Blog ini lahir untuk aku bercerita.
Sebagai teman yang aku rasa sudi meminjam ruang untuk sebuah cerita.
Aku seorang yang kuat memendam.
Bercerita adalah perkara berat bagi ku.
Aku bukan jenis manusia yang mudah melontar suara.
Kadang-kadang cerita menjadi basi terpendam di jiwa.
Hendak di telan tapi baunya sudah busuk..
hendak di buang tapi nilainya tinggi
Tiba-tiba aku rasa sentap.
Aku terlalu emosi atau memang aku mudah terasa ?.
Tuhan, kenapa Engkau biarkan aku terus terbuai dengan rasa ini ?.
Tolong keluarkan aku dari buaian melekaka ini..
Bantu aku untuk mencari jalan...
Beratnya ingin aku pikul, tapi..
berat lagi untuk aku lepas.
Aku tidak punya kekuatan untuk itu..
Tapi batin ku telah lama merintih..
Monday, 20 December 2010
Tuesday, 3 August 2010
Hutang!
Pisang emas dibawa berlayar,
Masak sebijik di atas peti,
Hutang emas boleh di bayar,
Hutang budi di bawa mati.
Sabda Nabi Muhammad Saw yang bermaksud,
"Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari". Riwayat al-Baihaqi.
Apa pandangan korang terhadap golongan yang suka berhutang ni?. Ada rasa-rasa nak bagi pelempang tak orang pinjam barang korang, lepas tu tak reti-reti nak pulangkan?. Aku bengang betullah dengan sorang mamat ni, pinjam duit semata-mata nak belanja awek. Masa susah tu, merayu-rayu dengan aku nak pinjam duit. Janji macam-macam sebelum nak pinjam tu. kata nak bayar minggu depan lah, janji tak guna duit tu untuk benda bukan-bukan lah, macam-macam lah janji yang dia tabur. Member punya pasalkan, pinjam kan je lah. lagi pun, apa salahnya tolong kawan kalau kita ada duit lebih. kalau takda duit lebih tu, say sorry je lah. Dah selamat bagi pinjam tu, dia lenyap cam tu je lah. bukan lah lenyap terus, maksud aku, kalau dulu dia ada je kat belakang aku, sekarang, selisih kat pintu kelas pun buat-buat tak nampak. Tunggu lah bulan depan kan...
Sebulan kemudian, merayu-rayu lagi pinjam duit. kali ni ayat gila sedih kot. kata mak ayah dia tak dapat kirim duit sebab adik dia sakit. banyak kos perubatan yang diorang kena tanggung. aku pun pinjamkan je lah. Yelah kan, hari ni hari dia, besok-besok kot-kot hari aku, sedih juga kalau takda siapa nak tolong..
Tapi apa yang tak sedap di dengar bila ada kawan lain yang kata budak tu pergi melancong dengan awek dia. perghhhh.... panas je gua rase. kata takde duit, pergi melacong boleh pulak.
Tengok kat FB bukan main lagi kepit-kepit dengan awek dia. kalau lah duit yang aku bagi pinjam tu buat dia pergi melancong dengan awek dia, agak-agak aku share same tak dosa yang dia buat tu?. dosa tu!!! keluar berdua-duaan dengan anak dara orang. bukan mahram!. jahil-jahil aku ni, aku rasa aku tak bodoh lagi kot bab-bab batasan ni. Mustahil sangat kalau dah berdua tu tak rasa nak peluk-peluk. paling kuman pun mesti nak juga pegang-pegang tangan!. Sh*t! punya orang!.
Aku selidiklah adik dia betul-betul sakit ke tak. perghhh.. kawan sekampung dia kata, adik budak tu sihat-sihat je. siap gemuk kedempol lagi. Sengal doh! besok-besok adik dia sakit betul-betul camna?. baik dia sendiri je yang sakit. sakit tu kan penghapus dosa!.
Dari awal sem sampai habis sem aku tunggu dia bayar. nak minta segan lah kan. dah macam Along kutip hutang pulak. lagi pun, atas dasar 'member,' tak kan nak main tagih-tagih kot, agaklah.
