home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Thursday 7 March 2013

“The Land of the Long White Cloud"


“The Land of the Long White Cloud..” 4 tahun di bumi asing bagiku, membuka banyak lembaran baru dalam hidup ku. Ya! Dua tahun yang lepas aku berada di sana. Tiba-tiba aku teringat detik lalu. Mengenal makanan yang bukan sesuai dengan lidahku. Mengenal suhu yang bukan sesuai untuk kulit sawo matangku.

Waktu itu..

Aku menjejakkan di Bumi  Wellington, New Zealand ketika baru beberapa hari kita menyambut Syawal. Oktober 2007. Spring menyapa kedatangan ku. Sangat dingin walaupun ketika itu bukannya musim salji. Nasib baik mereka bercakap menggunakan bahasa inggeris. Jadi aku tak payah nak guna bahasa isyarat macam member aku yang pergi bercuti kat Japan. Tapi Inggeris mereka terasa janggal pada pendengaranku. Terdapat sedikit accent seperti orang australia bercakap. Tapi bahasa mereka masih jelas dan boleh di fahami.

Aku hidup disana sebagai seorang pelajar di salah sebuah universiti di bandar wellington. Bandar Wellington (Welly) ni bukan nya besar sangat. Tapi kehijauannya memang mampu menenangkan jiwa terutama bila baru lepas memeras otak di bilik kuliah. Aku tak dapat selitkan gambar sebab masa aku baru pulang ke Bumi Malaysia, laptop aku kena virus. Habis semua dalam tu. Tapi member aku yang duduk KL masih simpan gambar-gambar kenangan kami. Dah berapa kali plan nak jumpa sebab nak ambil gambar-gambar tu, tapi kesibukkan kerja buat kami kerap terbatas untuk melepas rindu ( rindu lah sangat kan!!). Tak pe lah, yang penting gambaran keindahan ciptaan Allah itu masih tersimpan kemas dalam kepala otak ku. Memori semulajadi yang dicipta oleh Yang Esa.
Apa yang paling menarik kat Wellington adalah, kat sini memag banyak sangat Muzium. Muzium kat sini serius aku cakap, cantik, besar dan mengkagumkan. Sebulan duduk sini pun belum sempat habis lawat semua sudut. Antara muzium paling popular adalah Te Papa Museum Wellington. Mula-mula tengok dari luar, dah macam shopping complex yang besar. Kalau nak tengok gambar, baik sendiri google je lah. Lagi banyak gambar.

Menemui encik Summer pada bulan disember sehingga februari, encik Autum pada bulan mac sehingga mei, encik Winter pada bulan jun sehingga ogos dan Makcik Spring pada bulan september sehingga november memang memberikan pengalaman yang pelbagai dalam hidup ku. Kenapa Spring aku panggil makcik ?. Sebab waktu tu lah bunga-bunga mekar disetiap laman rumah yang aku lalui. Indah sangat bumi ciptaan Allah.

Kat sini, kalau tak dapat balik, kami akan sambut raya beramai-ramai dengan kawan-kawan yang senasib dengan kami. Ramai yang akan berkumpul, bukan sahaja pelajar Malaysia, tapi juga pelajar dari negara jiran kita, Singapore, Indonesia dan Brunei. Waktu ni, Semangat kemelayuan di bumi Welly memang terserlah.

Ramai saudara aku tanya, orang NZ ni makan ape?. Aku kata roti. Tapi nasi pun ada, Cuma mahal sikit lah. Depa kata, kalau perut melayu memang tak puas lah makan. Tapi aku okey je. Sebab aku dari kecik memang suka makan roti je. Kat NZ bukan susah sangat cari makanan halal pun terutamanya kalau yang dekat-dekat dengan Auckland. Kalau rindu makan nasi, boleh je pergi Auckland. Kat situ ada restoran indonesia dan Arab. Jadi boleh lah pekena nasi ayam penyet dengan nasi arab. Kebab, bakso, dan soto ayam pun ada. Kat sini guna mata wang Dollar NZ, mahal sikit tapi cukai tak mahal jadi kurang lah kos-kos tersembunyi.

Banyak kenangan menarik yang berlaku disana. Tapi aku tak tahu nak cerita macam mana. Indahnya panorama bumi Wellington. Tak sesak dengan orang, udara segar, biri-biri dan kanggaro comel menghiasi ladang-ladang disana.

Aku bukan bercuti kat sana, aku belajar disana. Aku buka rajin nak jalan sehari suntuk bercuti sambil catat aktiviti. Tapi aku dan member-member aku dulu ada lah juga pusing habis NZ. Dan ternyata Wellington paling indah (pada mata aku). Itu lah yang dikatakan “The Land of the Long White Cloud..!”

Miss that moment!.

No comments:

Post a Comment