aku gelak je dan tanya dia balik, "saya somboi juga kah?". "somboi bah..!". Cikgu sherlin jawab sambil gelak. okey, somboi tu maksudnya kacak. Tak sangka kacak juga aku ni kan. ye ye je. Aku pun ubah topik, tanya pasal baby dalam perut cikgu tu. Aku tengok perut cikgu Sherlin dah besar sangat dah tu. Dia kata dah masuk 8 bulan. wah, lagi sebulan!. anak sulung pulak tu, mesti best. Nasib baik ada topik lain kan. Dapat juga aku mengelak dari jawab soalan tu.
Tapi dalam blog aku ni, aku nak cerita pasal topik ni. Pernah ke aku bercinta... Jawapannya, aku pun tak tahu. Bukan nak berlagak lah, zaman sekolah dulu ramai juga yang minat aku. Siap ada yang ugut aku lagi jangan rampas makwe diorang. Padahal, makwe diorang yag menggedik dengan aku. Terasa hot tak? opkos la!. hihi... Pernah 1 hari tu, waktu aku tingkatan 2, aku dapat surat cinta dari seorang perempuan. eh, mestilah perempuan kan!. budak tu memang cun. Member aku pun minat dia jugak. Tapi aku tak pernah balas surat dia. Bukan aku tak suka, cun kot. mestilah suka.
Tapi along aku pesan, kalau masih makan beras yang bapak aku beli, jangan nak mengade kapel-kapel dengan anak dara orang!. Aku dengar cakap kan,. buktinya, sehingga aku habis ijazah, aku tak pernah kapel-kapel dengan sesiapa pun. Boleh percaya ke ni??.. hahaha
kalau bukan sebab tu pun, aku memang tak berhajat pun nak membalas surat tersebut. Single lg better kot. Sebab aku tengok ramai je member-member aku yang serabut je bila bercinta. jerawat pun naik. Pernah satu hari tu, budak perempuan tu telefon aku. Siap buat suara manja lagi, berdiri bulu roma aku. seram kot. sekali aku pas kat adik aku, terus senyap budak tu. Kalau selisih kat sekolah, pandang aku pun tak. Nak kate adik aku basuh, masa tu adik aku baru 8 tahun kot. Tapi selepas tingkatan 5, budak tu cari aku lagi. Kebetulan sama-sama dapat pindah MRSM yang sama. dia tingkatan 4 aku tingkatan 5, tapi aku tak pernah tegur budak tu. Akhir tingkatan 5 barulah kami bertegur. tu pun dia yang tegur aku. katanya takut lepas ni tak jumpa lagi. Masa tu lah dia cerita, katanya adik aku bagi telefon tu kat along, dan along dah basuh dia. tapi dia tak cerita apa yang along kata kat dia. Lawak betul. Aku ni dah macam anak dara yang dilindungi oleh alongnye.
Sambung belajar kat Universiti, hidup aku macam biasalah. Tapi, name pun kacak kan (perasan), jadi skandal memang ramai. Yang tu memang tak dapat dinafikan. Aku pergi library ada yang teman, aku pergi cafe, orang lain pula yang teman, aku pergi beli barang, yang lain pula yang teman. Dalam ramai-ramai skandal aku tu, ada juga yang meluah suke kat aku. Tapi aku jawab cara baik lah. Selagi aku tak kata perkataan sayang-sayang, atau selama mana aku tidak menyentuh diorang, janganlah simpan perasaan kat aku. maksud aku sentuh tu bukan pegang tangan diorang, tapi maksud aku bagi harapan lah. sentuh hati mereka. Aku skandal-skandal juga, tapi aku layan diorang macam adik. bukan macam kekasih ke ape. kalau aku ajak diorang jalan-jalan pun, bukan berdua atau sesaje melepak. pergi library aku ajak ramai-ramai, beli barang pun ramai-ramai. makan pun ramai-ramai. jadi korang janganlah salah sangka bila aku kata mana aku pergi, aku pasti berteman. Aku jemaah dalam segala hal ok. hihi..
Tapi lumrah, kadang-kadang kita tak sengaja buat orang suka kat kita. jadi, kalau orang suka kita, salah kita juga ker???..
