home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Monday, 31 December 2012

Pertama kali beli jam sepasang

Hari ini hari yang bersejarah dalam hidup aku dan MUNGKIN dia.
Kalau aku PASTI la bersejarah. Tapi dia aku tak tahu.
Sebab ini lah kali pertama aku beli jam sepasang dan dipilih sendiri oleh dia.
Masa itu penting bagi aku.
Bagi aku masa itu terus berjalan, tiada siapapun dapat halang.
Melainkan ALLAH.
Harganya murah saja.
Tapi bagi aku nilainya cukup tinggi.
Terima kasih awak. Pandai awak pilih :)

Tuesday, 11 December 2012

JOM MAKAN (*Mihun HongKong)

Hai Pal!

Okey hari ni tekak aku tetiba nak makan mihun hongkong. Aku tak berapa pandai sangatlah masak benda ni, tapi boleh lah di terima oleh tekak aku ni. rupa tak cantik sangat tapi sodap! sedap bagi aku lah. Ni nak kate sikit, kita ni, bab masak kalau masak untuk diri sendiri, biar orang kata tak pe, sebab yang telan nye kita sediri, ye dok?, kalau kita rasa sedap je, makan je lah.. hehe

Sebelum korang baca resepi mihun hongkong aku ni, korang tengok dulu gambar hasil masakan aku.




Tak berape menarikkan?. sebabnya tak de udang, brokoli, baby corn dan bunga kobis. Aku tak makan udang jadi aku tak letak udang. kalau ikut resepi sebenar, ada udang. pasal brokoli, baby corn dengan bunga kobis tu takde, yang tu memang takde kat peti ais aku. malas nak keluar beli, maka, aku pun masak je lah dengan ape yang ade. Bak kate mak aku, jangan di cari benda yang takde, makan je ape depan mata. ye dok?.

Bahan-bahan Mihun hongkong ringkas

-Mihun
-Bawang putih
-sedikit ayam dan daging
-Minyak masak
-1 sudu minyak bijan, sos tiram, 
- sedikit Pati ayam dan serbuk lada hitam
-sayuran (bunga kobis, brokolo, baby corn) * tapi aku ade kobis je :p
-sedikit tepung jagung 
-1biji telur
-sedikit cili hijau
-*bahan tambahan seperti udang (aku taknak udang)

Cara memasak

A. Goreng mihun.

1. celurkan mihun dalam air panas sehingga lembut (jangan sampai kembang) dan toskan. 
2. pecahkan telur dalam mangkuk, letak serbuk lada hitam sikit dan sedikit tepung jagung. kacau sebati dan masukkan mihun tadi. gaul sebati.
3. panaskan minyak dan goreng mihun yang bersalut telur dan tepung jagung tadi. goreng hingga garing. dan toskan minyak

B. Untuk Kuah

1. Panaskan minyak, masukkan bawang putih yg telah ditumbuk kasar sehingga garing kekuningan.
2. Masukkan daging, isi ayam dan air dan biarkan sehingga empuk kemudian masukkan minyak bijan, sos tiram, pati ayam dan sedikit lada hitam.
3. Masukkan bahan bahan lain seperti udang (kalau nak lah) dan sayuran. Masukkan air utk dijadikan kuah dan biarkan ia mendidih sebentar.
4. Akhir sekali masukkan bancuhan air tepung jagung utk memekatkan kuahnya

Cara menghidang, letak mihun goreng bersalut telur dan tuangkan kuah diatasnya.

Lagi gambar Mihun Hong Kong aku



Biarpun tak berapa menarik dan agak ringkas, tapi cukup sedap!. Next time, kalau aku rajin pergi pasar, aku beli bahan-bahan yang lengkap :) kenyang dah... hehe alhamdulillah.

Sunday, 9 December 2012

JOM MAKAN (*Nasi goreng bujang)

Assalamualaikum..

Hari ini aku tinggal seorang je kat rumah. member-meber semua keluar. Aku malas lah pula keluar makan. Jadi aku pun masak lah simple-simple je, paling mudah, masak nasi goreng lah kan. Ini antara makanan kegemaran aku di kala kesepian.. gediks! Nasi Goreng bujang. Bujang sebab yang masaknye tu bujang. hehe

Bahan-Bahan

-Nasi (takkan mee kan!)
-1 biji bawang putih dan merah (hiris)
-sikit kobis
-serbuk lada hitam,
-2 sudu sos cili dan sos tiram
-sedikit isi ayam (potong ikut suka korang)
-sedikit garam
-1 biji telur

Cara masak

1. Panaskan minyak dalam kuali, dah panas goreng telur sebiji tu buat telur mata.

2. kurangkan minyak agak2 tinggal 1 sudu makan je, lepas tu masukkan bawang merah dan putih, masukkan ayam dan tumis macam biasa.

3. Masukkan sos dan sedikit air. masuk sikit garam dan serbuk lada hitam, gaul-gaul kejap terus masukkan nasi. Gaul sebati masak sampai nasi tu ade rupa nasi goreng, masukkan irisan kobis dan masak kejap. Rasa ape yang kurang dan tambah ikut selera masing-masing.

4. dah okey, masukkan dalam senduk yang macam mangkuk tu, dan pindahkan dalam pinggan. letak dalam telur atas nasi tu. Dah siap. Jom Makan..


INI LAH HASILNYA...




nampak tak sedap ke, sedap ke, yang penting aku makan sedap je. haha





Cinta Islamik, Boleh atau tidak?

Sedikit perkongsian pada hari ini mengenai cinta... Hmmm...

Tengahari  tadi seorang muslimah baru selesai menghadiri sebuah forum yang disifatkan oleh beliau sebagai sebuah perkongsian dalam bentuk ceramah. Kemudian aku meminta beliau berkongsi sedikit ilmu, daripada ceramah itu kerana agak tertarik dengan tajuk forum tersebut iaitu, 'CINTA SERBAN DAN JILBAB'.

Menurut muslimah tersebut.. (kalau dia izinkan, nak je aku taip name beliau), Mederator dalam forum tersebut adalah faisal amer dan antara panelnya adalah


                                       Ust Farhan (macam name aku :p)

                                       
     Ust Ubaidillah



                                                                  Ustz Harlina.


Ketiga-tiga panel ni memang terkenal dengan kehebatan berbicara masing-masing dan mereka bukan hanya bercakap kosong tetapi penuh dengan ilmu. Rugi lah orang-orang yang dekat dengan mereka tetapi tidak mengambil peluang untuk mengaut ilmu mereka.

Berbalik kepada tajuk forum tadi, apa yang aku sampaikan ini adalah berdasarkan perkongsian muslimah itu tadi dengan aku, sebab aku tak berpeluang menghadiri forum tersebut. Jadi tumpang lah sikit jamah ilmu yang dia dapatkan..

aku Copy Paste mesej beliau ye

" .......ceramahnya banyak bincang tentang cinta islamik. Boleh atau tidak?. Majoriti panel kata, cinta tu tak salah tapi manusia yang bercinta itu menyalahgunakan perasaan cinta tu. seorang panel berkata "tidak beriman seseorang itu jika tidak saling mencintai". Iman itu harus bergerak seiring dengan cinta. Maksudnya di sini, cinta itu luas. Macam kita cinta saudara kita kat Palestin. Ada yang tanya, "Apa hukum bila kita nangis tengok saudara muslim kita syahid akibat kekejaman israel?". Jawapannya "Harus". sebab cinta itu menunjukkan sayang kita sesama muslim. Sedangkan Allah sendiri pun menyuruh mencintai sesama islam selain menjaga hubungan dengan-Nya. Allah pun suruh menjaga hablum minannas, caranya adalah dengan cinta. Tapi cinta yang berpada-pada. Ada seorang panel berkata, "seseorang itu akan berhimpun bersama orang yang dia sayangi di akhirat nanti. Andai dia sayang orang yang baik-baik, maka, dia akan bersamanya begitu juga dengan sebaliknya".
.......Sampai ada seorang panel kata "Minat dan sayang tu akan menentukan kedudukan kita di Syurga." Macam mana pula dengan khitbah ataupun tunang?. Ada dua pendapat, satu kata "Harus" dan pendapat kedua kata "Sunat". Menurut imam Syafie, hukumnya "Sunat". Khitbah ni salah satu cara nak kenal pasangan. Tapi selagi mana ijabkabul belum dilafazkan, batas antara lelaki dan perempuan itu kembali kepada asal. Ustazah Harlina kata " Cinta adalah anugerah bukan masalah. Berpandukan surah Annur ayat  26*. Ayat tu kata perempuan yang keji untuk lelaki yang keji tetapi perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Ustazah tu kata, kena doa dari sekarang untuk dapat jodoh dari kalangan toyibbin atau toyyibat. Tapi kena sabar. Bukan hari ni doa, terus dapat. Dalam surah yang sama ayat 30 sehingga 33 banyak menyentuh tentang apa yang orang lelaki dan  perempuan patut buat. Ada hadirin yang bertanya, betulkah statement (pernyataan) tentang  "Imam tak perlu cari atau pilih makmum tapi makmum yang kena pilih, siapa bakal jadi imam dia?"
...... Ustazah Harlina menjawab " Salah kalau macam tu. dua-dua kena cari siapa nak jadi makmum dia dan makmum kena pilih siapa boleh jadi imam dia. Kalau tak, macam mana nak dapat  pahala 27 kali gandakan?, kena berlandaskan syariat. Sebab niat tak menghalalkan cara". Konklusinya, sebaik-baik cinta adalah kepada Allah sebab Allah yang datangkan perasaan cinta kepada manusia.
..... Ustazah tersebut ada berpesan kat para muslimat " Jangan niat tutup aurat sebab lelaki. Nafsu lelaki dia sendiri yang kena tahan. Niatlah kerana Allah kerana adakah apabila muslimin tak ada muslimat boleh buka aurat?. jadi kerana itu, niat kena betul. lelaki tu sendiri kena jaga pandangan dia. Sedangan bila dah tertutup pun tetap lelaki nak pandang.
.......ada lagi hadirin yang bertanya, "boleh tak kalau dia suka kat seorang perempuan tu, kemudian dia pergi jumpa ayah perempuan tu kira macam nak cop lah perempuan tu?, sedangan dia tahu perempuan tu tak suka kat dia". Ustazah tadi menjawab " Cara jumpa wali tu dah betul dah, tapi tak boleh buat macam tu sebab takut lepas nikah nanti, bila perempuan tu protes dia kata dah tahu dia tak suka lelaki tu, kenapa jumpa ayah dia?,  juga tak boleh bila kita tahu perempuan yang kita suka dah tunang, tapi kita pulak terus hantar rombongan meminang, hukumnya haram kacau tunang orang". Pertunangan itu adalah perkara yang paling senang. Bila seorang lelaki tu post kat facebook seorang perempuan yang dia nak tunang dengan perempuan tu, lepas tu perempuan tu kata okey, maka tu pun dah di kira tunang. Dan cara itu tidak digalakkan. Apa yang paling penting, berhati-hati dengan soal hati............"