Yang paling aku panas bila dia berlagak kat kelas kata nak beli gadget yang cun-cun. konon nak beli laptop apple, buah apple sebijik pun hutang kat apek sebelah kampus, ini kan pulak nak beli laptop apple. simpan lah hajat tu. Aku rasa ramai juga kot yang bengang pasal orang yang suka berhutang tapi tak reti-reti nak bayar. lagi bengang kalau dah lah berhutang, berlagak pulak bajet anak VVIP.
WHAT THE FISH!
Sunday, 9 May 2010
Selamat Hari Ibu 2010
"Mak...."
"Dah hampir 12 tahun Angah tak panggil mak.. tapi Angah tetap rasa mak ada"
"SELAMAT HARI IBU, MAK....!"
"Angah sayang mak sangat-sangat. Selamat berbahagia di sana"
"Ya Allah, Perliharalah dan kasihilah kedua Ibu Bapa ku sebagai mana mereka mengasihiku sewaktu aku kecil"
Hari ini, dah seperti tahun-tahun sebelumnya (sejak tahun 1997), aku macam biasa lah tak sambut hari ibu. Sebab, kalau aku sambut hari ibu, aku rasa sedih sangat bila tengok kawan-kawan teruja nak beli hadiah. Sedangkan aku?. aku cuma mampu bagi hadiah doa je kat mak.
Minggu lepas aku pergi rumah orang-orang tua. selama ni, aku tak pernah tergerak pun nak melawat rumah orang-orang tua. aku pergi minggu lepas pun sebab ikut rombongan Kelab Khidmat Masyarakat. Masa mula-mula masuk dalam kawasan rumah kebajikan tu, aku rasa biasa-biasa je. tapi bila dah mula masuk dalam bilik orang-orang tua tu, terusik juga hati aku. sedih sangat bila orang tua-tua dalam tu teruja sambut kedatangan kami. memang lah bilik orang-orang tua tu bau hancing sikit sebab ada orang-orang tua yang dah nyanyuk, mungkin diorang pun dah tak sedar buang air merata-rata. tapi aku tak rasa pun bau tu sebab rasa insaf dalam diri tu menggunung sangat.
macam mana lah ada anak yang sanggup simpan ibu bapa dia kat sana?. ada satu cerita dari penyelia yang jaga rumah orang-orang tua tu, dia kata, ada sorang orang tua ni, dah nyanyuk dan mereka jumpa merayau-rayau kat bandar. mereka bawa balik dan jaga dengan sebaik mungkin. bila diorang selidik, orang tua tu bekas cikgu yang dah bersara. dia ada anak dan adik beradik tapi keluarganya tidak dapat di hubungi. satu hari tu, pihak bank suruh buat tuntutan duit gaji persaraan dia yang dah banyak tapi takda sapa tuntut. pihak bank ingat orang tua tu dah meninggal. jadi panggil lah pewaris orang tua tu kan. tetiba ada yang mengaku waris orang tua tersebut. selidik punya selidik, memang sah lah dia anak kepada orang tua tu, maka dia layak menuntut wang tersebut dengan syarat, jika ayahnya masih hidup, dia kena dapatkan tandatangan ayahnya, jika dah meninggal, kena bawa surat akuan kematian. anak tu pun, datang lah ke rumah orang-orang tua tu. mula-mula dia datang dengan cara baik. lepas tu, minta tandatangan ayahnya untuk uruskan gaji persaraan ayahnya tu. dia janji bila semuanya selesai, dia akan bawa balik ayahnya. tapi sampai sekarang, dia tak pernah pun ambil datang melawat ayahnya, inikan pula nak bawa balik kan!. periksa kat bank pun, duit pampasan tersebut dah diambil oleh anaknya. sesuai tak kalau aku kata anak pakcik tu Bodoh, Bahlul, Tak guna??.
tunggulah Allah balas kat dia nanti macam mana!. Tak nak hurai lebih-lebih lah.. ape pun, selamat hari ibu buat semua ibu-ibu di dunia ni. Hargai lah ibu dan bapa korang sementara korang masih berpeluang berbakti untuk diorang. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
I LOVE YOU MUM!.
