home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Sunday 26 February 2012

Isu LYNAS

Sekarang ni, semua orang tahu pasal isu Lynas lebih-lebih lagi orang Pahang. Dalam Facebook pun aku tengok ramai yang buat status mengenai isu ni. Ini lah yang terpaksa kita bayar untuk dapatkan kemajuan. Nak dapatkan kemajuan, memang banyak risiko dan kerana risiko orang jadi trauma. Bagi generasi muda yang kurang ambil berat, memang diorang akan kurang faham mengenai trauma yang dihadapi oleh orang-orang lama berhubung isu kilang nadir bumi. Generasi lama pasti akan ingat sampai bila-bila Isu Kilang Nadir Bumi di Bukit Merah yang bermula hampir 20 tahun yang lepas dan pada 1992, kilang tersebut telah di tutup. Penutupan kilang ini bukan di tutup tanpa tanda sebaliknya penutupan kilang ini telah di kaitkan dengan 8 kes Leukemia, 7 kes kematian dan beberapa kes kecacatan pada bayi yang lahir.

Trauma yang dihadapi oleh orang ramai telah dijadikan umpan sesetengah pihak untuk memenuhi kepentingan peribadi. Chop!. aku tak kata sapa-sapa okey. aku pun belum daftar pengundi lagi. aku bukan Pembangkang dan aku juga bukan orang kerajaan. kalau aku mengundi nanti, aku tidak akan mengundi berasaskan parti naungan calon tersebut tetapi sebaliknya siapakah calon tersebut.

berbalik kepada isu Lynas, adakah benar ia nya berbahaya kepada orang ramai? adakah ianya sama seperti kisah Kilang Nadir Bumi Bukit Merah?. untuk itu, mari kita dengar dari pendapat orang-orang kerajaan dengan orang-orang bukan kerajaan.

Dari Orang Kerajaan





Dari orang bukan Kerajaan


Video kat atas presiden PAS suruh tanya pakar diorang kan ( Dr. Che Rosli)

Dr. Che Rosli jawap ape ?. dengar betul-betul komen Dr. Rosli kat dalam video atas tu.  Prof. Dr. Ahmad Termizi pun ada dalam video tu sekali. dia ada cakap pasal Lynas ni dapat lesen untuk buat kat Australia. tapi sebab faktor ekonomi, kos yang mahal, jadi Lynas pilih Malaysia untuk buat kilang ni.

yang peliknya, ade pulak video dari orang Australia yang cakap lain.

cube tengok video dari seorang rakyat Australia



Apakah kesimpulan yang kita dapat berhubung isu ini ?. sebelum keluarkan apa-apa fakta, buat kajian dulu. aku pun tak dapat komen lebih lagi sebab aku belum buat kajian lagi pasal isu ni. Sama-samalah kita mengkaji.

ape pun, berpegang pada kata-kata Allah dalam surah Al-Anbiya' ayat 7 yang bermaksud :

"Bertanyalah pada yang tahu (ahli) jika kamu tidak mengetahui"




No comments:

Post a Comment