home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Sunday 28 October 2012

Beraya

Azan subuh mengejutkan aku, segera aku dengan mata yang masih terpejam menggagahkan diri untuk duduk. Mata masih terpejam, tapi tangan sibuk rabah-rabah bawah bantal. Benda pertama yang dicari. Telefon bimbit aku..  ibu jari rancak menaip sesuatu. Bibir menguntum senyuman.. tiba-tiba je nak senyum. vurus-virus!.

letak semula telefon di tepi katil.

Mata terpejam semula. "Sejuknya pagi ni.." hati berbisik. "Tidurlah kejap, mesti best ni sejuk-sejuk peluk bantal". Satu bisikan yang hanya mampu di dengari oleh hati. Aku pun tak pasti itu bisikan syaitan atau memang aku yang lebih tertarik dengan bantal. Aku kalah, rebahkan badan. tarik bantal dan peluk. 5 minit kemudian, baru terasa nak bangun. 'Terasa nak bangun??'. aku rasa ayat tu tak sesuai. emmm...5 minit kemudian, baru terasa nak bangun paksa diri untuk bangun. Golek-golek sampai jatuh ke bawah, terus buat tekan tubi 5 kali. Fuh, baru lega. Berdiri sambil regangkan pinggang. Mata dah segar. Ambil tuala dan mandi. Usai mandi, solat subuh. Baru nak aminkan doa.. uarrrrrrrggghhh.. menguap. Amin..

Lipat sejadah. Kopiah letak kat meja. Buka almari. Cari baju melayu. Hari ni hari raya Aidiladha. Jadi kena pakai baju melayu untuk ke Masjid. Tengah-tengah gosok baju melayu, tiba-tiba terfikir, "kan bagus kalau aku ada isteri, mesti dia dah siapkan baju aku". Senyum sendiri. Dah siap gosok, sangkut kat belakang pintu. Ambil tuala muka, nak cukur misai. Bagi kemas. Kot-kot ada anak dara terpikat. hehe..

setelah semua anak-anak bujang dalam rumah aku bersiap..

Kami pun pergi ke Masjid bersama-sama. Bawa sebuah kereta je, takut jem pula depan masjid. Situasinya sama.. Sampai masjid, salam-salam dengan kawan-kawan dan orang kampung. Takbir dan solat.. Lepas tu pulang rumah. Masjid tu tak buat korban lagi sebab takut tak sempat siap sebelum solat jumaat. Jadi semua berpakat, buat korban lepas solat jumaat. Ada sesetengah orang kampung yang buat korban pada hari raya kedua.

Kali memang niat nak tolong. Tapi ramai pemuda tempatan yang dah turun padang untuk tolong kerja-kerja korban. Jadi kami hanya tolong tengok je lah. Teringat pula raya korban yang lepas. Aku tolong pak ngah ikat kaki lembu. Sekali tali terlepas, berdiri lembu tu balik. Semua gelak. Padahal lembu tu dah nervous. haha.

Dapat SMS dari member. Ajak konvoi ramai-ramai pergi raya rumah member. Bunyi macam seronok. Memanglah seronok, tapi lagi seronok kalau kat kampung. Tiba-tiba terasa sebak. Dalam tahun ni, dah dua kali raya, tapi dua-dua aku tak balik. Walaupun sebak, muka masih cover cute biarpun dah nyata tak cute.

maka sepanjang hari itu, kami pun beraya. itu je...

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua saudara muslimin dan muslimat. MAAF Zahir dan Batin!

No comments:

Post a Comment