Menarik bukan? Walaupun 3 jam beliau dengar ceramah tu, ni je yang beliau dapat rumuskan, tapi isi-isinya cukup mantap dan banyak ilmu yang terselit. Tinggal nak kuis-kuis je.

Apa yang aku dapat di sini adalah Islam mengajar kita untuk saling bersaudara kerana Allah. Mereka diwajibkan untuk mencintai saudara-saudara mereka sebagaimana mereka mencintai diri mereka sendiri. Sabda Nabi SAW dalam hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim :


لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Maksudnya : "Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri".

Sabda baginda dalam hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim, yang bermaksud: “Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, dia akan mendapat kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasul-Nya lebih dicintai mengatasi selain kedua-duanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka”.


Sabda Rasulullah SAW dalam hadis riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim : yang bermaksud "Apabila datang kepada kamu orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya, maka hendaklah kamu mengahwinkannya, jika kamu tidak melakukannya nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan yang besar di muka bumi ".

Oleh itu, apa yang penting, bercintalah berlandaskan landasan syariat dan bukannya nafsu. Nasihat khas buat diri sendiri yang selalu terbabas dengan perasaan yang bukan-bukan.. 

"Cinta itu Fitrah tapi mungkin juga boleh berjadi Fitnah!"

Terima kasih buat sahabat saya, yang telah berkongsi ilmu yang beliau perolehi pada hari ini dan semoga kita sama-sama menemui cinta yang di redhai oleh Allah. Amin.

* Terjemahan lengkap surah Annur ayat 26
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia"

Friday, 7 December 2012

Nikmat-Mu

"ada dua nikmat yang sering dilalaikan oleh kebanyakkan manusia, iaitu kesihatan dan waktu terluang".  (HR Bukhari).

Assalamualaikum kepada semua sahabat dan saudara sekalian,

Hari ini, aku bangun awal sekali. Bangun-bangun saja, aku terus mandi, segarkan diri sambil melihat rintik-rintik hujan melalui tingkap. Damainya terasa pagi ini. Hari sabtu. Hari cuti, kerja pun tak ada. memang cukup nikmat untuk sambung tidur.

Sementara tunggu azan subuh, aku tarik selimut, rasa kehangatan selimut yang membaluti tubuh. Tersenyum sendiri sebab lamunan dah terbabas ke zon lain. hehehe..

Nikmatnya hari cuti tanpa bebanan kerja, tanpa kerahan tenaga, tanpa paksaan untuk membuka tubir mata. Nikmat dan nikmat. tiba-tiba teringat keadaan bulan lepas, beberapa malam tak tidur sebab sibuk key in SPPBS. Memang rasa tertekan sangat masa tu. Dengan sistem yang lambat, line internet yang buat hal dan bekalan elektrik yang sering terputus, memang sangatlah mencabar kesabaran. Masa tu, mood memang tak berapa nak okey sangat. Rasa nak marah, rasa nak nangis, rasa nak terajang je orang-orang yang buat hal depan aku, memang bercampur baur sangatlah perasaan masa tu.

Bila selesai saja kerja tu,

WaHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.... betul-betul bahagia lah. Perasaan masa tu macam makan kek keju secret resepi tepi pantai, bawah pokok kelapa sambil angin tiup sepoi-sepoi bahasa.. NO lah... more than that!! very nikmat woo...

Dan hari ini.. terpasul kat mulut aku.. "bosannya...". Terasa amat bosan bila takda benda nak dibuat. Takde ke??. di sinilah aku menyokong sepenuhnya hadith di atas..

aku ulang semula..

"ada dua nikmat yang sering dilalaikan oleh kebanyakkan manusia, iaitu kesihatan dan waktu terluang".  (HR Bukhari)

Saat kita dalam kesibukkan, kita mengimpikan kelapangan dan saat kita telah diberikan kelapangan itu, kita mensia-siakannya. Aku tak kata orang lain tau, aku kata diri aku sendiri. Kisahnya apabila..

aku nampak Al-quran ku yang sedikit berhabuk. Berhabuk maknanya faham-faham lah. Lama juga tak sentuh tu. Dulu, aku selalu jadikan Al-quran sebagai teman. Bukan nak riak lah, tapi sememangnya itu lah yang dituntut. Membaca Al-quran mampu menenangkan jiwa, kalau nak belajar selepas baca Al-quran pun senang nak masuk. Tapi bila aku dah mula kerja, aku dah jarang-jarang dah baca surat cinta dari Allah ni. Pengakuan yang benar-benar memalukan. Kadang-kadang tu, seminggu sekali je aku pegang. teruknya aku!. Aku jadikan alasan kesibukkan ku sebagai alas bagi menutup kelemahan diri. Padahal kerja cikgu je pun. Ye! kerja cikgu je! tapi kan, beban kerja cikgu-cikgu sekarang memang gila sadis. Memanglah kerja sampai jam1.40 tengah hari je, tapi kerja yang di bawa ke rumah tu ah yang tak tahan. Sampai pagi tak tidur . Dah! stop merungut. tanam kat kepada otak, kerja itu ibadah! banyak kerja, banyak lah ibadah.

Bila tiba masa hujung minggu saja, mulalah perkataan 'bosan' tu macam gatal-gatal je nak main-main kat bibir. Sedang itu lah nikmat! masa ni lah Allah bagi kita peluang nak beribadah. Sikit pun tak terusik dalam hati aku untuk menghargai masa itu. Dan masa ni lah, aku dan member aku yang kononnya takde benda yang nak dibuat itu, pergi membuang masa. Turun bandar, melepak dan buat perkara-perkara yang konon berfaedah untuk masa yang terluang ni.

Dan setelah berakhirnya hujung minggu...

bermulanya adegan kesibukkan manusia mengejar dunia. Kepenatan bila balik rumah begitu terasa. Buku kerja pelajar bertimbun di tepi meja. Belum termasuk kerja ujian, buku laporan P&P, hal-hal lain seperi mesyuarat, masalah pelajar, sukan, kokum dan macam-macam lagi. Kalau dah kerja bertimbun, agak-agak ada masa tak aku nak baca surat cinta dari Allah tu?. "Entahlah... Banyak kerja. Aku sibuk ni. Aku yakin Allah pasti faham dengan situasi ku". Hati berbicara seakan-akan kosongnya jiwa untuk menegakkan kesalahan diri.

Kerana Allah faham lah, Allah maha mengetahui, Maha mengasihani dan Maha penyayang, DIA beri kita waktu kelapangan. Tapi nikmat itu lah kita lupakan dan sia-siakan.

Kenikmatan saat kita Sihat..

Pernah dulu masa zaman-zaman sekolah rendah, Ustaz aku bercerita tentang saat kita berlawan dengan maut. Masa kita dah nazak tu. sakit yang teramat-amat, masa tu syaitan laknatullah mengusik kita. Masa tengah sakit tu, syaitan datang kat kita, dengan tekak yang haus sangat-sangat, dia kata kat kita, "ko nak air ni tak?". Kita pun dengan tekak yang kering dan pedih akibat kehausan, akan mudah untuk kata "nak". dan saat itu, syaitan buat perjanjian, "kalau ko nak air yang penuh nikmat ni, ko kena berjanji yang ko akan ikut aku, aku lah Tuhanmu".  Masa tu, hanya iman saja yang mampu membantu kita. Aku tanya ustaz tu, "kalau kita nak mati, kita akan rasa haus sangat-sangat ke?". Sebenarnya masa tu aku tak faham mana datang cerita haus tu sedangkan tadi cerita pasal nak mati. Ustaz tu pun kata "Kematian itu sesuatu yang dasyat, kehausan yang amat sangat dan  kesakitan yang amat sangat, sebab tu masa kena hidup ni, kita kena kumpul bekalan pahala banyak-banyak dan itu lah yang akan jadi modal makanan dan perisai kita". Aku ingat sangat apa Ustaz tu cakap sampai aku jadi paranoid, takut nak tidur sebab aku takut aku mati masa tidur. Aku nangis sorang-sorang dalam bilik, aku takut dengan kehidupan ni. Pagi tu aku pergi sekolah dengan pakai kopiah. entah pape je.. hahaha.. Chop! mase tu aku baru 8 tahun. (Seminggu kemudian, aku jadi samseng balik)

Bila aku dah dewasa ni, aku mampu kaitan kesihatan tu dengan nikmat Allah. Sihat itu adalah sesuatu yang tidak mampu di beli dan kesakitan itu akan membuatkan kita terkapai-kapai atau lebih mudahnya terdesak untuk melepaskan diri dari kesakitan. Dan kerana itu, kalau nak mengajak orang ke arah sesuatu, tunggu masa dia tengah sakit. Mudah je nak tarik. Yang selalu ambil kesempatan dalam hal ni adalah bomoh lah. kedekut macam mana pun seseorang tu, kalau dia tengah sakit, dia akan sanggup bayar berapa pun asalkan ada seseorang yang mampu pulangkan kesihatannya. Padahal nikmat sihat tu dari Allah. Berapa ramai orang yang sanggup melutut depan bomoh berbanding melutut atas sejadah. Nilai lah diri sendiri.. Kerana fitrahnya manusia, dia nak sesuatu yang dia lihat, Allah kan kita tak nampak jadi terasa macam tak cukup je kalau minta dengan Allah. Sedangkan kalau Allah kata "jadi! maka jadilah ia".

*Ambil perhatian kepada doktor-doktor dalam dunia ni, mase tengah rawat pesakit tu lah peluang untuk korang berdawah.

