home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Friday 7 December 2012

Nikmat-Mu

"ada dua nikmat yang sering dilalaikan oleh kebanyakkan manusia, iaitu kesihatan dan waktu terluang".  (HR Bukhari).

Assalamualaikum kepada semua sahabat dan saudara sekalian,

Hari ini, aku bangun awal sekali. Bangun-bangun saja, aku terus mandi, segarkan diri sambil melihat rintik-rintik hujan melalui tingkap. Damainya terasa pagi ini. Hari sabtu. Hari cuti, kerja pun tak ada. memang cukup nikmat untuk sambung tidur.

Sementara tunggu azan subuh, aku tarik selimut, rasa kehangatan selimut yang membaluti tubuh. Tersenyum sendiri sebab lamunan dah terbabas ke zon lain. hehehe..

Nikmatnya hari cuti tanpa bebanan kerja, tanpa kerahan tenaga, tanpa paksaan untuk membuka tubir mata. Nikmat dan nikmat. tiba-tiba teringat keadaan bulan lepas, beberapa malam tak tidur sebab sibuk key in SPPBS. Memang rasa tertekan sangat masa tu. Dengan sistem yang lambat, line internet yang buat hal dan bekalan elektrik yang sering terputus, memang sangatlah mencabar kesabaran. Masa tu, mood memang tak berapa nak okey sangat. Rasa nak marah, rasa nak nangis, rasa nak terajang je orang-orang yang buat hal depan aku, memang bercampur baur sangatlah perasaan masa tu.

Bila selesai saja kerja tu,

WaHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.... betul-betul bahagia lah. Perasaan masa tu macam makan kek keju secret resepi tepi pantai, bawah pokok kelapa sambil angin tiup sepoi-sepoi bahasa.. NO lah... more than that!! very nikmat woo...

Dan hari ini.. terpasul kat mulut aku.. "bosannya...". Terasa amat bosan bila takda benda nak dibuat. Takde ke??. di sinilah aku menyokong sepenuhnya hadith di atas..

aku ulang semula..

"ada dua nikmat yang sering dilalaikan oleh kebanyakkan manusia, iaitu kesihatan dan waktu terluang".  (HR Bukhari)

Saat kita dalam kesibukkan, kita mengimpikan kelapangan dan saat kita telah diberikan kelapangan itu, kita mensia-siakannya. Aku tak kata orang lain tau, aku kata diri aku sendiri. Kisahnya apabila..

aku nampak Al-quran ku yang sedikit berhabuk. Berhabuk maknanya faham-faham lah. Lama juga tak sentuh tu. Dulu, aku selalu jadikan Al-quran sebagai teman. Bukan nak riak lah, tapi sememangnya itu lah yang dituntut. Membaca Al-quran mampu menenangkan jiwa, kalau nak belajar selepas baca Al-quran pun senang nak masuk. Tapi bila aku dah mula kerja, aku dah jarang-jarang dah baca surat cinta dari Allah ni. Pengakuan yang benar-benar memalukan. Kadang-kadang tu, seminggu sekali je aku pegang. teruknya aku!. Aku jadikan alasan kesibukkan ku sebagai alas bagi menutup kelemahan diri. Padahal kerja cikgu je pun. Ye! kerja cikgu je! tapi kan, beban kerja cikgu-cikgu sekarang memang gila sadis. Memanglah kerja sampai jam1.40 tengah hari je, tapi kerja yang di bawa ke rumah tu ah yang tak tahan. Sampai pagi tak tidur . Dah! stop merungut. tanam kat kepada otak, kerja itu ibadah! banyak kerja, banyak lah ibadah.

Bila tiba masa hujung minggu saja, mulalah perkataan 'bosan' tu macam gatal-gatal je nak main-main kat bibir. Sedang itu lah nikmat! masa ni lah Allah bagi kita peluang nak beribadah. Sikit pun tak terusik dalam hati aku untuk menghargai masa itu. Dan masa ni lah, aku dan member aku yang kononnya takde benda yang nak dibuat itu, pergi membuang masa. Turun bandar, melepak dan buat perkara-perkara yang konon berfaedah untuk masa yang terluang ni.

Dan setelah berakhirnya hujung minggu...

bermulanya adegan kesibukkan manusia mengejar dunia. Kepenatan bila balik rumah begitu terasa. Buku kerja pelajar bertimbun di tepi meja. Belum termasuk kerja ujian, buku laporan P&P, hal-hal lain seperi mesyuarat, masalah pelajar, sukan, kokum dan macam-macam lagi. Kalau dah kerja bertimbun, agak-agak ada masa tak aku nak baca surat cinta dari Allah tu?. "Entahlah... Banyak kerja. Aku sibuk ni. Aku yakin Allah pasti faham dengan situasi ku". Hati berbicara seakan-akan kosongnya jiwa untuk menegakkan kesalahan diri.