Alam Universiti memang bagi pengaruh besar kat kita. Masa tu kita berada dalam usia akhir remaja. Pengaruh kawan sangat kuat. Masa tu kan, majoriti member aku dah ade awek. giler ape kat unversiti takde awek! Cube tengok kat kelas korang, buat perbandingan lelaki dan perempuan. kalau dalam bilik kuliah tu ada 100 orang, 65-70 orang mesti perempuan. lelaki cuma 35 orang atau 30 orang. Maknanya 2:1. jadi, setiap lelaki ada 2 pilihan awek. seronok kan. ada juga kawan-kawan aku yang pasang 2-3 orang awek sekali. Kadang-kadang aku nak juga try. best ker ade awek ni. Tapi sampai ke sudah aku tak try sebab aku kenal dengan seorang member ni. Dia tak pernah ade kapel. tapi hidup dia happy je. Dia kata macam ni, "Allah dah janji, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya". Aku pegang tau kata-kata tu sampai habis belajar. Aku bukan ape, aku tak nak lah kalau aku tukar-tukar makwe, besok-besok aku dapat isteri yang dah pernah tukar-tukar pakwe. Cinta tu dah tinggal sisa lagi. tak best lah. Silap-silap, isteri aku pegang aku, tapi dia berangan bekas pakwe dia. Syok sendiri lah aku jadinya. Besarkan pengaruh seorang sahabat. Sebab tu kita kena pandai pilih sahabat. kawan biar ramai-ramai. tapi pilih sahabat biar yang terbaik je. Sahabat yang terbaik akan bimbing kita ke jalan yang terbaik. Jangan kerana 'sedap' sejam, merana seumur hidup!.
Sekarang dah masuk alam kerja. Dah makan nasi dari duit sendiri. Along pun dah bagi lesen mengorat. seronok je rase. kadang-kadang kongsi cerita pasal perempuan dengan along. perempuan yang selalu jadi mangsa kami, achik lah. hihi... bajet macam cerita perempuan mana je kan. Achik tu kan 'makwe' kami berdua. Puteri kebahagiaan kami.
Sekarang ni aku takde makwe tapi aku dah berkenan dengan seseorang ni. Biarpun aku dah stabil, tapi orangnya belum stabil. jadi, aku kenalah adil kan. bagi dia peluang stabilkan hidup dia dulu. kejar apa yang dia nak. Sepanjang usahanya nak kejar apa yang dia nak, aku tak kan ikat dia dengan sebarang hubungan, Bukan sebab aku tak ikhlas untuk mendekatinya, tapi aku harap, dengan cara itu, langkahnya lebih luas. kalau aku ikat, kang tersadung, susah pulak. tak pasal aku kene jotosh!. hihi...
"Semoga kau dapat memperbaiki diri untuk menjadi makmum yang terbaik kepada bakal imammu. dan semoga aku dapat menjadi imam yang baik kepada makmumku kelak.
Cinta itu tak semestinya mesti bersama. tapi saat kita membahagiakan orang yang kita cintai tanpa berharap apapun, itu lah cinta sejati. Biar siapa pun yang bakal memilikimu, aku janji aku akan sentiasa doakan semoga kau bahagia!. Aku tak perlukan tanda kapel untuk setia denganmu, aku cuma perlukan kebahagiaanmu. Semoga kita sama-sama terhindar dari zina hati. Kuatkan cinta pada Allah lebih dari segalanya, InsyaAllah dia pasti akan berikan balasan kekuatan cinta kepada kita".
Tetiba aku jadi normal kan?.. hihi. kawan-kawan aku kata, aku ni nampak sengal sepanjang masa kecuali masa aku tengah solat je :p.
tersentuh hati mmbaca cerita penulis.. skrg dh kawen k ckgu dgn gadis yg d minati tu? sy doakan moga jodoh ckgu b'sama gadis t'sebut.. mmg bnr.. cinta xsmestinya d tanda dgn couple.. klo dh jodoh psti satu hari kt akn mmiliki jua.. crt ckgu bt sy t'sedar.. sy akn cuba utk setia n mnunggu shngga dia btl2 stabil sblm mnjadi imam sy..
ReplyDeletegile arghh.. mantap ayat last tu bro!! aq Lelaki 16,still x kapel... hopefully kite dpt jodoh yg sempurna buat diri kita.. AMIN..
ReplyDelete