Bagi mereka yang terbuka hati dan sedar akan nikmat sihat itu datangnya dari Allah, masa kita sakit, air mata dan bait-bait doa rayuan kepada Allah sering terjadi. masa ni, kita terasa dekat sangat dengan Allah kan.. aku pun turut merasai pengalaman tu. Tapi, masa kita sihat, jarang sekali terbit untuk merayu. Dengan Tuhan (Allah) pun nak ego. Memang lah sifat manusia macam tu. Bila sakit baru nak merayu. Rasai saja rasa sakit itu, sebab sakit itu pun sebahagian dari nikmat. Kerana Allah nak kurangkan sedikir dosa-dosa kita.
sakit itu kan penghapus dosa.

Tak payah cerita pasal sakit teruklah, sakit nak berak je pun bukan main doa lagi minta dikurangkan sakit tu supaya sempat sampai ke tandas. Tengah-tengah dalam bas kan, berjam-jam dalam bas, tiba-tiba baru sepuluh minit gerak bas tu, dah sakit perut, padahal lagi 7 jam nak sampai, punyalah kalut nak doa kan?. Macam pengalaman je kan. hahaha... Tak delah pernah mengalami macam tu pun, aku ambil inspirasi cerita ni dari iklan tandas masa aku kecil-kecil dulu. Berpeluh je muka kartun tu tahan nak berak. Aku suka iklan tu.

Dan sedarkah kita, adakah kita sedang menghargai nikmat tersebut....?

"Semoga kita dihidupkan dengan iman, dan dimatikan juga dengan iman".  ameen.

Sunday, 2 December 2012

-26 Ogos 2012-

Selepas beberapa bulan aku 'rapat' dengan dia,
tiba-tiba aku rasa macam nak mengenang satu tarikh.
Maksud aku, satu tarikh yang boleh kami ingat sebagai ulang tahun.
Ulang tahun pada hubungan yang entah apa statusnya.
Kami tak perna kata kami ni 'Couple' atau bercinta.
Macam budak-budak saja.
Cuma hubungan kami lebih kepada sahabat.
Sahabat rapat yang ingin berkenalan dengan lebih rapat.
Dan ingin menuju ke satu tahap ZON HALAL.

Dia cadangkan satu tarikh.
Dia kata, tarikh ini istimewa.
Itu lah tarikh ketika kali pertama aku kata,
"sebenarnya saya suka awak".
Serius aku tak sangka dia simpan lagi SMS tu.
Sebenarnya masa tu aku memang takut nak cakap.
Tapi aku cakap saja 'suka' sebab perkataan suka itu agak umum.
Dia gadis yang amat baik, tapi boleh di ajak berbual.
Maksudku berbual apa saja.. minat kami juga hampir sama.

Sebenarnya selepas aku luah itu,
dia tak perna pun balas "saya pun suka awak"
SMS itu berlalu macam tu saja.
Sebab tu aku tak pernah sangka di simpan SMS itu.
Serius tak sangka

-26 Ogos 2012-

Aku tak mahu ikat dia dengan hubungan cinta.
atau istilah budak-budak sekarang, 'kapel'.
Aku tak mahu pergi jumpa dia atau bergayut di telefon.
Sebab aku tak mahu hubungan kami tercemar.

Cinta itu tak haram, sebab ianya perasaan indah yang diberikan oleh Allah.
Tapi yang buat ianya jadi haram adalah cara kita meraih cinta.

Walaupun aku ni takdalah kategori lelaki berkopiah yang alim.
Tapi aku masih tahu bahawa cinta islamik itu sebenarnya tidak wujud.
Yang wujud hanya cinta selepas nikah.
Jadi aku biarlah hubungan ini tanpa 'title'
Tapi aku tahu kau rasa apa aku rasa..

Semoga jodoh itu cepat datang

Thursday, 22 November 2012

Bantu Palestin!

Dengan tiada pendahuluan yang jelas atau kata alu-aluan, aku terus nak buka cerita tentang saudara kita di Gaza. Dalam keadaan saudara kita di sana yang hidup dalam ketakutan, anak-anak terbunuh dan makan minum mereka yang tak tentu, kita di sini hidup dalam kemewahan. Bagaimana kita dengan lahabnya makan nasi 3 pinggan maraton tanpa henti, saudara kita di sana berketaran menahan kelaparan yang disembunyikan oleh ketakutan. Besarnya ujian yang mereka tempuhi hanya kerana ingin memastikan tanah yang mereka pijak itu, masih bernama "Palestin'.

   Membandingkan kita anak bangsa Malaysia, yang hidup aman damai, sampaikan nak ambik suntikan BSG pun dah menggerunkan pundi kencing, tetapi anak-anak palestin terpaksa berdepan dengan tusukan peluru setiap hari, namun ucapan Alhamdulillah masih sukar terpacul dari bibir yang kehitaman dek kerana asyik hisap rokok sebab rasa dah lama sangat hidup kat dunia ni.
   Kadang-kadang rasa takut nak pasang Tv jam8 Malam, sebab masa-masa macam ni lah siaran berita semasa berlangsung. Bukan kerana takut bil letrik melambung tapi gerun dengan berita yang ingin di sampaikan. Bilangan kematian semakin ramai, yang tercedera sudah tidak terkira lagi, tapi kita goyang-goyang kaki kat meja makan sambil membedal ayam goreng. Sungguh kuat hati kita sebab sikit pun tak terusik dengan berita yang di sampaikan. Memang ada yang berkata, "kita ni hanya mampu buat ape je?". dan ada pula yang berkata, "marilah kita sama-sama berdoa untuk menyelamatkan mereka". Bagi aku mudah, Doa lah banyak mana pun, tanpa sedikit usaha, doa itu tak ke mana.
  Kita beli Ayam KFC berketul-ketul, berdiri lama-lama semata-mata nak tunggu baki 5 sen. tiba-tiba masa nak naik kereta, duit 5 sen tadi jatuh, terasa malas nak pungut, "Ah! biarlah, 5 sen je pun". Maka berlalu lah tanpa sebarang perasaan bersalah. Kalau ada yang perasan, semasa kita berdiri depan kaunter, ada tabung untuk derma. Rasa berat sangat nak masukkan 5 sen tadi ke dalam tabung tu atau sebenarnya tak terfikir pun nak masukkan dalam tu. Kerelaan duit 5 sen tadi untuk masuk longkang lagi terserlah.
   "apa ada dengan 5 sen?". 5 sen tu pun duit.. dan duit itu kalau di kumpul boleh selamatkan atau sekurang-kurangnya bagi sesuap nasi kat salah seorang manusia yang kelaparan.

Jom lah menderma untuk rakyat palestin. Tak dapat tolong bunuh bahalul yang serang Gaza tu, bagi sedikit harta korang pun jadi lah.

Korang boleh derma duit pelbagai cara, antaranya adalah dengan derma duit dalam bank seperti berikut:

Bank islam – 12029010047880
Maybank – 562263010787
Bank Muamalat – 12070005133717
RHB Islamic Bank – 21245760004907
Bank Rakyat – 22-080-619592-2

Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin – Bank Islam (M) Berhad - 1202-9010-0598-95

kalau malas sangat, boleh derma melalui SMS. daripada korang telefon pakwe/makwe, baik korang menderma. Haram kot bergayut tanpa tujuan ni.

Cara menderma melalui SMS pula adalah seperti berikut :

SMS- PALESTIN <JARAK>10/5/3/1 KE 39111

tak de rm 10, rm5 pun boleh. xde rm 5, rm3 pun okey dah. tapi kalau memang tak de juga, rm1 pun boleh. tipu ler kalau takde Rm1 kan.


*Segan-seganlah ngap burger special sedangkan saudara kita kat sana entah makan ke tak!

Saturday, 10 November 2012

AKU TERIMA NIKAHNYA

Hari tu kawan ajak tengok wayang.. antara tajuk yang di cadangkan untuk di tonton adalah AKU TERIMA NIKAHNYA.

Tonton Filem Melayu kat pawagan macam tak berape best. bagi aku laaa.. bagi orang lain aku tak tahu lah. Jadi aku tak join lah diorang mewayangkan diri. Aku pergi lepak kedai buku.

Tapi, oleh sebab hari ni hari hujan. Tak dapat keluar, jadi aku pun gatal tangan tengok Muvie Online. Jom layan Filem ni, : AKU TERIMA NIKAHNYA.

nak tonton klik kat SINI.

Link untuk muvie ni aku copy dari Videodramatv.blogspot.com, nak harap kan aku upload sendiri memang aku tak rajin lah.

Okey, sedikit sinopsis pasal Filem ni,


Sinopsis:Sebuah kisah cinta tragis di antara Johan (Adi Putra) dan Arlisa (Nora Danish), yang berhadapan dengan dugaan terbesar dalam hidup mereka. Johan dan Arlisa baru sahaja selamat diijabkabul dan seperti pasangan lain, mereka melalui bulan-bulan yang indah dalam hidup mereka.



Namun, tragedi yang tidak disangka-sangka menimpa Johan. Johan yang kemalangan disahkan mengalami Selective Amnesia yang mana dia ingat semua perkara hanya sehingga Johan berusia 31 tahun yang mana dua tahun sebelum dia mengenali Arlisa. Johan yang langsung tidak mengingati Arlisa bertindak menjauhkan diri daripada isterinya sendiri. Namun Arlisa tidak pernah putus asa berusaha supaya Johan mengingati dirinya semula.

Pertemuan Johan dengan Suriya (Mon Ryanti), kawan baik Arlisa menyebabkan Arlisa cemburu. Johan lebih mesra bergaul dengan Suriya berbanding dirinya, isteri kepada Johan. Sehinggalah satu hari Arlisa terserempak dengan Suriya dan Johan dalam keadaan yang mencurigakan. Arlisa mula berasa penat untuk mengejar Johan yang tidak pernah menghargai dirinya.

Nak TONTON- CLICK!

Sunday, 28 October 2012

Beraya

Azan subuh mengejutkan aku, segera aku dengan mata yang masih terpejam menggagahkan diri untuk duduk. Mata masih terpejam, tapi tangan sibuk rabah-rabah bawah bantal. Benda pertama yang dicari. Telefon bimbit aku..  ibu jari rancak menaip sesuatu. Bibir menguntum senyuman.. tiba-tiba je nak senyum. vurus-virus!.

letak semula telefon di tepi katil.

