Tengahari tadi seorang muslimah baru selesai menghadiri sebuah forum yang disifatkan oleh beliau sebagai sebuah perkongsian dalam bentuk ceramah. Kemudian aku meminta beliau berkongsi sedikit ilmu, daripada ceramah itu kerana agak tertarik dengan tajuk forum tersebut iaitu, 'CINTA SERBAN DAN JILBAB'.
Menurut muslimah tersebut.. (kalau dia izinkan, nak je aku taip name beliau), Mederator dalam forum tersebut adalah faisal amer dan antara panelnya adalah
Ust Farhan (macam name aku :p)
Ust Ubaidillah
Ustz Harlina.
Ketiga-tiga panel ni memang terkenal dengan kehebatan berbicara masing-masing dan mereka bukan hanya bercakap kosong tetapi penuh dengan ilmu. Rugi lah orang-orang yang dekat dengan mereka tetapi tidak mengambil peluang untuk mengaut ilmu mereka.
Berbalik kepada tajuk forum tadi, apa yang aku sampaikan ini adalah berdasarkan perkongsian muslimah itu tadi dengan aku, sebab aku tak berpeluang menghadiri forum tersebut. Jadi tumpang lah sikit jamah ilmu yang dia dapatkan..
aku Copy Paste mesej beliau ye
" .......ceramahnya banyak bincang tentang cinta islamik. Boleh atau tidak?. Majoriti panel kata, cinta tu tak salah tapi manusia yang bercinta itu menyalahgunakan perasaan cinta tu. seorang panel berkata "tidak beriman seseorang itu jika tidak saling mencintai". Iman itu harus bergerak seiring dengan cinta. Maksudnya di sini, cinta itu luas. Macam kita cinta saudara kita kat Palestin. Ada yang tanya, "Apa hukum bila kita nangis tengok saudara muslim kita syahid akibat kekejaman israel?". Jawapannya "Harus". sebab cinta itu menunjukkan sayang kita sesama muslim. Sedangkan Allah sendiri pun menyuruh mencintai sesama islam selain menjaga hubungan dengan-Nya. Allah pun suruh menjaga hablum minannas, caranya adalah dengan cinta. Tapi cinta yang berpada-pada. Ada seorang panel berkata, "seseorang itu akan berhimpun bersama orang yang dia sayangi di akhirat nanti. Andai dia sayang orang yang baik-baik, maka, dia akan bersamanya begitu juga dengan sebaliknya".
.......Sampai ada seorang panel kata "Minat dan sayang tu akan menentukan kedudukan kita di Syurga." Macam mana pula dengan khitbah ataupun tunang?. Ada dua pendapat, satu kata "Harus" dan pendapat kedua kata "Sunat". Menurut imam Syafie, hukumnya "Sunat". Khitbah ni salah satu cara nak kenal pasangan. Tapi selagi mana ijabkabul belum dilafazkan, batas antara lelaki dan perempuan itu kembali kepada asal. Ustazah Harlina kata " Cinta adalah anugerah bukan masalah. Berpandukan surah Annur ayat 26*. Ayat tu kata perempuan yang keji untuk lelaki yang keji tetapi perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Ustazah tu kata, kena doa dari sekarang untuk dapat jodoh dari kalangan toyibbin atau toyyibat. Tapi kena sabar. Bukan hari ni doa, terus dapat. Dalam surah yang sama ayat 30 sehingga 33 banyak menyentuh tentang apa yang orang lelaki dan perempuan patut buat. Ada hadirin yang bertanya, betulkah statement (pernyataan) tentang "Imam tak perlu cari atau pilih makmum tapi makmum yang kena pilih, siapa bakal jadi imam dia?"
...... Ustazah Harlina menjawab " Salah kalau macam tu. dua-dua kena cari siapa nak jadi makmum dia dan makmum kena pilih siapa boleh jadi imam dia. Kalau tak, macam mana nak dapat pahala 27 kali gandakan?, kena berlandaskan syariat. Sebab niat tak menghalalkan cara". Konklusinya, sebaik-baik cinta adalah kepada Allah sebab Allah yang datangkan perasaan cinta kepada manusia.
..... Ustazah tersebut ada berpesan kat para muslimat " Jangan niat tutup aurat sebab lelaki. Nafsu lelaki dia sendiri yang kena tahan. Niatlah kerana Allah kerana adakah apabila muslimin tak ada muslimat boleh buka aurat?. jadi kerana itu, niat kena betul. lelaki tu sendiri kena jaga pandangan dia. Sedangan bila dah tertutup pun tetap lelaki nak pandang.
.......ada lagi hadirin yang bertanya, "boleh tak kalau dia suka kat seorang perempuan tu, kemudian dia pergi jumpa ayah perempuan tu kira macam nak cop lah perempuan tu?, sedangan dia tahu perempuan tu tak suka kat dia". Ustazah tadi menjawab " Cara jumpa wali tu dah betul dah, tapi tak boleh buat macam tu sebab takut lepas nikah nanti, bila perempuan tu protes dia kata dah tahu dia tak suka lelaki tu, kenapa jumpa ayah dia?, juga tak boleh bila kita tahu perempuan yang kita suka dah tunang, tapi kita pulak terus hantar rombongan meminang, hukumnya haram kacau tunang orang". Pertunangan itu adalah perkara yang paling senang. Bila seorang lelaki tu post kat facebook seorang perempuan yang dia nak tunang dengan perempuan tu, lepas tu perempuan tu kata okey, maka tu pun dah di kira tunang. Dan cara itu tidak digalakkan. Apa yang paling penting, berhati-hati dengan soal hati............"
Menarik bukan? Walaupun 3 jam beliau dengar ceramah tu, ni je yang beliau dapat rumuskan, tapi isi-isinya cukup mantap dan banyak ilmu yang terselit. Tinggal nak kuis-kuis je.
Apa yang aku dapat di sini adalah Islam mengajar kita untuk saling bersaudara kerana Allah. Mereka diwajibkan untuk mencintai saudara-saudara mereka sebagaimana mereka mencintai diri mereka sendiri. Sabda Nabi SAW dalam hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim :
لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Sabda baginda dalam hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim, yang bermaksud: “Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, dia akan mendapat kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasul-Nya lebih dicintai mengatasi selain kedua-duanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka”.
Sabda Rasulullah SAW dalam hadis riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim : yang bermaksud "Apabila datang kepada kamu orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya, maka hendaklah kamu mengahwinkannya, jika kamu tidak melakukannya nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan yang besar di muka bumi ".
Oleh itu, apa yang penting, bercintalah berlandaskan landasan syariat dan bukannya nafsu. Nasihat khas buat diri sendiri yang selalu terbabas dengan perasaan yang bukan-bukan..
"Cinta itu Fitrah tapi mungkin juga boleh berjadi Fitnah!"
Terima kasih buat sahabat saya, yang telah berkongsi ilmu yang beliau perolehi pada hari ini dan semoga kita sama-sama menemui cinta yang di redhai oleh Allah. Amin.
* Terjemahan lengkap surah Annur ayat 26
* Terjemahan lengkap surah Annur ayat 26
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia"
rasa malu pada diri sy sendiri. MAAF n assalammualaikum :)
ReplyDeleteringkas dan padat ilmu yang di kongsikan. syukran aki!
ReplyDelete