home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Monday 7 January 2013

JOM MAKAN ( Spagetti*)

Assalamulaikum..

Semalam aku rajin sikit nak masak ikut selera aku. selalunya aku makan ayam goreng dengan nasi je. Standard orang bujang lah katakan.. hari ni, aku kongsi makan ketiga kegemaran aku. iaitu spagetti.. aahh class kau jah!. Sejak aku kecik lagi, aku memang suka makan spagetti. Tapi aku suka homemade punye... yang pastinya di masak oleh bibik kesayangan aku iaitu aunty Gloria. Thanks aunt!.

Aunty Glo ni dah lama keje kat rumah aku. Dia dari Filipina, so, makanan yang dia masak kat kitorang selalunya tak berapa nak melayu sangat. Okey, terus kepada point utama.. Ni resepi spagetti yang ikut selera aku lah. Mudah dan sedap bagi aku. Bagi korang entahlah kan. Kisah pula aku kalau korang tak suka kan!. hahaha..

Bahan-bahan (untuk 5orang)

-Pasta spagetti 1/2 bungkus
-1 tin tomato puri ( Jenama Prego paling best!)
-daging cincang*
*kalau takde daging cincang, ganti dengan 2 keping daging burger
-3ulas bawang putih
-2keping cheese
-Bebola daging
-setengah biji lada benggala
-1 biji Brokoli
-3 Biji Tomato segar
-Daun bawang
-Serbuk lada hitam
-sedikit bahan perisa (garam, aji takde moto, gula dan serbuk lada (kalau nak pedas))

Okey guys!, kalau dah ada bahan-bahan, jom kita masak!

Cara-cara masak

1. Didihkan air dalam setengah periuk untuk rebus Pasta. Pastikan air dah menggelegak baru masukkan Pasta. Jadi sementara tunggu air tu mendidikan, potong-potonglah sayur ( lada benggala, brokoli dan tomato) tu dulu. basuh bersih-bersih, potong bentuk dadu. Brokoli tu ambik daun dia (daun ke?) emm yang macam pokok tu. batang tak mau!. Buang kulit bawang putih dan tumbuk

2. Dah Siap potong-potong dan letak kat bekas bersih, mesti air korang didihkan tadi dah menggelegak, jadi, masukkan pasta tadi. jangan patahkan, kecuali tak muat. Setengah bungkus dah mampu kenyangkan 5 orang. biarkan je pasta tu dalam tu. masak sampai kuning cair. Biasanya aku rebus dalam 10-15minit juga la.

3. Sementara tunggu pasta tu masak,  oleh sebab hari ni aku guna daging burger je, aku kenakan cincang-cincang daging tu. sambil-sambil cincang tu panaskan kuali. letak minyak dalam 3 sudu makan je.

4. tengok kat pasta, agak-agak dah cukup masak, letak 1 sudu minyak. tujuannya, supaya pasta tak lekat-letak kalau dah tos kan.

5. Lepas tu kita buat sos spagetti, dah siap cincang daging, terus masukkan sekali dengan bawang putih dalam kuali tadi. api sederhana je. kacau2 sikit, lepas air setengah cawan. lepas tu masak sampai pekat, masukkan pula tomato puri, aku jumpa yang dalam tin je. tin sederhana besar. kacau2 lagi, masukkan 1 tin air, guna tin tadi.

6. ambil bebola daging, ikut banyak yang korang suka, lepas tu goreng dengan api perlahan. dah agak2 kuning, pindah masuk kat dalam sos yang kita tengah masak tu. tambah sikit air kalau agak-agak pekat. masak lagi dalam 10-15 minit lepas masuk bebola daging tu. dah agak-agak sederhana pekat, masukkan lada begala dan brokoli. setengah minit lepas tu,  masukkan keju (kalau suke makan keju lah).  Gaul sehingga keju cair.

7. Rasa sos korang, ape yang kurang, kalau kurang masin tambah garam, kurang perisa, tambah aji, kurang pedas tambah serbuk lada. ikut selera masing-masing. kena pandai agak-agak lah pekat sos. kalau dah ngam!, masukkan tomato yang dah di potong dadu tu. terus matikan api sos.

** Dah siap semua, masa untuk makan lah kan, member-member aku kata sedap, tambah kembang hidung aku. Cara hidangnye, dah toskan spagetti tadi, ambik pinggang, letak sikit pasta, letak sos tadi atas pasta, letak daun bawang dan tomato. lepas tu tabur serbuk lada hitam.

INI LAH HASILNYA....!!



ni lagi satu.. sodap!



Panjang kan aku membebel, padahal masak spagetti je pun. haha.. tapi suke hati aku lah, aku punya blog. hehe

No comments:

Post a Comment