Mata terpejam semula. "Sejuknya pagi ni.." hati berbisik. "Tidurlah kejap, mesti best ni sejuk-sejuk peluk bantal". Satu bisikan yang hanya mampu di dengari oleh hati. Aku pun tak pasti itu bisikan syaitan atau memang aku yang lebih tertarik dengan bantal. Aku kalah, rebahkan badan. tarik bantal dan peluk. 5 minit kemudian, baru terasa nak bangun. 'Terasa nak bangun??'. aku rasa ayat tu tak sesuai. emmm...5 minit kemudian, baru terasa nak bangun paksa diri untuk bangun. Golek-golek sampai jatuh ke bawah, terus buat tekan tubi 5 kali. Fuh, baru lega. Berdiri sambil regangkan pinggang. Mata dah segar. Ambil tuala dan mandi. Usai mandi, solat subuh. Baru nak aminkan doa.. uarrrrrrrggghhh.. menguap. Amin..

Lipat sejadah. Kopiah letak kat meja. Buka almari. Cari baju melayu. Hari ni hari raya Aidiladha. Jadi kena pakai baju melayu untuk ke Masjid. Tengah-tengah gosok baju melayu, tiba-tiba terfikir, "kan bagus kalau aku ada isteri, mesti dia dah siapkan baju aku". Senyum sendiri. Dah siap gosok, sangkut kat belakang pintu. Ambil tuala muka, nak cukur misai. Bagi kemas. Kot-kot ada anak dara terpikat. hehe..

setelah semua anak-anak bujang dalam rumah aku bersiap..

Kami pun pergi ke Masjid bersama-sama. Bawa sebuah kereta je, takut jem pula depan masjid. Situasinya sama.. Sampai masjid, salam-salam dengan kawan-kawan dan orang kampung. Takbir dan solat.. Lepas tu pulang rumah. Masjid tu tak buat korban lagi sebab takut tak sempat siap sebelum solat jumaat. Jadi semua berpakat, buat korban lepas solat jumaat. Ada sesetengah orang kampung yang buat korban pada hari raya kedua.

Kali memang niat nak tolong. Tapi ramai pemuda tempatan yang dah turun padang untuk tolong kerja-kerja korban. Jadi kami hanya tolong tengok je lah. Teringat pula raya korban yang lepas. Aku tolong pak ngah ikat kaki lembu. Sekali tali terlepas, berdiri lembu tu balik. Semua gelak. Padahal lembu tu dah nervous. haha.

Dapat SMS dari member. Ajak konvoi ramai-ramai pergi raya rumah member. Bunyi macam seronok. Memanglah seronok, tapi lagi seronok kalau kat kampung. Tiba-tiba terasa sebak. Dalam tahun ni, dah dua kali raya, tapi dua-dua aku tak balik. Walaupun sebak, muka masih cover cute biarpun dah nyata tak cute.

maka sepanjang hari itu, kami pun beraya. itu je...

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua saudara muslimin dan muslimat. MAAF Zahir dan Batin!

Monday, 15 October 2012

sepetang bersama moody

aku dari tadi selongkar beg.. semua beg aku selongkar. turun naik rumah, keluar masuk kereta... ah!  tak jumpa!... telefon aku hilang!!!!.

Tedang sekali tin kosong tepi tangga. konon nak tunjuk aku ni tengah tak puas hati lah ni. Gol!!!!!..

" Ko ni dah kenape Am? aku tengok dah serupa kucing nak cari tempat beranak".. Nizam dengan muke bajet cool mengutuk aku. Demnn!!.

"Aku cari telefon aku lah, ko ade nampak?".. aku pun jawab dengan muke alah-alah macho. Cop! aku memang macho! "Entah.....". Cet! Nizam jawab macam tu je. Dengan tak pandang aku pun. demn!

kedengaran azam maghrib..

Ah!.. nanti-nanti je lah cari!.

Usai solat maghrib....

Sambung cari lagi.. Entah kenapa aku macam nak cari sangat telefon. Rasa macam ada orang nak telefon aku. Tapi setelah aku penat dan rasa malas nak cari, aku biarkan je lah..

Duduk-duduk kat balkoni, tengok langit yang tiada bintang. Rasa macam hati aku juga, tak da apa. kosong... Renung jauh-jauh... serabutnya fikiran aku. Bukan pasal telefon tu. Aku tak kisah sangat telefon tu pun sebab aku ada telefon yang lain lagi.

Tengok SMS dalam telefon aku satu lagi.. Cerita tentang mee rebus, nasi beriyani dan Button Purple.. Tiba-tiba aku rasa bersalah sangat. Tambah-tambah penyedap rasa bila lagu Kumpulan Ungu yang bertajuk Sayang, berkumandang dari bilik member aku.

Entah harus dari mana
Ku memulai kata-kataku
Resah gelisah tak menentu
Dari jauh lubuk hatiku

Bukan bukan keinginanku
‘Tuk mencoba meninggalkanmu
Namun tak bisa ku jelaskan
Aku takut menyakitimu

Berat rasanya
Berat rasanya untuk
Ungkapkan kata meski bualan hati

Sayang maafkan
Aku ingin putus
Sayang maafkan
Kita harus putus

Demn!!

Taip sms..

Fon sy hilang laa


tit tit.. tit tit (bunyi sms)

Fon awk ilang? yg celc0m ke? ce misk0l. jap sy misk0l


telefon berdering... tengok kat skrin.. "Acik"

tekan punat hijau..

Aku : Assala..... 
Acik : Angah!!!! pasai pa acik kol kat nomboq sekom tu x leh!.
Aku : Angah tak tau mane tah letak telefon tu. ni awat sora senghak?
Acik : Kawan acik meninggal.. sedih.. nak teriak (nanges)
Aku : Sape-sape???
Acik: @#&#&#& dia ade kol ari tu lepas tu^@^#%& sakit@*(@8 paru-paru dia kena jangkitan kuman. lepas tu*@*#*#&#* tadi ada kawan sorang lagi kol bagitahu kawan tu dah meninggal. acik@*(#(*@(*@
Aku : Oooo lagu tu.. (dalam hati "ape adik aku cakap ni?)

dengar suara dia serak seban nangis. aku biarkan je lah dia cakap sambil nangis, jadi aku tak faham sangat apa dia cakap. Tapi memang sedih juga lah..

Aku : Acik...
Acik : ye...
Aku : Janganlah sedih... sudah-sudah lah tu. Tak baik nangis macam ni. kesian arwah kawan acik tu.

dengar acik tarik-tarik hingus.. :p

Aku : Acik..
Acik : Okey.. tak nangis....
Aku : Kalau angah pun pergi awal macam kawan acik tu, acik nangis macam ni juga ke?

Tut.. tut... tuttt...

panggilan di matikan.. 

beberapa minit kemudian..

tit2. tit2.. (bunyi sms masuk)

Angah jahat!! kalau angah pergi awal, acik benci angah!

uh... marah rupanya...

"Acik, janganlah marah, kalau dah ajal angah sampai awal, angah nak buat macam mana.. angah buka saje-saje nak tinggalkan acik."

hanya mampu cakap dalam hati. tak sampai hati nak sent.. padahal dah siap taip.

baca sms yang masuk tadi masa aku tengah calling dengan acik aku.

msuk v0ice mail laa. t'tggl kat sk0la kot?

aku pun cuba buat panggilan. memang masuk voice mail.. Baru teringat, tadi aku basuh seluar. buka-buka je terus campak mesin basuh. Demn!!!

akhirnya... malam ni telefon aku pun dah jadi arwah. Dah lah malam ni ada orang merajuk, telefon jadi arwah, kene marah dengan acik pula tu. memang betul-betul tak betul lah malam ni. 

apa pun, semoga roh sahabat baik adik aku tu di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aku kenal juga budak tu. Arwah tu tinggal dekat je dengan kampung aku. Kiranya aku kenal lah juga dengan keluarga dia. kawan adik aku sejak kecik lagi. sebab tu adik aku sedih sangat. Aku memang tak rapat dengan arwah. tapi aku rapat dengan adik arwah. Adik dia baru tingkatan 3. errr.. maknanya dia tengah PMR. tadi kertas matematik dan kemahiran hidup. Harap-harap dia boleh fokus jawab. Al-fatihah buat arwah.. 


aku  masih  ada projek memujuk.

Friday, 12 October 2012

Dont disturb me!

assalamulaikum..

Lamanya aku tak menaip.. Sebulan ni aku sibuk sangat. Bilik aku penuh dengan kertas latitubi pelajar. Cuma baru minggu ni aku nampak bilik aku macam sebuah bilik yang betul-betul macam bilik tidur.... kalau tak.. penuh dengan kertas je lah. Dah serupa stor je. Sekarang ni minggu PMR, jadi no more latitubi. Aku cuma kata kat pelajar-pelajar aku.. "Saya tunggu hadiah A dari korang". Bukan nak bagi tekanan tapi aku nak diorang tahu, itu harapan aku kepada mereka.

Minggu ni mood aku agak kurang okey, sampai ada yang kata aku ni kuat merajuk laa.. baran lah, suka hilang mood tiba-tiba lah dan macam-macam lah.. Dan sebenarnya aku sendiri tak faham apa yag sedang aku rasa.

Hari berlalu seperti biasa. Setiap saat udara dihirup rakus tanpa sedikit pun rasa malu menghirup udara hak Allah. uh!.

Awal pagi lagi kena mandi, rutin bermula, kerja dan kerja.. Isnin minggu ini bermula dengan sedikit rasa kosong. Kosong... tiada kaitan dengan lagu Najwa Latif pun. "Sila jangan ajak saya berborak! saya takde mood". Ayat pertama di awal pagi bila teman-teman menyapa. Berlalu dengan tangan membimbit beg berisi komputer riba atau bahasa muda mudi nye.. lappy.. ye lappy.. terus terbayang puppy. Oleh sebab minggu ni minggu PMR, jadi tak de kelas tapi kena juga turun opis. Aku terus duduk di meja aku, pasang lagu sekuat mungkin tapi aku seorang jer lah yang dengar sebab aku pakai earphone. "Dont disturb me!" aku lekat kat dinding. Agak kerek je rase.



