home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Friday, 26 March 2010

Takut Hilang

Semua pelajar IPT wajib ambil subjek TITAS tak kisahlah semasa diploma dulu atau masa ambil Ijazah. TITAS tu ringkasan bagi Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Untuk lulus subjek tu, pelajar-pelajar dalam setiap kelas akan di bahagikan kepada beberapa kumpulan untuk buat projek kumpulan. aku dan 9 orang rakan sekelas, duduk lah dalam satu kumpulan. Pensyarah kami masa tu  bernama Ustaz Rafiuddin (DR.). Ustaz tu DR. tapi kami panggil Ustaz Rafi je. Ustaz Rafi bagi kami tugasan yang bertajuk, "Keruntuhan Rumah Tangga pada masa kini".

Petang tadi aku jalan-jalan kat pekan. Jalan-jalan kat pekan pun nak habaq dalam ni kan. Okey, tujuan aku nak jalan-jalan tu bukan nak beli barang, tapi setakat nak hilangkan bosan sambil buat pemerhatian tidak rasmi. Imbas semula perbualan antara aku dan beberapa orang rakan sekumpulan dalam subjek TITAS.

Seorang rakan perempuan dalam ahli kumpulan kami bersuara, "keruntuhan rumah tangga ni berpunca dari sikap remaja pada masa kini yang mengamalkan "couple", sebelum berkahwin". Semua mata tengok dia. Seorang rakan lelaki bersuara, "apa masalahnya pula dengan kapel ?". Rakan perempuan tadi pun menyambung.. "yelah kan, lelaki ni sebelum kahwin, nak pegang sana pegang sini, kalau seberang jalan tu, genggam tangan awek macam takut hilang je awek dia, cube kalau dah kahwin, dah bosan sangat pegang agaknye, seorang jalan dah 100 meter kat depan, seorang masih kedek-kedek kat belakang. tu belum lagi ada anak, yang perempuan pegang anak sampai tak cukup tangan, yang lelaki bawa anak kunci je".

Oleh sebab 7 dari ahli kumpulan tu lelaki, semua lelaki buat muka sambil nak menegakkan mereka bukan lelaki macam tu. termasuk lah aku kan. sambil menegakkan sambil mem'promote' kan diri. sempat je kan.

Mukadimah perbincangan kumpulan kami pada hari tu santai-santai je. sambil debat-debat sikit. masalah ni berpunca dari lelaki atau perempuan? lelaki 7 berbalas perempuan 3, mestilah budak-budak perempuan terdiam kan. lebih-lebih lagi lelaki ni suka bagi hujah yang boleh di kategorikan "menyakitkan hati". hahaha..

Balik semula pada pemerhatian aku di pekan tadi, aku nampak memang ramai anak muda yang pegang-pegang tangan macam takut je hilang awek diorang tu. kalau lintas jalan tu, pegang kuat-kuat. ada yang siap rangkul pinggang lagi. aku nak positif je mungkin diorang dah kahwin, tapi kalau dah gaya baru macam belasan tahun, aku nak positif pun susah.


ada juga yang aku nampak perempuan mengandung yang dipegang erat oleh suaminya. terasa comel sangat macam tu. tetiba aku berangan aku lah lelaki tu yang pegang isteri aku yang sarat mengandung. hehehe... tapi orang kata kan, biasanya lelaki yang pegang tu mesti isterinya sedang mengandung anak pertama. entah lah pula... aku positifkan je, mungkin anak sulung pasangan tadi ada kat rumah. tapi malangnya sekali lagi aku tak dapat positif apabila aku lihat perempuan mengandung yang sedang pimpin anak, manakala suami dia jalan kat depan berlenggang je (pasangan lain). macam mana aku tahu dia suami perempuan tu? dah budak kecil tu panggil lelaki tu papa, dah semestinya lah tu suami perempuan tadi. mama dan papa. Hampa betul aku tengok lelaki macam tu.

ape pun, aku sendiri tak boleh cakap aku nanti macam mana. sebab manusia kan berubah mengikut keadaan. cuma aku harapkan kasih sayang aku kat isteri aku maintain je dari hari nikah sehingga syurga :)


macam ni... romantik kan?.





kesimpulannya, kapel sebelum nikah ni kan benda haram, benda haram ni memang tidak ada keberkatannye. cinta masa kapel ni dapat sayang nafsu je. tapi kalau kapel lepas kahwin,  Allah titipkan Mawaddah Warahmah.