home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Sunday, 5 August 2012

Bersangka Baik

"Macam mana baik pun lelaki tu, jangan percayakan dia seratus peratus (100%), sebab dia tetap lelaki".

Ayat di atas tu kan memang popular di kalangan perempuan. Bukan perempuan je, lelaki sendiri pun kata macam tu kalau nasihatkan anak perempuan dia, kakak, adik perempuan, isteri atau makwe. Bukan aku tak setuju dengan ayat tu, tapi aku rasa kurang setuju je. Okey, aku nak pecahkan ayat tu kepada tiga (3) ayat.

AYAT 1 : Macam mana baik pun lelaki tu
AYAT 2 : jangan percayakan dia 100%
AYAT 3 : sebab dia tetap lelaki

Daripada tiga (3) tu, 1 je aku setuju, jangan percayakan dia 100%, JIKA 'dia' yang di tujukan dalam ayat tu tidak menjurus kepada mana-mana jantina, kaum, agama, atau apapun yang boleh membezakan seseorang dengan yang lain. Ayat satu (1) dan dua (2) aku tak berapa berkenan sebab apa, kalau bukan dengan orang yang baik untuk kita percaya, dengan siapa lagi? dan dah kenapa kalau dia lelaki? adakah lelaki ni semuanya otak tak boleh percaya?. Bila kita tidak percaya pada seseorang itu, maka, bermakna kita ada satu sangkaan yang kurang baik terhadap seseorang itu. Bukan kah Nabi kita Muhammad SAW menggalakkan kita bersangka baik?.

Rasulullah bersabda :

"Jauhilah bersangka-sangka kerana ianya satu penipuan dalam berkata-kata" ( Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud ).


Imam asy-Syafi'i berkata :

" Sesiapa yang ingin menutup hidupnya dengan kebaikan, maka jagalah selalu sangkaan baik kepada manusia"



Benar kita tak boleh percaya 100% sebab kepercayaan 100% tu hanya milik Allah (Tuhan), kerana hanya Allah yang Maha Sempurna dan kepercayaan juga kita boleh tanamkan 100% kepada Nabi Muhammad SAW kerana baginda telah diberikan sifat ma'sum (terhindar dari melakukan dosa).

Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang cerdik sungguh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia cerdik sungguh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.


Kita tak boleh lah nampak-nampak orang yang macam lain jer, terus fikir lain. Tanam je kepercayaan tu dengan sangkaan yang baik-baik. Jangan risau, kita ada Allah. jika kita berserah bulat-buat kepada Allah, nescaya Allah akan menyelamatkan kita.

Cuma harus di ingat, dalam keadaan tertentu, islam mengharuskan kita untuk bersangka lain (bukan bersangka buruk) bertujuan untuk keselamatan. Contoh bila kita duduk dalam bas, nak balik jauh, tengah-tengah malam  pula tu, kemudian ada seseorang yang kamu tidak kenali, duduk bersebelah dengan kamu, kita kena berhati-hati. Tak kisah lah yang duduk sebelah tu LELAKI atau PEREMPUAN. Sebab niat orang kita tak tahu kan. Tapi bukan nak suruh fikir niat orang tu apa, cuma fikir je keselamatan diri. Kot-kot masa tidur dia TERpeluk kita, sejuk kan dalam bas tu. atau TERambil barang kita. nama pun dalam bas tu gelap jadi tak berapa nampak barang tu sapa punya. Mungkin kita sendiri pun perna alami nya, keluar dari satu tempat, buka -buka beg, kita tak tahu barang sapa dalam beg kita tu, adakah kita niat nak mencuri?. atau pun masa turun dari bas, kita dah sampai rumah baru tersedar kangkung yang di beli kat pasar tadi takde, adakah orang sebelah kita yang curi atau kita sendiri yang cuai sebab tak reti-reti nak bawa turun barang sendiri?

Contoh lain..

Jika kita sedang memandu kereta, tiba-tiba ada sebiji kereta yang laju dan pemanduannya agak bahaya. Jika sangkaan yang buruk, mungkin kita sudah pun memaki hamun pemandu itu di dalam hati walaupun hakikatnya dia tidak dengar. Jika kita bersangka baik, mungkin dalam hati kita berkata dia ada perkara kecemasan tu, nak cepat mungkin. Hati jadi tenang bukan? Tidak menambahkn dosa lagi.



JOM BERSANGKA BAIK

No comments:

Post a Comment