****akan bersambung......***

akibat takde mood malam ni, aku berhenti menaip.

Tuesday, 2 October 2012

fuhh

kawan aku kata..
"menangis itu bukan bererti kita lemah, air mata itu menunjukkan kita masih hidup atau sedang 'nak mulai' hidup sebab kita lahir-lahir je dah nangis, kalau tak, nanti doktor pukul bontot punggung bagi kita nangis".

air mata ku tak berhenti mengalir.. sakitku diluah dengan senyuman.. THEN! stop it!

Saturday, 22 September 2012

AES berkuat kuasa esok (23 Sept 2012)



DARIPADA KOSMO 22 Sept 2012












KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di 14 lokasi panas sekitar Perak, Selangor, Putrajaya dan di ibu negara berkuat kuasa esok.


Pelaksanaan kamera berteknologi tinggi itu merupakan fasa pertama yang terdiri daripada 10 lokasi bagi merakam kesalahan memandu melebihi had laju dan empat lokasi lagi merakam kesalahan melanggar lampu isyarat.


Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, pemasangan kamera AES untuk 817 lokasi lagi akan dibuat dalam fasa kedua melibatkan pelaksanaan di seluruh negara.


Beliau berkata, pelaksanaan AES adalah satu langkah serius kerajaan untuk mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya.


“Oleh itu, orang ramai harus melihat pelaksanaan AES sebagai cara untuk mendidik pengguna jalan raya, bukan untuk memberi lebih kuasa kepada JPJ untuk keluarkan saman,” katanya di sini semalam.


Menurut Solah, notis saman yang telah diproses dan disahkan akan dihantar kepada pemilik berdaftar kenderaan dalam tempoh lima hari dari tarikh kesalahan dirakam menggunakan sistem AES.


Katanya, jika pemilik berdaftar bukan merupakan individu yang memandu kenderaan pada masa kesalahan dirakam, mereka boleh mengemukakan maklumat pemandu kepada JPJ dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis diterima.


“Dalam notis saman itu, maklumat kenderaan, tarikh kesalahan, jenis kesalahan dan imej kenderaan yang dirakam akan disertakan,” jelasnya.


Dalam pada itu, Solah memberitahu, pengguna jalan raya boleh mengetahui lokasi pemasangan kamera AES melalui papan tanda yang dipasang sebelum mereka memasuki zon operasi kamera tersebut.


Tambahnya, bagi kamera yang merakam kesalahan memandu melebihi had laju, papan tanda akan diletakkan dalam lingkungan dua hingga tiga kilometer dari lokasi kamera AES dipasang.


“Bagi kesalahan melanggar lampu isyarat pula, papan tanda akan dipasang dalam lingkungan 50 hingga 500 meter dari persimpangan lampu isyarat.


“Selain itu, orang ramai juga boleh merujuk senarai lokasi pemasangan kamera AES di laman web JPJ iaitu www.jpj.gov.my,” ujarnya.


Pemilik kenderaan yang menerima notis saman AES boleh mengajukan pertanyaan dengan menghubungi Pusat Kawalan AES di talian 03-7846 4400 bagi negeri Perak dan 03-7628 8268 untuk negeri Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur..



Okey, lepas ni mereka-mereka yang bawa kereta dalam area tu kena lah bawak kereta macam good2 je. kalau tak, tak pasal-pasal je dapat surat cinta dari JPJ kan.


bagi aku lah kan, bukan saman tu yang kita patut takut tapi keselamatan kita dengan orang lain tu yang penting. kadang-kadang kita selalu rasa kita ni cekap sangat memandu, sampai tak kisah bawak laju sebab kita rasa kita memang teror untuk kawal. Tapi kita kena ingat, kereta kat sebelah tak semestinya teror macam kita, mungkin dia pun takut tengok kereta kita laju sangat sampai dia gagal kawal kereta nye padahal dia pemandu berhemah. tak rasa bersalah ke?, sebab kita yang terror, orang lain yang mati. tak rock lah macam tu lah... bak kate member aku..






"MACAM SYIIIIIIIIIIIIIIIAAAL JE..!"






aku pernah gak alami perasaan kawan meninggal sebab kemalangan. Dia memang pemandu berhemah. tapi malangnya dia jumpa dengan orang 'terror' sangat bawak kereta. kerana orang tu rasa dia hebat sangat dan gagah perkasa ketika membawa kereta, orang tu bawak kereta selaju mungkin sesuai dengan kegagahan nya dalam menekan pedal minyak. Akhirnya arwah sahabat aku yang tak berapa nak terror ni sebab memandu ikut had yang dibenarkan, dia jadi mangsa kemalangan. mentang-mentang kawan aku tu bawak motor je, dia langgar macam pijak rumput je. Kesian member aku tu. padahal lagi sebulan nak nikah. Nampak tunang dia nangis buat semua orang rasa sedih. tu baru tunang dia, kesedihan mak ayah dia lagi yang lahirkan dan besarkan dia memang tak sanggup nak tengok. Pemandu yang terror tu minta maaf macam minta ape je. Tapi kalau maafkan pun agaknye boleh hidup lagi ke yang dia langgar tu??



Jangan kerana kegagahan anda dalam menekan minyak, ade orang yang terpijak. sekian!

Dah dekat ke?

There's only so many songs
That I can sing to pass the time
And I'm running out of things to do
To get you off my mind
Ooohh,no

All i have is this picture in a frame
That I hold close to see your face every day

With you is where I'd rather be
But we're stuck where we are
And it's so hard,you're so far
This long distance is killing me
I wish that you were here with me
But we're stuck where we are
And it's so hard,you're so far
This long distance is killing me

It's so hard,it's so hard 
Where we are,where we are
You're so far,this long distance is killing me
It's so hard,it's so hard 
Where we are,where we are
You're so far,this long distance is killing me

Now the minutes feel like hours
And the hours feel like days
While I'm away
You know right now I can't be home
But I'm coming home soon,coming home soon

Dengar lagu ni buat aku terasa sangat jauh dengan mereka-mereka yang jauh di sana. Dah jauh memang lah rasa jauhnye kan. Memang perasaan jauh ni begitu menyakitkan hati sehingga aku rasa nak balik saat tu juga. Tapi masa dan keadaan tidak mungkin mengiyakan keinginan tu. Bersabarlah wahai hati!.

Dah berapa hari aku rasa macam lain je. rindu meluap-luap! rasa nak peluk keluarga aku. Rasa nak jadi 'pengintip' lagi pada mereka-mereka yang tak mau jumpa aku tu. tengok dari jauh pun dah puas!!. 

cuti lama lagi, cuti akan datang pun tak tahu aku dapat balik ke tak. pagi-pagi bila nak ke tempat kerja, akan lalu kawasan tepi laut, tengok laut yang luas.. Ya Allah jauh nye bumi semenanjung. Senyum memang terukir di bibir namun redup di hati hanya Allah yang tahu. Sakit yang di tanggung di telan saje seolah sedang kunyah kacang goreng. sedapnye biarpun kadang-kadang ada biji kacang yang tawar rasanya.

Ramai sangat orang-orang yang aku nak sangat-sangat jumpa. nak sangat!!! tapi tiap kali aku terasa keinginan tu, aku terasa sayup-sayup hatiku bersuara, sempatkan jumpa mereka. Ah! minda aku pun tanya kat hati, kenapa ko kate macam tu, 'dia' dah dekat ke?. Aku tak nak 'dia' datang lagi. bagi lah aku peluang untuk aku rasa bahagia.... :'(

Sunday, 9 September 2012

Takziah Mujahidah

Ajal, jodoh, rezeki, semua itu merupakan rahsia di tangan Allah. Dia dah tulis baik-baik kisah hidup kita. Nasib itu sudah menjadi cerita yang dikarang sendiri oleh Allah, namun, kita boleh mengubahnya mengikut kemahuan kita. Sebab tu Allah dah kata, Dia takkan ubah nasib sesuatu kaum tu kalau mereka sendiri tak nak mengubahnya. Jadi janganlah merintih dengan apa yang kita tak dapat sebab kita sendiri tak berusaha untuk mendapatkannnya.

Beberapa hari yang lepas, terbaca berita mengenai kematian dua orang pelajar Malaysia di Rusia. masa baca berita tu, air mata tetiba mengalir. Memanglah aku tak kenal mereka, nanti aku membayangkan perasaan ibu bapa mereka. Dalam terpaksa merela pemergiaan yang tak akan kembali.

kedua-dua mereka ni dengar-dengar citer budak-budak baik dan bijak. Mana tak bijaknya, tengoklah kan bakal ape, bakal Doktor. Tapi sayangnya, mereka dah pergi dulu. Spontan kawan-kawan sekerja kata, kenapalah budak-budak samseng tu tak mati pergi dulu, kenapa budak-budak macam ni, yang bakal tabur budi untuk negara pergi dulu.

Kalau fikir ikut hati je, memanglah persoalan tu akan timbul. Tapi bila fikir ikut akal dan hati, sebenarnya itulah tanda bertapa Allah ni sayang kat hambaNya. Sayang sangat-sangat. Mana tahu Dia ambil budak-budak ni awal-awal supaya mereka tak tersalah langkah dikemudian hari dan budak-budak samseng yang orang kata tak berguna tu, mungkin Allah nak bagi diorang bertaubat dan nampak kat orang lain yang diorang tu ada gunanya.

Allah tak akan cipta sesuatu perkara tu dengan sia-sia.

Takziah buat keluarga Allahyarhamah Adzreen Dimayati dan Allahyarhamah Hanisah Muhd Shah, semoga roh kedua-dua adik ini ditempat dikalangan orang-orang yang beriman.


Saturday, 1 September 2012

ini je

Hari ni aku gembira sangat-sangat:). tu je. k. bai.

Sunday, 26 August 2012

Kenapa Tak Telefon?

Assalamualaikum..

Hari ini aku dapat soalan yang agak memang macam soalan. Soalan tersebut terbit sebab sejak akhir-akhir ni, aku kerat kerap dating dengan telefon aku. Kisahnya bermula begini....

