home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Saturday 22 September 2012

AES berkuat kuasa esok (23 Sept 2012)



DARIPADA KOSMO 22 Sept 2012












KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di 14 lokasi panas sekitar Perak, Selangor, Putrajaya dan di ibu negara berkuat kuasa esok.


Pelaksanaan kamera berteknologi tinggi itu merupakan fasa pertama yang terdiri daripada 10 lokasi bagi merakam kesalahan memandu melebihi had laju dan empat lokasi lagi merakam kesalahan melanggar lampu isyarat.


Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, pemasangan kamera AES untuk 817 lokasi lagi akan dibuat dalam fasa kedua melibatkan pelaksanaan di seluruh negara.


Beliau berkata, pelaksanaan AES adalah satu langkah serius kerajaan untuk mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya.


“Oleh itu, orang ramai harus melihat pelaksanaan AES sebagai cara untuk mendidik pengguna jalan raya, bukan untuk memberi lebih kuasa kepada JPJ untuk keluarkan saman,” katanya di sini semalam.


Menurut Solah, notis saman yang telah diproses dan disahkan akan dihantar kepada pemilik berdaftar kenderaan dalam tempoh lima hari dari tarikh kesalahan dirakam menggunakan sistem AES.


Katanya, jika pemilik berdaftar bukan merupakan individu yang memandu kenderaan pada masa kesalahan dirakam, mereka boleh mengemukakan maklumat pemandu kepada JPJ dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis diterima.


“Dalam notis saman itu, maklumat kenderaan, tarikh kesalahan, jenis kesalahan dan imej kenderaan yang dirakam akan disertakan,” jelasnya.


Dalam pada itu, Solah memberitahu, pengguna jalan raya boleh mengetahui lokasi pemasangan kamera AES melalui papan tanda yang dipasang sebelum mereka memasuki zon operasi kamera tersebut.


Tambahnya, bagi kamera yang merakam kesalahan memandu melebihi had laju, papan tanda akan diletakkan dalam lingkungan dua hingga tiga kilometer dari lokasi kamera AES dipasang.


“Bagi kesalahan melanggar lampu isyarat pula, papan tanda akan dipasang dalam lingkungan 50 hingga 500 meter dari persimpangan lampu isyarat.


“Selain itu, orang ramai juga boleh merujuk senarai lokasi pemasangan kamera AES di laman web JPJ iaitu www.jpj.gov.my,” ujarnya.


Pemilik kenderaan yang menerima notis saman AES boleh mengajukan pertanyaan dengan menghubungi Pusat Kawalan AES di talian 03-7846 4400 bagi negeri Perak dan 03-7628 8268 untuk negeri Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur..



Okey, lepas ni mereka-mereka yang bawa kereta dalam area tu kena lah bawak kereta macam good2 je. kalau tak, tak pasal-pasal je dapat surat cinta dari JPJ kan.


bagi aku lah kan, bukan saman tu yang kita patut takut tapi keselamatan kita dengan orang lain tu yang penting. kadang-kadang kita selalu rasa kita ni cekap sangat memandu, sampai tak kisah bawak laju sebab kita rasa kita memang teror untuk kawal. Tapi kita kena ingat, kereta kat sebelah tak semestinya teror macam kita, mungkin dia pun takut tengok kereta kita laju sangat sampai dia gagal kawal kereta nye padahal dia pemandu berhemah. tak rasa bersalah ke?, sebab kita yang terror, orang lain yang mati. tak rock lah macam tu lah... bak kate member aku..






"MACAM SYIIIIIIIIIIIIIIIAAAL JE..!"






aku pernah gak alami perasaan kawan meninggal sebab kemalangan. Dia memang pemandu berhemah. tapi malangnya dia jumpa dengan orang 'terror' sangat bawak kereta. kerana orang tu rasa dia hebat sangat dan gagah perkasa ketika membawa kereta, orang tu bawak kereta selaju mungkin sesuai dengan kegagahan nya dalam menekan pedal minyak. Akhirnya arwah sahabat aku yang tak berapa nak terror ni sebab memandu ikut had yang dibenarkan, dia jadi mangsa kemalangan. mentang-mentang kawan aku tu bawak motor je, dia langgar macam pijak rumput je. Kesian member aku tu. padahal lagi sebulan nak nikah. Nampak tunang dia nangis buat semua orang rasa sedih. tu baru tunang dia, kesedihan mak ayah dia lagi yang lahirkan dan besarkan dia memang tak sanggup nak tengok. Pemandu yang terror tu minta maaf macam minta ape je. Tapi kalau maafkan pun agaknye boleh hidup lagi ke yang dia langgar tu??



Jangan kerana kegagahan anda dalam menekan minyak, ade orang yang terpijak. sekian!

No comments:

Post a Comment