I LOVE YOU TOO UMI (my step mother)
Friday, 26 March 2010
Takut Hilang
Semua pelajar IPT wajib ambil subjek TITAS tak kisahlah semasa diploma dulu atau masa ambil Ijazah. TITAS tu ringkasan bagi Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Untuk lulus subjek tu, pelajar-pelajar dalam setiap kelas akan di bahagikan kepada beberapa kumpulan untuk buat projek kumpulan. aku dan 9 orang rakan sekelas, duduk lah dalam satu kumpulan. Pensyarah kami masa tu bernama Ustaz Rafiuddin (DR.). Ustaz tu DR. tapi kami panggil Ustaz Rafi je. Ustaz Rafi bagi kami tugasan yang bertajuk, "Keruntuhan Rumah Tangga pada masa kini".
Petang tadi aku jalan-jalan kat pekan. Jalan-jalan kat pekan pun nak habaq dalam ni kan. Okey, tujuan aku nak jalan-jalan tu bukan nak beli barang, tapi setakat nak hilangkan bosan sambil buat pemerhatian tidak rasmi. Imbas semula perbualan antara aku dan beberapa orang rakan sekumpulan dalam subjek TITAS.
Seorang rakan perempuan dalam ahli kumpulan kami bersuara, "keruntuhan rumah tangga ni berpunca dari sikap remaja pada masa kini yang mengamalkan "couple", sebelum berkahwin". Semua mata tengok dia. Seorang rakan lelaki bersuara, "apa masalahnya pula dengan kapel ?". Rakan perempuan tadi pun menyambung.. "yelah kan, lelaki ni sebelum kahwin, nak pegang sana pegang sini, kalau seberang jalan tu, genggam tangan awek macam takut hilang je awek dia, cube kalau dah kahwin, dah bosan sangat pegang agaknye, seorang jalan dah 100 meter kat depan, seorang masih kedek-kedek kat belakang. tu belum lagi ada anak, yang perempuan pegang anak sampai tak cukup tangan, yang lelaki bawa anak kunci je".
Oleh sebab 7 dari ahli kumpulan tu lelaki, semua lelaki buat muka sambil nak menegakkan mereka bukan lelaki macam tu. termasuk lah aku kan. sambil menegakkan sambil mem'promote' kan diri. sempat je kan.
Mukadimah perbincangan kumpulan kami pada hari tu santai-santai je. sambil debat-debat sikit. masalah ni berpunca dari lelaki atau perempuan? lelaki 7 berbalas perempuan 3, mestilah budak-budak perempuan terdiam kan. lebih-lebih lagi lelaki ni suka bagi hujah yang boleh di kategorikan "menyakitkan hati". hahaha..
Balik semula pada pemerhatian aku di pekan tadi, aku nampak memang ramai anak muda yang pegang-pegang tangan macam takut je hilang awek diorang tu. kalau lintas jalan tu, pegang kuat-kuat. ada yang siap rangkul pinggang lagi. aku nak positif je mungkin diorang dah kahwin, tapi kalau dah gaya baru macam belasan tahun, aku nak positif pun susah.
ada juga yang aku nampak perempuan mengandung yang dipegang erat oleh suaminya. terasa comel sangat macam tu. tetiba aku berangan aku lah lelaki tu yang pegang isteri aku yang sarat mengandung. hehehe... tapi orang kata kan, biasanya lelaki yang pegang tu mesti isterinya sedang mengandung anak pertama. entah lah pula... aku positifkan je, mungkin anak sulung pasangan tadi ada kat rumah. tapi malangnya sekali lagi aku tak dapat positif apabila aku lihat perempuan mengandung yang sedang pimpin anak, manakala suami dia jalan kat depan berlenggang je (pasangan lain). macam mana aku tahu dia suami perempuan tu? dah budak kecil tu panggil lelaki tu papa, dah semestinya lah tu suami perempuan tadi. mama dan papa. Hampa betul aku tengok lelaki macam tu.
ape pun, aku sendiri tak boleh cakap aku nanti macam mana. sebab manusia kan berubah mengikut keadaan. cuma aku harapkan kasih sayang aku kat isteri aku maintain je dari hari nikah sehingga syurga :)
macam ni... romantik kan?.
kesimpulannya, kapel sebelum nikah ni kan benda haram, benda haram ni memang tidak ada keberkatannye. cinta masa kapel ni dapat sayang nafsu je. tapi kalau kapel lepas kahwin, Allah titipkan Mawaddah Warahmah.

Subscribe to:
Posts (Atom)