Hari tu hampir setiap masa aku pegang telefon. Bunyi SMS masuk kerap kedengaran. Okey jujurnya aku sedang main SMS dengan beberapa orang. Beberapa orang maksud aku tu adalah dengan member-member aku, dengan adik aku, dengan er... er... seorang awek. Bukan awek aku pun tapi aku minat kat dia. Nothing special yang kami bualkan. Hanya bual-bual kosong. Silapnya berbual macam tu adalah buang masa dan membazir. Ustaz Azhar Idrus kata, tak elok SMS kalau setakat buang masa dan membazir. Tapi Hukumnya Makruh je dan tak haram selagi tak bual benda-benda yang tak sepatutnya. Alhamdulillah setakat ni, aku tak lah berbual sesuatu yang tak baik atau dengan kata yang jelas, lucah. Tak pernah.... tak pernah...

Walaupun borak-borak kosong je, tapi setiap SMS yang datang mampu buat aku senyum sorang-sorang. SERIUS senyum. Hati berbunga-bunga. Aku tak sangka pula member aku perhati aku. Then masa dalam kereta dia soal, ''Kenapa kau tak gayut je dengan budak yang buat kau senyum tu. Senang! tak penat jari. Borak dengar suara baru seronok beb!''.

"Betul juga tu kan.. boleh dengar suara orang seberang sana gelak. Mesti comel..". Dalam hati aku kata macam tu. Syaitan pun bukan main gembira lagi. Siap support lagi. Telefonlah.... telefonlah...

Okey lah, aku dah pasang niat nak telefon malamnya. Nak borak-borak.. Tapi sebelum tu aku sembahyang maghrib dulu. Semangat ni!

Waktu solat tu, aku tak kusyuk. Asyik teringat orang di sana. adei... kena cepat-cepat solat ni!.

Sampai lah ke sujud terakhir pada rakaat ke-3, tiba-tiba hatiku terusik..

Sedangkan hanya kata-kata SMS dah buat aku hanyut. Inikan pula bila aku dengar suaranya, tawanya, gurau sendanya, bahkan suara merajuk mungkin akan rasa SEDAP bila hati sudah suka.

Aku batalkan niat aku. Kemudian usir jauh-jauh niat yang tak baik tu. Tanamkan dalam diri,
 "dia bukan milik aku".

"Dia memang belum di miliki. Dia masih milik seorang ayah yang akan menjadi penjaga sementara sebelum puteranya datang menjemput. Dia terlalu istimewa buatku. Jadi aku akan pastikan, kau terjaga dari terjerumus dalam cinta yang tidak halal. Suaramu merupakan aurat yang indah dan mampu membuai rasa. Jadi, aku tidak mahu hanyut dalam buaian yang masih belum halal buatku. Jagalah dirimu buat insan yang berhak buatmu. Semoga kita sama terhindar dari hasutan syaitan".

Tak dengar suara pun tak pe... satu hari nanti kalau dah halal, tiap saat boleh dengar suaranya dalam pelbagai versi. AUMMMM!!!...




P/S : Terasa diri  sungguh jiwang saat menaip coretan ini. hehehe...

Saturday, 25 August 2012

Mimpi Semalam ( 23 ogos 2012)

Aku jalan-jalan dengan mak dan adik aku di tepi pantai. Tiba-tiba air jadi surut. dah aku lihat ikan yang agak besar lompat-lompat sebab kekurangan air. Mungkin tak sempat ke tengah laut. Aku berhajat nak tangkap ikan tu. Tiba-tiba seseorang menjerit dari hujung pantai.

"Kiamat dah hampir!!"

Aku terus tak jadi ambil ikan tu. Kemudian muncul suara yang amat gerun dari langit. Seperti suatu amaran dalam bahasa Arab. Kemudian awan jadi mendung dan muncul kilat dengan bentuk kalimah Allah. Aku rasa sungguh takut saat itu. Terus aku tarik tangan ibu dan adik perempuanku masuk dalam semua rumah yang berhampiran. Rumah tu sangat besar dan ramai orang di dalamnya. Masa mula-mula nak masuk rumah tu, aku macam kenal sangat rumah tu. Macam rumah kami waktu aku kecil-kecil dulu. Tapi yang peliknya dalam rumah tu seperti suasana sebuah masjid.

Oleh sebab cuaca dan makin teruk. Awan dan gelap dan laut yang menggerunkan, ada orang tua yang berkata " Kiamat dah hampir tiba. Mari kita sembahyang supaya urusan kita dipermudahkan. Mana tahu saat ini adalah saat terakhir untuk kita membantu diri kita". Aku pun bersetuju dan semua orang seakan-akan bersetuju. Semua pun mengambil wuduk di dapur rumah itu. Bila aku masuk semula ke ruang tadi, aku melihat sejadah di susun dengan bermacam-macam arah kiblat. Kemudian mereka saling bertelingkah kerana susunan sejadah tersebut. aku cuba meleraikan pergaduhan tu, bila aku susun sejadah-sejadah tu, mereka semua diam. Tapi bila aku dah susun sampai ke depan, dan aku berpaling semula ke belakang, susunan sejadah tadi dah tunggang terbalik. Aku rasa nak nangis. Bila solat nak di mulakan. Aku tegok dari tingkap, laut dah menghitam. padahal hari masih siang. Sampailah lelaki tua yang menjadi bakal jadi imam dalam solat yang nak di buat tu bersuara. "siapa yang nak ikut aku, sembahyang ikut arah kiblat sejadah ini". Orang tua tadi tunjuk sejadahnya. Orang ramai masih bergaduh dan ada di antara mereka yang dah buka baju. ada yang bogel sebab kepanasan. Masing-masing nak tunjuk yang dia ni benar. dalam pergaduhan tu, baru aku sedar, aku dah tak tahu mana mak dan adik aku. Aku nangis dan berdiri di belakang imam dan kemudian kami solat secara berjemaah. bila solat berakhir, aku lihat barisan jemaah hanya beberapa orang sahaja. dan yang lain hilang entah kemana. Tetiba...

 aku terjaga bila Alarm berbunyi.  Aku terus takde mood pagi tu. Aku peluk batal sampai jam 10 pagi. Malas sangat nak bangun. takut kot.. 

"Mak!, angah rindu mak!. tapi mimpi tadi seram sangat. tak indah langsung biarpun jumpa mak!".

Tanda-tanda kiamat sudah banyak berlaku. Mimpi yang hanya kecil begitu sudah menggerunkan, bagaimana kita akan bersedia untuk menempuhi hari yang memang pasti akan berlaku jika kita takde bekalan dan perisai yang cukup untuk menghadapinya.. Sesungguhnya kiamat itu amat dasyat dan tidak sesiapa pun mengetahui nya melainkan Allah


Tuesday, 21 August 2012

Cinta Terakhir


kau cinta pertamaku 
kau cinta terakhirku 
tiada apa yang bisa menafikan kasih kita 

kau ayu dimataku
satu antara seribu 
tiada antara di dunia 
mungkinkan terputus di tengah jalan 
mungkinkan terlerai tanpa ikatan 
usah ragu dengan takdir

kau ayu dimataku 
satu antara seribu 
tiada antara di dunia 
mungkinkan terputus di tengah jalan 
mungkinkan terlerai tanpa ikatan 
usah ragu dengan takdir

mungkin kitakan berbeza haluan 
berakhirnya cerita percintaan 
segalanya ketentuan tuhan

mungkinkan terputus di tengah jalan 
mungkinkan terlerai tanpa ikatan 
usah ragu dengan takdir 
mungkin kitakan berbeza haluan 
berakhirnya cerita percintaan 
segalanya..

mungkinkan terputus di tengah jalan 
mungkinkan terlerai tanpa ikatan 
usah ragu dengan takdir 
mungkin kitakan berbeza haluan 
berakhirnya cerita percintaan 
segalanya ketentuan tuhan

segalanya ketentuan tuhan....


Lirik kat atas tu lagu Aiman yang bertajuk cinta terakhir. Aku suka sangat lagu tu. kena lah sikit dengan hidup aku kot.. hanya berharap pada ketentuan Allah.

Tiap kali aku dengar lagu ni, aku mesti teringatkan seseorang. Memang aku tak berani nak luah rasa hati kat dia, tapi rasanya itu yang lebih baik kot. Aku selalu doa agar dia dapat pasangan yang terbaik tapi dalam masa yang sama aku doa, aku lah orangnya. Tapi adakah aku yang terbaik tu?.

Jarak kita memang jauh sangat. Jauh sangat....! tapi hati selalu kata dekat. Kita mengharungi saat-saat yang berbeza. mengharungi dugaan hidup masing-masing tanpa mengaitkan hidup masing-masing. Tapi aku tetap nak tahu hari ni kau buat apa? sihat tak? dah makan ke tak? solat cukup tak?.

Kerana cinta itu fitrah, Allah letakkan benih cinta dalam hati aku.. daun-daun cinta yang menyubur tu pula tertulis namamu. Jiwang kan aku??. aahhh gelak-gelak!. tapi itu kenyataannya. Sakitnya menanggung cinta seorang diri. Aku teringin nak bina maligai yang indah untuk meletakkan cinta itu. Tapi aku tahu aku takkan mampu untuk membinanya. Bahkan pondok kecil pun belum tentu mampu ku bina.

kau cinta pertamaku 
kau cinta terakhirku 
tiada apa yang bisa menafikan kasih kita 

memang ayat sedap di dengar.. tiada apa yang bisa menafikan kasih kita.. tapi dengar air mata aku hanyutkan kasih itu. aku tidak berhak untuk memilikimu..

emmm.. dah cinta tapi tak layak pula kan. Bukan semua yang kita nak kita akan dapat.

mungkinkan terputus di tengah jalan 
mungkinkan terlerai tanpa ikatan 
usah ragu dengan takdir 
mungkin kitakan berbeza haluan 
berakhirnya cerita percintaan 
segalanya ketentuan tuhan

segalanya ketentuan tuhan....

aku sedaya upaya nak positifkan diri. tapi kenyataan tetap kenyataan. Ustaz kazim kata, "kalau kita sayang orang tu, kita buat dia bahagia"

jadi... sebab aku nak kau bahagia, aku pendamkan saja rasa itu. Aku dah janji dah.. aku datang bukan untuk buat kau kecewa. Jadi, apa gunanya kalau aku luahkan rasa itu,

Kalau pun kita dapat bersama, aku tahu aku hanya mampu bagi kau kebahagiaan yang sementara dan akhirnya dalam paksaan aku terpaksa pergi juga kan. Aku sayang sangat kat kau!! tapi aku tak mampu buat apa-apa dah. Namun sepanjang sisa hayatku, aku harap dapat terbitkan senyum pada wajahmu.



segalanya ketentuan tuhan....



