home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Saturday, 25 August 2012

Mimpi Semalam ( 23 ogos 2012)

Aku jalan-jalan dengan mak dan adik aku di tepi pantai. Tiba-tiba air jadi surut. dah aku lihat ikan yang agak besar lompat-lompat sebab kekurangan air. Mungkin tak sempat ke tengah laut. Aku berhajat nak tangkap ikan tu. Tiba-tiba seseorang menjerit dari hujung pantai.

"Kiamat dah hampir!!"

Aku terus tak jadi ambil ikan tu. Kemudian muncul suara yang amat gerun dari langit. Seperti suatu amaran dalam bahasa Arab. Kemudian awan jadi mendung dan muncul kilat dengan bentuk kalimah Allah. Aku rasa sungguh takut saat itu. Terus aku tarik tangan ibu dan adik perempuanku masuk dalam semua rumah yang berhampiran. Rumah tu sangat besar dan ramai orang di dalamnya. Masa mula-mula nak masuk rumah tu, aku macam kenal sangat rumah tu. Macam rumah kami waktu aku kecil-kecil dulu. Tapi yang peliknya dalam rumah tu seperti suasana sebuah masjid.

Oleh sebab cuaca dan makin teruk. Awan dan gelap dan laut yang menggerunkan, ada orang tua yang berkata " Kiamat dah hampir tiba. Mari kita sembahyang supaya urusan kita dipermudahkan. Mana tahu saat ini adalah saat terakhir untuk kita membantu diri kita". Aku pun bersetuju dan semua orang seakan-akan bersetuju. Semua pun mengambil wuduk di dapur rumah itu. Bila aku masuk semula ke ruang tadi, aku melihat sejadah di susun dengan bermacam-macam arah kiblat. Kemudian mereka saling bertelingkah kerana susunan sejadah tersebut. aku cuba meleraikan pergaduhan tu, bila aku susun sejadah-sejadah tu, mereka semua diam. Tapi bila aku dah susun sampai ke depan, dan aku berpaling semula ke belakang, susunan sejadah tadi dah tunggang terbalik. Aku rasa nak nangis. Bila solat nak di mulakan. Aku tegok dari tingkap, laut dah menghitam. padahal hari masih siang. Sampailah lelaki tua yang menjadi bakal jadi imam dalam solat yang nak di buat tu bersuara. "siapa yang nak ikut aku, sembahyang ikut arah kiblat sejadah ini". Orang tua tadi tunjuk sejadahnya. Orang ramai masih bergaduh dan ada di antara mereka yang dah buka baju. ada yang bogel sebab kepanasan. Masing-masing nak tunjuk yang dia ni benar. dalam pergaduhan tu, baru aku sedar, aku dah tak tahu mana mak dan adik aku. Aku nangis dan berdiri di belakang imam dan kemudian kami solat secara berjemaah. bila solat berakhir, aku lihat barisan jemaah hanya beberapa orang sahaja. dan yang lain hilang entah kemana. Tetiba...

 aku terjaga bila Alarm berbunyi.  Aku terus takde mood pagi tu. Aku peluk batal sampai jam 10 pagi. Malas sangat nak bangun. takut kot.. 

"Mak!, angah rindu mak!. tapi mimpi tadi seram sangat. tak indah langsung biarpun jumpa mak!".

Tanda-tanda kiamat sudah banyak berlaku. Mimpi yang hanya kecil begitu sudah menggerunkan, bagaimana kita akan bersedia untuk menempuhi hari yang memang pasti akan berlaku jika kita takde bekalan dan perisai yang cukup untuk menghadapinya.. Sesungguhnya kiamat itu amat dasyat dan tidak sesiapa pun mengetahui nya melainkan Allah


No comments:

Post a Comment