Kerana Allah faham lah, Allah maha mengetahui, Maha mengasihani dan Maha penyayang, DIA beri kita waktu kelapangan. Tapi nikmat itu lah kita lupakan dan sia-siakan.

Kenikmatan saat kita Sihat..

Pernah dulu masa zaman-zaman sekolah rendah, Ustaz aku bercerita tentang saat kita berlawan dengan maut. Masa kita dah nazak tu. sakit yang teramat-amat, masa tu syaitan laknatullah mengusik kita. Masa tengah sakit tu, syaitan datang kat kita, dengan tekak yang haus sangat-sangat, dia kata kat kita, "ko nak air ni tak?". Kita pun dengan tekak yang kering dan pedih akibat kehausan, akan mudah untuk kata "nak". dan saat itu, syaitan buat perjanjian, "kalau ko nak air yang penuh nikmat ni, ko kena berjanji yang ko akan ikut aku, aku lah Tuhanmu".  Masa tu, hanya iman saja yang mampu membantu kita. Aku tanya ustaz tu, "kalau kita nak mati, kita akan rasa haus sangat-sangat ke?". Sebenarnya masa tu aku tak faham mana datang cerita haus tu sedangkan tadi cerita pasal nak mati. Ustaz tu pun kata "Kematian itu sesuatu yang dasyat, kehausan yang amat sangat dan  kesakitan yang amat sangat, sebab tu masa kena hidup ni, kita kena kumpul bekalan pahala banyak-banyak dan itu lah yang akan jadi modal makanan dan perisai kita". Aku ingat sangat apa Ustaz tu cakap sampai aku jadi paranoid, takut nak tidur sebab aku takut aku mati masa tidur. Aku nangis sorang-sorang dalam bilik, aku takut dengan kehidupan ni. Pagi tu aku pergi sekolah dengan pakai kopiah. entah pape je.. hahaha.. Chop! mase tu aku baru 8 tahun. (Seminggu kemudian, aku jadi samseng balik)

Bila aku dah dewasa ni, aku mampu kaitan kesihatan tu dengan nikmat Allah. Sihat itu adalah sesuatu yang tidak mampu di beli dan kesakitan itu akan membuatkan kita terkapai-kapai atau lebih mudahnya terdesak untuk melepaskan diri dari kesakitan. Dan kerana itu, kalau nak mengajak orang ke arah sesuatu, tunggu masa dia tengah sakit. Mudah je nak tarik. Yang selalu ambil kesempatan dalam hal ni adalah bomoh lah. kedekut macam mana pun seseorang tu, kalau dia tengah sakit, dia akan sanggup bayar berapa pun asalkan ada seseorang yang mampu pulangkan kesihatannya. Padahal nikmat sihat tu dari Allah. Berapa ramai orang yang sanggup melutut depan bomoh berbanding melutut atas sejadah. Nilai lah diri sendiri.. Kerana fitrahnya manusia, dia nak sesuatu yang dia lihat, Allah kan kita tak nampak jadi terasa macam tak cukup je kalau minta dengan Allah. Sedangkan kalau Allah kata "jadi! maka jadilah ia".

*Ambil perhatian kepada doktor-doktor dalam dunia ni, mase tengah rawat pesakit tu lah peluang untuk korang berdawah.

Bagi mereka yang terbuka hati dan sedar akan nikmat sihat itu datangnya dari Allah, masa kita sakit, air mata dan bait-bait doa rayuan kepada Allah sering terjadi. masa ni, kita terasa dekat sangat dengan Allah kan.. aku pun turut merasai pengalaman tu. Tapi, masa kita sihat, jarang sekali terbit untuk merayu. Dengan Tuhan (Allah) pun nak ego. Memang lah sifat manusia macam tu. Bila sakit baru nak merayu. Rasai saja rasa sakit itu, sebab sakit itu pun sebahagian dari nikmat. Kerana Allah nak kurangkan sedikir dosa-dosa kita.
sakit itu kan penghapus dosa.

Tak payah cerita pasal sakit teruklah, sakit nak berak je pun bukan main doa lagi minta dikurangkan sakit tu supaya sempat sampai ke tandas. Tengah-tengah dalam bas kan, berjam-jam dalam bas, tiba-tiba baru sepuluh minit gerak bas tu, dah sakit perut, padahal lagi 7 jam nak sampai, punyalah kalut nak doa kan?. Macam pengalaman je kan. hahaha... Tak delah pernah mengalami macam tu pun, aku ambil inspirasi cerita ni dari iklan tandas masa aku kecil-kecil dulu. Berpeluh je muka kartun tu tahan nak berak. Aku suka iklan tu.

Dan sedarkah kita, adakah kita sedang menghargai nikmat tersebut....?

"Semoga kita dihidupkan dengan iman, dan dimatikan juga dengan iman".  ameen.

No comments:

Post a Comment