Monday, 20 August 2012

ok... dah hari raya!

Tadi lebih kurang jam 8.15 malam, aku dengar orang melaungkan takbir raya. Entah kenapa, laju je air mata mengalir. Sebak sangat-sangat, lebih-lebih lagi bila satu-satunya puteri dalam hidupku dah buat permintaan nak raya dengan aku. Tapi takbir semalam berlalu tanpa dia..

"Acik, angah minta maaf.."

Adik aku tunggu aku balik. Dia dah rancang macam-macam. Tapi aku tak balik pun. Aku kata kat dia, "biasa-biasakan diri beraya tanpa angah". Mengamuklah dia.

Pagi raya..

Balik je dari masjid, aku terus telefon dia. Memang pape hal, dia dulu lah yang akan aku hubungi. Baru ucap selamat hari raya, aku dah dengar suara serak dia. Acik nangis!. Aku terus diam. Kesiannya dia. Beraya tanpa kami. Nasib baik ada Mak Tok. Sekurang-kurangnya aku pasti pagi tu mesti dia merasa rendang istimewa.

Merenung nasib anak yatim.

Uh!. lepas dah puas dengar dia nangis, aku terus pujuk-pujuk. Okey.. akhirnya petang tadi aku dengar dia ketawa. Katanya Abah dah sampai ke rumah Mak Tok. Besok dapatlah dia ajak abah lawat pusara mak. Kesian Acik, umur 4 tahun dah kehilangan mak. Dia tak pernah rasa pengalaman cium tangan mak di hari raya.

Umi.. emm... mak tiri aku. Umi memang pengganti mak yang terbaik. Umi bagi kami kasih sayang yang lengkap. Tapi kasih ibu kandung, tak kan sama dengan ibu tiri. Ye dak?.

Raya pertama berlalu dengan mengisi perut. Makan dan makan... makan saje sepanjang hari. Hari ni aku merayap ke 6 buah rumah je. Besok banyak lagi jemputan rumah terbuka. Macam-macam juadah yang ada.

Tengah sedap-sedap ngap makanan, tetiba teringat mereka-mereka yang ada di semenanjung... Patah selera. Kan bagus kalau diorang ada.

Telefon Along kejap je. Dah bermaaf-maafan, dah okey dah. Tanya dia makan apa, dia kata makan gigi orang je. hari ni dia kerja. besok baru cuti. Tu pun tak dapat balik kampung... kesiaannn... dah Siap borak-borak, terus letak. Takde adegan nangis-nangis pun. Orang kate... "lelaki.. biasalah, hati keras".

Bagi aku, lelaki bukannya hati keras ke ape. Tapi lelaki ni tahan je sedih tu. Lelaki kan pelindung. Pelindung kena kuat dah kukuh. Nanti kalau pelindung pun hujan, kesianlah orang yang berlindung.

Kuat dan Kuat!

"Alah... takde pape pun tu!". Sedapkan hati sendiri...

Apa pun, selamat hari raya buat korang. Abah, Umi, Along dan my beloved sister (Acik).. Angah sayang sangat-sangat kat korang. Sayang sangat-sangat.. Kalau ini takbir terakhir buat Angah, Angah minta maaf sebab tak dapat bersama korang.

Tetiba empangan pecah!. Sobs3... sodih bona esey.

Sunday, 19 August 2012

SELAMAT HARI RAYA




Warm wishes from me..

Special for

My beloved family

Friends

special 'person'

her..

and All muslims..


with full of love.. maaf zahir dan batin!

Saturday, 11 August 2012

Kenapa Kau Tak Nak Syurga?


Hari ni aku agak feeling-feeling gitu. Perasaan aku dari pagi lagi memang tak berape ngam. Aku rasa takde mood nak bangun sahur.. tak terasa nak mandi untuk pergi kerja, tak terasa nak mengkacakkan diri dan macam-macam lagi lah tak terasa. Ini mungkin sebab aku mimpi tak berapa nak best semalam.

"Mak, angah rindu giler kat mak!".

Tapi biarpun aku tak terasa apa pun, aku tetap kena paksa diri untuk bangun sahur. Sebab kalau tak, nanti aku takde tenaga nak kerja. Aku juga mesti mandi, sebab nanti pelajar-pelajar aku tak senang nak belajar. Dan aku juga kena kemaskan diri, sekurang-kurangnya sikat rambut supaya takda pelajar yang histeria akibat disampuk Jin.

Rutin harian di tempat kerja bermula seperti biasa. Merujuk jadual aku, seawal jam7 pagi dah ada kelas. Jadi aku pun bersiap sedia untuk menjalankan tanggungjawab. Hari ni aku ada 4 masa je. Maksudnya jam9.30 pagi aku dah takde kelas. Biarpun kelas habis awal, macam biasa lah, pulang kenalah ikut para jemaah. Tak boleh lah sesuka hati nak balik awal. Kebetulan masa tu pengawas koperasi ada mesyuarat tahunan. Jadi takda siapa yang bantu kawan aku jaga koperasi. Biasalah, cikgu koperasi ni, waktu rehat je turun pangkat jadi pekerja koperasi. Aku yang kebosanan ni biarpun kerja berlambak ringan je kaki melangkah ke koperasi untuk bantu kawan tu. Sedapnya  tengok budak-budak tu minum. Sekolah aku majoriti pelajarnya adalah beragama bukan islam. Guru-gurunya sendiri pun separuh bukan islam.

Macam tu lah aktiviti aku hari ni. Jam 11.50 aku pulang rumah dan bersiap untuk solat jumaat.

Lebih kurang jam 1.30, selepas solat jumaat, aku terus jadi 'buaya darat' yang terdampar di ruang tamu di depan kipas. Dengan kain sarung yang di tiup angin kipas, aku menonton TV1 yang aku tak pasti rancangan ape tah, tetiba keluar slot seorang warga tua penghuni rumah orang-orang tua sedang di temuramah. Aaah... ini lah sebenarnya yang aku nak cerita. Panjang-panjang huraian aku kat atas tu, takde kaitan pun dengan tajuk kan. Sebab sebenarnya, ini lah yang aku nak cerita. Macam biasalah, Pendahuluan lain, isi-isi penting lain. Terbaiknye aku!.

Kembali kepada isi utama...


Dalam temuramah tu, pakcik tu cerita yang dia dibuang di rumah kebajikan tu selepas habis semua harta benda yang dicari waktu zaman mudanya di kebas oleh anak-anaknya. Bila dah dikebas, dia pun tak mampu lah sara diri sendiri. Sebab dia pun dah tua sangat, kudrat pun dah tak kuat. Ada juga makcik-makcik yang ditemuramah dalam slot tu dan pastinya air mata menjadi hiasan kepada temuramah terbabit.  Derasnya air mata pakcik dan makcik tu, sampai aku tak sedar lecun bantal aku. Bukan sebab air liur tau. tapi sebab air mata. Aku bukan nak cerita yang aku ni kiranya baik sangat sampai boleh tersentuh macam tu. Tapi aku nangis sebab, kenapa anak yang tak berguna macam tu sanggup buat macam tu kat ayah dan mak dia?.

Dulu, waktu aku bayi, pastinya aku tak reti buat ape pun, jadi aku yakin dan pasti, ibu bapa akulah yang membantu aku untuk aku membesar sehingga aku mampu buat apa yang sepatutnya aku buat sendiri. Aku pasti dan sangat yakin, ibu bapa aku lah yang memberikan aku makanan, minuman, basuh tahi berak dan kencing aku, mandikan aku dan semua-semualah. Aku juga pasti dan yakin, air dan makanan tu semua hasil titik peluh ayah yang membanting tulang untuk jadikan aku kanak-kanak yang gemuk dan sihat.

Jadi seyakin dan sepastinya semua orang akan dan telah melalui saat macam aku tu, kecuali anak-anak yatim lah. Tu pun, anak yatim tu, waktu kecil, ada tangan-tangan yang sungguh mulia telah membantu mereka. takdelah dia tetiba pandai urus diri sendiri. Takde bayi dalam dunia ni mampu basuh berak sendiri atau beli susu sendiri kat pasar raya. takde!. Nampak sangat nipunyer kalau kate dia reti buat macam tu.

Oleh itu, kenapa bila tiba giliran kita untuk suapkan ibu bapa kita makanan, basuhkan berak dan kencing mereka dan buat semua apa yang mereka tidak mampu tu, kita taknak buat?. Bukankah Allah menjanjikan syurga sekiranya kita berbuat baik kepada ibu bapa kita?. Bahkan, hanya menatap wajah ibu bapa kita dengan penuh kasih sayang juga merupakan suatu ibadah..

Beruntunglah mereka yang ada ibu bapa sehingga mereka dewasa. Allah nak bagi mereka syurga melalui ibu bapa mereka. Allah nak uji mereka dengan keadaan ibu bapa mereka yang begitu dan begini. Jika mereka lulus, Allah akan bagi mereka hadiah berupa syurga yang sungguh indah. Tapi kenapa meraka tak nak syurga tu??. aku tak mampu bahagiakan Ibu ku, kerana dia terlebih dahulu meninggalkan ku. Pernah waktu aku masih di sekolah rendah, Ustaz kata, Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Aku menangis sepuas hati sambil peluk Along aku..

"Along, angah nak syurga juga. Tapi kita tak boleh masuk syurga sebab mak dah takde. Ustaz kate, syurga tu kat bawah kaki ibu..". Along pujuk aku dengan berkata, "Sebab tu kita kena doa banyak-banyak kat Allah supaya mak kita masuk syurga, bagi sedekah bacaan-bacaan al-Quran buat mak, nanti mak mesti akan ajak kita ke syurga nanti".

Kalau aku jumpa anak yang buang mak bapak diorang tu, aku cuma nak soal " kenapa kau tak nak syurga tu?"

Memang lah orang yang jaga mak bapa tu tak semestinya masuk syurga terus sebab mungkin ada dosa-dosa lain yang dia lakukan. Tapi yang pastinya, orang yang buang ibu bapa dia tu, pasti dan semestinya akan jejak neraka dahulu sebelum berangan nak ke syurga!.

