home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Monday 27 February 2012

PTPTN-UNISEL

Semasa aku baca berita pasal pembekuan PTPTN untuk Pelajar UNISEL, dalam kepala aku satu je, kesiannye budak-budak yang kurang mampu. Nak keluar air mata fikir pasal budak-budak miskin. yang kaya tu tak pa lagi. yang miskin tu macam mana? Agaknya waktu berita ni keluar surat kabar atau keluar kat TV, mesti ada yang tak dapat tidur malam. Waktu tu juga mesti ada ibu bapa yang sedang susah hati memikirkan nasib anak-anak diorang. Pelajar-pelajar yang kurang mampu mesti ada yang fikir nak berhenti belajar. Kesiannya diorang...

Jangan di fikir dulu apa tujuan perkara ni dibuat atau kenapa perkara ni berlaku. Cubalah fikir 5 minit je, pasal perasaan pelajar-pelajar yang berasal dari keluarga yang tidak berkemampuan. Kesian kot. Mesti diorang tengah sedih. Orang yang menyebabkan perkara ini berlaku mungkin boleh lena tidur kat rumah. tapi macam mana dengan diorang?.

Dah lepas fikir tu dan layan perasaan, aku pun bacalah artikel-artikel pasal isu ni. Tu je lah yang aku mampu. Kalau nak suruh aku bagi pinjaman pendidikan memang aku tak mampu lah. aku pun bukan orang kaya..

No comments:

Post a Comment