Monday, 6 August 2012

Kenapa Hati Tak Gembira

"Aku balik kerja, terus hempas badan kat tilam. Sesekali aku mengeluh. Kenapa aku tak gembira ye?. Aku ada macam-macam, aku ada kerja yang baik, aku ada kereta walaupun tak mewah, aku ada keluarga yang bahagia, emm... pendek kata macam-macam aku ada. Tapi kenapa aku tak gembira?. Aku dah solat, aku dah doa tiap hari untuk di jauhi dari musibah dan di dekatkan dengan kebaikan. Tapi aku tetap tak gembira.."




Aku selalu merungut macam tu dengan kawan aku. Kadang-kadang aku selalu salahkan diri aku sebab memilih bidang yang bukan aku minati pada awalnya. Adakah kerana faktor pekerjaan membuatkan aku macam ni?. Aku selalu positifkan diri untuk mengatakan TIDAK!! ini bukan sebabnya!. Sebab aku bahagia dengan apa pekerjaan aku. Pekerjaan yang jika dilakukan dengan hati yang ikhlas dan penuh tanggungjawab, maka, ia merupakan suatu ibadah kerana menjadi penyebar ilmu kepada golongan muda. Bukankah kerja ini sama seperti pekerjaan Doktor yang aku idam-idamkan tu? Bezanya, aku cuma pegang alat tulis, buku atau alat yang paling moden sekali, komputer riba. Doktor pula pegang alat-alat perubatan, ubat-ubatan dan kadang-kadang pen untuk tulis data pesakit. Apa pun yang mereka pegang, tugasnya sama saje, memperbaiki manusia dari segi fizikal dan mental.

Sekarang baru aku sedar, aku tak gembira kerana aku tidak bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku terlalu mengagungkan cita-cita lalu, sedangkan aku lupa, aku dah capai sesuatu yang mungkin menjadi cita-cita orang lain, tetapi dia tidak dapat kecapi. Bukankah aku sebenarnya telah terlalu hebat kerana mencapai sesuatu yang orang lain tidak mampu capai?. Ah! aku sepatutnya bersyukur dengan apa yang aku ada! Dan pastinya aku akan gembira.

"Terima kasih ya Allah kerana beri aku semua ini. Rezeki yang Engkau beri kepadaku terlalu besar dan lebih dari keperluanku. Engkau juga beri aku masa yang cukup untuk aku beribadah. Terima Kasih Ya Allah atas nikmat-Mu"


Perlahan-lahan aku imbas kembali, saat aku berdoa untuk di tenangkan hati. Tapi hati aku tetap tak tenang. Adakah Allah tak mahu memperkenankan doaku?. Aku dah minta sungguh-sungguh!. Tiap hari aku minta macam tu. Aku dah solat tiap hari.. 5 waktu sehari. 


"Tapi kenapa Engkau tidak mahu memperkenankan doaku Ya Allah?.. Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"..." Aku suka mengeluh dan mengeluh dan mengeluh..

Rupa-rupanya, bila aku ingat balik, Dia dah lama perkenankan doa tu, tapi sekali lagi, SEBAB AKU YANG TAK RETI NAK BERSYUKUR!. Aku nak di tenangkan hati, tapi aku tak pernah fikir bagaimana aku menjaga hati keluargaku, sahabatku dan orang sekelilingku. Bahkan, jiran tetangga pun belum habis aku kenali, Ikatan silaturrahim antara aku dan mereka sangat rapuh, bagaimana untuk ku berasa tenang dengan kelakuan aku sendiri?. Aku selalu berdoa sebab nak minta je, aku minta itu, aku minta ini, aku minta semualah, tapi tak pula aku reti minta ampun dari dosa-dosaku... Bagaimana untuk aku berasa tenang jika ada beban yang berat di bahu kiriku. Bahkan, habuk-habuk atau mungkin sampah besar dah banyak melekat dalam hatiku, lemaslah sang hati. Jadi, bagaimana untuk aku berasa tenang?? 


sekali lagi..  "Ya Allah... Terima kasih atas kesedaran yang Engkau berikan. Dan aku akan berusaha untuk Bersyukur dengan semua Nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku"







Sunday, 5 August 2012

Bersangka Baik

"Macam mana baik pun lelaki tu, jangan percayakan dia seratus peratus (100%), sebab dia tetap lelaki".

Ayat di atas tu kan memang popular di kalangan perempuan. Bukan perempuan je, lelaki sendiri pun kata macam tu kalau nasihatkan anak perempuan dia, kakak, adik perempuan, isteri atau makwe. Bukan aku tak setuju dengan ayat tu, tapi aku rasa kurang setuju je. Okey, aku nak pecahkan ayat tu kepada tiga (3) ayat.

AYAT 1 : Macam mana baik pun lelaki tu
AYAT 2 : jangan percayakan dia 100%
AYAT 3 : sebab dia tetap lelaki

Daripada tiga (3) tu, 1 je aku setuju, jangan percayakan dia 100%, JIKA 'dia' yang di tujukan dalam ayat tu tidak menjurus kepada mana-mana jantina, kaum, agama, atau apapun yang boleh membezakan seseorang dengan yang lain. Ayat satu (1) dan dua (2) aku tak berapa berkenan sebab apa, kalau bukan dengan orang yang baik untuk kita percaya, dengan siapa lagi? dan dah kenapa kalau dia lelaki? adakah lelaki ni semuanya otak tak boleh percaya?. Bila kita tidak percaya pada seseorang itu, maka, bermakna kita ada satu sangkaan yang kurang baik terhadap seseorang itu. Bukan kah Nabi kita Muhammad SAW menggalakkan kita bersangka baik?.

Rasulullah bersabda :

"Jauhilah bersangka-sangka kerana ianya satu penipuan dalam berkata-kata" ( Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud ).


Imam asy-Syafi'i berkata :

" Sesiapa yang ingin menutup hidupnya dengan kebaikan, maka jagalah selalu sangkaan baik kepada manusia"



Benar kita tak boleh percaya 100% sebab kepercayaan 100% tu hanya milik Allah (Tuhan), kerana hanya Allah yang Maha Sempurna dan kepercayaan juga kita boleh tanamkan 100% kepada Nabi Muhammad SAW kerana baginda telah diberikan sifat ma'sum (terhindar dari melakukan dosa).

Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang cerdik sungguh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia cerdik sungguh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.


Kita tak boleh lah nampak-nampak orang yang macam lain jer, terus fikir lain. Tanam je kepercayaan tu dengan sangkaan yang baik-baik. Jangan risau, kita ada Allah. jika kita berserah bulat-buat kepada Allah, nescaya Allah akan menyelamatkan kita.

Cuma harus di ingat, dalam keadaan tertentu, islam mengharuskan kita untuk bersangka lain (bukan bersangka buruk) bertujuan untuk keselamatan. Contoh bila kita duduk dalam bas, nak balik jauh, tengah-tengah malam  pula tu, kemudian ada seseorang yang kamu tidak kenali, duduk bersebelah dengan kamu, kita kena berhati-hati. Tak kisah lah yang duduk sebelah tu LELAKI atau PEREMPUAN. Sebab niat orang kita tak tahu kan. Tapi bukan nak suruh fikir niat orang tu apa, cuma fikir je keselamatan diri. Kot-kot masa tidur dia TERpeluk kita, sejuk kan dalam bas tu. atau TERambil barang kita. nama pun dalam bas tu gelap jadi tak berapa nampak barang tu sapa punya. Mungkin kita sendiri pun perna alami nya, keluar dari satu tempat, buka -buka beg, kita tak tahu barang sapa dalam beg kita tu, adakah kita niat nak mencuri?. atau pun masa turun dari bas, kita dah sampai rumah baru tersedar kangkung yang di beli kat pasar tadi takde, adakah orang sebelah kita yang curi atau kita sendiri yang cuai sebab tak reti-reti nak bawa turun barang sendiri?

Contoh lain..

Jika kita sedang memandu kereta, tiba-tiba ada sebiji kereta yang laju dan pemanduannya agak bahaya. Jika sangkaan yang buruk, mungkin kita sudah pun memaki hamun pemandu itu di dalam hati walaupun hakikatnya dia tidak dengar. Jika kita bersangka baik, mungkin dalam hati kita berkata dia ada perkara kecemasan tu, nak cepat mungkin. Hati jadi tenang bukan? Tidak menambahkn dosa lagi.



JOM BERSANGKA BAIK

Saturday, 4 August 2012

Internet Blackout Day

Dari Amanz. my (1 Ogos 2012)  : Lanjutan daripada tentangan yang diterima terhadap Seksyen 114A Akta Keterangan 2012, kini CIJ Malaysia (Pusat Kewartawanan Bebas) merancang untuk melancarkanInternet Blackout Day pada 14 Ogos 2012 kelak, yang mana lebih kepada menyedarkan pengguna Internet berkenaan dengan impak negatif pindaan akta tersebut.

Bagi yang tidak mengetahui akan pindaan tersebut, Seksyen 114A, berikut merupakan penerangan ringkas yang disediakan pihak CIJ Malaysia:

Seksyen 114A menganggap individu yang memiliki laman web atau peralatan komputer yang mengandungi bahan berunsur hasutan atau fitnah bersalah walaupun bahan itu dimuat naik oleh pihak lain. Individu atau organisasi yang mengendali atau menawarkan perkhidmatan kepada forum, blog,atau laman web juga bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat pada perkhidmatan tersebut. Para pengguna internet yang akaun atau komputernya digodam (hack) juga akan dipertanggungjawabkan ke atas bahan yang dimuat naik oleh penggodam (hacker). Seksyen 114A ini mengancam kebebasan bersuara di Internet dan menggugat prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia.

Melalui Internet Blackout Day tersebut kelak, CIJ mensasarkan untuk para pembangun web memaparkan pop-up pada laman web mereka selama lebih kurang 24 jam pada 14 Ogos kelak, untuk mendidik para pengguna, dan bukannya lebih kepada menutup terus halaman web seperti yang dilakukan oleh Wikipedia baru-baru ini.

Jadi kalau Laman Web Korang tak boleh buka pada hari itu.. anda adalah salah seorang yang sedang di perhatikan. uwahahaha